Anda di halaman 1dari 12

PRAKATA Buku nota bersaiz poket atau Pocket Book bertajuk Teknologi Perangsangan Pengeluaran Lateks ini diterbitkan

bagi memudahkan semua pihak yang terlibat membuat rujukan segera. Pocket Book ini mengandungi teknologi-teknologi berkaitan perangsangan pengeluaran lateks, iaitu teknologi perangsangan kimia Etefon dan Mortex serta teknologi perangsangan dengan gas etilina. Kandungan dalam Pocket Book ini adalah adaptasi dan olahan semula dari buku Manual Teknologi Penanaman Getah yang diterbitkan dalam tahun 2004 dan dicetak semula pada tahun 2007 serta buku bertajuk Teknologi Perladangan Getah dan Pemprosesan yang diterbitkan pada tahun 2009. Lembaga Getah Malaysia berharap penerbitan Pocket Book Teknologi Perangsangan Pengeluaran Lateks dapat memberi maklumat dan menjadi panduan semasa khususnya kepada agen pengembangan dan pengguna-pengguna lain ke arah membantu pekebun kecil getah menghayati dan mengamalkan teknologi-teknologi yang disyorkan untuk meningkatkan hasil dan pendapatan mereka.

Kepada semua penulis buku Manual Teknologi Penanaman Getah dan buku Teknologi Perladangan Getah dan Pemprosesan sekali lagi diucapkan terima kasih. Secara tidak langsung mereka telah menyumbang dalam proses pemindahan teknologi. Terima kasih juga kepada Unit Penyelidikan Pengembangan dan lain-lain pihak yang terlibat dalam penerbitan Pocket Book ini. Datuk Dr. Salmiah Ahmad Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia Disember 2010

ii

SENARAI KANDUNGAN Kandungan Muka Surat i iii iv iv 1 1 2 2 3 3 4 5

Prakata Senarai Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah PENDAHULUAN TEKNOLOGI PERANGSANGAN SECARA KIMIA Ciri-Ciri Pokok Yang Sesuai Klon-Klon Yang Sesuai Perangsangan Mortex Kaedah Penggunaan Mortex Kadar Penggunaan Mortex PENUTUP

iii

SENARAI JADUAL Kandungan Muka Surat 5

Jadual 1. Syor Penggunaan Mortex SENARAI RAJAH Rajah 1. Cara Penyapuan Mortex

iv

PENDAHULUAN Pada dasarnya, penggunaan kimia atau gas perangsangan pengeluaran lateks perlu dikuti dengan pengamalan konsep sistem torehan intensiti rendah atau Low Intensity Tapping System (LITS). LITS adalah satu sistem penuaian hasil lateks yang menggabungkan faktor kepanjangan alur torehan, kekerapan penorehan dan perangsangan. Panjang alur torehan dan kekerapan torehan akan berkurangan dan secara langsung mengurangkan pengeluaran lateks. Bagi mengimbangi pengurangan ini penggunaan bahan atau alatan perangsangan adalah diperlukan bagi melewatkan tempoh pengaliran keluar lateks, secara langsung meningkatkan pengeluaran hasil. Teknologi perangsangan dibahagikan kepada dua jenis, iaitu teknologi perangsangan sapuan atau kimia dan perangsangan gas. Bahan kimia yang paling berkesan dan ekonomik ialah asid 2-chloroethylphosphonic (2-CEPA). TEKNOLOGI PERANGSANGAN SECARA KIMIA Perangsangan secara kimia, iaitu Etefon dan MORTEX, telah diperkenalkan kepada industri getah negara sejak akhir 1960an dan masih digunakan sehingga kini. Kos penggunaannya adalah murah dan mudah. Ia berfungsi melewatkan pembentukan palaman pada permukaan
1

saluran lateks dan membolehkan pengaliran lateks berterusan bergantung kepada kepekatan dan kaedah penggunaan bahan tersebut. Ciri-Ciri Pokok Yang Sesuai Pokok subur dan tidak berpenyakit (akar dan daun yang teruk). Dibaja secukupnya. Kawasan yang kurang pembajaan perlu dibaja sebelum perangsangan secara kimia digunakan. Pokok tidak ditoreh setiap hari atau tidak melebihi kekerapan torehan d/3. Klon-Klon Yang Sesuai Kecuali klon-klon Siri PB yang kebanyakannya tidak memberi tindak balas yang menggalakkan berbanding dengan klon RRIM Siri 900 (kecuali RRIM 921 dan RRIM 916) yang memberi tindak balas menggalakkan kepada perangsangan etefon. Klon PM 10 pula dikategorikan sebagai memberi tindak balas yang sederhana kepada etefon. Klon-klon lama seperti RRIM 600, RRIM 605, RRIM 623, GT I dan PR 261 memberikan tindak balas di antara sederhana ke baik. Respon kepada klon RRIM Siri 2000 masih dalam kajian. Pada dasarnya,
2

klon-klon yang lewat menyalurkan hasil (slow starter clones) seperti RRIM 2014 dan RRIM 2016 memberi tindak balas yang baik ke atas perangsangan. Perangsangan MORTEX MORTEX ialah formulasi berasaskan etefon. Ia boleh digunakan kepada pokok-pokok getah muda dengan lebih kerap dari mula dibuka untuk ditoreh. Dibangunkan oleh LGM, setakat ini ia masih dalam satu kepekatan iaitu 2.5%. MORTEX membantu menstabilkan pengeluaran lateks bagi setiap pusingan perangsangan. Hasil yang tinggi dapat dikekalkan sementara kejadian kekeringan kulit adalah rendah walaupun kekerapan penggunaannya lebih tinggi berbanding penggunaan etefon. Kaedah Penggunaan MORTEX MORTEX disapu pada jejela getah di sepanjang alur torehan meliputi <1.0sm kulit pulihan di bahagian atas alur torehan tersebut dengan menggunakan berus lukisan yang sesuai. Jejela getah yang tebal perlu dibuang sebelum penyapuan dilakukan. Untuk memastikan hasil yang tinggi dan berterusan, pokokpokok yang dirangsang dengan MORTEX hendaklah dibaja dan diurus dengan sempurna sambil mengamalkan sistem torehan yang bersesuaian.
3

Elakkan daripada mengguna MORTEX semasa musim daun luruh. Jangan campurkan MORTEX dengan bahan kimia lain.

Rajah 1. Cara Penyapuan MORTEX

Kadar Penggunaan MORTEX MORTEX digunakan antara 0.5 gram ke 1.0 gram sepokok bagi setiap kali penyapuan. Penyapuan melebihi dari jumlah yang disyorkan tidak akan memberi kesan ketara kepada hasil torehan.

Ini adalah kerana tindakbalas hasil dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti klon, aktiviti-aktiviti torehan, teknik perangsangan, fisiologi dan lain-lain. Di atas sebab-sebab yang praktikal dan ekonomik, adalah dinasihatkan supaya mengikut syor oleh LGM (Jadual 1).
Panel Torehan BO-1 (Kulit dara panel pertama) BO-2 (Kulit dara panel kedua) Kekerapan Penyapuan Setahun Enam atau lapan kali setahun dan rehat pada musim daun luruh Lapan atau sembilan kali setahun dan rehat pada musim daun luruh

Jadual 1. Syor Penggunaan MORTEX

PENUTUP Buku nota bersaiz poket ini memaparkan teknologiteknologi perangsangan pengeluaran lateks untuk amalan oleh pekebun kecil, terutamanya teknologi berkaitan perangsangan secara kimia dan perangsangan dengan gas etilina. Pengamalan teknologi-teknologi ini dapat meningkatkan pengeluaran hasil dan seterusnya pendapatan pekebun kecil getah.

Anda mungkin juga menyukai