Anda di halaman 1dari 6

BAHAN BANTU MENGAJAR BAHASA MELAYU BAHAN MAUJUD 1.

Mari Bermain Sorong Tarik Objektif Bahan Kad sorong tarik Kertas atau buku tulis Murid-murid dapat membina dan menulis perkataan

Bentuk permainan i. Cara bermain ii. Individu

Aktiviti permainan Murid diberi set kad sorong tarik. Murid disuruh menyorong dan menarik kad-kad yang mengandungi suku kata dan gambar supaya menjadi perkataan yang dikehendaki. Murid dikehendaki menulis perkataan-perkataan yang dibina tersebut di dalam buku tulis atau kertas. Murid yang lebih awal siap menulis perkataan-perkataan dengan betul dikira sebagai pemenang.

Contoh Kad Sorong Tarik :

2. Kembali Ke Rumah Saya Objektif Murid-murid dapat membaca perkataan dengan betul.

Bahan Papan tapak perkataan Kad-kad bergambar

Bentuk Permainan i. Cara bermain ii. Individu Berpasangan

Aktiviti permainan Murid diberi set papan tapak permainan. Murid diminta mengeluarkan kad-kad bergambar dari tapaknya (rumahnya). Murid dikehendaki membaca perkataan yang terdapat dalam tapak-tapak kad tersebut. Murid-murid mencari kad-kad gambar kemudian memasukkan kad-kad gambar ke dalam rumah (tapak) perkataan tersebut. Murid yang lebih awal siap memasukkan kad-kad perkataan tersebut ke dalam rumahnya dengan betul dikira sebagai pemenang.

Contoh Papan Kembali Ke Rumah Saya :

3. Roda Impian Objektif Murid-murid dapat membina dan menulis perkataan yang terdiri daripada dua suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Bahan Roda impian suku kata terbuka Roda impian suku kata terbuka dan tertutup

Bentuk Permainan i. Cara bermain ii. Individu Berpasangan

Aktiviti Permainan Murid diberi roda impian. Murid diminta membina perkataan daripada suku kata berpandukan gambar dengan memutarkan roda suku kata tersebut. Murid diminta menulis perkataan yang dibina dalam buku tulis atau kertas. Murid yang paling awal selesai menulis perkataan tersebut dengan betul dikira sebagai pemenang.

Contoh Permainan Roda Impian :

4. Permainan Kad Colek Hantu Objektif : Murid-murid dapat membina, membaca dan menulis perkataan yang terdiri daripada dua suku kata terbuka. Bahan : Set kad suku kata terbuka, buku tulis atau kertas Bentuk Permainan - Cara bermain : Berdua, bertiga, berempat i. Aktiviti permainan : Murid diberi set kad suku kata terbuka Permainan Hantu kepada ketua kumpulan. Ketua kumpulan diminta

membahagikan kad tersebut kepada setiap pemain sebanyak : 26 keping seorang jika 2 orang pemain. Jika 3 pemain, ketua memberi 18 keping dan 17 keping seorang kepada pemain yang lain. 13 keping seorang jika 4 orang pemain.

Pemain diminta mencantumkan kad-kad suku kata tersebut supaya menjadi perkataan bermakna. Kad-kad suku kata yang telah menjadi perkataan tersebut disusun di hadapan atau di sisi murid.

Setelah tiada kad di tangan pemain yang boleh dicantumkan menjadi perkataan, barulah dicabut (diambil) satu kad daripada pemain sebelah kanan ketua. Jika kad itu boleh dibina perkataan maka kad suku kata tersebut disusun di hadapan atau di sisi murid (seperti tadi).

Permainan diteruskan sehingga tiada kad-kad yang boleh dibentuk perkataan. Pemain yang mendapat atau memgang kad gambar hantu dikira kalah. Murid diminta menulis perkataan yang telah dibina tersebut di dalam buku latihan atau kertas.

Contoh Kad Colek Hantu :

5. Kad Selak Objektif : Murid-murid dapat membina, membaca dan menulis perkataan yang terdiri daripada 2 suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Bahan : Kad selak, dan buku tulis.

Bentuk Permainan : i. ii. Cara bermain : Individu atau berpasangan Aktiviti permainan : Guru memberi kad selak kepada murid. Murid-murid menyelak kad-kad suku kata untuk membina perkataan berpandukan gambar. Murid-murid menulis perkataan yang telah dibina di dalam buku latihan atau kertas. Murid yang awal membina dan menulis perkataan di dalam buku latihan atau kertas dengan betul dikira sebagai pemenang.

BAHAN BANTU MENGAJAR MULTIMEDIA INTERAKTIF Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) kini seiring dengan

perkembangan dunia pendidikan pada masa ini. Pengintegrasian teknologi dalam pengajaran, khususnya mengajar Bahasa Melayu akan menjadi lebih menarik, bermakna dan produktif dengan pengabungjalinan penggunaan multimedia interaktif. Menurut Zamri dan Mohamed Amin (2008), multimedia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat dan tepat serta mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Pelaksanaannya terhadap murid-murid bermasalah pembelajaran dalam kemahiran membaca atau menulis akan memberi impak positif. Hal ini demikian kerana bahan teknologi maklumat biasanya menggabungkan teknik suara, bunyi, gambar, video, serta teks yang pelbagai untuk mewujudkan persekitaran baharu di samping kaya dengan maklumat pembelajaran. Sehubungan itu, murid-murid yang menggunakan multimedia interaktif sebagai medium menguasai kemahiran membaca lebih fleksibel dan bebas untuk mencari ilmu pengetahuan. Manakala menurut Doyle (2007), komputer membantu murid untuk meningkatkan pencapaian bahasa menerusi penggunaan teknik yang sistematik dan berpusatkan murid. Contoh Bahan Multimedia Interaktif Bahasa Melayu :