Anda di halaman 1dari 2

Magesvari A/P Nadesan (No.K.P 770131-08-6678) SJK(T) Cantuman Chaah, Jalan Kilang, 85400, Chaah, Johor.

Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. Tuan, MEMOHON PERTUKARAN SEKOLAH DARI PPD SEGAMAT KE PPD KINTA UTARA (PERAK) Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Saya Magesvari A/P Nadesan (No.K.P 770131-08-6678) ingin membuat rayuan permohonan pertukaran sekolah bagi sesi 2012. Seperti sedia maklum, saya telah membuat permohonan secara online ke negeri Perak pada bulan September yang lalu. 3. Saya berkhidmat di sekolah ini selama lima tahun dan amat kecewa apabila permohonan pertukaran sekolah saya tidak diluluskan. Saya memerlukan pertukaran ini kerana kini, saya tinggal berseorangan dan berjauhan dari suami saya. Saya amat risau akan keselamatan saya dan juga perhubungan dengan suami saya yang semakin renggang. Oleh itu, saya menghadapi tekanan dan sukar menumpukan perhatian terhadap tugas saya. 4. Saya berasal dari negeri Perak dan terpaksa menyewa rumah dan tinggal seorang diri kerana tiada kaum keluarga dan saudara mara yang tinggal berdekatan. Saya juga tidak dapat menziarahi dan menjaga suami dan ibu bapa saya yang tua. 5. Untuk makluman tuan, kami telah memiliki rumah sendiri di Ipoh, Perak dan suami telah berpindah kerja ke Ipoh dan kekal menetap di sana. Saya berharap pertukaran saya ke Ipoh dapat menyelesaikan masalah ke arah membina keluarga yang bahagia. 6. Saya memohon jasa baik tuan supaya rayuan permohonan pertukaran saya ini dipertimbangkan. Segala pertimbangan dan kerjasama pihak tuan amat saya hargai dengan ucapan terima kasih. Sekian, Terima kasih. Yang Benar, -----------------------------MAGESVARI A/P NADESAN ( 770131-08-6678 ) 15 APRIL 2012.

Guru Besar SJK(T) Cantuman Chaah, Jalan Kilang, 85400, Chaah, Johor. Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. Tuan, SOKONGAN PERMOHONAN PERTUKARAN SEKOLAH DARI PPD SEGAMAT KE PPD KINTA UTARA (PERAK) Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Saya bernama En. Manoharan A/L Govindasamy, Guru Besar SJK(T) Cantuman Chaah memahami masalah yang dihadapi oleh Pn. Magesvari A/P Nadesan dan menyokong rayuan permohonan pertukaran beliau ke negeri Perak. 3. Beliau memerlukan pertukaran ini kerana beliau tinggal di rumah sewa berseorangan dan berjauhan dari suami, keluarga dan saudara mara.Keselamatan diri beliau juga harus dipertimbangkan. 4. Harap pertukaran beliau akan menyelesaikan masalah yang dihadapinya ke arah membina keluarga yang bahagia. 5. Segala pertimbangan dan kerjasama pihak tuan amat saya hargai dengan ucapan terima kasih. 15 APRIL 2012.

Sekian, Terima kasih.

Yang Benar,

-----------------------------EN. G. MANOHARAN PIS. AMN.

Anda mungkin juga menyukai