Anda di halaman 1dari 2

Perbandingan antara Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dengan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) secara menyeluruh.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) menyediakan murid yang berilmu pengetahuan untuk menghadapi arus globalisasi pada abad ke-21. Selain itu, KBSR hanya menekankan utama ialah kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Selain itu, merangkumi kemahiran pertuturan, pendengaran, pembacaan, penulisan serta amalan dalam penggunaan empat operasi matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Penyerapan nilai-nilai murni juga dilakukan secara menyeluruh dalam semua mata pelajaran. Bagi mata pelajaran Agama Islam, pengajaran nilai-nilai murni dijalankan secara kursus. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula ialah pelaksanaan tranformasi baru dalam dunia pendidikan. KSSR lebih menekankan kepada penguasaan literasi 4M iaitu kemahiran asas ICT, perkembangan fizikal, kognitif, sikap dan nilai bagi pelajar tahap 1. Bagi tahap 2 lebih menekankan kurikulum pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M serta menguasai kemahiran yang lebih kompleks. Seperti yang kita sedia maklum reka bentuk kurikulum baru sekolah rendah (KBSR) adalah berbeza dengan reka bentuk kurikulum standard sekolah rendah (KBSR). Hal ini jelas menunjukkan perbezaan yang ketara. KBSR berasaskan kepada 3 bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam sekeliling dan perkembangan diri individu. Manakala, KSSR ditambah 3 tunjang menjadi 6. Keenam tunjang tersebut ialah komunikasi, kerohanian sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi, dan keterampilan diri. Jelas perbezaan yang ketara di antara KBSR dengan KSSR. KSSR ditambah dengan kerohanian, sikap dan nilai. Dalam konteks tersebut bermaksud KSSR lebih mementingkan pelajar menghayati amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai.

Selain itu, penambahan dalam KSSR

yang berlaku ialah penguasaan ilmu dan amalan

tentang sesuatu alam sekitar, masyarakat dan negara. Tambahan pula, KSSR lebih mementingkan kepada semangat patriotism dan perpaduan. Hal ini selaras dengan hasrat dan cita-cita falsafah pendidikan negara ke arah membina modal insan. Terdapat juga penguasaan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang sains dan matematik yang lebih tertumpu kepada kebolehan pelajar dalam sains dan teknologi. Objektif KSSR juga untuk memberi penguasaan pengetahuan kemahiran dan sikap sainstifik. Keterampilan diri juga disenaraikan dalam KSSR yang baru iaitu untuk memupuk sahsiah dan kepimpinan melalui aktiviti kokurikulum dan kurikulum yang dilaksanakan. Pembaharuan yang berlaku dengan adanya perkembangan fizikal dan estetika. Dengan ini perkembangan jasmani dan kesihatan akan diperolehi untuk kesejahteraan diri. Malah, KSSR juga menerapkan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan aspresiasi. Kesimpulannya, dengan penambahbaikkan KSSR dapat merealisasikan matlamat negara selaras dengan falsafah pendidikan negara. Bagi organisasi KSSR yang baru berbeza dengan KBSR. KSSR digubal lebih lengkap mengenai perkara yang perlu diketahui dan boleh dilakukan dalam satu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Perbezaan yang dapat dilihat dalam organisasi KBSR berasaskan mata pelajaran. Tetapi, bagi KSSR terbahagi kepada 2 iaitu tahap 1 dan tahap 2. Bagi tahap 1 terdapat modul teras asas, modul teras tema dan modul elektif. Tahap 2 pula, terbahagi kepada 2 iaitu mata pelajaran teras dan mata pelajaran elektif. Mata pelajaran teras merangkumi beberapa tunjang iaitu komunikasi teras, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, kerohanian, sikap dan nilai dan kemanusiaan. Bagi mata pelajaran elektif pula tunjang komunikasi elektif dan keterampilan diri.

Anda mungkin juga menyukai