Anda di halaman 1dari 4

Innovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran http://akubarutahu.blogspot.

com/ Proses perkembangan pengajaran dan pembelajaran dari masa ke semasa telah membawa banyak perubahan dalam aktiviti pengajaran di dalam kelas. Corak pengajaran masa kini telah mengalami banyak perubahan dan bertambah maju. Pengajaran dan pembelajaran dalam pada masa kini boleh ditafsirkan sebagai satu proses, komunikasi, sains dan seni. Perkembangan dunia dari zaman batu hingga kini memberi impak yang amat besar keatas kehidupan terutama manusia. Manusia merupakan hidupan yang mudah belajar dan memahami apa yang dipelajari. Kini kepesatan pembangunan adalah hasil dari kreativiti dan innovasi orang-orang terdahulu. Disinilah impak pengajaran dan pembelajaran bermula. Kepesatan pembangunan serta kemajuan ekonomi, sains dan teknologi bukan saja membawa kepada kemanfaatan, pada masa yang sama juga banyak masalah yang timbul akibat dari ilmu yang diketahui. Cara penyampaian maklumat boleh dianggap sebagai kaedah dan teknik pengajaran. Oleh itu atas kesedaran ahli-ahli pengajaran dan pembelajaran di negara maju, mereka telah mencipta kaedahkaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih inovatif dan keratif bagi pelajar-pelajar agar pelajar generasi millennium mampu menghadapi dan dapat menyelesaikan masalah-masalah baru yang bakal timbul secara professional, berkeyakinan dan yang lebih penting ialah berwibawa. Ia merupakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah (Problem-based Learning) Didalam sebuah kelas, biasanya terdapat pelajar yang berlaianan kebolehan pembelajarannya. Guru harus peka dan menggunakan kepakaran mereka untuk menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Guru harus tahu memilih teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan kebolehan pelajar. Ia mesti merangsang pelajar untuk berinteraktif secara aktif dan cepat bertindak bila didapati pengajarannya itu kurang menarik minat pelajar. Dalam menyediakan perancangan pembelajaran, aktiviti yang akan dilakukan mestilah mempunyai urutan yang baik. Teknik adalah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Inovasi dan kreativiti merupakan satu kaedah berfikir diluar kotak. Berfikir diluar kotak adalah satu cara menengok dunia dengan meneroka. Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah satu cara atau teknik yang sangat baik untuk mendalami permasalahan yang begitu komplek yang wujud masa kini. Antara teknik-teknik yang biasa digunapakai ialah teknik brainstorming, Mind Mapping, simulasi, permaianan dan lakonan. Teknik Brainstorming satu cara pencarian idea yang terbaik. Ia merupakan curahan idea yang dikumpulkan yang dalam keadaan yang selesa yang mana ia menghasilkan satu idea yang diluar dari pemikiran atau digelar berfikir diluar kotak. Hasil dari teknik brainstorming ini, membolehkan kita menggunakan mind mapping untuk menyusun idea-idea tadi dan menghubungkaitkannya. Simulasi merupakan satu mod terperinci yang terkawal bertujuan untuk menggambarkan situasi yang terdapat dalam dunia sebenar. Ia merupakan satu pandangan dramatik kehidupan yang sedia ada untuk tujuan pembelajaran tentang pengalaman sebenarnya.

Belajar sambil bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang sangat berkesan kepada kanak-kanak, kerana ia mendatangkan keseronokan dan kepuasan. Keseronokan akan memudahkan pembelajaran dan senang kanak-kanak dapat menguasai pembelajaran yang disampaikan. Ia juga sangat baik untuk perkembangan emosi kanak-kanak. Terdapat berbagai cara yang kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran yang dapat menyeronokkan pembelajaran. Apa yang penting ialah kreativiti dan inovatif guru dalam pengajaran agar dapat menarik minat pelajar untuk mendalami ilmu yang dipelajarinya. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar. Sesuatu kaedah pengajaran hendaklah dipilih berasaskan suatu pendekatan. Sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, guru harus memikirkan pekara-pekara berikut:1. Kaedah mestilah sesuai dengan tujuan dan matlamat pelajaran 2. Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai 3. Kaedah juga haruslah sesuai sifat semulajadi (nature) pelajaran yang diajar 4. Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar 5. Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru 6. Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan 7. Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada

10 Cara Kreatif Untuk Mengajar Matematik http://moochuinhui.blogspot.com/2011/10/10-cara-kreatif-untukmengajar_2675.html


Berikut ini ada beberapa aktiviti di kelas untuk menambahkan kreativiti dalam pengajaran matematik. Dalam pengajaran, guru boleh sering mengajukan pertanyaan kritis seperti Adakah kamu telah mencuba ini? Apa yang akan terjadi jika ada ini ? Apakah yang boleh kamu dapati? untuk meningkatkan pemahaman murid-murid dengan idea-idea dan kosa kata matematik. Berikut adalah beberapa aktiviti yang mungkin dapat dipraktikkan di kelas: 1. Gunakan dramatisasi. Ajaklah murid-murid berpura-pura berada di sebuah bola (sphere) atau kotak (prisma), merasakan sisi-sisinya, hujung-hujungnya, dan sudutnya dan menyandiwarakan secara sederhana masalah aritmatika seperti: Tiga katak melompat dalam kolam. Menggunakan anggota badan murid-murid. Menyarankan agar murid-murid menunjukkan berapa banyak kaki, mulut, dan sebagainya. Ketika diminta untuk menampilkan tiga tangan, mereka akan memprotes keras, dan kemudian menunjukkan berapa banyak tangan yang mereka memiliki( membuktikan) ini. Kemudian mengajak murid-murid untuk menampilkan nombor dengan jari, dimulai dengan pertanyaaan sederhana, Berapakah umur kamu? Kemudian murid menunjukkan angka yang diminta guru. Selain itu guru menampilkan angka dalam berbagai cara (misalnya, menunjukkan lima dengan tiga pada jari tangan kiri dan dua di jari tangan kanan). Menggunakan permainan. Melibatkan murid-murid bermain permainan yang memungkinkan mereka untuk melakukan matematik dalam pelbagai cara, termasuk pengurutan, menciptakan bentuk simetri dan bangunan, membuat pola, dan sebagainya. Kemudian memperkenalkan permainan jual-beli di kelas, menunjukkan murid-murid permainan membeli dan menjual mainan atau benda kecil, belajar menghitung, aritmatik dan konsep ruang. Menggunakan simulasi. Mendorong murid-murid untuk menggunakan adegan dan mainan untuk simulasi kejadian nyata, seperti tiga kereta di jalan, atau misalnya, untuk menunjukkan ada dua monyet di atas pohon dan dua di atas tanah. Menggunakan cerita. Bercerita tentang sebuah kisah menarik yang didalamnya berisi konsep matematik. Jika perlu, cerita boleh diaksikan khususnya untuk memperjelaskan konsep matematik. Gunakan kreativiti murid. Mencungkil idea murid tentang matematik yang harus didiskusikan dengan mereka. Misalnya perbualan di antara 2 seorang murid yang berumur 8 tahun,Fikirkan angka terbesar yang kamu tahu, lalu tambah angka itu dengan lima. Bayangkan kamu

2.

3.

4.

5.

6.

memiliki coklat sejumlah angka itu. Wow, itu 5 angka lebih besar daripada angka yang kamu tahu. 7. Menggunakan kemampuan penyelesaian masalah. Menyuruh murid-murid untuk menjelaskan bagaimana mereka mengetahui masalahmasalah seperti mendapatkan bilangan gunting yang cukup untuk kumpulan mereka atau berapa banyak makanan ringan yang perlu disediakan jika seorang tetamu telah menyertai sesuatu kumpulan. Guru mendorong mereka untuk menggunakan jari-jari mereka sendiri atau apapun yang mungkin berguna untuk menyelesaikan masalah. Menggunakan pelbagai strategi. Gunakanlah matematik di kelas bila-bila masa sahaja. Guru boleh meminta murid menghitung jumlah murid-murid yang hadir, menghitung meja dan kerusi, meminta murid-murid mengeluarkan barangan yang mempunyai nombor tertentu atau nama geometri yang disebut. Menggunakan teknologi. Cuba menggunakan kamera digital untuk mengambil gambar hasil kerja murid, permainan dan aktiviti yang dilakukan, dan kemudian menggunakan gambar tersebut untuk membuat perbincangan dengan murid-murid, perencanaan kurikulum, dan komunikasi dengan orang tua. Gunakan juga teknologi lain, seperti komputer secara bijak.

8.

9.

10. Gunakan ujian penilaian untuk mengukur pencapaian murid-murid dalam matematik. Menggunakan observasi, perbincangan dengan murid-murid untuk membuat penilaian tentang pencapaian pembelajaran murid-murid dalam matematik.Guru perlu memikirkan keputusan yang perlu dibuat supaya murid-murid dapat belajar dari pengalaman. Guru juga boleh menggunakan program di dalam komputer untuk membuat penilaian terhadap murid-muridsecara automatik.

Anda mungkin juga menyukai