Anda di halaman 1dari 6

KOMSAS FOKUS SPM 2013

HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN

Sinopsis Cerita mengisahkan jurai keturunan Raja-raja Kalimantan, bermula dengan Sang Raja Majapahit yang beranakkan Brawijaya. Brawijaya menjadi raja di Benua Lama dan mempunyai anak yang bernama Raja Baporang. Jurai Raja-raja Kalimantan ini berkembang apabila dikahwinkan dengan anak-anak raja dari negeri yang lain. Mereka kemudiannya dikahwinkan dengan anak raja negeri tersebut. Ada juga yang menjadi raja di negeri persinggahan itu. Raden Sulaiman digelar Sultan Muhammad Saifuddin di negeri Sambas. Opu Daeng Chelak menaiki takhta menggantikan Opu Daeng Merewah yang meninggal dunia di Riau. Raden Bima dititahkan ke Sukadana dan dikahwinkan dengan Puteri Indera Kesuma yang bersaudara dengan Sultan Muhammad Zainuddin. Jurai-jurai ini berterusan sehinggalah kepada Opu Daeng Menambun. Opu Daeng Menambun merupakan Raja Bugis. Baginda berkahwin dengan Puteri Kesumba, anak kepada Sultan Muhammad Zainuddin. Opu Daeng Menambun dan Puteri Kesumba dikurniai sepuluh orang anak. Lima orang lelaki dan lima orang perempuan.

KOMSAS DI BAWAH LANGIT YANG SAMA

Di bawah langit yang sama Kita hirupi udara Tanpa mengira Beirutmu Ataupun Kuala Lumpurku Kita menghirup udara di bawah langit yang sama MAKSUD : Penyajak menggambarkan bahawa walau di manapun kita berada sama ada di bumi Beirut atau di Kuala Lumpur, kita menghirup udara yang sama kerana kita adalah sama taraf sahaja. Aku suka gerimis di Kota London Pernah terpesona angin dingin-tajam di Washington Pohon-pohon hijau atau aneka warna tiada bezanya. MAKSUD : Penyajak menyatakan bahawa beliau pernah ke kota London dan suka akan gerimis di sana. Penyajak juga terpesona dengan tiupan angin yang begitu mendinginkan di Washington. Pepohon yang menghijau dan beraneka warna adalah serupa seperti yang terdapat di tempat-tempat lain. Siapapun menghuni Australia penghuni Afrika Kerana di bawah langit ini Kita sama. MAKSUD : Sesiapa yang tinggal di bumi Australia atau Afrika juga setaraf kerana kita tinggal di bumi ciptaan Tuhan yang satu Aku menyeberangi Laut China Selatan Layari Lautan Teduh rentasi Laluan Sutera Berkongsi siang miliki malam Anyam cinta pelangikan zaman Tiupkan harapan senada Sesama kita warga dunia Di bawah langitnya Yang sama. MAKSUD : Penyajak menyatakan bahawa beliau ingin merentasi Laut China Selatan melalui

Lautan Teduh dan Laluan Sutera untuk berkongsi impian, iaitu melihat keamanan dan keharmonian dunia. Beliau ingin melihat supaya dunia sama-sama berjuang menegakkan kedamaian. Harapan ini dibuat oleh penyajak kerana kita adalah sama sahaja walaupun di mana kita berdiri di bumi ini.

Peta-peta itu yang memisahkan Jangan tutup pos sempadan Visa hanya keperluan rasmi seketika Pasport dokumen pengenalan tiitk mula Kita dakapi mimpi tak berbeza gapai hasrat Lebur kebencian kuburkan sejarah hitam Di bawah langit ini yang Sama MAKSUD : Penyajak menyatakan bahawa garis pemisah antara negara adalah sempadan yang telah ditetapkan. Beliau menyeru supaya pintu sempadan tidak ditutup untuk memudahkan kemasukan warga asing walaupun ada negara-negara tertentu yang mewajibkan penggunaan visa dan pasport untuk memasuki sesebuah negara. Penyajak menyeru agar penduduk dunia memasang impian yang sama untuk mencapai hasrat melihat dunia menjadi lebih aman. Penyajak juga menyeru supaya kita mengikis rasa benci dan melupakan sejarah hitam agar keamanan dunia dapat dicapai. Hal ini perlu kerana kita berdiri di bumi yang sama dan kita adalah sama taraf.

TEMA Kemanusiaan sejagat iaitu kesamarataan manusia walau di mana-mana mereka berada - Walaupun manusia itu berada di pelbagai negara yang dipisahkan oleh sempadan masing-masing, mereka adalah sama sahaja iaitu mengimpikan kehidupan yang aman dan harmoni.

Soalan Latihan Sajak Di Bawah Langit Yang Sama: 1. Terangkan maksud rangkai kata lebur kebencian kuburkan sejarah hitam. - buangkan perasaan benci dan lupakan kisah pahit.

2. Pada pendapat anda, apakah manfaat yang akan diperoleh jika semua orang sedar bahawa mereka setaraf antara satu sama lain? -manusia akan saling menghormati hak masing-masing; - manusia tidak akan bermusuhan - manusia akan saling membantu; - dunia akan aman dan damai.

3. Mengapakah penyajak menyatakan bahawa kita hidup di bawah langit yang sama? - kita menghirup udara yang sama; - pokok-pokok di London dan Washington adalah sama; - mereka yang tinggal di Australia juga seolah-olah tinggal di Afrika; - manusia sejagat berkongsi siang dan malam.

4. Terangkan maksud rangkai kata tiupan harapan senada - memperjuangkan sesuatu hasrat secara bersama-sama dan bermuafakat. 5. Apakah program-program yang dapat dilakukan untuk membentuk persahabatan dalam kalangan masyarakat dunia? - pertandingan sukan seperti Piala Dunia dan Sukan Olimpik; - program pertukaran pelajar antara negara; - misi bantuan bencana alam kepada negara yang terbabit; - persidangan dunia bagi membincangkan isu-isu dunia seperti proses damai, kerjasama antara negara dan sebagainya.

6. Apakah harapan penyajak berdasarkan sajak tersebut? - manusia hanya dipisahkan oleh sempadan tetapi sempadan wajar sentiasa terbuka; - manusia perlu berusaha untuk bersatu; - kita perlu membuang perasaan benci untuk mengelakkan perbalahan.

7. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengamalkan hidup berbaik-baik dengan bangsa lain di dunia?

- kita memerlukan kedatangan mereka untuk memajukan industrI pelancongan Negara - rakyat Malaysia akan melanjutkan pelajaran di luar negara; - kita dapat mempelajari teknologi moden, mendapatkan sumber makanan serta barang keperluan lain daripada mereka.

8. Nyatakan tiga kesan buruk jika dunia tidak aman. - manusia akan hidup dalam ketakutan; - ekonomi negara akan lumpuh; -menyukarkan rakyat untuk pergi ke sesuatu negara atas urusan penting - berlaku krisis kenaikan harga minyak.

9. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menjadi penghalang keamanan dunia? -sikap tamak pemimpin yang ingin meluaskan pengaruh dan penguasaan ekonomi; - pertubuhan dunia gagal mencegah berlakunya peperangan; - kuasa-kuasa besar lebih mementingkan diri sendiri.