Anda di halaman 1dari 4

mereka yang tidak takut kepada kekuatan musuh dengan menjadikannya sebagai kekuatan untuk bersaing.

Mereka mestilah memulakan sesuatu dengan tidak mengharapkan sematamata kepada peluang yang diberikan. Usahawan yang berjaya juga mestilah cepat bertindak untuk mengubah strategi yang mereka laksanakan berdasarkan kepada keperluan semasa. Ini bermaksud, mereka tidak hanya bergantung kepada penetapan strategi awal yang dilaksanakan. Seterusnya, mereka juga bijak menggunakan masa yang sedia ada dengan sebaik mungkin

Perancangan dan pendapat yang baik merupakan sahabat yang terbaik kepada usahawan. Ianya dapat membantu para usahawan ini untuk mendapatkan pemasaran dan kepercayaan daripada pelanggan dan pembekal

Usahawan perlu meningkatkan profesionalisma dan disiplin diri semasa menguruskan perniagaan. Ianya dapat dilakukan dengan melaksanakan kod etika yang bersesuaian serta bersifat amanah, jujur dan yakin kepada diri sendiri

struktur organisasi di dalam perniagaan. Ini bermakna terdapat pengkhususan perlaksanaan di dalam kerja yang dilakukan. Sebagai contoh, terdapat

individu yang menguruskan akaun dan kewangan, pemasaran dan pengurusan sumber di dalam organisasi tersebut. Ini membolehkan perlaksanaan operasi lebih cekap dan berkesan, seterusnya mampu untuk bersaing dengan pesaing di dalam sektor yang sama. Usahawan yang berjaya juga ialah mereka yang sanggup berdikari dan berjaya menguruskan kewangan sendiri tanpa mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak. Ini akan menjadikan mereka dapat memerdekakan diri dan emosi agar dapat mengharungi cabaran yang sedia ada di dalam pernigaan yang mereka ceburi.

Ketahanan mental dan sikap tidak takut kepada perubahan dan kegagalan akan membantu seseorang usahawan itu mengecapi kejayaan yang sebenarnya. Apabila seseorang usahawan itu gagal dalam menguruskan perniagaannya buat pertama kali, itu bukanlah noktah terakhir perniagaannya. Beliau mestilah tidak patah semangat dan hilang rasa hormat pada diri sendiri. Kebijaksanaan dalam mengatur kembali strategi dan sistem terkini mengikut perkembangan terkini, teknik-teknik mengatasi pesaing, kehendak pelanggan dan ledakan teknologi maklumat merupakan kelebihan bersaing kepada usahawan tersebut

Pertama ialah keputusan yang dibuat secara sedar. Rancangan perniagaan yang dibuat secara sedar yang mengambil kira setiap aspek perniagaan akan

berjaya meningkatkan keuntungan syarikat dan lebih berdaya maju. Melalui rancangan perniagaan ini juga, para usahawan akan dapat mengenal pasti potensi syarikat untuk lebih berdaya saing di dalam industri yang mereka ceburi. ii) Kedua ialah minat terhadap bidang perniagaan yang diceburi. Usahawan ataupun ahli perniagaan akan lebih bersikap positif terhadap kerja ataupun tanggungjawab yang mereka laksanakan sekiranya mereka minat di dalam bidang yang telah diceburi. Contohnya, kesanggupan untuk meluangkan masa dalam perniagaan, berani mengambil risiko, bersikap lapang dada dan tabah menghadapi cabaran dalam perniagaan. iii) Ketiga, tingkatkan kemahiran atau kepakaran dengan bersungguh-sungguh. Tetapkan sendiri matlamat pencapaian dari masa ke semasa serta cuba elakkan diri dari melakukan kesilapan bagi kali yang kedua. Kepakaran perlu ada pada diri sendiri. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah ke apa juga peringkat kerana seorang usahawan yang berjaya perlu bersedia melakukan apa saja pada setiap masa. Perniagaan perlu dibentuk berdasarkan kepakaran yang ada dan sewajarnya perniagaan dimulakan secara kecil-kecilan. iv) Keempat, belajar daripada pakar-pakar atau orang yang lebih arif berkaitan perniagaan yang diceburi. Usahawan boleh bekerja dengan orang lain atau mengikuti kursus, seminar dan perbincangan untuk menambahkan pengalaman perniagaan. Ini adalah satu cara bagi memendekkan kaedah atau prosedur dalam perniagaan dan mengelak daripada melakukan perkara yang tidak

mendatangkan faedah atau perkara yang merugikan. v) Kelima, bersedia menghadapi masalah atau risiko. Usahawan perlu sentiasa bersedia bagi menghadapi masalah,dari segi kewangan, pemasaran dan risiko perniagaan serta mengambil kira setiap aspek dan iktibar dari segala keadaan yang berlaku. Pelbagai cabaran akan dihadapi, lebih-lebih lagi risiko dalam menghadapi pesaing yang ramai. Oleh itu, usahawan perlu bersedia dan bijak menyelesaikan masalah yang berlaku. vi) Keenam, berkebolehan memasarkan produk. Usahawan sewajarnya mampu keluarkan produk yang ada pasaran atau permintaan dan boleh mendatangkan keuntungan. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menarik perhatian pelanggan. Oleh itu, usahawan perlu tahu selok- belok perniagaan dan ilmu yang berkaitan sebelum menceburi bidang yang mencabar ini. Dan yang terakhir ialah jangan cepat kecewa atau mengalah. Kegagalan perlu dijadikan sebagai pengalaman dan peluang untuk terus berjaya. Usahawan perlu bersikap positif dan mengambil ikhtibar terhadap kesilapan lampau supaya lebih maju di masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai