Anda di halaman 1dari 23

SOALAN TUGASAN

Seorang guru perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap supaya pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Dalam menyediakan RPH itu, guru terlebih dahulu perlu menguasai teori, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Oleh itu, anda dikehendaki membuat satu kajian tentang pelaksanaan penyediaan RPH dan pengajaran guru Bahasa Melayu di sekolah anda. Bincangkan pengisian RPH serta teori, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran guru tersebut dengan mencadangkan penambahbaikan terhadap RPH dan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Sebagai pemurnian, sediakan RPH altenatif mengikut format yang telah distandardkan di peringkat IPG seberta bahan bantu mengajar (BBM). Anda dikehendaki mengaplikasikan teori, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa dalam RPH yang dihasilkan itu.

PENDAHULUAN

Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempatempat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah.

Pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran mempunyai hubungan dan saling berkaitan di antara satu sama lain. Walau pun difikirkan bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam perbincangan pedagogi tetapi kebanyakan pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang konsep-konsep tersebut. Bagi menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Setelah jelas mengenai kedua-kedua konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep strategi serta pendekatan pengajaran. Akhir sekali kita akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Teori mengandungi suatu gambaran tentang hubungan sebab dan akibat antara variabel. Dalam sesuatu teori terdapat keunggulan yang dapat menjelaskan tentang sesuatu gejala dan juga mempunyai kekuatan untuk meramalkan sesuatu gejala (Best, john W. 1982 :21). Teori merupakan suatu tindakan intelektual bagi menjelaskan hakikat yang berkait rapat dengan panorama yang kompleks, konkrit atau abstrak berdasarkan pemerhatian yang rapid dan teliti. Teori juga mengandungi fakta yang saling berhubung kait bagi menjelaskan sesuatu hal atau sebab. Tegasnya, sesuatu teori akan menjelaskan sesuatu aspek tertentu sama ada memperkatakan mengapa, bagaimana atau apa (Marzukhi Nyak Abdullah, 1993 : 840). Terdapat banyak teori linguistik yang menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Pelbagai pendapat yang berbeza-beza diutarakan di kalangan para sarjana linguistik tentang pemerolehan dan penguasaan bahasa telah menyebabkan wujudnya pelbagai teori bahasa. Daripada teori yang pelbagai itu, terdapat dua sahaja teori yang dianggap penting berhubung dengan masalah ini yang ditimbulkan oleh ahli-ahli rasionalis. Golongan pertama yang mewakili Aliran Behavioris mendokong Teori Kekanis sementara golongan kedua yang mewakili Aliran Kognitif pula mendokong Teori Mentali. Terdapat banyak teori yang dikemukakan tentang pemerolehan bahasa.. Namun ada 3 teori yang popular dan sering menjadi rujukan iaitu Teori Behaviouris,Mentalis dan Konstruktivime. Proses pemerolehan dan penguasaan bahasa kanak-kanak merupakan satu perkara yang rencam dan cukup menakjubkan bagi para penyelidik dalam bidang linguisitk. Bagaimana manusia memperoleh bahasa merupakan satu isu yang amat mengagumkan dan sukar dibuktikan. Pelbagai teori dari bidang disiplin yang berbeza telah dikemukakan oleh para pengkaji untuk menerangkan bagaimana proses ini berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Memang diakui bahawa sama ada disedari ataupun tidak, sistem-sistem linguistik dikuasai dengan pantas oleh individu kanakkanak walaupun umumnya tiada pengajaran formal. learning a first language is

something every child does successfully, in a matter of a few years and without the need for formal lessons. (Language Acquisition: On-line).

Kita akan dapati kanak-kanak selalunya dapat memperolehi atau mempelajari bahasa secara berperingkat-peringkat dari masa ianya bayi. Apa yang penting ialah bahawa bayi itu belajar secara tidak formal, atau pembelajaran berlaku dengan secara tidak sedar dan tidak perlu diajarkan. Yang perlu hanya pendedahan kepada pemakaian bahasa itu dan kanak-kanak itu akan terus memperolehi sesuatu bahasa tersebut. Jadi para sarjana cuba mencari jawapan bagaimana ini boleh berlaku. Ada dua aliran yang mencuba menganalisa dan menerangkan fenomena ini. Ada sarjana yang berfikir bahawa bahasa itu serupa dengan lakuan lain dan lakuan ini dikuasai oleh kanak-kanak secara meniru segala lakuan pertuturan ibu bapanya. Kemudian terdapat pula sarjana yang memikirkan bahawa kanak-kanak memperolehi bahasa itu kerana ianya sudah terancang untuk berkembang dalam kanak-kanak tersebut dari segi biologis. Kanak-kanak yang terdedah pada bahasa akan dengan sendirinya mempunyai keupayaan untuk memperolehi bahasa. Teori pertama itu dipanggil teori behaviorisme dan yang kedua itu dipanggil teori biologis.

Teori Behaviouris atau Mekanis (Skinner) Salah satu dari bidang ilmu yang banyak mempengaruhi linguistik ialah psikologi. Mereka yang mengkaji mengenai teori behaviorisme ini ialah sarjana psikologi yang beranggapan bahawa pemerolehan sesuatu lakuan terjadi melalui ulangan sesuatu lakuan. Teori psikologi ini menyelidik lakuan-lakuan binatang. Eksperimen ini tidaklah dapat disebut satu persatu tetapi cukuplah bagi kita sekadar membincangkan teori behaviorisme ini yang bersangkutan dengan kegunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Walau bagaimanapun, teori behaviorisme ini tidaklah pula membuat tuntutan yang khusus mengenai bagaimana bahasa dikuasai. Mereka hanya menganggap bahawa kemahiran bertutur itu juga merupakan satu lakuan manusia, sama seperti lakuan lain. Jadi bagaimana lakuan lain itu dipelajari, maka begitulah juga lakuan bahasa dipelajari. Kajian mereka hanya ditumpukan kepada lakuan binatang.

Kesimpulan dari kajian ini dianggap akan dapat diterima sebagai sah untuk sebarang lakuan manusia. Teori ini dipelopori oleh Bloomfield, Edward Sapir, Boss dan Brooks yang merupakan ahli bahasa. Walau bagaimanapun terdapat juga ahli-ahli psikologi seperti Ivan Pavlov, Thorndike dan Skinner yang terlibat dalam membuat kajian tentang Teori Behaviouris. Mereka menganggap pembelajaran sebagai satu proses mekanis bagi membentuk sesuatu kebiasaan. Mereka juga berpendapat bahawa pembelajaran mempunyai kaitan dengan perubahan tingkah laku, iaitu hasil daripada rangsangan dan tindak balas. Oleh itu, teori ini juga dikenali sebagai Teori Ransangan- Tindak Balas. Teori ini mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk perlakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. Teori ini berasaskan teori pelaziman klasik, iaitu kanakkanak mempelajari bahasa menerusi hukuman dan ganjaran. Contohnya cikgu Zainal menyebut nama serta memberi pujian kepada murid yang memberi jawapan yang betul.Sesuatu ujaran terbentuk kerana adanya rangsangan dan gerak balas dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa, misalnya penggunaan kata bagus, anggukan dan sebagainya. Teori ini juga memberi penekanan kepada bentuk bentuk linguistik. Segala penghasilan bunyi atau sebutan sesuatu kata harus dilakukan secara tepat terutama dari aspek fonologi, struktur intonasi dan penguasaan system bunyi yang lain. Untuk memperolehi kemahiran bahasa, latihan dan latih-tubi perlu dijalankan secara kerap kerana kemahiran bahasa dilihat sebagai satu kebiasaan. Ini bermakana bahasa perlu dikuasai melalui proses pengulangan kerana teori ini beranggapan bahawa penguasaan bahasa ialah satu proses mekanis yang tidak melibatkan pemikiran atau daya mental. Teori ini berasaskan cara pemerolehan bahasa pertama kanak-kanak. Kanak-kanak belajar bahasa secara tidak formal melalui proses peniruan daripada ibu bapa atau ahli keluarga mereka. Mereka menguasai bunyibunyi dan menyebut perkataan-perkataan yang mereka dengar berulang kali sehingga mereka dapat menuturkan ayat-ayat yang lengkap.

Teori Mentalis (Chomsky) Teori Mentalis ini pula amat bertentangan dengan teori mekanis. Teori Mekanis yang banyak menggunakan percubaan ke atas haiwan dan menerapkan bahawa pembelajaran dan pengukuhan bahasa boleh berjaya jika adanya rangsangan dan gerak balas telah disangkal oleh golongan mentalis ini dengan mengatakan bahawa manusia sebagai makhluk yang berfikir dan berbeza dengan makhluk haiwan. Pembelajaran dan pengukuhan bahasa didapati secara sedar atau dengan kata lain berhubung kait dengan daya fikir seseorang.

Teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan pelakuan kanakkanak. Kanak-kanak dikatakan berupaya membuat rumusan. Teori Mentalis atau dikenali juga dengan nama Kod kognitif atau innatis. Ahli-ahli pemikiran yang terlibat dengan teori ini ialah Jean Piaget, E.H. Lenneberg, Robert Lee, Robin Lakoff, dan Mangantar Simanjuntak. Teori ini melihat bahasa sebagai satu aktivit yang merupakan satu kebolehan istimewa manusia secara semula jadi. Bahasa dianggap sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf. Hal ini boleh berlaku setelah seseorang itu menerima bahan seperti buku dalam bentuk peransang daripada telinga, mata, dan pancaindera lain.

Menurut Noam Chomsky (1959) proses pembelajaran bahasa peringkat permulaan diperolehi tidak semata-mata bergantung kepada operasi rangsang dan gerak balas sahaja. Proses Kognitif sudah pasti turut serta. Tanpa peranan kognitif, perkembangan bahasa terbatas pada yang dapat dialami sahaja, pada hal semua komponen bahasa berkembang secara kreatif atau melangkau batasan pengalaman naluriah iaitu rangsangan dan gerak balas. Perkembangan bahasa secara kreatif adalah hasil turut sertanya peranan operasi mental atau kognitif.

Seperti yang kita maklum bahawa bahasa adalah tindakan kreatif yang hanya ada pada manusia. Kreativiti manusia menggunakan bahasa hanya dapat difahami dengan menerima hakikat bahawa bahasa adalah satu sistem yang teratur sebagai

sebahagian daripada proses kognitif manusia. Dalam hal inilah, sebarang teori yang digerakkan dengan rangsangan dan gerak balas mampu menghurai kreativiti dan kelenturan orang menggunakan bahasa.

Diller (1971) yang membincangkan teori mentalis ini membuat empat andaian berikut: Bahasa yang hidup itu bersifat satu tingkah laku yang ditetapkan dengan peraturan-peraturan, Bahasa digunakan untuk berfikir; Peraturan-peraturan tatabahasa itu nyata darisegi psikologi; dan manusia adalah unik dengan keupayaannya berbahasa.

Seperkara lagi tentang teori mentalis ini ialah seseorang kanak-kanak telah dilahirkan dengan innate capacity (kebolehan semula jadi) yang membentuk keupayaan berbahasa dan proses penguasaannya bergantung kepada kematangan. Hasil daripada teori ini timbul beberapa kaedah pengajaran bahasa seperti kaedah kognitif, dan sebagainya. Mangantar Simandjuntak (1987) menyatakan bahawa teori ini juga mengakui adanya pembelajaran melalui trial and error (cuba ulang) tetapi dijalankan dengan penuh kesedaran. Samsu Yaacob dan Marzhuki Nyak Abdullah (1988) membandingkan kedua-dua teori ini dengan mengatakan bahawa teori mekanis mempunyai alasan yang lebih kukuh daripada hujah-hujah yang dikemukakan oleh golongan mentalis, yang lebih mementingkan innate capacity tetapi tidak dapat dibuktikan secara terperinci.

Golongan mekanis menganggap bahawa otak adalah sebagai kotak gelap dan manusia belajar menerusi perilaku serta memperoleh bahasa kerana adanya pengaruh persekitaran. Sedangkan golongan mentalis pula menganggap bahawa pembelajaran bahasa yang mengetepikan fungsi otak atau fikiran adalah teori yang tidak bermakna.

Secara keseluruhannya, teori ini merumuskan bahawa proses penguasaan bahasa bergantung kepada kematangan. Bagi ahli-ahli pemikiran mentalis, ada yang menganggap bahawa bahasa itu merupakan satu proses mental dan bukan mekanikal. Ada juga yang berpendapat kanak-kanak menperolehi bahasa secara natural kerana kebolehannyanuntuk berbahasa sudah terancang secara biologis dalam diri kanakkanak sejak lahir lagi. Kanak-kanak yang terdedah kepada sesuatu bahasa mempunyai keupayaan semula jadi untuk merumus dan membentuk nahu bahasa tersebut. Teori Konstruktivisme Mengikut teori ini, pengetahuan seseorang kanak-kanak atau individu dibina secara aktif oleh kanak-kanak atau individu melaluin= daya pemikiran. Antara tokoh yang dikaitkan dengan Teori Konstruktivisme ialah McBrien dan Brandt (1997), Briner M (1993), Sushkin N (1999) dan Nik Aziz Nik Pa (1997). Berdasarkan pandangan yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh tersebut, maka dapatlah dirumuskan bahawa

konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan dan konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam konteks ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan

pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Berbeza dengan kedua-dua teori terdahulu, Konstruktivis merupakan satu teori yang berpusatkan pelajar. Ini bermakna pelajar akan bergerak secara aktif untuk memastikan mereka dapat memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru. Teori ini mengetengahkan pendapat bahawa pelajar mempelajari sesuatu itu berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Oleh yang demikian, menurut teori ini, guru perlu menyediakan aktiviti yang sesuai dengan pengalaman sedia ada pelajar serta dapat mengaitkan pengalaman itu dengan pembelajaran yang bakal diajar. Pelajar pula hendaklah mampu mempergunakan pengetahuan baru itu untuk kegunaan masa hadapan. Peranan guru dalam kelas hanyalah sebagai pemudah cara, pemantau atau fasilitator. Pendekatan ini biasanya akan membuahkan hasil yang baik kerana pelajar akan lebih memahami sesuatu perkara itu sekiranya dia terlibat secara aktif.

KAEDAH DAN TEKNIK

Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara umum pengertian kaedah. Kamus Dewan telah mendefinasikan kaedah sebagai satu cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu juga kalau kita diminta memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi.

Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang kita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam atau menombak. Seandainya kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita perlu memiliki kemahirankemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Oleh yang demikian, bolehlah dinyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik. Umpamanya untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat berbeza.

Bagi menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh memburu harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah maka teknik-tekniknya adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu

panah, gerakan tangan untuk membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas. Di zaman teknologi ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak begitu berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah itu betulbetul mahir dan telah menguasai segala teknik memanah dengan baik, maka kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah baik. Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini.

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.

Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.

Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya. Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.

Kesimpulannya, bila kita sebut teknik pengajaran kita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknikteknik yang tertentu.

TEKNIK

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Edward M. Anthony mendefinisikan teknik sebagai satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang ingin mencapai hasil segera yang maksimun pada waktu memgajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Menurut Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III ; Komunikasi Bahasa, teknik boleh

didefinisikan sebagai pengendalian sesuatu organisasi yang benar-benar berlaku dalam bilik darjah. Ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknikteknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu tidak akan berhasil. Sebagai contoh; jika seseorang guru itu ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerakan tangan, facial expression, serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita berlangsung. Terdapat 3 tujuan teknik digunakan dalam pengajaran iaitu; 1. Menarik minat murid 2. Mengekalkan perhatian 3. Membangkitkan rasa ingin tahu Antara teknik-teknik yang biasa digunakan dalam pengajaran bahasa ialah; 1. Teknik main peranan 2. Teknik permainan bahasa 3. Teknik latih tubi 4. Teknik bercerita 5. Teknik inkuiri 6. Teknik perbahasan 7. Teknik kuiz 8. Teknik sumbangsaran 9. Teknik soal jawab 10. Teknik simulasi 11. Teknik drama 12. Teknik perbincangan 13. Teknik forum 14. Teknik dialog

Kesimpulannya, teknik adalah suatu alat yang digunakan guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih, haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

PENDEKATAN

Setelah kita mengetahui tentang Teori Pemerolehan Bahasa, mari kita meneliti pula pendekatan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Pendekatan biasanya

dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Mengikut Kamus Dewan(1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Dalam pengertian yang lebih luas, pendekatan juga diertikan sebagai to come near to in any sense atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Dengan kata lain, pendekatan juga boleh diertikan sebagai jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu yang biasanya dipilih berdasarkan kepada teori dan generalisasi tertentu.

Dalam pengajaran bahasa, pendekatan merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran dan sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan menyerupai klasifikasi pengajaran. Jenis-jenis pendekatan ini wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendeatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.

Kepentingan Pendekatan

Pendekatan merujuk kepada bagaimana sesuatu mata pelajaran yang diajar dapat mencapai objektif yang diharapkan. Maka dengan itu, dapatlah dikenal pasti akan kepentingan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatanpendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciriciri makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan.

Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedahkaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian.

PENDEKATAN PENGAJARAN

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-

pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.

Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut. Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah

pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.

Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.

Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru. Pendekatan ini adalah sama

dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu.

Pendekatan Deduktif Pendekatan Deduktif merupakan satu pendekatan mengajar mengasaskan pengajaran dan pembelajaran murid kepada hokum-hukum tertentu dan menggunakan penaakulan yang tinggi. Menurut Kamarudin Husin (1988), Pendekatan Deduktif melihat aspek pembelajaran secara keseluruhan pada awalnta sebelum membuat kesimpulan yang spesifik tentang aspek pembelajaran. Pendekatan ini selaras dengan Teori Pembelajaran Gestalt yang menjelaskan bahawa kita mempelajari sesuatu situasi secara keseluruhan sebelum mempelajari elemen-elemen situasi itu. Kemudian, bimbingan diberikan bersama-sama dengan contoh yang sesuai. Dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu bahasa, pendekatan ini

menyarankan supaya analisis rumus-rumus tatabahasa diperkenalkan terlebih dahulu sebelum guru menunjukkan pengaplikasian rumus-rumus tersebut melalui contohcontoh yang sesuai.Dalam kebanyakan situasi, terutama dalam menyusun isi, pendekatan ini mengutamakan generalisasi dan dilakukan di bahagian awal pengajaran dan kemudian bergerak kepada contoh-contoh yang disediakan. Sebagai contoh, jika guru hendak mengajar tajuk kata nama am. Guru akan memberikan definisi kata nama am terlebih dahulu. Selepas itu, baharulah guru memberikan contoh-contoh dalam ayat dan latihan-latihan berdasarkan contoh-contoh yang diberikan bagi mengukuhkan pemahaman murid. Ringkasnya prosedur pengajaran Pendekatan Deduktif dimulakan dengan pengenalan umum. Perlu diingatkan bahawa rumus yang diperkenalkan ini haruslah berdasarkan rumus yang telah diketahui oleh murid. Contoh-contoh yang disediakan haruslah berkaitan dengan isi pelajaran supaya konsep sesuatu rumus itu dapat

difahami dengan kukuh dan mantap. Dalam hal ini guru perlu membimbing murid untuk melaksanakan aktiviti melalui contoh-contoh yang terarah dan terancang.

Pendekatan Eklektif Eklektif atau eclectic bermaksud campuran atau gabungan. Pendekatan eklektif merupakan pendekatan hasil gabungan kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif untuk menghasilkan satu strategi pengajaran. Segala ciri yang baik daripada kedua-dua pendekatan ini di gabungkan untuk digunakan dalam satu pengajaran tertentu. Pengambilan cirri-ciri yang baik daripada beberapa pendekatan ini bertujuan untuk menghasilkan satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih seimbang, berfaedah, berkesan, dan mantap untuk mengajarkan bahasa kepada murid-murid.

Pendekatan Eklektif boleh dibahagikan kepada dua variasi, iaitu ;

CONTOH

GENERALISASI

CONTOH

GENERALISASI

CONTOH

GENERALISASI

Dalam konteks ini guru tidak perlu terikat dengan mana-mana pendekatan tetapi pengajarannya pasti lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut keperluan murid-murid. Pendekatan Eklektif merupakan pendekatan yang cuba mencantumkan unsur-unsur penting kedua-dua Pendekatan Induktif dan Deduktif untuk menghasilkan satu strategi yang lebih seimbang.

Pendekatan Komunikatif/ Integratif

Pendekatan komunikatif bermula pada tahun 1960-an. Penganjur pendekatan komunikatif berpendapat pengajaran bahasa sepatutnya mengutamakan kecekapan berkomunikasi yang merangkumi bukan sahaja kecekapan berbahasa, iaitu

penguasaan sistem tatabahasa tetapi juga kecekapan komunikatif. Pada masa berkomunikasi, kecekapan bahasa akan membolehkan seseorang itu menyampaikan

mesej kepada pendengar dengan menggunakan struktur bahasa yang tepat khususnya dari segi tatabahasa.

Strategi pengajaran bahasa yang dimajukan oleh pendekatan komunikatif berasaskan proses pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak. Hal yang demikian selaras dengan tujuan seseorang kanak-kanak menguasai bahasa ibundanya, iaitu untuk memenuhi keperluan-keperluannya. Pendekatan komunikatif ini menganggap proses perolehan bahasa meliputi proses kognitif dan interaksi. Perkembangan kognitif melengkapkan kanak-kanak dengan kebolehan untuk mentafsir makna. Walau bagaimanapun pentafsiran ini belum dapat menjamin penglahiran makna dalam bentuk bahasa. Kanak-kanak tersebut perlu diberi pendedahan tentang cara berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul yang dapat menggambarkan makna kognitif dalam bentuk bahasa yang betul dan tepat.

Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teoriteori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi. Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

STRATEGI

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa

serta kemudahan secara optimum. Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginya untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya.

Seandainya kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak seekor ikan yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak supaya kita dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan menggunakan masa, tenaga serta sumber yang paling minimum. Di sini kita perlu merancangkan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memasak ikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya, memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya dan sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi memasak. Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah rancangan kita untuk menggabungkan kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itu dapat diburu dengan mudah. Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan jerat pada kawasan-kawasan tertentu. Apabila harimau telah terjerat, barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita menghadkan makanan harimau untuk melapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya dengan lebing.

Bagi memenangi sesuatu pertandingan badminton, seseorang pemain bukan sahaja perlu menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi a juga perlu merancangkan strategi permainan itu. Strategi permainan adalah seperti bermain secara defence pada pemainan pertama untuk meletihkan musuh dan kemudiannya menyerang dengan secara smash yang kencang pada pemainan kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja. Jika pemain itu menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategi permainannya tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan yang mahir dalam semua kaedah permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak sesuai.

STRATEGI PENGAJARAN

Pengenalan

Strategi

PengajaranStrategi

merujuk

kepada

cara

cara

bagaimana guru mengendalikan sesuatuaktiviti pembelajaran dengan sistematik dan bukan dengan cara cuba jaya. Ia merupakantindakan tindakan spesifik yang dilakukan dengan sengaja oleh guru untuk mencapaimatlamat matlamat khusus dalam proses pembelajaran. Guru memerlukan kemahiranuntuk merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran supaya dapatdisampaikan kepada murid murid untuk memperolehi hasil pembelajaran maksimum.Aspek aspek yang perlu diambil kira oleh guru semasa menentukan strategi pengajaranyang sesuai ialah objektif pengajaran, proses pengajaran, isi kandungan, persediaan dankebolehan mengajar, gaya peribadi pengajaran dan persekitaran di dalam bilik darjah.

Antara contoh-contoh strategi pengajaran ialah i. ii. iii. iv. Strategi pemusatan guru Strategi pemusatan murid Strategi pemusatan bahan Strategi berasaskan tugasan

Strategi Pemusatan Guru Strategi pemusatan guru juga dikenali sebagai eksplisit. Strategi pemusatan guru merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama diamalkan di dalam bilik darjah. Strategi pemusatan guru meletakkan guru di tengah-tengah aktiviti bilik darjah. Dalam strategi ini, guru menguasai dan mengawal segalaaktiviti pembelajaran, guru memainkan peranan dan murid hanya sebagai pendengar dan penonton sahaja.

Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala. Guru banyak bercakap dan murid banyak mendengar. Ciri kepimpinan guru juga bersifat autokratik di mana murid tidak berpeluang untuk menyumbang pendapat. Strategi ini lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru. Penyebaran ilmu pengetahuan

lebih diutamakan daripada penyerapan nilai-nilai murni dan perkembangan emosi murid.

Strategi Pemusatan Murid Dalam strategi ini, murid memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini menjadikan murid focus utama dalam proses pembelajaran. Murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran seperti di dalam kaedah kumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalh, bermain, simulasi dan lain-lain. Strategi ini lebih sesuai apabila maklumat tidak dapat disampaikan dengan berkesan melalui guru dan apabila matlamat pengajaran merangkumi strategi pemusatan kemahiran kreatif

dankritikal. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid memainkan peranan yang p e n t i n g , s e d a n g k a n p e r a n a n g u r u h a n y a s e b a g a i p e m b i m b i n g k e p a d a m u r i d ya n g menjalankan aktiviti pembelajaran. Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah dua hala. Guru menggunakan kaedah menyoal dan membimbing murid supaya murid berfikir dan bertindak balas memberi jawapan. Ciri kepimpinan guru adalah bersifat demokratik di mana murid digalakkan mengutarakan pendapat mereka. Situasi ini menggalakkkan lebih banyak penglibatan murid di dalam aktiviti bilik darjah. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid. Perkembangan murid adalah secara menyeluruh dan seimbang d a r i s e g i i n t e l e k , r o h a n i , j a s m a n i dan sosial.

Ujian formatif lebih diutamakan dan keputusan ujian kerap kali digunakan ditumpukan bagi mengkaji kelemahan yang murid. bermakna P e n ya m p a i a n agar guru

kepada

pengajaran

murid-murid

d a p a t m e m a h a m i f a k t a - f a k t a ya n g d i s a m p a i k a n d a n m e r e k a b e r u p a ya m e m b u a t k e s i m p u l a n s e n d i r i . Peluang interaksi diantara murid adalah banyak dan sifat sosialya n g positif seperti tolongmenolong,

b e r k e r j a s a m a d a n b e r t o l a k a n s u r s e l a l u dipupuk. Strategi pemusatan murid juga mementingkan pengolahan kaedah kumpulan. D i b a wa h s t r a t e g i p e m u s a t a n

m u r i d , m u r i d m u r i d m e n u n j u k k a n s i f a t k r e a t i f d a n berinisiatif. Guru mengamanahkan tanggungjawab yang lebih kepada murid. Strategi i n i

didapati lebih berkesan dalam mengembangkan kebolehan murid dalammengaplikasikan konsep dan sikap yang

positif, menggalakkan

m o t i v a s i , mengembangkan penyuburan diri dan

menggalakkan kemahiran sosial berkumpulan.Beberapa contoh strategi pemusatan murid ialah penerokaan, inkuiri dan penemuans e r t a b e b e r a p a b e n t u k perbincangan. Strategi dan pemusatan mewujudkan murid kelas ialah yang

t e r m a s u k menimbulkan

persekitaran

membolehkan murid dapat berinteraksi dengan guru dan murid lain2.3 Berasaskan bahanStrategi pemusatan bahan terbahagi kepada dua kategori iaitu bahan pengajarandan bahan pembelajaran. Bahan bahan yang digunakan ialah spaerti carta,graf,petaspecimen, model gambar, slaid video, perakam pita dan projektor. Bahan yang lebihc a n g g i h adalah pakej pembelajaran

b e r a s a s k a n k o m p u t e r , C D - R O O M , k o m p u t e r multimedia, cakera padat interaktif, bahan daripada internet, persidangan - tele dan persidangan video. Strategi ini memupuk sifat sifat sosial yang positif khasnya bilamurid dan guru berkongsi sumber dan bahan. Murid murid mendapat pengalaman realistik kerana dapat melihat situasi sebenar atau bahan maujud dan k r o n k r i t . I n i menjadikan proses pengajaran lebih bermakna. Interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah banyak hala iaitu di antara guru dengan bahan, bahan dengan murid dan gurudengan murid dan bahan. Strategi ini mengutamakan kecekapan dan kemahiran muriddalam memanipulasikan pelbagai jenis bahan. Strategi ini lebih sesuai digunakan olehguru kerana ia menekankan perkembangan jasmani, kognitif dan rohani murid murid.Pembelajaran berasaskan sumber sangat berguna dalam membantu guru menghadapi m u r i d p e l b a g a i k e p e r l u a n . S t r a t e g i i n i m e n ye d i a k a n p e l b a g a i w a h a n a u n t u k m u r i d belajar untuk kadar masing masing pada setiap masan dan di tempat pilihan mereka.2.4 Berasaskan TugasanGuru yang menggunakan strategi berasaskan tugasan melibatkan murid dalamaktiviti atau yang memberi peluang kepada mereka mengamalkan dan mengaplikasikanapa yang sedang mereka belajar. Aktiviti atau tugasan tersebut juga membuka peluangkepada murid menerima bimbingan, pelbagai strategi mempermudahkan tugasan, atau scaffolding bentuk lain yang diperlukn untuk membolehkan mereka melaksnakan tugasanmereka dengan jayanya. Aktiviti yang dipilih dengan bijak, perlu disampaikan dengan berkesan,

dipantau dan diteruskan sekiranya inginkan kesan maksimum. Untuk itu, guru perlu terlebih dahulu menyediakan muris menghadapi sesuatu aktiviti, memberi bimbingan dan maklum balas semasa aktiviti, dan menstruktur refleksi pasca aktivitiselepas sesuatu aktiviti. Semasa memperkenalkan sesuatu aktiviti, guru perlumenekankan tujuannya dengan cara yang boleh membantu murid melibatkan diri dalamaktiviti tersebut dengan idea jelas akan matlamat yang ingin dicapai mereka. Guru bolehmembekalkan maklumat yang diperlukan atau membantu (scaffold) tentang bagaimanamemenuhi kehendak tugasan. Sekiranya bacaab ialah sebahagian daripada tugasan, gurumungkin boleh meringkaskan idea utama, mengingatkan murid tentang strategi strategiyang dapat memperkembangkan dan memantau kefahaman semasa mereka membaca,atau membekalkan mereka bahan yang boleh membantu mereka mempelajari bahan bacaan dengan cara yang betul. Setelah murid mula melaksanakan aktiviti dan tugasan, guru seharusnya memantau kemajuan mereka dan memberi bantuan sekiranya perlu.Kebanyakan tugasan bersama sama dengan murid, memberi maklum balas umumtentang persembahan mereka, dan mengukuhkan idea utama dengan mengaitkan kepadamatlamat keseluruhan. Antara strategi tugasan yang boleh diberikan oelh guru kepadamurid murid ialah :a . B e r l a k o n b . M e n y a n y i c . M e m b u a t modeld.Perbahasane.Perbincangan