Anda di halaman 1dari 19

REFLEKSI KESELURUHAN BINA INSAN GURU PISMP AMBILAN JANUARI 2011

NAMA OPSYEN TAJUK

: : :

MOHAMAD AFIQ BIN JOHARI PISMP PENGAJIAN AGAMA ISLAM REFLEKSI KESELURUHAN BINA INSAN GURU

Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah Pembina generasi, pembentuk jati diri dan contoh ikutan kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelatih dapat mengenal diri dan mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirangka dan dilaksana, pelatih dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru yang baik secara berterusan. Program ini

diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kualiti profesional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Sepanjang mengikuti program bina insan guru bagi melengkapkan tuntutan keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ini, halangan dan rintangan telah saya harungi. banyak cabaran, dugaan

Namun sedar mahupun tidak sedar

disebalik kesemua cabaran dan tugasan yang diberi kepada kami pada tiap semester sebenarnya tersembunyi motif dan objektif yang sangat besar yang mana ia sebenarnya adalah bertujuan untuk membentuk dan mencungkil jati diri pendidik yang berkualiti tinggi dan berkaliber dalam diri kami. Sepanjang menjalani program bina insan guru ini juga tanpa kita sedari sebenarnya keberadaan pensyarah pengiring dan mentor dalam setiap program adalah bertujuan untuk memberi bimbingan dan bantuan selain memastkan bahawa kami berjaya menjalani program ini dan berjaya memenuhi objektif program ini sebaiknya.

Bagi melengkapkan Program Bina Insan Guru ini,

terdapat enam peringkat

aktiviti atau tugasan yang perlu saya lalui. Ianya merangkumi aktiviti perkhemahan 3 hari 4 malam bagi semester pertama, diikuti dengan program khidmat masyarakat dan forum atau seminar atau bengkel pada semester kedua dan ketiga, seterusnya

program anak angkat (perkhemahan selama 3 hari 2 malam) dan khidmat komuniti pada semester keempat dan diikuti dengan program lawatan penanda arasan dan ceramah peningkatan profesionalisme keguruan pada semester lima dan enam. Sebagaimana yang kita sedia maklum, setiap aktiviti yang dilalui sepanjang

Program Bina Insan Guru ini mempunyai objektifnya yang pelbagai dan tersendiri yang mana penekanan berlainan diberikan pada setiap program. Hal ini bertujuan untuk melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu pengetahuan luas, berkemahiran dalam pelbagai aspek dan mempunyai tahap spiritual dan sahsiah yang terpuji. Penghayatan terhadap kesemua objektif program ini secara mendalam oleh para pelatih pastinya akan mengukuhkan keperibadian dan membentuk akhlak yang terpuji selain membina insan guru yang bersemangat juang yang tinggi, ketahanna fizikal dan mental yang mantap dan mampu memberikan sumbangan kepada kecemerlangan pendidikan negara selaras dengan nilai-nilai citra keguruan. Sesungguhnya Program Bina Insan Guru ini sememangnya merupakan satu elemen yang berkesan dalam melahirkan insan guru yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara. Selain itu program ini juga mampu untuk membina daya kepimpinan dan memupuk sikap tanggungjawab selain membantu membentuk insan guru yang mempunyai pemikiran yang kritis dan keratif yang menghayati misi dan visi falsafah pendidikan kebangsaan (FPK)

REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA I

Aktiviti pertama yang perlu saya lalui bagi melengkapkan Program Bina Insan Guru ialah aktiviti perkhemahan. Dimana aktiviti ini sebenarnya telah banyak memberikan saya ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya dan amat sukar untuk diperolehi dalam bilik kuliah andai program ini tidak dilaksanakan. Hal ini kerana kebanyakan pengetahuan dan maklumat yang saya prolehi semasa aktiviti perkhemahan ini bukan saja berfokus kepada penekanan teori semata-mata namun ia juga meliputi pengetahuan berkenaan dengan survival hidup dan juga aplikasi amali dan ilmu yang telah saya perolehi sedari zaman sekolah lagi. Selain itu banyak nilai-nilai murni yang telah berjaya saya serap sepanjang mengikuti perkhemahan ini. Selain itu program perkhemahan ini juga telah banyak memberi saya peluang untuk menilai keupayaan diri saya sama ada dari segi persediaan untuk menjadi seorang guru yang proaktif, fleksibel, berkemahiran survival dan berkeyakinan tinggi. Sedikit berkenaan dengan aktiviti yang saya jalani sepanjang program Binan Insan Guru fasa yang pertama ini ialah, aktiviti kembara, masakan rimba (yang secara perbadi merupakan aktiviti kegemaran saya), aktiviti berkayak, water confident, Pada

malam kebudayaan dan aktiviti latihan dalam kumpulan selain ceramah. pandangan mata kasarnya,

boleh dikatakan bahawa kebanyakkan aktiviti yag

dijalankan seoanjang Program Bina Insan Guru Fasa pertama ini adalah berbentuk aktiviti yang berbentuk berseronok. Namun, saya yakin dan percaya bahawa disebalik keseronokkan saya menjalani aktiviti ini pastinya ia mempunyai objektif dan nilai tambah yang tersendiri yang perlu kami lihat, kaji dan aplikasikannya apabila kami sudah bergraduat kelak.

Sejujurnya bagi saya hikmah disebalik Program Perkhemahan ini ialah ia secara tidak langsung telah melatih saya dan rakan-rakan yang lain berkenaan cara untuk bergaul, mengenali kekuatan rakan kita, membantu mengatasi kelemahan rakan kita dan seterusnya bekerjasama dengan rakan-rakan yang berada disekeliling kita. Sepanjang perkhemahan berjalan, kebanyakkan aktiviti yang dijalankan menuntut saya dan rakan-rakan yang lain untuk sentiasa bekerja sebagai satu pasukan. Dari situ saya dan rakan-rakan belajar tentang cara pembahagian tugas secara adil dan teratur selain belajar untuk mengenali rakan sepasukan kita dengan lebih baik. Sejujurnya program perkhemahan ini telah banyak membantu saya dan rakan-rakan yang lain mengenal potensi diri dan rakan yang lain dengan lebih mendalam lagi. Sebagai ketua kumpulan, saya juga belajar berkenaan dengan cara bagaimana untuk membahagikan tugas mengikut kekuatan dan kepakaran ahli kumpulan bagi memastikan bahawa tugasan dan masalah yag dihadapi dapat kami selesaikan dengan sebaiknya. Mengambil contoh dalam aktiviti masakan rimba. Kumpulan saya yang terdiri daripada mereka yang mempunyai pelbagai kepakaran dan pengetahuan telah memainkan peranan masing-masing dalam usaha untuk menjayakan misi menyediakan hidangan bagi makanan tengah hari. Contohnya rakan yang mahir menghidupkan api telah menyediakan beberapa unggun api untuk mempercepatkan proses memasak, seterusnya rakan-rakan yang lain pula telah membina khemah sementara bagi tempat berehat sementara saya telah berusaha untuk mencari bahan-bahan sampingan bagi membantu proses penyediaan hidangan. Alhamdulillah kumpulan kami telah berjaya menyediakan hidangan tengah hari dalam masa kurang dari satu jam dan kumpulan kami juga telah diiktiraf sebagai kumpulan terbaik dalam aktiviti tersebut kerana kami berjaya menyediakan kesemua hidangan dengan baik tanpa ada hidangan yang tidak masak, hangus atau tidak menjadi. Selain itu, program perkhemahan ini juga telah berjaya mewujudkan ikatan

ukuwah antara kami guru pelatih yang berlainan opsyen selain menghapuskan jurang perbezaan antara kami. Dari sudut peribadi, program ini telah melatih saya untuk menjadi seorang ketua yang mengenali ahli kumpulannya dan seterusnya Selain itu

membahagikan tugas bersesuaian dengan kemahiran masing-masing.

program ini juga telah banyak mengajar saya dan rakan-rakan berkenaan dengan sikap toleransi dan hormat-menghormati. Bukan sahaja toleransi terhadap perbezaan

budaya dan kefahaman rakan yang lain malah sikap toleransi dan hormat-menghormati rakan yang lain dalam bidang agihan tugas yang telah ditetapkan oleh kem komanden. Program perkhemahan ini juga telah banyak menguji kekuatan fizikal juga mental kami sepanjang menjalani progam ini. Selain itu kreativiti dan kefleksibelan kami juga turut diuji dan dinilai bagi memastikan bahawa kami mampu untuk mendepani cabaran dunia pendidikan masa hadapan apabila kami bergraduat kelak. Kesemua ini penting untuk dilatih dan diasuh sedari awal agar kami tidak akan menghadapi masalah dan terkejut apabila kami ditempatkan disekolah yang memrelukan kami untuk sentiasa aktif selain kreatif bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang produktif dan menarik. Secara keseluruhannya, Program Bina Insan Guru ini telah berjaya mencapai matlamatnya dan objektifnya sebagaimana yang diharapkan. Program ini

sememnagnya bagus untuk diteruskan untuk generasi yang akan datang agar insan guru yang cemerlang dari kesemua aspek dapat dibentuk dan dilahirkan dan ia akan terus berkesinambungan pada masa akan datang.

REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA II dan III Proram Bina Insan Guru Fasa II dan III berkehendakkan saya dan rakan-rakan menjalaninya dalam dua siri. Siri pertama kami dikehendaki untuk melakukan khidmat komuniti. Bagi khidmat komuniti pertama saya dan rakan-rakan telah memilih untuk melaksanakannya di Surau Kg. Labuan, Kota Belud Sabah. Dalam Khidmat Komuniti yang pertama ini banyak yang saya pelajari sepanjang melaksanakannya. Antaranya ialah saya belajar tentang cara untuk berinteraksi dengan pemimpin setempat dikawasan tersebut dan seterusnya dengan masyarakat yang mendiami kawasan tersebut. Bagi khidmat komuniti yang pertama ini saya diberi tugas sebagai

jawatankuasa perhubungan yang mana ia berkehendakkan saya untuk berhubung dengan masyarakat di Kg. Labuan untuk mendapatkan kebenaran mengadakan program khidmat komuniti kami disana. Selain itu saya juga perlu sering berjumpa

untuk berbincang tentang program kami ini. Hal ini seterusnya telah banyak mengajar saya tentang kemahiran komunikasi dan kemahiran untuk menawan hati klien saya. Ternyata tugas ini bukan sesuatu yang mudah di tambah lagi dengan saya yang bukan orang tempatan (anak kelahiran negeri Sabah). Sedikit kesukaran untuk

berkominikasi ternyata saya hadapi terutamamya apabila ia melibatkan dialek setempat. Namun dengan teknik yang betul saya berjaya melaksanakan tugasan ini dengan jayanya hingga ke akhirnya. Sepanjang menjalani aktiviti khidmat komuniti di Kg. Labuan ini ternyata banyak yang saya pelajari berkenaan dengan tatacara hidup bermasyarakat dan tentang tatacara untuk mendekati masyarakat yang berada disekeliling kita. Sebagai seorang bakal guru saya sedar betapa pentingnya kita untuk bergaul dan mendekati masyarakat disekeliling kita kerana guru yang baik adalah guru yang mudah didekati dan mudah bergaul mesra dengan mereka yang berada disekelilingnya. Khidmat komuniti pada sesi Program Bina Insan Guru fasa III pula menyaksikan suatu pengalaman yag berbeza. Andai dulu kami bergaul dan mendekati masyarakat tempatan bagi mengenali budaya dan mempelajari tentang cara untuk bergaul dan bekerja dalam komuniti tersebut, namun tidak pada siri yang ini. Kami memilih untuk mengadakan khidmat komuniti di Rumah Kanak-kanak Beringis. Ternyata aktiviti

Khidmat komuniti pada kali ini menghidangkan kami dengan suatu pengalaman dan pengetahuan yag baharu dan berbeza. Sepanjang menjalani khidmat komuniti pada sesi kali ini kami banyak belajar tentang cara untuk menawan hati mereka-mereka yang kurang bernasib baik. Ternyata bukan mudah untuk berkomunikasi dengan kanakkanak yang halus jiwanya dan bukan tenyata tugas untuk mengawal kanak-kanak bukanlah suatu tugas yang mudah. Dalam aktiviti khidmat komuniti kali ini saya bertugas sebagai jawatankuasa keselamatan dan kebajikan. Ternyata ia bukan satu tugas yang mudah. Saya perlu menyediakan kit pertolongan cemas, memaklumkan pada pegawai keselamatan

tempatan berkenaan dengan destinasi yang kami akan pergi dan tempoh kami mengadakan lawatan kesana. Namun ia merupakan suatu pengajaran yang baharu yang saya pelajari dan perolehi sepanjang mengikuti program BIG.

Seterusnya bagi melengkapkan tuntutan objektif Program Bina Insan Guru Fasa II dan III ini kami perlu mengadakan bengkel atau ceramah berkenaan dengan dunia keguruan. Maka, pada semester kedua kami telah mengadakan forum yang mana tajuknya ialah siksa menjadi guru? Antara beban dan tanggungjawab. Kami telah menjemput tiga orang ahli panel yang terdiri daripada pensyarah IPG Kent sendiri namun berbeza latar pendidikan dan pengalaman. Penganjuran forum ini sebenarnya telah banyak membuka mata kami berkenaan dengan cabaran dunia pendidikan. Malah ia juga memberikan kami kesedaran betapa pentingnya untuk sentiasa memperbetulkan kembali matlamat kita menjadi seorang guru agar kerjaya kita ini menjadi ibadah dan bukan fitnah. Perkongsian pengalaman dan ilmu dari tiga

pensyarah yang hebat ternyata bukanlah suatu yang bersifat sia-sia walaupun forum ini dianjurkan secara tergesa-gesa. Seterusnya pada semester ketiga kami telah menganjurkan bengkel protokol majlis dan etika pemakaian. Penganjuran bengkel sebegini sememangnya sesuatu

yang sangat berguna dan sentiasa di tunggu-tunggu oleh para pelatih kerana dalam bengkel tersebut banyak yang kami pelajari berkenaaan dengan pengurusan protokol sesebuah majlis, cara pembinaan teks ucapan, cara membuat teks pengacaraan dan banyak lagi. Ternyata bengkel sebegini banyak memberikan input dan pengetahuan berkenaan perkara-perkaya penting tersebut yang tampak remeh namun penting. Dalam bengkel etika pemakaian pula kami belajar banyak perkara baharu berkenaan dengan tatacara pemakaian yang betul mengikut profesion kami sebagai seorang guru. Selain itu kami juga belajar tentang bagaimana untuk menyerlahkan penampilan kami sebagai seorang guru. Secara keseluruhannya, kedua-dua Program Bina Insan Guru bagi Fasa II dan III ini berjaya mencapai matlamat yang telah digariskannya. Program ini bukan hanya sekadar mendidik pelatih agar menjadi insan guru yag peka malah ia juga mendidik insan guru agar menajdi mereka-mereka yang mesra dan mudah untuk bergaul dengan masyarakat sekeliling.

REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA IV Program Bina Insan Guru Fasa IV pula menyaksikan suatu pengalaman baharu kepada saya. Bagi memenuhi kehendak objektif program ini saya dan rakan-rakan perlu menjalani perkhemahan anak angkat selama 3 hari 2 malam. Kami telah memilih Kg. Mantob Tamparuli untuk tujuan tersebut. Jika dahulu kami bergaul dengan

masyarakat diluar rumah bagi tujuan aktiviti kemasyarakatan namun kali ini pengalamannya berbeza apabila kami dapat berinteraksi dengan mereka secara terus dan melihat sendiri kehidupan seharian mereka. Apa yang menariknya kami juga turut diberi peluang untuk bersama-sama mengikuti dan merasai aktiviti seharian mereka. Suatu pengalaman yang sangat menarik dan tidak mungkin dapat saya lupakan. Sepanjang mengikuti program anak angkat ini banyak pengalaman baharu yang saya dan rakan-rakan rasai dan alami. Antaranya ialah pemilihan tempat yang sangat cantik dan penuh dengan suasana kekampungan banyak mengajar kami tentang kepentingan untuk memelihara alam selain membantu memberikan ketenangan kepada kami. Suasasanya yang tenang dan jauh dari kesibukan kehidupan dikota ternyata mengajar saya tentang betapa pentingnya untuk kita menenangkan dan merehatkan diri dari kesibukan kota sekali-sekala agar kita tidak tertekan dengan lambakan tuntutan kerja yang pastinya tidak pernah habis. Dalam program anak-angkat ini juga, antara ilmu berguna dan berharga yag saya pelajari ialah, saya dapat mempelajari tentang cara bagaimana ibubapa angkat saya mendidik anak-anak mereka. Ternyata banyak ilmu berkenaan dengan

keibubapaan saya pelajari sepanjang mengikuti program ini. Ilmu tersebut juga saya perolehi sama ada secara pemerhatian dan secara perkongsian. Ilmu-ilmu ini penting untuk kami kuasai bukan hanya untuk mendidik anak-anak kami pada masa hadapan malah ia juga penting bagi kami sebagai bakal guru. Tidak ketinggalan dalam Program Bina Insan Guru fasa IV ini juga berkehendakkan kami untuk menjalankan khidmat masyarakat. Khidmat masyarakat kali ini lebih memfokuskan kepada sumbangan kami kepada masyarakat Kg. Mantob yang telah sudi untuk menerima kehadiran kami sebagi anak-anak angkat mereka

dengan hati yang terbuka dan melayan kami sebaiknya selain berkongsi banyak ilmu berharga dengan kami semua. Secara keseluruhannya pada saya Program Bina Insan Guru kali ini juga berjaya mencapai objektifnya secara total. Program sebegini juga penting untuk diteruskan kerana ia mampu menjadi platform terbaik bagi melahirkan insan guru yang cemerlang dalam semua aspek.

REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA V DAN VI

Program Bina Insan Guru bagi fasa kelima dan keenan pula berkehendakkan saya dan rakan-rakan untuk mengadakan lawatan penanda arasan ke sekolah bertaraf kluster dan sektor kerajaan bagi melihat suasana budaya kerja disana. Pada semester lima kami perlu untuk mengadakan lawatan penanda arasan dan bengkel bagi melengkapkan tuntutan program. Maka kami telah memilih untuk membuat program lawatan penanda aras ke sekolah Berprestasi Tinggi kebitaraan tarian, matematik dan kawad kaki, Sekolah Kebangsaan Sri Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. Program lawatan penanda aras ini bertujuan untuk mendedahkan kami kepada alam persekolahan yang sebenar yang mana pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan dan unggul pastinya akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan. Apatah lagi sekolah yang menjadi pilihan kami ini merupakan sebuah sekolah berprestasi tinggi pastinya kepimpinan dan iklim budaya kerjanya juga berbeza dan sudah pasti ia mencerminkan budaya kerja yang cemerlang dan berkualiti tinggi. bagi saya lawatan sebegini dapat memberi ilham, info dan tips berguna kepada saya dan rakan-rakan yang lain berkenaan pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar dan guru-guru sekolah ini kerana cukup tegas dan

bersatu bagi memastikan sekolah ini terus cemerlang dan terus mandaki tangga kejayaan disamping malahirkan pelajar-pelajar yang berprestasi tinggi. Seterusnya bagi melengkapkan tuntutan objektif Program Bina Insan Guru Fasa IV ini kami perlu mengadakan bengkel atau ceramah berkenaan dengan dunia keguruan. Maka, pada semester kelima ini kami telah mengadakan seminar yang mana tajuknya ialah bicara tokoh pendidik yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Ibrahim bin Ismail, Gaya. Bercerita sedikit berkenaan dengan penceramah yang hadir pada bengkel tersebut. Beliau ialah Tuan Haji Ibrahim bin Ismail yang merupakan pensyarah kanan daripada IPG Kampus Gaya dan mantan ketua jabatan Hal Ehwal Pelajar di institut tersebut pada tahun lalu. Beliau yang merupakan anak kelahiran negeri jelapang padi iaitu Kedah sememangnya seorang individu yang amat berpengalaman dalam bidang pendidikan kerana sudah berpuluh tahun menceburkan diri dalam bidang tersebut bermula sebagai guru disekolah rendah dan menengah beliau kemudiannya menjadi pensyarah di maktab keningau selama 12 tahun sebelum menjadi pensyarah di IPG Kampus Gaya. Menerima pendidikan dalam bidang sains sosial di Universiti mantan ketua jabatan Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus

Kebangsaan Malaysia beliau merupakan seorang tokoh pendidik yang sememangnya berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang pendidikan Ceramah yang dibawakan oleh beliau bertajuk Menjiwai Mandat Sebagai Pendidik. Banyak input dan maklumat yang dikupas, dirungkaikan dan disampaikan oleh beliau melalui ceramah tersebut. Antara isi ceramah yang disampaikan oleh beliau ialah, berkaitan dengan tujuan seseorang individu dilahirkan di dunia ini yang melibatkan tiga aspek iaitu untuk menyembah Tuhan, menjadi kalifah dan tujuan menjaga keamanan dunia. Beliau juga menyentuh mengenai harapan ibu bapa terhadap anaknya dan harapan Institut Pendidikan Guru terhadap guru pelatih serta kualiti yang perlu dimiliki oleh seorang guru seperti ilmu pengetahuan, kemahiran dan personaliti. Beliau juga telah mengupas mengenai cara mengurus perubahan dalam pendidikan yang terbahagi kepada tiga tahap menurut Kurt Lewin. Selain itu beliau juga ada menyentuh berkenaan dengan

empat golongan guru yang terdapat disekolah iaitu guru berprestasi tinggi, guru Lincoln Inn muda, guru professor serba tahu dan guru kerana separa pencen. Sepanjang ceramah yang disampaikan oleh beliau, beliau amat menekankan mengenai

pentingnya IPG menjadi sebuah pusat pendidikan yang bakal melahirkan guru yang boleh dilabelkan dan diangkat setaraf dengan graduan Universiti Lincoln Inn. Beliau mengatakan bahawa jika Universiti Lincoln Inn boleh melahirkan tokoh-tokoh dan graduan perundangan yang menjadi rebutan dipasaran dunia, IPG juga pastinya

mampu untuk melahirkan graduan-graduan dan tokoh-tokoh pendidikan yang bakal menjadi rebutan system pendidikan dunia satu hari nanti. Secara keseluruhannya, ceramah Tuan Haji Ibrahim bin Ismail ini menjurus kepada pembentukan seorang insan menjadi pendidik yang berkualiti dan mampu membawa perubahan serta kegemilangan kepada dunia pendidikan pada masa hadapan. Sepanjang mengikuti seminar ini banyak yang telah saya pelajari berkenaan dengan realiti dan cabaran dunia pendidikan melalaui ceramah yang disampaikan oleh tokoh pendidik ini. Melaui seminar ini saya sedar bahawa bukan mudah untuk menjadi guru yang berkualiti jika ilmu dan pengetahuan yang sewajarnya tidak dipelajari dan diamalkan dengan sebaiknya oleh guru-guru masa kini. Penceramah telah

meninggalkan persoalan yang berbekas diminda dan ingatan saya, iaitu guru yang mana yang saya mahu jadi, adakah guru berprestasi tinggi? Atau guru yang digelar sebagai Lincoln Inn muda atau guru professor serbatahu atau guru kerani separa pencen. Seterusya bagi melengkapkan tuntutan Program maka kami telah menjalani aktiviti terakhir yang terkandung dalam proforma iaiti lawatan penanda arasan. Kali ni kami melilih untuk membuat membuat program lawatan penanda aras ke Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan Maahad tahfiz Wal Qiraat (JAKIM). Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran negeri Sabah ialah sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan mengurus segala keperluan berkenaan dengan pendidikan Islam sama ada dari sudut keperluan tenaga sumber (guru), kurikulum dan murid di semua sekolah yang berada dibumi sabah. Selain itu

Sektor Pendidikan Islam Negeri Sabah juga bertanggungjawab untuk merancang dan menyelaran aktiviti dakwah kearah kecemerlangan melalui penyampaian risalah Islam dan pembangunan potensi guru, pelajar dan ibubapa dalam memenuhi aspirasi

Negara. Selain itu, antara tugas lain Sektor Pendidikan Islam sabah juga adalah untuk memantau dan memastikan kurikulum pendidikan Islama yang telah digubal oleh kementerian mencapai dan memenuhi kehendak kementerian pendidikan selain memastikan penglibatan guru-guru GPI dan j-QAF dalam seminar atau kursus-kursus berkaitan dengan pemantapan P&P pendidikan Islam yang dijalankan. Program bina insan guru kali ini agak istimewa kerana kami diberi peluang untuk meninjau pengurusan dalaman dan luaran sebuah agensi kerajaan yang boleh dianggap sebagai antara yang terulung dan terpenting di negeri sabah. Program

lawatan penanda aras ini bertujuan untuk mendedahkan kami kepada alam pengurusan yang sebenar yang mana pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sesebuah organisasi yang berkesan dan unggul pastinya akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan. Apatah lagi tempat yang menjadi pilihan kami ini merupakan sebuah sektor yang penting dalam dunia pendidikan yang pastinya kepimpinan dan iklim budaya kerjanya juga berbeza dan sudah pasti ia mencerminkan budaya kerja yang cemerlang dan berkualiti tinggi. Selesai kami mengadakan lawatan ke Sektor Pendidikan Islam Negeri sabah, kami bergerak ke detinasi lawatan seterusnya iaitu Maahad Tahfiz Wal Qiraat (JAKIM). Di Maahad Tahfiz Wal Qiraat, pelbagai usaha telah dilakukan bagi menambah baik pembangunan pelajar mereka. Antara usaha yang telah dijalankan ialah menambah prasarana Maahad seperti gelanggang permainan dan menaik taraf kemudahan surau sekolah selain mewujudkan jadual rutin harian yang tersusun, dan menyediakan

pondok rehat serta pondok menghafaz bagi menambah keselesaan pelajar untuk menghafaz Al-Quran. Selain itu pihak sekolah juga telah membaiki dan menaiktaraf kemudahan sedia ada bagi meningkatkan kualiti prasarana dan proses pengajaran dan pembelajaran di Maahada tersebut. Selain itu pelbagai aktiviti pembangunan modal insan juga turut dipergiat oleh pihak Maahad bagi memastikan pelajar-pelajar mereka tidak ketinggalan dan mampu untuk menjadi bakal pemimpin masa hadapan. Semua

ini dilakukan bagi memastikan para penuntut Maahad dapat belajar dengan baik dan hasilnya prestasi kecemerlangan Maahad dapat dilonjakkan. Bayangkan dari tangga kedua terbawah dalam keputusan peperiksaan yang lalu Maahad Tahfiz Wal Qiraat (JAKIM) Sabah Berjaya melonjak ke tangga ketiga teratas dalam pencapaian akademik dan kokurikulum pada peperiksaan yang lalu. Semua ini menunjukkan betapa para warga Pengajar Maahad bertungkus lumus dalam memastikan pelajarnya mampu menjadi pelajar yang cemerlang dan bersaing dengan dunia luar. Dalam program pembangunan modal insan, Maahad telah melatih dan

memberikan pendedahan kepada para penuntutnya berkenaan dengan cabaran kerjaya dunia luar. Penuntut Maahad sering didedahkan dengan diberi peluang untuk mejandi imam terawikh di beberapa kawasan antaranya termasuk surau IPG kampus Gaya. Selain itu mereka juga sering mengikuti pertandingan-pertandingan keagamaan yang diajurkan oleh pihak Masjid Negeri Sabah dan IPT-IPT sekitar Kota Kinabalu. Seterusnya bagi memastikan kecemerlangan dalam bidang akademik, pihak Maahad telah menjemput beberapa guru luar bagi mengajar subjek bahasa inggeris dan sering menjemput tenaga pengajar pakar dalam bidang qiraat bagi mengajar subjek tersebut. Hasilnya Maahad Tahfiz sering muncul sebagai johan dalam pertandingan tilawah dan qiraat sama ada peringkat negeri mahupun kebangsaan. Selain itu kebanyakan pelajar Maahad Tahfiz Wal Qiraat ini Berjaya melanjutkan pelajaran ke university-universitu luar negara dan produk mereka kesemuanya pasti akan dapat pekerjaan samaada dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Bagi saya sememangnya lawatan sebegini dapat memberi ilham, info dan tips berguna kepada saya dan rakan-rakan yang lain berkenaan pengurusan sesebuah organisasi dan pemantapan bidang pendidikan bagi memastikan institusi pendidikan Islam terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan

kesungguhan pegawai-pegawai SPI, tenaga pengajar Maahad tahfiz dan pengetuanya yang cukup berkarisma, tegas dan bersatu bagi memastikan institusi pendidkan Islam ini terus cemerlang dan terus mandaki tangga kejayaan disamping malahirkan pelajarpelajar yang berprestasi tinggi.

Secara keseluruhannya saya dapati bahawa objektif BIG fasa lima dan enam ini telah berjaya dicapai dan dihayati oleh kesemua peserta program ini. Saya berharap program seperti ini akan dapat dijalankan dan diteruskan pada masa hadapan walaupun ianya tidak tekandung didalam sukatan BIG. Kesimpulannya, Program Bina Insan Guru yang telah dirancang dan dirangka ini telah berjaya menyedarkan saya dan rakan-rakan berkenaan dengan tanggungjawab dan amanah yang dipikul di pundak masing-masing dan menyedarkan kami untuk sentiasa memperbaiki diri dan mempersiapkan diir bagi menjadi guru yang sebenar dan berkualiti. Program sebegini adalah sebuah program yang sangat berguna dan wajar dikekalkan kerana disinilah lahirnya guru pelatih yang mempunyai semangat yang membara untuk menajdi insan guru yang mengambil bahagian dalam proses pembangunan negara.

MOHAMAD AFIQ JOHARI

BINA INSAN GURU FASA II DAN III (KHIDMAT MASYARAKAT)

BINA INSAN GURU FASA IV

BINA INSAN GURU FASA V DAN VI (LAWATAN PENANDA ARASAN )