Anda di halaman 1dari 4

Pada masa sekarang, banyak negara telah menggunakan kuasa nuklear sebagai alternatif lain untuk menjana tenaga

elektrik bagi menggantikan penggunaan arang batu. Antara negara2 yang mempunyai reaktor nuklear adalah Amerika Syarikat, Jepun, Iran, Perancis dan lain2. Orang ramai cenderung untuk mengaitkan tenaga nuklear dengan peperangan. Namun, tenaga nuklear sebenarnye mampu menjana tenaga elektrik lebih daripada penjanaan daripada pembakaran arang batu. Kelebihan inilah yang menyebabkan mereka berlumba-lumba untuk membangunkan tenaga nuklear bagi kegunaan domestik di negara masing2. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam melakukan kajian untuk pembangunan ini. Dalam konteks alam sekitar, tenaga nuklear dapat mengurangkan pencemaran gas karbon dioksida yang dilepaskan semasa pembakaran arang batu. Secara teorinye, satu gram atom Uranium(U-235) dapat menghasilkan tenaga sehingga 1 MW. Jika arang batu digunakan, kite memerlukan 2500 tan metrik arang batu sehari bagi menghasilkan tenaga sebanyak 1MW. Cuba anda bayangkan berapa banyak gas karbon dioksida dilepaskan? Sememangnye, kos pembangunan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik sangat tinggi. Namun, ia merupakan salah satu alternatif yang terbaik dalam menggantikan arang batu. Tenaga nuklear sering dilabel sebagai senjata pemusnah. Peristiwa pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki telah menyebabkan kemusnahan yang teruk kepada alam sekitar, harta benda dan manusia. Walaupun penggunaan tenaga nuklear dapat mengurangkan pencemaran udara, kecuaian dalam penjanaannye boleh menyebabkan pencemaran bahan radioaktif. Segala kerja2 penjanaan tenaga haruslah dilakukan dengan sempurna tanpa sebarang kesilapan. Kebocoran pada reaktor nuklear boleh menyebabkan bahan2 radioaktif terbebas di udara. Uranium(U-235) mempunyai 'hayat separuh' yang lama. Bahan ini bolah kekal berjuta-juta tahun dalam persekitaran sebelum ia terurai. 'Hayat separuh' atau 'Half Life' adalah jangkamasa satu2 bahan radioaktif itu untuk terurai kepada separuh dari beratnye. Walaubagaimanapun, pendedahan kepada bahan2 radioaktif memberi kesan yang sangat buruk kepada manusia. Melalui beberapa kajian, Uranium contohnye dipercayai boleh menyerang sistem genetik manusia yang mana membawa kepada kanser dan penyakit2 lain dalam tempoh jangkamasa panjang. Jadi, ape pendapat korang kalau Malaysia bangunkan tenaga nuklear. Patut atau tidak?

Masih sempat untuk aku mengucapkan takziah kepada rakyat Jepun yang dilandai banjir besar(tsunami), yang paling teruk sebenarnya adalah kemusnahan reaktor nuklear dan radiasi yang mengancam mereka. Kalau tsunami tu tak memusnahkan reaktor nuklear mereka, mungkin reaktor nuklear mereka masih berguna untuk menjana elektrik kerumah-rumah. Rasanya sebelum mereka buat reaktor nuklear tu, mereka dah ambil langkah-langkah keselamatan, dan rakyat Jepun sendiri pernah kena bom, jadi semua langkah keselamatan mesti mereka hebat. Tak ada siapa yang tahu banjir besar tu boleh sampai ke kawasan reaktor nuklear mereka lalu memusnahkan semua, kuasa tuhan tiada siapa boleh halang. Apa sebenarnya tugas reaktor nuklear? kenapa ada orang takut bila dengar pasal nuklear? mungkin bunyinya seperti senjata pemusnah? Memang betul, nuklear boleh jadi senjata pemusnah, bahkan gelombang radio yang kita tahu tu pun boleh membunuh, TAPI ada sisi baiknya semua perkara yang aku cuba sampaikan. Radio mempunyai frkuensi yang berbezabeza, sampai tahap frekuensi yang tinggi, gelombang radio boleh memusnah, tapi orang yang menemui gelombang radio iaitu Heinrich Hertz telah mendapat idea untuk menggunakan gelombang radio untuk mencipta RADAR. Reaktor Nuklear lebih banyak kebaikan. Sehubungan dengan itu, aku nak katakan, tenaga nuklear labih banyak kebaikan dari keburukan untuk jangka masa panjang. Sebelum tu kita tonton macam mana tenaga nuklear ni berfungsi untuk menjana tenaga elektrik.
Learn how a Nuclear Reactor Works

Konsep dia senang jek, air yang dalam paip tu akan melalui reaktor nuklear. Apa yang berlaku didalam reaktor nuklear adalah, bahan nuklear akan memancarkan tenaga dalam bentuk haba lalu memanaskan air di dalam paip. Air di dalam paip tidak akan mendidih kerana tekananya di dalam paip sangat tinggi, TAPI harus diingatkan, air di dalam paip itu mampu mencecah ribuan darjah celsius. Air di dalam paip tu akan melalui satu tangki air yang lain, dengan haba yang dibekalkan oleh air di dalam paip tu, air di dalam tangki akan mendidih pada suhu yang tinggi dan menghasilkan wap panas. Wap tersebut akan menggerakan bilah turbin, tenaga mekanikal yang terhasil akan menjana tenaga elektrik. Yang menariknya, proses ini akan berjalan selama mana bahan nuklear itu boleh memancarkan tenaga. Oleh sebab itu jugaklah, nuklear dikatakan amat murah dan mesra alam. Cuba banyangkan, bahan nuklear digantikan dengan arang batu atau petrol? Kan membazir tuh?.. Arang batu boleh buat barbeque dan petrol boleh buat isi minyak, jadi kenapa kita nak bazirkan sumber alam yang hampir kering tu? Sebenarnya banyak lagi kebaikan dan kegunaan tenaga nuklear ni, dari segi perubatan, pertanian dan lain-lain. Kalau kita fikir pasal keburukan atau kerosakan, elok kita fikir dapur gas dekat rumah kita tu, bila-bila masa boleh meletup dan mengorbankan nyawa, kalau itu yang difikirkan oleh pencipta dapur gas dahulu, rasanyam mungkin kita akan gunakan alternatif lain kan? Kemusnahan reaktor nuklear selalunya disebabkan kecuaian manusia, tapi kes di Jepun barubaru nih, tak termasuk dalam kategori manusia ye. Wajarkah Malaysia Membina Loji Tenaga Nuklear ?

Persoalan ini boleh rujuk dekat blog Momoy yer, bagus penulisan beliau..hehe