Anda di halaman 1dari 4

Laporan Pameran Inovasi Seminar Penyelidikan Pendidikan

Seminar Penyelidikan Pendidikan peringkat IPG Zon Timur telah diadakan pada 24 hingga 25 Mei 2013 yang telah diadakan di Hotel Tanjung Vista,Kuala Terengganu. Kami dari unit Prasekolah Semester 3 mewakili Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Dato Razali telah mengikuti pameran inovasi pada seminar tersebut. IPG yang turut terlibat dalam mengadakan pameran inovasi tersebut termasuklah IPG Kota Bharu dan IPG Sultan Mizan. Objektif

pameran ini ialah memberi pengiktirafan dan penghargaan secara formal kepada Institut pendidikan dan pensyarah-pensyarah yang berjaya menghasilkan sesuatu inovasi,

menggalakkan Institusi Pendidikan bersikap lebih kreatif, inovatif dan meningkatkan sumbangan ke arah pembangunan pendidikan, menyediakan saluran bagi menampilkan kreativiti, menggalakkan pengaplikasian idea baru dan perkongsian ilmu di antara pensyarah serta menyebar luas maklumat kreativiti dan inovasi bersama warga pendidik lain. Pada hari sebelum Seminar Penyelidikan Pendidikan itu berlangsung, kami telah pergi ke Hotel Tanjung Vista bagi melihat tempat pameran dan membuat persiapan tempat. Kami serta pensyarah pengiring iaitu Puan Norasmah binti Mohd Noor telah bersama-sama bertungkus-lumus menghiaskan dan susun atur tempat pameran. Kami juga menampal maklumat-maklumat yang berkenaan dengan bahan pameran kami di papan kenyataan yang disediakan. Selain itu, kami juga berkaloborasi mencurah idea untuk menghias tempat pameran kami. Hal ini sangat penting bagi menarik tarikan pengunjung untuk melawat bahan pameran inovasi yang kami lakukan.

Rajah 1 : Sesi membuat persiapan tempat dan menghias

Alat bantu mengajar (ABM) yang kami pamerkan pada seminar tersebut ialah Kiosk Hurut. Kiosk Huruf adalah merupakan suatu alat bagi mengajar huruf, suku kata dan perkataan khasnya untuk murid prasekolah dan turut boleh digunakan oleh murid pemulihan. Sementahan, pada bahagiaan belakang alat ini juga mempunyai papan tulis dan kad imbasan huruf yang hampir sama. Papan tulis ini bertujuan bagi memudahkan guru untuk mengajar murid menulis dengan cara yang betul. Melalui ini, guru tidak perlu menggunakan papan tulis yang lain untuk mengajar. Manakala kad imbasan huruf yang hampir sama turut disediakan. Kad imbasan ini berfungsi bagi mengatasi masalah kekeliruan huruf yang acap kali berlaku oleh murid prasekolah sebagai contoh huruf b dan huruf d. ABM kami ini merupakan ABM pelbagai fungsi (multifunction) dan mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Rajah 2 : Gambaran hadapan Kiosk Huruf

Rajah 3 : Gambaran belakang Kiosk Huruf

Justeru itu, kami juga mempamerkan Kalendar Huruf dan Suku Kata. Kalendar Huruf dan Suka Kata ini merupakan alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru untuk mengajar huruf dan suku kata serta pramenulis secara individu dan kumpulan kecil kepada murid prasekolah. Alat ini mempunyai dua bahagiaan yang terdiri daripada 26 huruf konsonan dan 5 huruf vokal. Alat ini sesuai untuk mengajar suku kata bagi kanak-kanak prasekolah dan murid pemulihan. Alat ini mudah untuk guru membawanya ke mana-mana dan mudah untuk mengajar huruf suku kata. Melalui alat ini, guru tidak perlu membawa kad imbasan huruf yang banyak semasa mengajar dan pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Bukan itu sahaja, uniknya ABM kami ini juga ialah ia mempunyai variasi permukaan yang terdapat pada setiap huruf. Antaranya ialah kami menggunakan kain, permukaan kotak, kolaj dan plastik aluminium. Sehubungan itu, kita dapat meningkatkan deria sentuh kanak-kanak ketika merasai permukaan tersebut serta dapat meningkatkan motor halus kanak-kanak.

Rajah 4 : Kalendar Huruf dan Suku Kata

Sepanjang pameran inovasi ini berlangsung, ramai pengunjung dari pelbagai latar belakang termasuklah pensyarakat dari pelbagai pelusuk negeri, guru sekolah, guru pelatih, serta orang luar yang telah berkunjung ke tempat pameran kami.Terdapat banyak reaksi, dan pandangan yang berbeza-beza yang kami perolehi. Kami juga mendapat kata-kata pujian daripada pensyarah dari Singapura mengenai bahan pameran inovasi kami. Kami berasa amat berpuas hati dengan bahan pameran yang kami pamerkan. Segala kekurangan, kelemahan dan masalah yang kami hadapi, dapat kami jadikan iktibar agar dapat memperbaikinya dan melakukan lebih terbaik pada masa akan datang. Pengalaman dan ilmu yang sungguh

bermakna ini dapat memberi penduan kepada kami selalu guru pelatih untuk menjadi guru yang berfikiran kreatif, kritis dan inovasi apabila berada di sekolah kelak.