Anda di halaman 1dari 1

Dapat menghasilkan rangsangan /stimulasi dalam membentuk kognitif murid agar lebih bersifat ingin tahu.

Dapat meningkatkan minat atau motivasi murid untuk terus belajar. Dapat mendorong murid mencuba pelbagai jalan penyelesaian dalam persekitaran pembelajaran yang lebih selamat. Dapat mendorong murid melaksanakan pembelajaran kendiri dan pengajaran antara rakan sebaya (peer teaching) dalam kumpulan dan antara kumpulan. Dapat membina kemahiran pemikiran kritis dan kreatif, menganalisis dan menyelesaikan masalah. Dapat meningkatkan kebolehupayaan pembelajaran melalui kerjasama dalam kumpulan . Dapat melibatkan murid secara aktif dalam proses pembelajaran berbanding menggunakan kaedah kuliah. Dapat meningkatkan pemahaman dan pengetahuan tentang isi pelajaran dengan mudah dan mendalam sekaligus dapat meningkatkan pencapaian akademik murid tersebut.

Kaedah PBL banyak menekankan dan menitikberatkan cara murid menganalisis dan menyelesaikan masalah. Ia dilihat sebagai langkah terbaik untuk memperbaiki teknik pengajaran tradisional yang hanya berpandukan buku rujukan. Ia berkesan untuk membolehkan pelajar memahami apa yang dipelajari (melalui masalah) dan mengguna semula ilmu tersebut dan kemahiran yang telah disampaikan. Situasi pengajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah kini adalah paling sesuai menggunakan kaedah ini kerana ia memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan projek seni visual secara kreatif dan eksplorasi media dan teknik di samping membuat penerokaan. SAM & MAX