Anda di halaman 1dari 12

Sebelum kita mula

SOALAN
Pada pandangan anda, mengapakah penting seorang guru memahami konsep budaya?

Kepentingan Guru Memahami Konsep Budaya


Untuk memupuk semangat perpaduan Untuk professionalisme seorang guru

Guru Lebih bersedia untuk berhadapan dengan murid berlatarbelakangkan pelbagai budaya

Tidak ada sifat prasangka dan prejudis terhadap seorang murid

Guru akan lebih berhemah dan menghormati nilai serta amalan budaya setempat

Guru boleh menyerapkan budaya hormat menghormati dalam kalangan generasi muda

Untuk Memupuk Semangat Perpaduan


Tragedi 13 Mei menunjukkan perlunya kepada kesatuan di antara setiap bangsa yang berbilang kaum dan etnik yang wujud di Malaysia. Guru seharusnya memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid seperti gagasan 1 Malaysia yang menjadi aspirasi kerajaan untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia yang harmoni.

Di dalam Wawasan 2020 Cabaran ke-5,


Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masingmasing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara

Peranan guru untuk merealisasikan hasrat ini.

Untuk Professionalisme Keguruan


Di dalam Standard Guru Malaysia, menyebut tentang 5 Domain Sosial bagi seorang guru. 5 Domain sosial tersebut adalah :

Keharmonian

Kecintaan terhadap alam sekitar

Kemahiran Sosial

Patriotisme

Semangat bermasyarakat

Guru Lebih Bersedia Untuk Berhadapan dengan Murid Berlatarbelakangkan Pelbagai Budaya
Kesediaan guru untuk menghadapi situasi masyarakat yang berpelbagai budaya amat penting. Guru harus peka dan sentiasa berfikiran positif serta bersedia menerima perbezaan budaya masyarakat setempat.

Tidak Ada Sifat Prasangka dan Prejudis Terhadap Murid


Apabila guru memahami konsep budaya, sifat prejudis terhadap murid dapat dielakkan. Hal ini akan mengatasi masalah guru yang suka pilih kasih terhadap sesuatu kaum atau etnik sahaja.

Guru akan lebih berhemah dan menghormati nilai serta amalan budaya setempat
Kepercayaan Agama Adat Resam BUDAYA Cara Hidup Bahasa Ekonomi Politik

Guru Boleh Menyerapkan Budaya Hormat Menghormati dalam Kalangan Generasi Muda Guru adalah agen dalam menyampaikan amalan budaya. Budaya hormat menghormati amat sesuai dipraktikkan dalam kalangan generasi muda terutamanya murid di sekolah. Guru perlu mengaplikasikan teori albert bandura yang menggalakkan guru sebagai model kepada murid untuk tingkahlaku yang baik seperti amalan hormat menghormati.

Sebelum kita menamatkan pembentangan

Anda mungkin juga menyukai