Anda di halaman 1dari 6

Langkah-langkah membina model kubah Model kubah yang dibina menggunakan bentuk segi tiga sebagai bentuk asas.

Model bersaiz 30cm ini dibina menggunakan kertas tebal dengan tapak daripada kadbod. 1. Reka dan ukur dua set segi tiga yang akan menjadi asas binaan kubah. Segi tiga ini dikenali sebagai segi tiga AAA dan segi tiga BAB. Segi tiga AAA mempunyai panjang 9.27 cm pada setiap sisi (A=9.27cm) manakala segi tiga BAB mempunyai satu sisi dengan panjang 9.27 cm (A) dan dua sisi dengan panjang 8.20 cm (B). Secara ringkasnya: A = 9.27 cm B = 3.20 cm

A A SEGI TIGA AAA SEGI TIGA BAB Contoh templat segi tiga AAA dab BAB dengan ukuran yang tepat boleh dilihat dalam lampiran 1 dan lampiran 2. Satu sisi segi empat ditambah pada setiap sisi untu dilekatkan dengan gam. 2. Cetak 10 keping segi tiga AAA manakala 30 keping segi tiga BAB dengan menggunakan kertas tebal. Gunting segi tiga mengikut garisan putus-putus. 3. Ambil 5 keping segi tiga BAB dan bina sebuah pentagon dari segi tiga itu. Pentagon dibina dengan melekatkan bahagian B bersama-sama.

Rajah 1: Pastikan bahagian A segi tiga BAB berada di bahagian luar pentagon (sisi).

Rajah 2: Rupa pentagon yang telah siap 4. Bina tapak bagi model kubah dengan menggunakan kadbod. Diameter tapak adalah 30 cm

Rajah 3: Tapak model kubah yang dibuat. Lubang dibuat di tengahtengah supaya mudah untuk melekatkan segi tiga.

5. Lukis 10 perentas (chord) 9.27 cm pada keliling bulatan yang dilukis sebagai asas untuk melekatkan segi tiga AAA.

Rajah 4: tapak dengan 10 perentas yang telah siap dilukis 6. Lekatkan dua pentagon dengan satu segi tiga AAA. Tambah lagi satu segi tiga AAA di tepi pentagon lagi satu.

Rajah 5: cara melekatkan pentagon dengan segi tiga AAA 7. Lekatkan bahagian yang telah dicamtum pada tapak kubah.

Rajah 6: pentagon dan segi tiga AAA dilekatkan pada tapak 8. Lekatkan lima pentagon pada tapak seperti rajah 7.

Rajah 7: Lima pentagon dan lima segi tiga AAA

9. Lekatkan segi tiga AAA di antara setiap pentagon pada bahagian atas

Rajah 8: Kesemua segi tiga AAA dilekatkan (lima bawah lima atas) 10. Lekatkan pentagon terakhir pada bahagian atas kubah.

Rajah 9: Lekatkan pentagon terakhir

Rajah 10: Model kubah yang telah siap (Sumber: http://hilaroad.com/ ) Lampiran 1

Templat segi tiga AAA

Cetak 10 keping bagi segi tiga AAA

A A

Lampiran 2

Templat segi tiga BAB Cetak 30 keping bagi segi tiga BAB