Anda di halaman 1dari 56

PENGUCAPAN AWAM

Kaedah dan Teknik yang perlu di amalkan semasa pengucapan awam dibuat.

ABSTRAK
Penulisan ini memperkata mengenai perkara-perkara umum dalam penggunaan bahasa, penentuan format, pemilihan bahan seta tatacara penulisan dan penyampaian ceramah, ucapan dan taklimat atau yang disebut perucapan yang merupakan alat perutusan atau penyampaian mesej. Penulisan ini akan menghuraikan aspek-aspek penting dalam perucapan seperti imej perucap, analisis audien, pemilihan penulisan dan bahasa yang berkesan serta tatacara penyampaian ucapan. Pada bahagian berikutnya kertas kerja ini akan membicarakan dengan lebih terperinci akan format, bahasa yang sesuai dengan penulisan dan penyampaian ceramah, ucapan dan taklimat. Semoga catatan ringkas ini dapat memberi panduan panduan kepada anda dalam menyediakan penulisan serta penyampaian ceramah, ucapan dan taklimat.
Semoga Berjaya. (Pensyarah Bahasa semasa saya di UiTM) Tek Asal Puan Maimunah Hj Omar

PENGENALAN
Ceramah, ucapan dan taklimat merupakan sebahagian daripada kategori perucapan umumnya dalam aspek perutusan. Perutusan bolehlah didefinisikan sebagai satu proses penghantaran dan penerimaan maklumat oleh manusia. Proses ini dilakukan dengan tujuan-tujuan tertentu sama ada untuk memberi pengetahuan, untuk bertukar-tukar pendapat, tujuan promosi, untuk hiburan, untuk menjalin perhubungan, untuk menjalin perhubungan, untuk membuat keputusan, untuk bertindak balas dengan betul dan sebagainya. Di antara aspek-aspek yang perlu dikenal pasi bagi melaksanakan proses ini ialah;
Perucap Audien Bahan Bahasa Tatacara penyampaian

PERUCAP
Orang yang menyampaikan ucapan atau perucap hendaklah memiliki kredibiliti, karisma dan imej. Terdapat sepuluh komponen penting mengenai imej dan pendapat beberapa langkah untuk memaparkan imej.

Ciri-ciri imej perucap yang baik


Kebolehpercayaan Kebolehpercayaan merupakan satu keupayaan untuk meningkatkan keyakinan. Perucap hendaklah berkeupayaan mempertahan perkara yang dipercayai seperti yang cuba disampaikan kepada audien. Kepakaran Kepakaran perucap dirujukkan kepada pengetahuannya yang mendalam terhadap pekara yang diperkatanya. Ini bererti perucap harus mempunyai pengetahuan serta menguasai bidangnya.

Dinamik Perucap yang dinamik ialah perucap yang aktif, bertenaga dan penuh minat tehadap perkara yang diperkata. Perucap yang pasif ialah perucap yang tidak menguasai subjeknya,kurang bertenaga dan tidak tegas. dia kelihatan seolah-olah tidak mengambil berat terhadap subjek dan mesejnya.
Ketetapan ketetapan dirujuk kepada kemampuan perucap memegang pendapat dan kedudukannya dalam jangka masa tertentu.Ini bererti sekiranya terdapat faktor-faktor atau idea-idea baru yang lebih meyakinkan bahawa pendapatnya sebelum ini salah atau kurang matang,perucap berkenaan seharusnya mampu menukar fikiran mereka. Bagaimanapun selagi pendapat atau pegangan asalnya boleh diterima perucap perlu tetap dengan pendiriannya.

Keramahan Ini bererti perucap tidak boleh mengasingkan dirinya daripada audien. perucap harus menekankan persamaan di antara dirinya dengan audien. Sifat-sifat meyukai, mengambil berat, lemah lembut dan merendah diri dapat membantu meningkat krebidiliti keramahan. Kejujuran Perucap haruslah memastikan wujudnya pandangan khalayak bahawa mereka (perucap) itu jujur. Ini penting supaya tidak timbul rasa syak wasangka audien terhadap subjek atau perkara yang disampaikannya.

Keikhlasan Perucap juga haruslah memastikan wujudnya pandangan khalayak bahawa mereka (perucap) itu ikhlas. Ini penting untuk mempertingkat kredibiliti perucap pada persepsi audien. Apatah lagi apabila isu yang diperkata oleh perucap merupakan isu-isu yang kontroversial. Memberi Perhatian Terhadap Mesej Perucap hendaklah memastikan bahawa kenyataan dalam subjek atau perkara yang diperkatakannya bukan sahaja benar malah penting. Peranan perucap ialah untuk membuat persembahan yang meyakinkan. Perucap hendaklah bersungguh-sungguh menyampaikan subjek atau mesejnya supaya audien akan terdorong untuk berbuat yang sama.

Mengambil Berat Terhadap Audien Perucap perlu menunjukkan bahawa mereka mengambil berat tentang kepentingan serta kebajikan audien. Mempunyai daya tarikan peribadi Perucap hendaklah berwajah menarik, berpakaian kemas serta mampu memperaga keramahan dan daya tarikannya.

PENJAGAAN IMEJ
Di antara perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk mengekalkan, menjaga dan memperbaiki imej ialah;

Pengenalan diri
Perucap hendaklah memperkenal diri atau meminta orang lain memperkenal anda. Cara ini boleh meningkatkan kesan kepercayaan audien terhadap anda. Selalunya pengenalan meliputi hal-hal yang berkaitan dengan kelayakan perucap atau berkaitan dengan subjek atau perkara yang hendak disampaikan. Perucap boleh mengenalkan diri sendiri dalam ucapan pembukaan bagi mendapatkan perhatian audien. Lakukan secara sederhana.

Nyatakan Sebab Anda Berucap Mengenai Tajuk


Perkara ini sering diabaikan. Nyatakan adakah anda berucap kerana tugas, pengalaman dan seumpamanya.
Proses ini boleh meningkatkan lagi, minat audien untuk mendengar ucapan anda.

Menyatakan Kepakaran Anda mengenai Tajuk


Pernyataan ini penting bagi memberitahu audien akan pengalaman, kemahiran atau pengetahuan anda dalam bidang yang diperkatakan. Proses ini boleh meningkatkan keyakinan audien dan meningkatkan keberkesanan ucapan.

Tunjukkan Anda Mengambil Berat Terhadap Audien.


Tunjukkan kepada audien bahawa anda memilih subjek atau topik tertentu adalah demi kepentingan audien. Oleh itu di samping menyampaikan mesej, soalkan juga perkara-perkara yang audien anda sedia maklum mengenai topik tersebut.

Pastikan yang audien anda sedar bahawa anda telah mengolah ucapan dengan memikirkan keperluan mereka.

Kekalkan Ketenangan

Perucap hendaklah mengawal gerak geri mereka dengan sentiasa mempamerkan ketenangan agar audien anda menganggap bahawa anda berada dalam keadaan yang terkawal dan perucap yang berpengalaman.

Tunjukkan Kesungguhan
Perucap tidak boleh kelihatan muram. Oleh itu anda hendaklah menunjukkan tingkahlaku yang boleh meyakinkan audien bahawa anda telah memberi tumpuan yang penuh terhadap tajuk yang diperkata. Penglibatan Sepenuhnya Perucap hendaklah memastikan audien anda merasakan bahawa anda terlibat dengan kedua-duanya iaitu tajuk dan audien. Oleh itu pastikan anda tidak kelihatan resah atau tidak berdedikasi. Pastikan anda memperaga sifat riang, bersungguhsungguh dan dinamik. Jangan Akui Kelemahan

Sekiranya anda merasakan bahawa anda mengetahui sedikit sahaja mengenai tajuk, jangan sekali-sekali anda cepat mengakui akan keterbatasan pengetahuan anda. Oleh itu anda perlu positif dan hendaklah menekankan apa yang anda lebih maklum.

Kunci
Sampaikan ucapan anda dalam keadaan yang tenang, tetapi serius dan bersungguh-sungguh. Sampaikan dengan bahasa yang mudah, jelas dan dapat menyentuh perasaan pendengar, menarik minat pendengar dan seolah-olah anda bersama pendengar.

AUDIEN
Audien merupakan orang atau kumpulan orang yang akan mendengar sesuatu perucapan. Pengetahuan mengenai audien seperti latar belakang, kepercayaan, kedudukan sosial, pengetahuan, serta penglibatan mereka dalam topik sangat penting.

Seseorang perucap perlulah menganalisis audiennya bagi menyesuaikan topik sangat penting, mesej dan bahasa serta gaya bahasa pengucapannya. Analisis audien juga boleh memberi gambaran umum tentang sifatsifat dan sikap-sikap audien terhadap idea dan diri perucap. Analisis audien melibatkan proses-proses menganalisis:

Ciri-ciri Demografi
Di antara maklumat-maklumat demografi yang perlu diketahui ialah umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, status politik dan pengaruh-pengaruh lain. Pengetahuan kepada ciri-ciri demografi membolehkan perucap membuat jangkaan terhadap tindak balas audien terhadap cadangancadangan yang dikemukakan dan membantu perucap memilih strategi yang paling berkesan.

Sikap Umum Sikap-sikap umum audien juga boleh memberi gambaran reaksi yang bakal ditonjolkan oleh audien terhadap idea, mesej, cadangan dan harapan perucap.
Sikap Terhadap Cadangan Maklumat demografi boleh memberi gambaran reaksi yang bakal ditonjolkan oleh audien idea, mesej, cadangan dan harapan perucap. Sikap Terhadap Perucap Maklumat demografi biasanya boleh memberi gambaran kepada perucap akan tanggapan audien terhadap perucap. Lebih-lebih lagi jika kalangan audien merupakan kenalan perucap.

BAHAN
Penentuan bahan-bahan perucapan melibatkan prosesproses memilih topik, penyelidikan tajuk,merangka dan menyusun tajuk ,menyusun idea, merangka ucapan dan sebagai. Kesemua pekara di atas merupakan proses menyusun ucapan. Proses ini membolehkan perucap meneliti dan membatas idea-idea serta menentukan maklumat-maklumat yang ada itu sesuai atau tidak

Memilih Tajuk Memilih tajuk merupakan langkah untuk mengenal pasti perkara-perkara yang perlu diucapkan. Tajuk merupakan idea utama perucapan. Kesemua pemilihan tajuk sangat penting kepada perucap supaya mesej yang disampaikannya dapat dihayati oleh audien dengan berkesan. Di antara perkaraperkara yang diketahui oleh perucap ialah:

Panduan Memilih Tajuk


Pilihlah subjek yang anda telah biasa, diminati atau anda benar-benar mempercayainya. Pilihlah topik yang baik yang dapat mengutus maklumat baru kepada audien serta sesuai dengan minat mereka. Gunakan kemudahan perpustakaan untuk membuat penyelidikan tentang tajuk. Buat temu bual secara persendirian semasa menyelidik.

Merangka dan Menyusun Tajuk


Setelah tajuk dipilih, perucap hendaklah menyusun penyampaiannya supaya dapat difahami oleh audien dengan berkesan. Di antara panduan yang boleh dituruti ialah;
Susunlah ucapan bagi membolehkan anda menentukan maklumat yang penting. Tulislah tajuk sebelum menyusun ucapan. Jelaskan huraian tajuk sehingga menjadi rangka ucapan. Gunakan ayat-ayat yang penuh semasa merangka teks ucapan. Pastikan rangka ucapan anda ringkas dan senang untuk diikuti.

Menyusun Ucapan
Penyusunan ucapan boleh:
Membantu perucap mengembangkan ideanya selengkap-lengkapnya; Membantu perucap membicarakan sesuatu tajuk dalam tempoh yang terbatas; Membantu audien menganalisis maklumat yang disampaikan; Membantu audien memahami konsep-konsep utama.

Langkah-langkah Penyusunan Idea


Diantara langkah yang perlu diambil dalam menyusun idea ialah;
Mengenal pasti subjek yang mahu disampaikan. Setelah diteliti ketepikan perkara-perkara yang tidak penting dengan topik. Sediakan satu senarai idea-idea hujah utama. Kumpulkan maklumat yang menyokong perkara-perkara utama. Teliti dan halusi rangka sebelum menulis teks ucapan.

Kepentingan Bahan-Bahan Menyokong


Bahan-bahan penyokong ialah bukti digunakan untuk mengukuhkan lagi hujah perucap. Bahanbahan sokongan juga dapat menjelaskan idea-idea perucap.

Penggunaan Alat Bantuan Tampak


Alat bantuan tampak ialah apa-apa bentuk alat yang dilihat oleh audien untuk membantu perucap menyampaikan utusannya kepada audien. Alat bantuan tampak memudahkan perucap menyampaikan mesejnya kepada audien. Apa yang perlu diingatkan oleh perucap ialah alat yang digunakan itu hendaklah sesuai dengan audien dan sesuai dengan tajuk.

Jenis-Jenis Alat Bantuan Tampak


Gambar-gambar (Foto atau Lukisan) Papan hitam/papan putih Filem Audio (Perakam pita dan rekod) Maklumat edaran bertulis Pita video Graf Model Carta dan Gambar Rajah Dan lain-lain

Kunci
Alat bantuan tampak hanya digunakan sekiranya perucap merasakan bahawa alat itu boleh membantu meningkatkan perutusannya. Perucap juga perlu memastikan bahawa dia tahu menggunakan alat tersebut. Pastikan alat itu benarbenar boleh memberi bantuan tambahan. Pastikan alat itu sesuai dengan tempat ucapan, boleh meningkat imej si perucap serta boleh menyokong hujah-hujah utama dalam ucapan.

Penggunaan alat bantuan tampak boleh;


Menjimatkan masa Menjelaskan perkara-perkara yang kompleks Membantu mengekalkan minat audien.

Membuat Pengenalan
Pengenalan ucapan merupakan asas kepada sesuatu ucapan. Dalam pengenalan perlulah dinyatakan mengapa anda memerlukan tajuk berkenaan. Pengenalan yang baik boleh berfungsi untuk menjalinkan hubungan perucap dengan audien ialah bagi memastikan audien menerima baik ucapan anda. Pengenalan yang baik juga boleh mempertingkat imej perucap. Dalam pengenalan juga anda memperkenalkan tajuk serta mewujudkan tanggapan awal audien terhadap anda.

Di antara perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk menimbulkan keberkesanan ialah;


Memberikan perhatian terhadap setiap kata-kata dan pergerakan yang akan diperaga kepada audien. Ini memerlukan perancangan . Membuat kenyataan yang kontroversial pada permulaan ucapan. Menunjukkan bahan tampak yang memaparkan aspek utama ucapan. Mewujudkan perhubungan mata dengan audien. Memulakan ucapan dengan kutipan-kutipan orang ternama, orang terkenal dan tokoh-tokoh. Menyampaikan puji-pujian tertentu kepada audien.

Membuat Kesimpulan
Kesimpulan merupakan unsur terakhir dalam pakej ucapan. Bahagian ini menyimpulkan ucapan dengan merumuskan semula fakta-fakta dan bahagianbahagian yang tertinggal atau tidak kukuh. Di antara perkara-perkara yang ditekankan dalam kesimpulan ialah;
Mengulas perkara-perkara utama dalam mesej. Iaitu dengan menekankan idea-idea pokok tanpa memperincinya. Memberi penekanan kepada hujah yang paling penting

Menyuarakan gesaan untuk bertindak. Ini khususnya pada ucapan berbentuk membujuk. Mengukuhkan hujuh-hujah yang masih lemah Meninggalkan tanggapan yang positif terhadap perkara-perkara utama agar audien dapat bertindak balas terhadap perkara-perkara utama ucapan itu.

BAHASA
Umumnya bahawa merupakan alat perutusan atau penyampaian mesej sama ada yang berbentuk idea, konsep, teori atau ia digunakan untuk memberi dan mendapatkan maklumat, untuk menjelaskan sikap dan perasaan, untuk membuat laporan, untuk melakukan perbincangan, untuk mengajar, untuk meyakinkan, untuk mempengaruhi fikiran serta tindakan audien sasaran.

Penggunaan Bahasa Dalam Perucapan


Perucap mempunyai empat tujuan apabila menyusun katakata, frasa klausa dan ayat-ayat dalam teks ucapannya, oleh itu bahasa perucap hendaklah; Jelas Untuk menghasilkan bahasa yang jelas perucap hendaklah menyatakan apa yang dimaksudkannya dengan mudah, terus atau langsung dan tidak mengelirukan. Bahasa yang jelas dapat memperjelaskan maklumat.

Di antara ciri-ciri kejelasan bahasa ialah;


Bahasa hendaklah tepat dan konkrit. Oleh itu segala idea hendaklah dijelaskan dengan menggunakan bahasa yang senang difahami.

Berhati-hati apabila menggunakan bahasa yang teknikal. Seelok-eloknya berikan makna atau erti kata-kata teknikal yang digunakan itu.
Berhati-hati apabila menggunakan perkataan yang mempunyai makna berlapis atau bahasa konotatif. Sentiasa menghuraikan apa yang dimaksudkan untuk mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman khususnya konsep-konsep yang diterap dalam teks ucapan.

Menarik
Aspek menarik ini berkait rapat dengan persembahan ucapan itu. Salah satu cara untuk untuk menjadikan sesuatu ucapan itu menarik ialah dengan mempelbagai corak percakapan atau wujudkan variasi dalam penggunaan bahasa. Oleh itu perucap digalakkan menggunakan bahasa-bahasa yang cergas, retorik, bertenaga dan imaginatif, menggunakan metafora, bahasa kiasan, bandingan dan yang seumpamanya bagi menghidupkan persembahan ucapan.

Sesuai Dengan Audien Di sini perucap perlu mentafsir arus kebijaksanaan audien. Perucap yang bijaksana akan menggunakan berbagai-bagai laras bahasa semasa mempersembah ucapan mereka. Berkaitan Dengan Sesuatu Keadaan Perucap perlulah mengenal pasti perkataan-perkataan yang sesuai serta fleksibel. Tajuk yang dibicarakan dan jenis audien juga boleh menjadi panduan untuk menentukan jenis bahasa yang digunakan iaitu sama ada bersahaja, serius atau boleh diselitkan dengan unsur-unsur jenaka.

Gaya Bahasa Dalam Perucapan


Maksud gaya bahasa dalam perucapan ialah bagaimana tatatertib perucap menonjolkan diri. Di antara komponen gaya bahasa yang berkesan dalam perucapan ialah;

Tersendiri
Keadaan ini berlaku secara automatik, iaitu gaya seseorang perucap adalah unik kerana ia merupakan hasil langsung daripada pengalaman dan pemahaman perucap tentang persekitarannya. Keberkesanan gaya bahasa juga bergantung kepada keupayaan perucap mengembangkannya. Kemahiran ini boleh dimiliki serta diperbaiki dengan memerhati tokoh-tokoh di sekeliling kita mempersembahkan ucapan mereka.

Hubungan Gaya Dengan Apa Yang Diperkata


Cara ini boleh membantu memberikan penekanan kepada apa yang hendak dikatakan bagi menjadikan mesej yang disampaikan lebih menarik. Gaya perlu disesuaikan dengan kehendak atau tujuan sesuatu mesej itu disampaikan. Umpamanya perucapan yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat eloklah menggunakan ayat deklaratif. Gunakan Ayat Aktif Ayat Aktif lebih bersifat terus dan langsung. Penstrukturannya hendaklah mematuhi Hukum D-M (Diterangkan-Menerangkan) Ini lebih memudahkan audien memperolehi kefahaman. Gunakan Bahasa Ekonomis

Bahasa ekonomis iaitu bahasa yang terus kepada perkara pokok boleh menjimatkan masa perucap dan lebih tepat. Satu cara untuk mendapatkan bahasa yang ekonomis ialah dengan mengurangkan perkataan-perkataan yang tidak perlu.

TATACARA PENYAMPAIAN
Terdapat dua aspek yang perlu diberikan perhatian semasa menyampaikan ucapan iaitu aspek lisan dan aspek bukan lisan.

Aspek Lisan Dalam Penyampaian


Untuk memenuhi keperluan ini perucap hendaklah berkemampuan serta mahir dalam penggunaan bahasa seperti yang dijelaskan sebelum ini. Ini penting bagi menghasilkan maklumat yang berkesan serta ekspresif.

Aspek Bukan Lisan Dalam Penyampaian


Aspek lisan dalam penyampaian ucapan boleh diperjelas melalui penggunaan aspek-aspek bukan lisan seperti;

Gerak Badan
Iaitu tingkah laku fizikal yang merupakan sebahagian daripada perutusan mereka. Bagaimanapun perucap hendaklah memastikan tidak ada tingkah laku yang mengganggu penyampaian ucapannya seperti memegang barang yang tidak berkaitan, atau menggerakkan anggota badan tanpa tujuan tertentu.

Sifat Fisiologi
Iaitu bentuk fizikal perucap seperti bentuk tarikan keseluruhan, kebersihan diri ,badan rambut serta warna kulit. Pastikan pemaparan yang sesuai, kemas, bersih dan menarik. Kesempurnaan aspek ini boleh memaparkan rasa keyakinan serta pengetahuan dan pengalaman perucap.

Sentuhan Ini boleh dilakukan dalam kumpulan audien yang kecil. Maksud sentuhan di sini ialah seperti bersalaman dan cara ini boleh menimbulkan rasa mesra dan keramahan perucap. Sifat Suara Ini dirujukkan kepada mutu suara perucap sama ada nyaring, besar kecil, lembab pantas dan vokalizer, seperti ya, um, er dan kata-kata atau frasa-frasa tertentu yang sering dimasukkan dalam ucapan. Bunyi-bunyi ini boleh mengganggu kelancaran penyampai. Oleh itu patutlah dihapuskan. Penggunaan Ruang

Kebijaksanaan dalam penggunaan ruang boleh memberi peluang kepada perucap untuk mewujudkan hubungan fizikal. Ini dapat dilakukan dengan berkesan dalam keadaan yang tidak formal dan jumlah audien yang sedikit.

Penggunaan Masa
Perucap hendaklah menggunakan kebijaksanaannya dalam penggunaan masa. Umpamanya menepati waktu, merancangkan dengan baik masa untuk setiap bahagian dan ucapannya mewujudkan hentian yang baik serta memperuntuk waktu yang tertentu untuk audien mengemukakan pertanyaan. Sahsia Rupadiri Ini meliputi segala perkara yang berkaitan dengan perucap yang berfungsi sebagai rangsangan bukan lisan umpamanya pakaian, perhiasan, solekan dan seumpamanya. Perucap hendaklah memastikan bahawa sahsiah rupa dirinya sesuai dengan acara, sama ada rasmi atau tidak rasmi. Hubungan Mata Hubungan mata boleh membantu mengekalkan minat audien. Perucap perlu mengekalkan hubungan mata yang langsung untuk sekurang-kurangnya tiga perempat daripada masa berucap. Elakkan penumpuan sepenuh perhatian kepada nota. Hubungan mata membolehkan perucap mengesan daya tumpuan audien terhadap ucapannya.

Kaedah-kaedah Penyampaian
Apat empat kaedah asas dalam penyampaian ucapan iaitu;

Hafalan
Iaitu perucap menulis kemudian menghafal seluruh ucapannya. Walaupun cara ini berkesan tetapi aspek-aspek kesegaran ucapan agak terbatas dan perucap mungkin menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan perkara-perkara atau masalah-masalah yang tidak dijangkakan berlaku sewaktu menyampaikan ucapannya.

Spontan Keadaan ini berlaku apabila seseorang perucap itu diminta menyampaikan ucapan secara tiba-tiba. Kaedah ini juga boleh bertukar dengan berucap seringkas dan seumum mungkin bagi mengelakkan kekaburan maklumat. Seelok-eloknya gunakan pengalaman peribadi untuk merangka isi ucapan spontan ini. Membaca Teks Ini merupakan kaedah yang paling lumrah digunakan oleh perucap iaitu menumpukan perhatian kepada manuskrip dan sekali sekala memandang audien. Walaupun ketepatan dapat dijamin namun wujud masalah untuk menambah isi ucapan dan untuk mengekalkan hubungan mata dengan audien. Merujuk Rangka Dalam kaedah ini perucap hanya menyediakan rangka ucapannya dengan memiilih kata-kata kunci bagi intipati ucapannya. Cara ini sangat ekspresif dan akan menghasilkan ucapan yang bersahaja, dapat mengekalkan hubungan mata serta mudah mengubahsuai fakta. Bagaimanapun kesan-kesan sedemikian hanya dicapai sekiranya perucap telah membuat persediaan yang lengkap sebelumnya.

CERAMAH

Definisi Ceramah
Ceramah bolehlah didefinisikan sebagai pengemukaan fikiran atau idea-idea melalui perucapan dan disampaikan secara syarahan dua hala. Dalam sesi ceramah terdapat penerangan daripada penceramah. Sehinggalah selesai segala informasi atau maklumat yang hendak disampaikan. Ceramah boleh digunakan untuk tujuan memujuk. Pembujukan pula bolehlah dianggap sebagai proses seseorang perucap mengubah sikap, kepercayaan atau tindakan audien sasaran. Pembujukan merupakan proses yang aktif dan melibatkan usaha-usaha mengubah pemikiran audien.

Oleh itu perucap perlu menggunakan lebih daripada satu pendekatan dalam proses pembujukannya. Selain itu setiap unsur dalam penyampaian ucapannya seperti mimik muka, nada suara, gerak badan perlu diseimbangkan dengan hujah bagi membantu audien mengubah sikap dan tindakan mereka.

Anda mungkin juga menyukai