Anda di halaman 1dari 1

a) PRINSIP-PRINSIP LATIHAN Prinsip Perbezaan Individu Tidak semua individu mengalami kadar peningkatan prestasi yang sama bagi

swatu l atihan fizikal yang dikenakan. Program latihan seharusnya dirancang khusus untuk individu kerana terdapat perbezaan antara individu seperti matlamat, keupayaan fizikal dan tahap kecergasan fizikal. Prinsip Pengkhususan Komponen-komponen fizikal atau sistem tenaga adalah berbeza antara satu sukan de ngan sukan yang lain. Latihan fizikal yang dijalankan perlulah khusus kepada keh endak individu atau kehendak sesuatu sukan yang diceburi. Sekiranya individu lem ah dalam daya tahan kardiovaskular, maka kaedah latihan yang dapat meningkatkan komponen ini perlulah diberikan.