Anda di halaman 1dari 1

BAHASA MELAYU TAHUN 4 PENGALAMAN INDAH

20 APRIL 2012 BERKELAH BERSAMA KELUARGA

BAHASA MELAYU TAHUN 4 PENGALAMAN INDAH

20 APRIL 2012 BERKELAH BERSAMA KELUARGA

Nama: ________________________________________________ Kelas: ________________________________________________ Aktiviti A Baca petikan di bawah ini.

Berkelah Bersama Keluarga Pada hari minggu yang lalu, aku dan keluarga pergi berkelah di Pantai Tanjung Aru. Sebelum bertolak ke pantai, ibu telah menyediakan bekalan makanan manakala ayah membawa tikar. Kakak dan abang pula membawa bola tampar dan pelampung. Kami bertolak ke pantai pada pukul 8 pagi. Setibanya di pantai, aku berasa teruja melihat keindahan pantai itu. Airnya bersih dan jernih. Aku terlihat banyak keluarga lain yang turut sama berkelah di pantai itu. Beberapa orang kanak-kanak sedang khusyuk membina istana pasir di tepi pantai. Selepas aku membantu ibu membentangkan tikar, aku pergi ke tepi pantai untuk bermain bola tampar bersama-sama kakak dan abang. Selepas itu, kami pergi ke pantai untuk bermandi-manda bersama-sama ayah dan ibu. Setelah puas bermandi-manda, kami menjamu selera dengan bekalan makanan yang telah disediakan oleh ibu, Terdapat banyak makanan yang dimasak oleh ibu seperti kuih-muih, mee goreng dan keropok ikan. Kami pulang ke rumah pada waktu petang. Aku berasa sungguh gembira kerana dapat berkelah bersama keluarga. Tambahan pula, aku dapat berkenalan dengan keluarga lain di samping mendapat kenalan baharu. Aku juga sempat merakamkan gambar sebagai kenangan.

Anda mungkin juga menyukai