Anda di halaman 1dari 35

1.

0 PENDAHULUAN Perkembangan secara umumnya dapat didefinisikan sebagai aspek perubahan yang dihadapi oleh individu yang berubah menurut peredaran masa. Namun, pelbagai pendapat telah dikemukakan mengenai konsep dan definisi perkembangan itu sendiri, salah satunya ialah daripada Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam buku Perkembangan Kanak-kanak, yang mengatakan perkembangan adalah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat dari sifat baru yang berlainan dari sifat yang lebih awal. Perkembangan juga merupakan satu proses yang yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematanga. Mengikut kajian ahli psikolog, perkembangan manusia dari aspek perubahan jasman, kognitif, emosi, social dan rohani adalah dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Selain itu, konsep perkembangan pada asasnya ialah perubahan tingkah laku mental.psikologi perkembangan juga diertikan sebagai kajian saintifik terhadap pertumbuhan dan perkembangan manusia. Menurut Santoock ( 2008 ), perkembangan dapat ditafsirkan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioekonomi individu yang bermula dari peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Kesimpulnya, perkembangan dapat diklasifikasikan sebagai suatu perubahan yang bersifat kualitatif, tersusun, bertahap dan berterusan pada diri manusia bermula semenjak percambahan sel sehingga ke akhir hayat organisma hasil dari kombinasi pembelajaran, pengalaman dan kematangan melibatkan aspek-aspek fizikal, emosi, mental dan sosial. dapat

2.0 DATA ANALISIS PERKEMBANGAN FIZIKAL, KOGNITIF, SOSIAL DAN EMOSI PROFIL RESPONDEN

Nama Kelas Sekolah Tarikh Lahir Tempat Lahir No.Telefon Alamat Nama Bapa Pekerjaan Bapa Nama Ibu Pekerjaan Ibu Bil. Adik-beradik Hobi Cita-cita Emel

:Muhd Hafizuddin bin Mustafa : 5 Cekal : SK Permatang Tok Mahat : 4.3.2002 : Hospital Sungai Bakap : 05-7161176 : Batu 7612, Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak : Mustafa bin Ujang :: Hasni binti Ahmad : Suri rumah : 2 orang : Bermain bola : Polis :2

PROFIL RESPONDEN

Nama Kelas Sekolah Tarikh Lahir Tempat Lahir No.Telefon Alamat

: Aisyah binti Ayob : 6 Amanah : SK Permatang Tok Mahat : 23.1.2001 : Hospital Seberang Jaya : 04-5930386 : 33, Lorong Fajar 3, Taman Fajar, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang

Nama Bapa Pekerjaan Bapa Nama Ibu Pekerjaan Ibu Bil. Adik-beradik Hobi Cita-cita

: Ayob bin Ahmad : Guru : Maznah binti Dahaman : Suri rumah : 8 orang : Melayari internet : Pensyarah

2.1 PERKEMBANGAN FIZIKAL

RESPONDEN 1 Nama Umur Tahun : Muhd Hafizzudin bin Mustafa : 11 tahun : 5 Cekal

Ukuran Fizikal : Berat Ketinggian Perimeter Kepala : 35 kg : 140 cm

Perimeter Pinggang : 62 cm : 50 cm

RESPONDEN 2 Nama Umur Tahun : Aisyah binti Ayob : 12 tahun : 6 Amanah

Ukuran Fizikal : Berat Ketinggian Perimeter Kepala : 30 kg : 140 cm

Perimeter Pinggang : 55 cm : 46 cm

2.1.1 PERKEMBANGAN MOTOR KASAR BIL 1. UJIAN MURID LELAKI MURID PEREMPUAN

Menangkap dan melontar bola Dapat menangkap Dapat menangkap bola pelbagai saiz dan bentuk. bola yang pelbagai yang saiz dengan baik. pelbagai saiz

dengan baik. Dapat membaling bola menepati sasaran.

2.

Membaling bola.

dan

melantunkan Dapat membaling bola menepati sasaran.

3.

Melompat sejauh 3 kaki dan Dapat setinggi 1 kaki pada betul.

melompat Boleh jarak

melompat

yang melebihi jarak 3 kaki.

4.

Berlari sejauh 100 meter.

Berlari dengan kepantasan sederhana.

Boleh berlari dengan laju.

5.

Berjalan

dengan

membawa Boleh menyeimbangkan badan ketika berjalan.

Boleh berjalan dengan baik.

pundi kacang di atas kepala.

6.

Skipping

Boleh

bermain Boleh bermain dengan laju dan lama.

dengan baik 7. Bermain gelung rotan Dapat

menahan Dapat menahan selama 30 saat.

selama 15 saat.

2.1.2 PERKEMBANGAN MOTOR HALUS BIL UJIAN MURID LELAKI MURID PEREMPUAN 1. Melukis / meniru lukisan. Boleh melukis dan Dapat melukis dan meniru lukisan yang meniru dengan baik asal. 2. dan jelas.

Menggunting mengikut garisan Boleh menggunting Boleh menggunting putus-putus bentuk bintang. bentuk garisan mengikut bentuk selama mengikut

1 garisan selama 58 saat.

minit 19 saat. 3. Membina objek mengikut model Mengambil menggunakan lego. selama 1

masa Mengambil minit 35 saat

masa untuk

untuk menghasilkan menghasilkan objek. 4. Merenyok kertas dengan sebelah Boleh tangan. kertas objek. merenyok Boleh merenyok

membentuk kertas dalam masa

bulat dalam masa 10 saat. 20 saat. 5. Memindahkan air ke dalam bekas Dapat mengisi air ke Dapat mengisi air lain mengikut isipadu yang mengikut isipadu mengikut isipadu

ditetapkan.

dengan cubaan 2 dengan cubaan 2 kali. kali.

2.2 PERKEMBANGAN KOGNITIF


MURID LELAKI BIL UJIAN KONSERVATIF Nombor PERSEMBAHAN ASAL 1. Sama Tidak sama PERUBAHAN SEBELUM SELEPAS

2.

Panjang

Sama

Tidak sama

3.

Cecair

Sama

Tidak sama dan semakin berkurang

4.

Jisim

Sama

Tidak sama dan semakin berat

5.

Luas

Sama

Tidak sama dan lembu B makan lebih banyak.

MURID PEREMPUAN BIL UJIAN KONSERVATIF Nombor PERSEMBAHAN ASAL 1. Sama Sama PERUBAHAN SEBELUM SELEPAS

2.

Panjang

Sama

Sama

3.

Cecair

Sama

Sama

4.

Jisim

Sama

Tidak sama

5.

Luas

Sama

Sama

2.3 PERKEMBANGAN SOSIAL


BIL HUBUNGAN MURID LELAKI MURID PEREMPUAN 1. Pihak pentadbiran Kurang mengenali Mudah mendekati pihak sekolah pentadbiran dan bergaul dengan Guru Besar dan Penolong Kanan. 2. Guru-guru Mendekati dengan Rapat guru mengajar dengan

yang guru-guru sekolah kerana dan sering

memegang jawatan berinteraksi sebagai Kelas. Ketua dengan guru

kerana memegang jawatan pengawas sekolah Ketua Perhimpunan. bahagian

3.

Pelajar-pelajar

Mudah

mendapat Mempunyai rapat

geng dan

kawan dan boleh yang bergaul sesiapa

dengan sering bersama ke sahaja mana-mana dan untuk dengan

tidak mengira kelas kurang dan darjah. berkawan

murid kelas lain.

4.

Staf Kakitangan

Kurang mengenali staf staf kakitangan di sekolah

Agak

mengenali staf

sebilangan

kakitangan sekolah seperti kerani.

2.4 PERKEMBANGAN EMOSI


BIL 1. JENIS EMOSI Gembira MURID LELAKI MURID PEREMPUAN mimik dan

Dapat melihat wajah gembira Menunjukkan dengan mengukir senyuman muka apabila mendapat gembira

ganjaran senang hati apabila dipuji

daripada guru yang melakukan oleh orang sekeliling. kajian perkembangan kanakkanak. 2.

Sedih

Berasa sedih dan malu apabila Kurang

bercakap

dan

diejek oleh rakan sekeliling bercerita dengan orang dengan saiz tubuh badan yang sekeliling sedikit gemuk. 3. Marah Pernah memarahi bersedih. rakan Menunjukkan ekspresi apabila

sekelas yang tidak mendengar marah apabila terdapat kata tetapi masih perasaan dapat kesalahan ketika disukainya. kelewatan menghantarnya sekolah. 4. Kasih-sayang Mempunyai sayang sikap ibu kasih- Menjaga perhubungan dan ke yang tidak

mengawal marah.

Contohnya,

dengan

bapa, dengan guru-guru

guru-guru dan juga haiwan. rakan baik di sekolah. Suka kepada kucing. 5. Peramah Mudah bergaul dengan orang Boleh sekeliling walaupun bertegur sapa

baru dengan orang sekeliling tetapi lebih menunggu

mengenali mereka.

orang lain yang bertegur dahulu.

10

3.0 LAPORAN PERKEMBANGAN FIZIKAL, KOGNITIF, SOSIAL DAN EMOSI

3.1 LAPORAN PERKEMBANGAN FIZIKAL

3.1.1 PENDAHULUAN

Asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kank dipengaruhi oleh aspek perkembangan fizikal. Perkembangan ini boleh dikaitkan dengan kebolehan kank-kanak menggunakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti seharian. Kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibantkan diri dalam ketinggian fizikal yang lebih komplek semasa proses pembesaan berlaku. Perkembangan fizikal merujuka kepada perubanhan saiz fizikal, kadar

pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota badan dan perawakan manusi. ( Woolfolk dan Margetts, 2007). Kenyataan ini telah disokong oleh Hurlock (1987) yang mengatakan bahawa tingkah laku kanak-kanak dipengaruhi secara langsung semasa perubahan-perubahan fizikal berlaku. Terdapat empat prinsip asas perkembangan fizikal iaitu perkembangan kanakkanak bermula daripada kepala dan beransur ke kaki. Prinsip kedua ialah arah perkembangan kanak-kanak berlaku daripada tengah badan dan berterusan ke luar. Prinsip seterusnya ialah kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik. Prinsip yang terakhir pula ialah aspek berbeza berkembang pada tahap yang berbeza. Setiap prinsip asas tersebut berkembang mengikut peringkat-peringkat perkembangan fizikal iaitu dari peringkat prenatal sehingga peringkat dewasa.

11

3.1.2 PENGENALAN

Kajian perkembangan fizikal dijalankan adalah untuk melihat sama ada perkembangan tersebut selari atau tidak dengan teori perkembangan awal kanak-kanak yang telah dipelajari. Oleh itu, kami sekumpulan telah menjalankan kajian ini terhadap seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan dari Sekolah Kebangsaan

Permatang Tok Mahat. Kanak kanak yang dipilih sebagai responden pertama ialah pelajar lelaki berusia11 tahun manakala responden kedua ialah pelajar perempuan berusia 12 tahun. Pemilihan kedua-due responden ini dibuat setelah pemerhatian dan pengenalpastian latar belakang murid dan persekitaran sekolah dilakukan secara keseluruhan. Data-data seperti berat, ketinggian, perimeter kepala dan perimeter pinggang bagi dua orang pelajar ini telah diambil sebagai analisis. Selain itu, kami juga telah mengakaji perkembangan fizikal dari dua aspek iaitu perkembangan motor kasar dan perkembangan motor halus.

3.1.3 ANALISIS DATA

RESPONDEN 1

Nama Umur Tahun

: Muhd Hafizzudin bin Mustafa : 11 tahun : 5 Cekal

Ukuran Fizikal : Berat Ketinggian Perimeter Pinggang Perimeter Kepala : 35 kg : 143 cm : 62 cm : 50 cm

12

RESPONDEN 2

Nama Umur Tahun

: Aisyah binti Ayob : 12 tahun : 6 Amanah

Ukuran Fizikal : Berat Ketinggian Perimeter Pinggang Perimeter Kepala : 30 kg : 140 cm : 55 cm : 46 cm

Berdasarkan maklumat data diatas dapatlah dirumuskan bahawa kedua-dua reponden mempunyai ukuran fizikal seperti berat, ketinggian, perimeter pinggang dan perimeter kepala yang berbeza diantara satu sama lain. Hal ini adalah disebabkan oleh faktor umur dan jantiana yang berbeza. Walaupun responden 1 berumur 11 tahun, berat dan ketinggiannya melebihi responden 2 yang berusi 12 tahun. Selain itu, faktor pemakanan mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak. Penekankan kepada gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan yang baik dapat memberi kesab yang positif kepada perkembangan fizikal kanak-kanak. Pemakanan yang seimbang serta gaya hidup sihat dapat membantu membentuk fizikal yang sihat dan cerdas. Berdasarkan temubual yang yang dijalankan keatas kedua-dua responden,kami mendapati perbezaan budaya keluarga diantara responden 1 dan 2. Perbezaan tersebut ialah ibu bapa responden 1 akan menyediakan hidangan sepinggan lengkap untuk sarapan pagi, makan tengahhari dan makan malam manakala ibu bapa responden 2 hanya menyediakan hidangan sepinggan lengkap untuk makan tengahhari dan makan malam sahaja. Hal ini akan mempengaruhi perkembangan berat badan bagi kedua-dua responden.

13

Faktor baka juga mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak. Menurut Haliza Hamzah & Joy N. Samuel (2008), naka merujuk kepada ciri-ciri biologi atau gen-gen yang diperuntukan melalui ibu bapa kepada anak-anak. Faktor genetik ini dapat dilihat semasa menjalankan kajian iaitu terdapat perbezaan warna kulit antara responden pertama dan kedua. Responden 1 mempunyai warna kulit yang agak gelap manakala responden 2 mempunyai warna kulit yang agak cerah. 3.1.4 PERKEMBANGAN MOTOR KASAR

BIL 1.

UJIAN Menangkap bola dan

RESPONDEN 1

RESPONDEN 2 menangkap

melontar Dapat menangkap Dapat saiz

pelbagai

dan bola yang pelbagai bola yang pelbagai saiz dengan baik. saiz dengan baik. Dapat bola sasaran. melompat Boleh jarak yang melebihi kaki. Boleh berlari dengan laju. melompat jarak 3 membaling menepati

bentuk. 2.

Membaling dan melantunkan Dapat membaling bola. bola menepati sasaran.

3.

Melompat sejauh 3 kaki dan Dapat setinggi 1 kaki pada betul.

4.

Berlari sejauh 100 meter.

Berlari dengan kepantasan sederhana.

5.

Berjalan dengan membawa Boleh pundi kacang di atas kepala. menyeimbangkan badan ketika berjalan.

Boleh

berjalan

dengan baik.

6.

Skipping

Boleh

bermain Boleh dengan lama.

bermain laju dan

dengan baik

7.

Bermain gelung rotan

Dapat

menahan Dapat

menahan

selama 15 saat.

selama 30 saat.

JADUAL 1 : Keputusan Ujian Perkembangan Motor Kasar Responden 1 dan 2

14

Berdasarkan maklumat di dalam jadual 1, perkembangan fizikal motor kasar bagi kedua-dua responden adalah berbeza. Perbezaan dapat dilihat melalui beberapa aktiviti yang dilakukan kepada responden. Contohnya, reponden 1 hanya dapat melompat pada jarak yang betul manakala reponden 2 boleh melompat melebihi jarak yang ditetapkan. Selain itu, responden 1 hanya boleh ber;lari dengan kepantasan yang sederhana manakala responden 2 boleh berlari dengan laju dalam jarak 100 meter. Hal ini adalah disebabkan oleh faktor berat, umur dan kecergasan fizikal badan bagi kedua-dua responden. Memandangkan responden 1 mempunyai berat badan melebihi responden 2 maka responden 1 tidak mampu melakukan aktiviti dengan baik berbanding responden 2. Perbezaan perkembangan fizikal motor kasar juga dapat dilihat ketika aktiviti bermain gelung rotan dijalankan. Dalam aktiviti tersebut, ternyata kemampuan responden 1 adalah kurang berbanding responden 2 dimana responden 1 hanya dapat menahan selama 15 saat sahaja manakala responden 2 mampu menahan selama 30 saat.

15

3.1.5 PERKEMBANGAN MOTOR HALUS

BIL

UJIAN

MURID LELAKI

MURID PEREMPUAN

1.

Melukis / meniru lukisan.

Boleh melukis dan Dapat melukis dan meniru lukisan yang dengan asal. baik dan

jelas tanpa meniru.

2.

Menggunting mengikut garisan Boleh menggunting Boleh menggunting putus-putus bentuk bintang. bentuk garisan mengikut bentuk selama mengikut

1 garisan selama 58 saat.

minit 19 saat. 3. Membina objek mengikut model Mengambil menggunakan lego. selama 1

masa Mengambil minit 35 saat

masa untuk

untuk menghasilkan menghasilkan objek. 4. Merenyok kertas dengan Boleh kertas objek. merenyok Boleh merenyok

sebelah tangan.

membentuk kertas dalam masa

bulat dalam masa 10 saat. 20 saat. 5. Memindahkan air ke dalam Dapat mengisi air ke Dapat mengisi air bekas lain mengikut isipadu mengikut yang ditetapkan. isipadu mengikut isipadu

dengan cubaan 2 dengan cubaan 2 kali. kali.

JADUAL 2 : Keputusan Ujian Perkembangan Motor Kasar Responden 1 dan 2

Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, bibir dan lidah. Motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata. Kemahiran motor halus membantu kanak-kanak menulis, melukis dan mewarna.

16

Berdasarkan jadual 2 diatas, terdapat lima aktiviti yang telah dijalankan bagi menguji tahap perkembangan motor halus kedua-dua responden. Dalam aktiviti pertama didapati bahawaresponden 1 boleh hanya boleh melukis dan meniru lukisan asal manakala responden 2 dapat melukis dengan baik dan jelas tanpa meniru lukisan asal. Aktiviti kedua pula berkaitan dengan menggunting mengikut garisan putus-putus. Dalam aktiviti ini, responden 1 mempunyai kelebihan dimana beliau dapat menggunting bentuk mengikut garisan dengan pantas iaitu selama 19 saat berbanding responden 2 yang mencatat masa selama 58 saat. Selain itu, perbezaan diantara kedua responden dilihat berdasarkan aktiviti membina objek mengikut model lego dan aktiviti merenyok kertas dengan sebelah tangan. Kedua-dua aktiviti, kami dapati bahawa responden 2 masih mendahului responden 1 seperti yang dicatatkan di dalam jadual 2 diatas.

3.1.6 RUMUSAN

Secara keseluruhan, dapatlah kami simpulkan bahawa terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kana. Antaranya ialah faktor baka dan pemakanan. Perkembangan tulisan kanak-kanak juga berkembang mengikut peringkat umur. Oleh itu, cara pengajaran guru di dalam kelas amat mempengaruhi pembelajaran kanak-kanak khususnya aspek tulisan. Selain itu penggunaan teknik menulis yang diajar haruslah berkesan . Tambahan lagi, untuk memastikan perkembangan fizikal kanak-kanak berada dalam keadaan baik, guru haruslah memberi kesedaran tentang gaya hidup sihat kepada murid terutamanya dari segi pemakanan, senaman dan mengelakkan diri daripada gerjala negatif. Di samping itu, guru juga digalakkan menyediakan kursus ceramah tentang aktiviti seksusal agar kanak-kanak mengetahi perubahan fisiologi yang berlaku terhadap diri mereka seperti apabila mencapai akil baligh. Akhir sekali, sebagai seorang guru, kita haruslah peka dan sensitif terhadap perkembangan kanak-kanak kerana perkembangan yang berlaku mempengarui keupayaan dan minat kanak-kanak di dalam pembelajaran.

17

3.2 LAPORAN PERKEMBANGAN KOGNITIF 3.2.1 PENDAHULUAN Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Ia juga turut melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu. Perkembangan kognitif kanak-kanak pula memberi penekanan kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat iaitu suatu proses

memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak serta kemampuan mereka menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, menganalisa dan membentuk pengetahuan baru terhadap pengalaman yang dilaluinya. Perkembangan kognitif ini juga sering dikaitkan dengan

perkembangan intelektual seseorang kanak-kanak. Menurut Jean Piaget, proses pemikiran seseorang berubah secara

menyeluruh bermula selepas lahir sehinggalah individu tersebut mencapai tahap kematangan. Berdasarkan kepada kajian dan pemerhatiannya, Jean Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Jean Piaget telah membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat sensori motor (0-2 tahun), pra operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-11 tahun) dan operasi formal (11 tahun sehingga dewasa).

18

3.2.2 PENGENALAN Kajian perkembangan kognitif ini dijalankan untuk mengkaji perkembangan kognitif kanak-kanak sama ada selari atau tidak dengan teori-teori perkembangan kognitif yang telah dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi. Sebelum kajian kes diteruskan terhadap pelajar tersebut, terdapat serba sedikit penerangan berkaitan dengan latar belakang pelajar tersebut. Kumpulan kami telah mengambil dua responden yang berbeza tahap umur dan jantina iaitu Muhd Hafizzudin bin Mustafa berumur 11 tahun dan Aisyah binti Ayob berumur 12 tahun. Kedua-dua responden ini sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat yang terletak di Pulau Pinang. Pemilihan responden ini telah dibuat berdasarkan kepada pemerhatian dan pengenalpastian latar belakang murid dan persekitaran sekolah dilakukan secara menyeluruh. Sebagai analisa, kedua-dua responden dianalisa dengan menjalani ujian konservatif Piaget untuk melihat perkembangan kognitif mereka. Antara ujian yang dijalankan seperti ujian duit syiling, ujian tali dan ujian air. Alasan yang dikemukakan oleh responden direkodkan untuk melihat perbezaan kognitif responden mengikut peringkat umur. 3.2.3 ANALISIS DATA 3.2.3.1 Pengenalan Ujian Konservatif Piaget Kedua-dua responden telah menjalani tiga jenis ujian konservatif Jean Piaget iaitu ujiaj duit syiling, ujian tali dan ujian air. Ujian pertama yang dijalankan ialah ujian duit syiling. Ujian ini telah menggunakan prinsip transformasi iaitu diubah bentuk. Pada permulaannya duit syiling disusun secara sama banyak dan kemudian duit syiling telah diubah jaraknya tanpa ada penambahan atau pengurangan duit syiling. Responden telah ditanya tentang adakah bilangan duit sebelum diubah dan selepas diubah sama banyak. Seterusnya ialah ujian kedua iaitu ujian tali. Prinsip transformasi masih juga digunakan dalam ujian ini. Bagi ujian ini, tali yang mempunyai panjang yang sama telah digunakan. Responden dikehendaki mengenal pasti sama ada tali yang disusun di atas meja dan disusun secara lurus mempunyai kepanjangan yang sama
19

atau tidak. Kemudian, salah satu tali tersebut dibengokkan sedikit untuk mengelirukan responden dalam memberikan jawapan sama ada tali tersebut masih mempunyai kepanjangan yang sama ataupun tidak. Ujian ketiga yang dijalankan ialah ujian air dan prinsip transformasi ini tetap juga digunakan dalam ujian ini. Dua bekas air yang sama bentuk dan saiz digunakan untuk diisi air pada kuantiti yang sama dan dilabelkan sebagai bekas A dan bekas B. Pada permulaan ujian, responden ditanya sama ada isipadu di dalam bekas sama atau tidak kemudian transformasi dilakukan dengan menggunakan bekas yang mempunyai saiz dan bentuk yang berbeza dan dilabelkan sebagai bekas C. Semasa transformasi dilakukan, responden memerhati dengan teliti. Bekas A dan C diletakkan secara bersebelahan dan responden ditanya lagi sama ada kedua-dua bekas tersebut mempunyai isipadu yang sama atau tidak. Setiap jawapan yang diberikan oleh kedua-dua responden telah direkodkan di dalam borang yang telah disediakan. Kemudian setiap alasan yang diberikan oleh responden dianalisa dan dibincangkan sama ada ia selari atau tidak selari dengan teori perkembangan kognitif kanak-kanak Jean Piaget. 3.2.3.2 Data Responden Ujian Perkembangan Kognitif Responden yang digunakan bagi menjalani ujian ini sama seperti responden yang telah menjalani ujian perkembangan fizikal. Responden yang dipilih berada di kalangan umur 11 tahun dan merupakan seorang kanak-kanak lelaki. 3.2.3.3 Perbincangan Responden Pertama Peringkat Operasi Konkrit Responden pertama telah berjaya menjalani kesemua ujian berdasarkan ujian konservatif Jean Piaget iaitu ujian duit syiling, ujian tali dan ujian air. Malahan, kami telah menambah dua lagi ujian iaitu ujian jisim dan ujian luas. Segala jawapan responden pertama telah direkodkan. Jawapan responden pertama yang berusia 11 tahun bagi ujian duit syiling ialah bilangan duit selepas diubah kedudukannya adalah tidak sama dengan bilangan duit sebelum diubah kedudukannya. Hal ini menunjukkan bahawa responden pertama masih tidak mampu untuk berfikir secara logik dan rasional. Ini kerana responden masih tidak dapat
20

membayangkan

konsep

pembalikan

(reversibility) sesuatu benda. Pemikiran responden masih terikat kepada satu sudut dan keadaan statik sebelum dan selepas. Secara tidak langsung, hal ini menunjukkan teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget tidak selari dengan perkembangan kognitif kanak-kanak yang mana beliau mengatakan kanak-kanak pada peringkat umur operasi konkrit (7-12 tahun) sudah mula memperolehi konsep transformasi, menguasai kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanak-kanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Oleh itu, tahap perkembangan kognitif responden pertama bagi ujian duit syiling ini adalah rendah kerana tidak mampu mengingat semula peristiwa yang sudah berlaku dan juga tidak boleh membanding bezakan dua peristiwa yang sudah berlaku. Perkara yang serupa pada ujian duit syiling masih lagi terjadi kepada responden pertama sewaktu menjalani ujian tali pula. Pada ujian kedua ini, responden masih lagi tidak menguasai prinsip transformasi yang dilakukan. Responden telah memberikan jawapan bahawa apabila kedua-dua tali diletakkan di atas meja dalam keadaan yang lurus, ia mempunyai kepanjangan yang sama. Namun begitu, apabila perubahan dilakukan dengan membengkokkan sedikit tali tersebut, responden memberikan jawapan bahawa kepanjangannya juga turut berubah . Berdasarkan kepada jawapan yang diberikan oleh responden, dia masih lagi tidak mempunyai keupayaan untuk menguasai prinsip transformasi yang telah dilakukan ke atas tali tersebut. Sebaliknya, responden menganggap bahawa apabila bentuk tali berubah bengkok, ukuran juga turur berubah menjadi pendek. Hal ini, selari dengan pendapat yang telah dikemukan oleh Jean Piaget iaitu keupayaan berfikir kanak-kanak secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak dan meluas. Oleh yang demikian, mereka tidak mampu untuk menyelesaikan masalah yang kompleks. Malahan, prinsip identiti dan prinsip ganti rugi juga masih belum dikuasai oleh responden pertama melalui ujian tali, ujian air, ujian jisim serta ujian luas. Prinsip identiti yang dimaksudkan ialah responden tahu bahawa tidak berlaku kekurangan atau penambahan pada bilangan objek dan ianya tetap sama walaupun bentuknya berubah. Manakala, prinsip ganti rugi bermaksud bahawa responden tahu akan sesuatu perubahan pada satu segi akan diganti dengan perubahan dalam satu aspek lain seperti bentuk, ketinggian dan lain-lain. Responden tidak dapat mengenal
21

pasti sama ada panjang tali berubah atau tidak setelah dibengkokkan walaupun perubahan tersebut dilakukan di hadapan mereka tanpa ada sebarang penambahan atau pengurangan. Manakala, bagi ujian isipadu air pula, responden pertama mengatakan bahawa isipadu di dalam bekas B semakin berkurang apabila ditukarkan kepada bekas C. Bagi ujian yang seterusnya pula iaitu ujian jisim telah dijalankan. Jawapan yang diberikan tentang jisim tanah liat selepas dilenyekkan dari bentuk asalnya ialah tidak sama dan semakin berat. Terakhir sekali ialah ujian ruang dimana responden pertama memberikan jawapan bahawa ruang makan bagi lembu B lebih banyak berbanding ruang makan lembu A. Hal ini menunjukkan bahawa kenyataan ini telah menolak teori Jean Piaget bahawa kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh menguasai konsep pengekelan (conservation) yang mana ia melibatkan tiga prinsip iaitu prinsip identiti, prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan. Keadaan ini menunjukkan bahawa kanak-kanak pada peringkat umur 7-11 tahun lebih berfokuskan kepada keadaan fizikal daripada konsep yang lebih abstrak. Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak dapat melaksanakan prinsip transformasi dengan sempurna. Tuntasnya, hasil daripada analisa dan perbincangan yang dilakukan terhadap responden pertama mendapati bahawa kesemua jenis ujian tidak selari dengan teori yang telah dikemukakan oleh Jean Piaget. Hal ini berlaku mungkin disebabkan kanak-kanak tidak menjawab dalam keadaan yang serius, maka bagi mendapatkan keputusan ujian yang lebih tepat seharusnya dilakukan secara beramai-ramai untuk mendapatkan keputusan yang pelbagai. 3.2.3.4 Data Responden Ujian Perkembangan Kognitif Responden yang dipilih untuk menjalani ujian kognitif ini tetap sama seperti responden yang telah menjalani ujian fizikal. Responden berada di dalam lingkungan umur 12 tahun dan merupakan seorang kanak-kanak perempuan.

22

3.2.3.5 Perbincangan Responden Kedua Peringkat Operasi Formal Berdasarkan hasil kepada kelima-lima ujian yang telah dijalankan terhadap responden kedua yang berusia 12 tahun ini, responden telah menguasai ketiga-tiga prinsip transformasi ini iaitu prinsip identiti, prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan. Walaupun masih terdapat kesilapan pada satu ujian yang dilakukan namun responden kedua ini tetap berjaya menjalani tiga ujian utama ujian konservatif teori Jean Piaget ini iaitu ujian duit syiling, ujian tali dan ujian air. Secara tidak langsung, ujian konservatif Piaget yang dijalankan ke atas responden kedua selari dengan teori perkembangan kognitif kanak-kanak yang telah dikemukakan oleh Jean Piaget. Hasil kesemua ujian mendapati bahawa responden kedua yang berusia 12 tahun ini sudah menguasai prinsip identiti. Sebagai bukti, semasa menjalani ujian duit syiling dengan memerhati segala pergerakan yang dilakukan, responden sudah dapat mengetahui bahawa jumlah duit tetap sama walaupun jarak asal duit sudah berubah bentuk. Hal ini kerana, kanak-kanak sudah boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea dan membuat jangkaan atau andaian berdasarkan kepada fakta. Bahkan, pemikiran mereka juga tidak lagi terikat kepada satu sudut dan situasi static sahaja serta bahan-bahan konkrit. Pada keadaan ini, mereka sudah boleh faham sekiranya berlaku penambahan atau pengurangan sesuatu objek walaupun bentuknya sudah berubah. Di samping itu, responden juga menguasai prinsip keterbalikan di mana responden telah mengukur semula tali pertama dengan tali kedua bagi memastikan kepanjangan tali tersebut masih sama walaupun bentuknya sudah berubah. Responden menyatakan bahawa perubahan bentuk yang dilakukan ke atas tali tidak mempengaruhi kepanjangan kepada tali. Hal ini menunjukkan kanak-kanak pada tahap ini sudah mampu untuk berfikiran secara abstrak dan membuat hipotesis. Membuat hipotesis bermakna responden mampu untuk menyelesaikan masalah yang kompleks dalam jangka watu yang diberikan. Walaubagaimanpun, masih terdapat kelemahan pada responden kedua kerana dia masih membuat kesilapan terhadap ujian jisim. Responden keliru melihat kepada perubahan bentuk yang berlaku kepada tanah liat menyebabkan responden memberikan jawapan bahawa jisim tanah liat berubah setelah dilenyekkan. Disini responden masih lemah dalam prinsip identiti walaupun dia mendapat jawapan yang
23

betul dalam ujian tali. Responden berasa keliru terhadap jisim tanah liat kerana responden tidak dapat mengukur secara kasar terhadap perubahan yang berlaku kepada tanah liat sebaliknya kepada tali responden dapat mengukur perubahan yang berlaku kepada tali. Kesimpulannya, responden kedua telah menepati teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget iaitu pada peringkat operasi formal walaupun masih terdapat sedikit kesilapan yang dilakukan oleh responden. Pada tahap ini, kanak-kanak sudah boleh menaakul secara induktif atau deduktif. Penaakulan induktif bermaksud kanak-kanak dapat berfikir daripada yang khusus kepada yang lebih meluas begitu juga sebaliknya iaitu penaakulan deduktif pemikiran yang am kepada pemikiran yang lebih khusus. 3.2.4 RUMUSAN Secara keseluruhannya, perkembangan kognitif kanak-kanak berkembang mengikut peringkat umur. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapat bahawa persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak tetapi sebaliknya kanak-kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya. Walaupun kesemua ujian yang dilakukan ke atas responden pertama tidak selari dengan teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget, namun bagi mendapatkan keputusan ynag lebih sekata dan tepat seharusnya ujian ini dilakukan secara beramai-ramai agar keputusan dapat dipelbagaikan. Kesemua proses transformasi yang dilakukan dalam tiap-tiap ujian mempunyai jawapan yang berbeza. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit masih belum dapat berfikir secara logik dan rasional di samping masih terikat dengan bahan konkrit yang diberikan. Bagi memastikan perkembangan kognitif kanak-kanak berkembang dengan sempurna dan mengikut peringkat, guru dan ibu bapa harus sedar akan pengaruh rakan sebaya terhadap perkembangan kanak-kanak khasnya daripada

perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Malahan, cara guru mengajar di dalam juga serba sedikit turut menyumbang ke arah perkembangan kanak-kanak.
24

Hal ini kerana, dalam setiap pembelajaran kanak-kanak akan menguasai suatu kemahiran baru. Oleh itu, guru digalakkan untuk menggunakan bahan bantu mengajar yang lebih membantu kepada perkembangan kognitif kanak-kanak seperti penggunaan bahan maujud, model, video animasi, pengalaman pelajar sendiri dengan persekitarannya dan lain-lain lagi.

25

3.3 LAPORAN PERKEMBANGAN SOSIAL 3.3.1 PENGENALAN Secara amnya, perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses yang mana perkembangan berlaku dan membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut suatu cara yang boleh diterima oleh sesebuah masyarakat serta budayanya. Sehubungan dengan itu, dalam erti kata lain perkembangan sosial ini boleh dikatakan sebagai satu perkembangan sosial yang melibatkan proses sosialisasi itu. Hal ini membolehkan kanak-kanak itu mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan satu penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial secara tidak langsung. Sama seperti yang telah diperkatakan oleh tokoh perkembangan psikososial iaitu Erik Erikson yang mana beliau juga menyatakan bahawa personaliti seorang kanak-kanak itu dibentuk hasil daripada perkembangan sosial. Bahkan, beliau juga sangat menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak itu sendiri. Menurut Erik Erikson, beliau telah menerangkan perkembangan social sebagai satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat itu sendiri mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik. Maka, beliau berpendapat bahawa kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan individu akan membawa akibat kepada imej individu itu sendiri. Selain itu, dalam konteks aspek perkembangan sosial kanak-kanak ini, ia dapat dilihat dan dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting, antaranya ialah proses peniruan dan identifikasi, aktiviti bermain, perkembangan kognisi sosial, persahabatan serta perhubungan social dengan rakan sebaya. Di samping itu, sepanjang proses sosialisasi ini berlaku kanak-kanak dapat mempelajari tradisi, kepercayaan, nilai dan adat yang mana ia mengikut kepada apa yang dianuti oleh kumpulan sosial mereka sendiri. Malah, mereka juga akan mempelajari dan mengikuti peraturan-peraturan sosial yang telah diamalkan oleh sesebuah kumpulan sosial mereka sendiri serta proses sosialisasi pula ditentukan oleh konteks budaya. Hal ini kerana, mungkin tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya tidak semestinya dianggap tidak sesuai bagi budaya lain. Oleh itu, terdapat banyak tingkah laku social yang bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya yang ada di dunia ini.

26

3.3.2 PENDAHULUAN Perkembangan sosial di sini dikatakan bermaksud satu perkembangan dalam persekitaran dan pergaulan di dalam sebuah masyarakat. Pada peringkat inilah sebagai ibu bapa, meraka seharusnya memberikan kebebasan kepada anak-anak meraka dalam bersosial dan bergaul dengan persekitaran. Malah, ia merupakan satu perkembangan yang tidak boleh dihalang sebaliknya memberi satu galakan yang positif kepada mereka agar lebih berani untuk ke hadapan dan secara tidak langsung dapat menggalakkan perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut. Berdasarkan kepada kajian perkembangan sosial ini, ia dapat dikaitkan dengan teori yang telah dikemukakan oleh Erik Erikson yang mana ia lebih dikenali dengan Teori Perkembangan Psikososial Erikson yang mana ia merupakan satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat tersebut mempunyai kecenderungan atau keinginan untuk berkonflik. 3.3.3 ANALISIS DATA Satu kajian telah dilakukan ke atas dua orang respondan yang berlainan jantina bagi mengenalpasti tahap perkembangan sosial mereka. Respondan tersebut ialah seorang murid lelaki yang bernama Muhd Hafizuddin bin Mustafa dan seorang murid perempuan iaitu Aisyah binti Ayob serta mereka merupakan murid dari sekolah Sekolah kebangsaan Tok Mahat, Pulau Pinang. Berdasarkan pada kajian yang telah dijalankan, perkembangan sosial ini lebih memperlihatkan kepada hubungan respondan dengan warga di sekolah yang mana mereka hanya berinteraksi dengan individu yang berada sama dengan persekitaran mereka. Jika dilihat pada data hubungan respondan perempuan dengan pihak pentadbiran sekolah lebih baik berbanding dengan respondan lelaki. Hal ini kerana respondan perempuan lebih mudah mendekati dan bergaul dengan pihak pentadbiran seperti Guru Besar dan Penolong Kanan malah berbeza dengan respondan lelaki yang kurang mengenali pihak pentadbiran sekolah. Pada peringkat ini, respondan lelaki masih belum dapat meningkatkan kecerdasan interpersonalnya dengan baik dan lebih tertumpu kepada diri sendiri dan persekitaran terdekatnya sahaja seperti rakan-rakan. Hubungan kedua-dua respondan juga dapat dilihat dengan staf kakitangan sekolah yang mana kedua-dua respondan agak kurang mengenali staf kakitangan sekolah yang mana mereka jarang berurusan dan berjumpanya. Seterusnya, kita lihat kepada hubungan kedua-dua respondan dengan guru-guru mereka. Berdasarkan data, respondan lelaki hanya mendekati guru-guru yang hanya mengajarnya kerana respondan diberikan tanggungjawab dalam menggalas jawatan sebagai ketua kelas. Manakala, respondan perempuan hubungannya tidak hanya tertumpu kepada 27

guru yang mengajar sahaja malah turut rapat dengan guru-guru sekolah dan sering melakukan interaksi dengan guru keran respondan itu sendiri memegang jawatan sebagai pengawas sekolah bahagian Ketua Perhimpunan. Apa yang boleh diperkatakan di sini, kedua-dua respondan mempunyai tanggungjawab yang digalaskan kepada mereka namun respondan perempuan lebih berkomited dalam tugasannya tetapi respondan lelaki hanya menjalankan tanggungjawabnya pada kelompok kumpulannya sahaja seperti guru yang mengajar dan rakan-rakan sekelas. Selain itu, hubungan kedua-dua respondan dengan rakan-rakan pelajar turut dikaji dan hasil menunjukkan respondan lelaki lebih mudah mendapat kawan dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja tidak mengira kelas dan darjah. Respondan lelaki lebih terbuka dalam skop hubungannya dengan rakan-rakan. Respondan juga tidak memilih dalam persahabatan. Namun berbeza dengan respondan perempuan yang man mempunyai geng yang rapat dang sering bersama ke mana-mana dan juga kurang berkawan dengan muridmurid kelas lain. Pada peringkat umur respondan perempuan ini, respondan sememangnya hanya akan berkawan dengan rakan-rakan yang sama darjah dan yang mempunyai persamaan dengan respondan. Malah respondan tidak begitu mementingkan hubungan repsondan dengan rakan-rakan lain yang tidak sama darjah dengannya dan agak memilih dalam hubungan persahabatan. 3.3.4 RUMUSAN Apa yang boleh diperkatakan berdasarkan daripada pemerhatian dan kajian yang telah dijalankan ke atas kedua-dua responan, terdapat perbezaan dalam konteks hubungan sosial kedua-dua respondan yang berbeza umur dan jantina. Dapat dilihat bahawa respodan lelaki lebih cenderung dan suka ke arah hubungan sosial yang kurang formal dan berbeza dengan respondan perempuan lebih suka dan cenderung ke arah satu hubungan sosial yang sosial kerana respondan perbezaan umur mereka. Faktor umur juga mempengaruhi dalam sesuatu hubungan sosial. Malah sebagai guru, kita harus membimbing dan mengajar mereka dalam membina satu hubungan sosial supaya mudah bagi mereka untuk berkomunikasi, bekerjasama dan komited terhadap tanggungjawab terhadap tugasan yang telah diberikan. Tambahan pula, respondan lelaki dilihat lebih selesa berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira darjah dan umur. Tetapi respondan perempuan lebih selesa berkawan dengan geng mereka sahaja yang mana mereka sebaya dan sering melakukan aktivti bersama. Pada peringkat ini, kita sebagai guru harus menggalakkan mereka lebih terbuka dan memilih rakan yang betul agar mereka tidak terleka tidak lalai dalam menjalankan tanggungjawab masing dan kita harus peka terhadap persekitaran sosial mereka. 28

3.4 LAPORAN PERKEMBANGAN EMOSI 3.4.1 PENGENALAN Menurut istilah psikologi, emosi merupakan bahasa dalaman seseorang yang berkait rapat dengan tindak balas (fizikal) yang mana ia datang daripada sensitivity perasaan dalaman dan luaran (pergaulan sosial). Selain itu, emosi juga boleh didefinisikan sebagai satu perasaan afektif yang dialami oleh sesorang individu dalam sesuatu keadaan yang mana ia memberi makna kepada individu tersebut. Sehubungan dengan itu, ia juga boleh diperkatakan suatu pergerakan dalam minda yang mana ia dikeluarkan oleh pengaruh luaran. Hal ini kerana, minda adalah bersifat pasif dan sentiasa menerima semua yang terlintas secara langsung atau tidak langsung untuk menunjukkan apa yang dirasai oleh seseorang individu tersebut. Selain itu, menurut kajian daripada ahli-ahli psikologi, mereka menyatakan bahawa emosi seseorang individu itu juga adalah diwarisi daripada baka ibu bapa selain dipengaruhi oleh beberapa faktor lain. Di samping itu, dalam konteks perkembangan emosi kanak-kanak ini ia dititikberatkan ke dalam dua konsep utama iaitu regulasi emosi dan kompetensi emosi. Regulasi emosi ini adalah merupakan cara yang berkesan untuk mengawal ledakan emosi supaya idividu boleh mengawal diri dalam sesuatu keadaan manakala kompetensi emosi ini lebih kepada perkembangan dan kecerdasan emosi itu sendiri serta meliputi cara untuk mengendalikan emosi diri dan persekitaran. Menurut Danial Goleman (1995), beliau menyatakan hanya 80% kejayaan seseorang bergantung kepada kecerdasan emosi (EQ) manakala lebih kurang 20% sahaja yang berjaya yang mana ia disebabkanoleh kecerdasan mental (IQ). Bahkan, Danial Goleman juga telah memperkenalkan dan menjelaskan bahawa terdapat lima elemen yang perlu diberi perhatian dalam kecerdasa emosi. Antaranya ialah memahami emosi sendiri, kebolehan dalam mengendalikan emosi, memotivasikan diri dan menyedari emosi orang lain serta mengendalikan huungan dengan orang lain. Namun pekembangan emosi juga dapat dilihat pada peringkat bayi, awal kanak-kanak dan remaja. Peringkat-peringkat tersebut memperlihatkan cara yang berbeza dalam meraka menghadapi dan mengatasi emosi-emosi tersebut. Malah kita juga mengetahui bahawa emosi itu hadir atau datang dalam pelbagai bentuk contohnya marah, gembira, sedih, takut, marah dan sebagainya.

29

3.4.2 PENDAHULUAN Secara umumnya, kita sudah mengetahui akan apa itu perkembangan emosi kanakkanak yang mana ia merupakan satu perkembangan yang penting dalam kanak-kanak dan seterusnya ia sangat mempengaruhi tindak balas atau respon dari kanak-kanak itu sendiri. Satu kajian telah ke atas dua orang respondan yang berbeza jantina dan umur dan kajian tersebut masih dijalankan ke atas murid yang sama. Berdasarkan analisi juga terdapat lahirnya emosi dan tindak balas atau respon yang diolah sendiri oleh kanak-kanak tersebut. 3.4.3 ANALISIS DATA Berdasarkan kepada jenis emosi pertama yang dijalankan ialah emosi gembira bagi kedua-dua respondan. Apabila melalui emosi ini respondan lelaki lebih menunjukkan wajah gembirs dengan mengukir senyuman contohnya apabila mendapat ganjaran daripada guru yang melakukan kajian perkembangan kanan-kanak. Malah, respondan perempuan lebih suka menunjukkan mimik muka gemdira dan berasa sangat senang hati apabila dipuji oleh orang sekeliling. Selain itu, kita terus kepada emosi sedih dan melihat apa yang menyebabkan mereka jadi begitu. Bagi emosi sedih pularesopondan lelaki I;ah respondan berasa sedih dan malu apabila diejek oleh rakan sekeliling tentang saiz tubuh badan yang agak sedikit gemuk. Berbeza dengan cara respondan perempuan ketika berhadapan dan melalui emosi sedih yang mana respondan lebih banyak berdiam diri dan kurang bercerita dengan orang sekeliling apabila bersediih. Respondan lebih suka memendam emosi tersebut daripada luahkannya. Seterusnya ialah emosi marah yang mana respondan lelaki masih dapat mengawal emosi marahnya apabila pernah memarahi rakan sekelasnya yang tidak mendengar kata. Respondan ternyata pandai mengawal emosi tersebut dan sekiranya tidak terkawal maka timbullah pergaduhan. Di samping itu, respondan perempuan lebih banyak kepada menunjukkan ekspresi marah apabila terdapat kesalahan yang tidak disukainya. Pada emosi marah ini juga dapat dilihat bahawa respondan perempuan juga tidak meluahkan emosinya malah sebaliknya hanya membuat satu ekspresi agar orang sekeliling memahami akan kemarahan respondan. Kajian terhadap perasaan kasih saying juga turut dilakukan yang mana berdasarkan data, respondan lelaki mempunyai sikap kasih saying yang tinggi terhadap ibu bapa, guruguru dan juga kepada haiwan. Contohnya, sangat menyukai kucing. Cara respondan menggunakan emosi ini adalah lebih kepada orang yang mereka kenali dan yang sudah lama berada dalam kelompok mereka. Berbeza pula dengan respondan perempuan yang sangat menjaga hubungan dengan guru-guru sekolah dan rakan baik mereka di sekolah. 30

Selain daripada itu, kita lihat kepada sikap mereka yang peramah dan kita analisis terlebih dahulu data respondan lelaki yang mana respondan lebih mudah bergaul dengan orang sekeliling walaupun masih baru mengenali mereka. Manakala respondan perempuan agak kurang sikap peramahnya yang mana respondan boleh menegur sapa denganorang sekeliling tetapi respondan lebih suka menunggu orang lain yang bertegur respondan terlebih dahulu. 3.4.4 RUMUSAN Berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan dapat dilihat bahawa respondan perempuan lebih suka berdiam diri dan tidak meluahakn emosi yang mereka sedang hadapi. Namun, repondan lelaki tidak memilih dalam hubungan sosial dan berkawan dan bertegur sahaja dengan meraka yang dikenali atau sudah lama dikenali. Oleh demikian kita sebagai guru haruslah megajar murid supaya mengekspresikan emosi dengan cara yang betul. Malah pada peringkat ini juga dapat dilihat perkembangan emosi itu berlaku apabila keduadua respondan mengalami satu pengalaman terlebih dahulu seperti mendapat pujian di atas sikap yang mereka tunjukkan yang membolehkan mereka menzahirkan emosi tersebut supaya dapat dikenalpasti.

31

4.0 RUMUSAN Kesimpulannya, setelah membaca dan mengkaji serta memahami pelbagai teori serta pandangan daripada ahli-ahli falsafah psikologi yang terkenal dapatlah dirumuskan bahawa setiap perkembangan individu itu adalah bersifat kualitatif (berperingkat) tetapi

perubahannya jelas melalui dan mengikut perubahan masa. Apa yang boleh diperkatakan ialah perubahan tingkah laku sama ada dari segi aspek fizikal, kognitif, emosi mahupun sosial itu berlaku dalam satu keadaan yang berterusan dan melalui peredaran masa menerusi peringkat-peringkat kematangan yang tertentu. Sehubungan dengan itu, peringkatperingkat yang dikatakan itu adalah merupakan perkembangan yang membawa perubahan menuju kea rah tertentu serta yang dapat dijangkakan. Secara amnya, kita sudah mengetahui akan perkembangan individu itu sebenarnya dipengaruhi oleh dua faktor yang uatam iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Dalam konteks faktor baka ia merujuk kepada penentuan had perkembangan manakala persekitaran pula sebagai satu proses yang dapat membantu individu dalam mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Malahan itu, perkembangan juga dilihat sebagai satu pertalian yang saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu dengan wujudnya pertalian yang nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Di samping itu, corak perkembangan juga adalah berbeza-beza di mana semua kanak-kanak akan mencapai titik perkembangan yang sama pada masa umur yang sama serta kita juga mengetahui akan proses perkembangan itu mengikut peringkat yang mana bermula dengan peringkat sebelum lahir (prenatal), bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Tambahan pula, kita sememangnya sudah mengetahui akan pengawasan terhadap perkembangan kanak-kanak itu haruslah bersifat dari semasa ke semasa yang mana bermula dari peringkat bayi lagi. Hal ini kerana, ia bertujuan serta merupakan satu- satunya cara untuk mengenal pasti sebarang masalah atau keadaan yang luar dari kebiasaan berlaku. Sememangnya pelbagai program yang telah dilahirkan dan dilaksanakan oleh kerajaan dalam memastikan perkembangan kanak-kanak itu sentiasa di awasi namun ia tidak akan berjaya dengan mudahnya tanpa kesedaran dari pihak ibu bapa serta guru tentang peranan mereka dalam mengawasi perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak itu sendiri. Akhir sekali, setiap pihak perlulah memberi kerjasama dalam kita mendidik anak bangsa kita yang akan menjadi pelapis kepimpinan negara kita. Jika dari kecil lagi anak-anak sudah terbiar, sama-sama kita fikir dan renungkan apakah nasib yang akan menimpa mereka kelak.

32

RUJUKAN

Abd

Majid

Mohd

Isa,

Rahil

Mahyuddin,

(1997),

Psikologi

Pendidikan

1,

Pertumbuhan & Perkembangan.

Hajah Hasnah Udin, (1988). Bimbingan Kanak-kanak Luar Biasa, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Haliza Hamzah, Joy N.Samuel dan RafidahKastawi. (2008). Perkembangan Kanakkanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. KualaLumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Jas Laile Suzana Jaafar. (2008). Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

Kamarulzaman Kamaruddin, (2009). Psikologi Perkembangan :Panduan Untuk Guru. Tanjung Malim : Penerbit UPSI.

Mohamad Daud Hamzah.(1994). Perkembangan Kanak-Kanak dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.

Mok Soon Sang. (2009). Perkembangan Kanak-kanak. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2012). Perkembangan Kanak-kanak Edisi Ketiga. Selangor : Multimedia Sdn. Bhd.

33

_______________. (2009). Konsep Perkembangan Kanak-kanak. Diakses pada 27

Februari

2013

daripada

http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/psikologi-

perkembangan-konsep.html. Rohani Abdullah, (2002). Perkembangan Kanak-kanak : Penilaian Secara Portfolio, Serdang: Penerbit UPM. Siti Balkhis. (2011). Faktor Perkembangan Kanak-kanak. Diakses pada 28 Februari 2013 daripada http://anakilhamku.blogspot.com/2011/01/faktor-faktor-

perkembangan-kanak-kanak.html. Zydande. (2011). Konsep Pertumbuhan dan Perkembangan.Diakses pada 3 Mac 2013 daripada http://pasarnota.blogspot.com/2011/12/konsep-pertumbuhan-

dan-perkembangan.html.

34

LAMPIRAN

35

Anda mungkin juga menyukai