Anda di halaman 1dari 34

PENDEKATAN MORAL

Pendekatan Tindakan Sosial

AsalUsul Pendekatan - Albert Bandura dan Emile Durkheim. Ia dikenali sebagai pembelajaran sosial kerana ia menekankan cara kanak-kanak dan orang lain bertingkahlaku yang betul dalam konteks sosial dan juga dalam keadaan yang berkehendakkan tindakan serta-mertamelalui pemerhatian dan bukan daripada pengajaran secara langsung.

Peniruan boleh berlaku dalam tiga bentuk seperti berikut: 1. Meniru secara langsung. 2. Peniruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan 3. Peniruan melalui elisitasi

Prinsip dan pandangan Durkheim terhadap moral 1. Masyarakat sebagai Organisma-masyarakat mempunyai tujuan dan boleh menjadi justifikasi kepada segala tindakan moral dan moraliti. 2. Altruisme sebagai punca organisma - Setiap tindakan moral dilakukan untuk kepentingan masyarakat.

Durkheim menegaskan bahawa terdapat banyak fungsi pendidikan, iaitu: 1. Untuk meningkatkan soladiriti (soladirity) sosial Sejarah: mempelajari tentang individu yang telah melakukan perkara baik untuk ramai orang akan membuat seseorang berasa tidak penting. Sumpah ikatan: membuat seseorang individu merasakan dirinya sebahagian daripada sesuatu kumpulan dan ini akan membuatkan mereka tidak melanggar peraturan. 2. Untuk mengekalkan peranan sosial Sekolah adalah masyarakat kecil. Ia mempunyai hierarki,peraturan, dan anggapan terhadap dunia luar yang sama. Ia melatih kanakkanak dan remaja untuk memenuhi peranan. 3. Untuk mengekalkan pembahagian kerja Sekolah membahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan mengikut kemahiran, dan ini menggalakkan pelajar untuk berusaha mencapai bidang kerja yang bersesuaian dengan keupayaan mereka.

Ciri-Ciri Utama Pendekatan (a) Kompetensi fisik (physical competence)- yang dapat memberikan nilai tertentu terhadap suatu objek.Misalnya: melukis suatu sesuatu membangun sebuah rumah, dan sebagainya. (b) Kompetensi hubungan interpersonal (interpersonal competence)-yang dapat memberi pengaruh kepada orangorang melalui hubungan antara sesama.Misalnya: saling memperhatikan, persahabatan, dan hubungan ekonomi, dan lain-lain. (c) Kompetensi kewarganegaraan (civic competence)-yang dapat memberi pengaruh kepada urusan-urusan masyarakat umum. Misalnya: proses pemilihan umum dengan memberi bantuan kepada seseorang calon atau peserta untuk memperoleh kemenangan, atau melalui kelompok peminat tertentu, mampu mempengaruhi perubahan kebijaksanaan umum.

Ciri-ciri a) Guru melibatkan diri sebagai pakar sumber, kaunselor dan penggerak dalam projek tindakan sosial b) pelajar terlibat secara aktif dalam projek yang berorientasikan masyarakat Kelebihan menggalakkan pelajar membayangkan perasaan mereka mengenai isu-isu moral yang melibatkan diri mereka dan komuniti.-akan melibatkan diri dalam projek Kelemahan -sukar dijalankan- sebahagian dari program-program yang dikembangkan oleh Newmann dapat digunakan, namun secara keseluruhannya sukar dilaksanakan.

APLIKASI PENDEKATAN TINDAKAN SOSIAL Situasi yang sesuai peniruan terhadap tingkahlaku yang mendapat pujian (akan diikuti) atau hukuman ( akan dijauhi) Aktiviti yang sesuai - menunjukkan contoh-contoh hasil tangan, Guru hendaklah menjadi model yang baik, Murid-murid juga belajar dari gambar, video, tayangan filem dan Gambar, guru boleh mewujudkan situasi-situasi tertentu bagi mengajar nilai-nilai murni, melakonkan watak-watak dan sebagainya. Peranan guru dan murid - murid untuk melakukan perbuatan moral, baik secara perseorangan mahupun secara bersama-sama, Guru memberikan kesempatan kepada murid untuk melakukan perbuatan-perbuatan moral.

Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif

berdasarkan kepada teori perkembangan kognitif yangtelah dikaji oleh beberapa ahli psikologi perkembangan seperti Piaget (1932) dan Kohlberg (1975). - pelajar biasanya membuat penaakulan moral pada peringkat yang mampu dikuasainya, tetapi ia lebih cenderung untuk membuat penaakulan moral pada satu peringkat yang lebih tinggi daripada keupayaan tersebut.

Ciri-ciri utama (a) Jean Piaget- respon kanak-kanak terhadap masalah moral boleh dibahagikan kepada dua peringkat, pertama- kanak-kanak melihat peraturan sebagai sesuatu yang telah ditetapkan dan dikawal oleh pihak yang lebih berkuasa, kedua - mereka mula menitikberatkan diri sendiri daripada membenarkan orang lain menekankan perlakuan moral tertentu. Piaget membahagikan empat peringkat perkembangan intelek yang dilalui oleh kanak-kanak iaitu: 1. Peringkat sensorimotor (daripada lahir hingga 11/2 tahun) 2. Peringkat pra-operasi (11/2 - 7 tahun) 3. Peringkat operasi konkrit (7 - 11 tahun) 4. Peringkat operasi formal (11 tahun keatas)

(b) Lawrence Kohlberg Tahap Prakonvensional Peringkat 1: Orientasi dendaan dan kepatuhan. Peringkat 2: Orientasi instrumental relativis. Tahap Konvensional Peringkat 3: Orientasi persetujuan antara individu atau good boy nice girl. Peringkat 4: Orientasi undang-undang dan peraturan. Tahap Poskonvensional Peringkat 5: Orientasi contract-legalistic. Peringkat 6: Orientasi prinsip etika sejagat.

Kelebihan - boleh mendorong pelajar berfikir secara rasional dan logik dalam membuat sesuatu keputusan berasaskan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. Dalam mengendalikan pendekatan ini guru harus menerima pendapat pelajar dengan fikiran terbuka dan membimbing mereka maningkatkan tahap penaakulan moral.

Kelemahan - (Piaget ) tidak menitikberatkan tentang proses identifikasi dan peniruan kanak-kanak dengan ibubapa mereka. Kurang memberi perhatian secukupnya kepada perbezaan individu atau perbezaan seks, kelas sosial mahupun kebudayaan. - ( Kohlberg ) menumpukan perhatian hanya kepada satu aspek perkembangan moral, kumpulan yang gagal diselidikinya ialah tentang aspek tingkah laku dalam perkembangan moral.

APLIKASI PENDEKATAN PERKEMBANGAN MORAL KOGNITIF


Situasi - 1. Memberi kepekaan kepada pelajar terhadap nilai-nilai moral diri sendiri serta orang lain; 2. Menyelesaikan konflik yang bermoral berdasarkan kepada sebabsebab; 3. Menimbangkan hak-hak, pendapat dan perasaan orang lain; dan 4. Mengaitkan penaakulan, emosi dan tingkahlaku. Aktiviti - guru disaran menggunakan beberapa episod dilema moral. Episod dilema moral merujuk kepada satu keadaan di mana terdapatnya konflik nilai dan memerlukan seseorang menimbang beberapa pilihan sebelum membuat keputusan. Dilema -Memahami masalah- meneliti memberipandangan menguji pandangannya.

Pendekatan Penjelasan Nilai


L. Raths, M. Harmin dan S. B. Simon

diaplikasikan

daripada Teori Pembelajaran Humanistik - pelajar dapat mengetahui kehendak utama mereka dan meningkatkan potensi mereka sebagai individu berguna.

- Pendekatan Penjelasan Nilai memerlukan guru untuk menjelaskan setiap nilai kepada murid. - definisi individu yang sihat. 1. Keterbukaan kepada pengalaman - kemampuan untuk menerima realiti, sekali lagi termasuk perasaan seseorang. 2. Kehidupan yang wujud - kita tidak hidup di masa lepas atau masa depan. Masa sekarang adalah realiti yang kita ada. 3. Kepercayaan organismik- mempercayai diri kita, membuat apa yang dirasakan benar, dan apa yang terjadi dengan semulajadi 4. Kebebasan - mengetahui tentang perasaan kebebasan, dan bertanggungjawab atas segala pilihannya. 5. Kreativiti melakukan yang terbaik dalam sesuatu kerja.

Ciri-Ciri Utama Pendekatan 1. memilih daripada alternatif; 2. memilih secara bebas; 3. membuat pilihan sendiri; 4. memahami pilihan sendiri; 5. bertindak ke atas pilihan sendiri; dan 6. bertindak secara berulang-ulang, mengikut masa.

Kelebihan - lebih menitikberatkan proses pembuatan keputusan menggunakan kognitif dan afektif dalaman untuk menentukan nilai yang baik atau buruk. Kelemahan - ia lebih bersifat individualistik , terdapat segelintir murid yang berkemungkinan mengganggap bahawa pilihan yang mereka ambil sepatutnya betul dan tidak salah, padahal ianya adalah salah.

APLIKASI PENDEKATAN PENJELASAN NILAI Situasi memberi penekanan pada usaha membantu murid dalam mengkaji perasaan dan perbuatannya sendiri, untuk meningkatkan kesedaran mereka tentang nilai-nilai mereka sendiri.

Aktiviti Penumpuan - Penumpuan kepada aspek-aspek kehidupan samada dalam dirinya sendiri atau hubungannya dengan orang lain. Penerimaan - Sesuatu pandangan, fikiran, sikap dan keputusan orang lain seadanya. Refleksi - Menggalakkan seseorang membuat refleksi dan penaakulan kendiri supaya dia sedar akan adanya pilihanpilihan dalam membuat keputusan. Menghargai keputusan - Menghargai keupayaan sendiri dalam membuat keputusan dan bertindk mengikut keputusan yang diambil.

Proses memilih: - memilih secara bebas; - dari pelbagai pilihan yang sedia ada; dan - menimbangkan secara refleksi dan rasional setiap pilihan yang ada. Proses menghargai: - menghargai setiap keputusan yang telah diambil; dan - menyatakannya secara terbuka. Proses bertindak: - Bertindak ke atas keputusan yang telah diambil; dan - sentiasa mengamalkan nilai yang dipilih secara tekal.

Peranan Guru dan murid - Guru perlu menerima segala keputusan yang telah diambil oleh pelajar tanpa memihak kepada sesiapa pun. Pelajar melibatkan diri sepenuhnya di dalam proses pembelajaran dan mempunyai hak keatas haluan dan kemahuannya.

Pendekatan Analisis Nilai

Satu cara bagaimana isu-isu semasa dapat dikaji secara jelas dan teratur serta dapat dibincangkan secara logik apabila klasifikasi nilai dilakukan. Ia memerlukan pelajar mengumpul dan menimbangkan fakta-fakta yang relevan sebelum membuat sesuatu keputusan.

Ciri-Ciri Utama Pendekatan (a) Kebolehan Membuat Penaakulan - sikap yang berupaya menggunakan minda secara logik dan berdasarkan bukti nyata serta munasabah dalam usaha melaksanakan sesuatu perkara. (b) Anggota Masyarakat yang Berupaya Melakukan penaakulan (c) Kebolehan Berfikir Logik dan Terbuka (d) Anggota Masyarakat yang Berupaya Berfikir Logik dan Terbuka

Kelebihan - mudah digunakan dalam proses pendidikan di sekolah, kerana pendekatan ini memberikan penekanan pada aspek perkembangan kemampuan berfikir.

Aplikasi Situasi - Pendekatan ini boleh dirancang dalam bentuk projek dan dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun atau dalam beberapa siri pembelajaran.
Aktiviti (a) Mengenal pasti jenis-jenis nilai, menjelaskannya dan mencari perhubungan antara nilai tersebut. (b) Membentuk pernyataan di mana pelajar akan mengaitkan pegangan nilai kendiri dengan nilainilai yang lebih umum dan yang diterima oleh masyarakat demokrasi.

(c) Menganalisis nilai di mana pelajar menimbangkan kesan dan akibat yang mungkin berlaku ke atas keputusan moral yang diambil. (d) Membuat justifikasi kepada keputusan moral yang diambil dengan menyatakan kriteria dan keutamaan serta membandingkan dengan pegangan niali orang lain. (e) Mengembangkan komitmen emosi moral pelajar supaya dapat hidup lebih harmonis dalam masyarakat demokrasi. Teknik yg sesuai - (a) perbahasan (b) pidato (c) forum (d)projek (e) perbincangan

Peranan guru - membantu setiap pelajar memberi pertimbangan yang rasional dan dapat digunakan untuk mempertahankan sesuatu nilai objek, Murid perlu diperkenalkan dengan pelbagai isu mengenai moral untuk mereka bijak dalam membuat pilihan dan keputusan. (a) Memilih isu moral yang ingin dianalisis. (b) Menjelaskan maksud yang tersurat dan tersirat di dalam isu. (c) Mengenalpasti dan membezakan antara nilai objek dan pertimbangan nilai yang terdapat dalam isu moral.

(d) Memberi markat kepada nilai objek. (e) Menggunakan pertimbangan nilai untuk menganalisis nilai objek samada positif, negatif, neutral atau tergolong dalam kelompok seperti estetika, pertimbangan moral dan akonomi. (f) Menguji pertimbangan nilai dengan sokongan fakta-fakta yang relevan dan hujah-hujah yang meyakinkan. (g) Menguji pertimbangan nilai kendiri dengan: -mengambilkira pertimbangan orang lain; -situasi yang berbeza; -mengumpul maklumat baru untuk meyakinkan atau mengubah pendiriannya; atau -meletakkan dirinya dalam situasi sebenar. (h) membuat keputusan yang objektif setelah menimbangkan segala langkah di atas.

Sekian Terima Kasih