Anda di halaman 1dari 13

AKTIVITI PRATULISAN

1.1 Kemahiran Menulis Kemahiran menulis ini perlu dilaksanakan secara berperingkat supaya muridmurid dapat menulis dengan betul. Setiap peringkat dalam kemahiran menulis Oleh itu,

mempunyai kaitan dan hubungan dengan kemahiran-kemahiran lain.

pengajarannya mesti dirancang dengan kemas supaya murid-murid dapat menguasainya dan mempraktikkanya sebaik mungkin. Suatu hari nanti pasti guruguru dapat mengekang masalah murid-murid yang tidak boleh menulis walaupun telah melepasi sekolah rendah jika guru tersebut dapat memahami pertuturan dalam setiap peringkat kemahiran menulis dan melaksanakannya dengan sistematik. 1.2 Matlamat Antara matlamat dalam kemahiran menulis ini ialah ia diajarkan kepada murid-murid agar mereka dapat merakamkan apa yang didengar, dilihat atau dialami. Dalam masa yang sama mereka juga akan menggunakan kemahiran

berfikir dengan sebaik mungkin. Kombinasi yang melibatkan minda, mata telinga, dan jari ini akan menghasilkan kemahiran menulis yang sistematik. 1.3 Peringkat kemahiran menulis Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk

menghasilkan penulisan imaginatif. Peringkat-peringkat kemahiran menulis terdiri daripada: 1.3.1 AKTIVITI PRATULISAN 1. Murid disediakan dengan aktiviti pratulisan sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul. 2. Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata deberikan kepada murid. 3. Contoh aktiviti sebelum aktiviti pratulisan:

3.1 Melaksanakan aktiviti pergerakan jari, tangan dan mata. Aktiviti pengamatan penglihatan Aktiviti pergerakan tangan dan mata

3.2 Aktiviti pratulisan Melaksanakan aktiviti menulis dari kiri ke kanan Melaksanakan aktiviti membuat corak, menyambung titik, memadankan bentuk, dan lain-lain Melaksanakan aktiviti membuat huruf Melaksanakan aktiviti melukis gambar Latihan mengeja suku kata, perkataan dan frasa Latihan membaca ayat

3,3 Strategi pengajaran pratulisan Kebanyakan murid yang memasuki sekolah rendah telah pun menerima pendidikan prasekolah di rumah, TASKI atau TADIKA. Mereka telah pun didedahkan kepada asas-asas kemahiran menulis dan membaca. Namun begitu, bagi peringkat permulaan di sekolah rendah, guru patut memberikan kemahiran pratulisan kepada murid. Latihan pergerakan tangan dan mata, memilih dan memadan objek mengikut bentuk, ukuran dan warna, melukis serta mewarna patut dilakukan. Latihan seumpama ini dapat membantu murid menguasai kordinasi antara tangan dan mata, dan seterusnya akan menyediakan seseorang murid itu untuk menulis.

a. Latihan bagi tangan Murid dikehendaki: i. Menggenggam dan membuka tangan. Hendaklah dilakukan beberapa kali. ii. Menggenggam dan menghancurkan atau meronyokkan sehelai daun atau kertas. iii. iv. v. Menggenggam dan merasa beg yang berisi kekacang. Menggenggam dan merasa bola. Memegang benda-benda seperti pensel atau pembaris. Guru

menunjukkan cara memegang yang betul.

vi. vii.

Melukis bentuk-bentuk bebas menggunakan jari di udara. Melukis bentuk-bentuk di dalam bekas yang mengandungi pasir atau tanah.

viii. ix.

Memasang butang baju, menanggalkan dan memasang semula. Membuka tali kasut dan mengikat semula.

b. Latihan bagi mata Murid dikehendaki: i. Menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. ii. Menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. Lakukan latihan yang sama pada mata yang sebelah lagi. iii. Melihat sesuatu benda yang dipegang oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri. iv. Menyebutkan nama benda-benda kecil yang dipegang oleh guru seperti getah pemadam, pengasah pensel, mancis, dan seterusnya bendabenda sederhana besar dan benda-benda yang besar. v. vi. Menyebutkan warna benda atau alat yang ditunjukkan oleh guru. Menyebut bentuk blok-blok geometri yang diperbuat daripada kadbod atau plastik sama ada segi empat, segi tiga, bulat, separuh bulat, bujur dan sebagaimya.

c. Latihan bagi kordinasi mata dan tangan: Murid dikehendaki: i. Menyusun benda mengikut golongan bagi benda yang sama bentuk, warna atau ukuran. ii. iii. Menyusun gambar-gambar yang diselaraskan mengikut urutan. Mencantum bahagian-bahagian gambar yang terpotong,

misalnya jigsaw puzzle. iv. Melambung dan menangkap bola sama ada di tempat berdiri secara individu atau dengan bergerak di padang bersama pasangan, v. vi. vii. Mewarnakan gambar yang diberikan oleh guru. Mencantum titik atau sempang untuk membentuk huruf atau gambar. Mencantum arah jalan atau aliran sungai.

viii. ix. x.

Memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa. Memilih gambar yang berlainan dalam satu set. Mencari lima perbezaan pada sekeping gambar yang seakan-akan sama dengan gambar asal.

xi. xii.

Mencari lima benda yang tersembunyi dalam sebuah lukisan. Membuat garisan lurus dari atas ke bawah atau sebaliknya

JENIS AKTIVITI PRA-TULISAN


1. Aktivti Mencari jalan keluar Ciri-ciri bahan yang dicadangkan adalah seperti: a) Gambar berwarna-warni. b) Dibina menggunakan kad berukuran besar. c) Tajuk dan arahan perlu menarik dan jelas. d) Kenal pasti tahap dan kumpulan sasaran. e) Binaan yang mesra pengguna. f) Boleh digunakan berulang-ulang kali. g) Tema permainan perlu berdasarkan persekitran.

2. Aktiviti Memadankan Bentuk, Gambar, dan Huruf Dalam aktiviti ini, murid dikehendaki membuat garisan kurus dengan menggunakan pembaris pada pasangan gambar yang sepadan, termasuklah bentuk-bentuk asas yang serupa seperti segi tiga, segi empat dan sebagainya; gambar yang dibahagi kepada dua bahagian dan huruf besar dan huruf kecil. Ciri-ciri bahan adalah seperti berikut: a. Gambar yang berwarna-warni b. Dibina menggunakan kad berukuran besar c. Tajuk dan arahan perlu menarik dan jelas d. Kenal pasti tahap dan kumpulan sasaran e. Binaan yang mesra pengguna f. Boleh diguakan berulang-ulang kali

i.

Contoh aktiviti memadankan bentuk asas

-Aktiviti dijalankan dengan meletakkan gambar kiri dan kanan kemudian meminta murid memadankan bentuk yang serupa dengan mengariskan pasangan tersebut. Contohnya, bentuk segi tiga, bulat, segi empat, dan sebagainya.

Contoh aktiviti memadankan bentuk asas

ii.

Contoh aktiviti memadankan gambar lengkap - Cara aktiviti ini dilaksanakan adalah lebih kurang sama dengan aktiviti memadankan bentuk asas. - Latihan ini menggunakan benda maujud sebagai bahan rangsangan

Contoh aktiviti memadankan gambar lengkap - Aktiviti jenis ini juga boleh dilaksanakan dengan cara lain. Contohnya, guru menyediakan kad-kad gambar benda dan juga kad-kad garisan bentuk. Cara

pelaksanaan ialah guru menunjukkan set-set kad gambar benda. Seterusnya, guru galakkan kanak-kanak menyebut nama gambar-gambar itu. Akhir sekali, guru arahkan kanak-kanak memilih dan menunjukkan garisan bentuk dan mengikut gambarnya. iii. Contoh aktiviti memadankan huruf besar dan huruf kecil

Dalam aktiviti ini, murid dibekalkan hurur besar bersama binatang yang berkaitan disebelah kiri dan huruf kecil di sebelah kanan. Murid dikehendaki mencari pasangan huruf masing masing.

Contoh aktiviti memadankan huruf besar dan huruf kecil. 3. AKTIVITI MENYAMBUNG TITIK Cara Aktiviti Menyambung Titik: 1. Aktiviti menggunakan urutan nombor 2. Aktiviti menggunakan urutan huruf kecil 3. Aktiviti menggunakan urutan huruf besar Ciri-ciri Aktiviti Menyambung Titik: 1. Boleh menggunakan urutan nombor atau huruf 2. Urutan huruf sama ada huruf kecil atau besar 3. Latihan berdasarkan tahap penguasaan murid 4. Mengambil kira kumpulan sasaran 5. Mudah dikendalikan dan mesra pengguna 6. Menarik dan berwarna-warni

7. Perlu dibina menggunakan kad bersaiz besar 8. Arahan perlu tepat dan jelas 9. Boleh digunakan berulang kali

Contoh aktiviti menggunakan urutan nombor 1. Sediakan 2 keping kadbod berukuran 30 x 45 cm dan 2 gambar grafik yang bertemakan persekitaran murid. 2. Padam atau hilangkan sebahagian garisan outline gambar yang dipilih. 3. Kemudan gantikan bahagian yang dipadamkan atau dihilangkan dengan tanda-tanda bulatan kecil yang dilabel dengan urutan nombor mengikut kesesuaian.

Contoh aktiviti menggunakan urutan huruf kecil I. Sediakan 2 keping kadbod berukuran 30 x 45 cm dan 2 gambar grafik yang bertemakan persekitaran murid. II. III. Padam atau hilangkan sebahagian garisan outline gambar yang dipilih. Kemudan gantikan bahagian yang dipadamkan atau dihilangkan dengan tanda-tanda bulatan kecil yang dilabel dengan urutan huruf kecil mengikut kesesuaian.

Contoh aktiviti menggunakan urutan huruf besar I. Sediakan 2 keping kadbod berukuran 30 x 45 cm dan 2 gambar grafik yang bertemakan persekitaran murid. II. III. Padam atau hilangkan sebahagian garisan outline gambar yang dipilih. Kemudan gantikan bahagian yang dipadamkan atau dihilangkan dengan tanda-tanda bulatan kecil yang dilabel dengan urutan huruf besar mengikut kesesuaian.

4. Aktiviti Membuat Corak I. Garisan lurus a) Latihan menggaris dari atas ke bawah dan sebaliknya. b) Latihan menggaris dari kiridan kanan dan sebaliknya. c) Condong dari kiri dan ke kanan. d) Corak tunggal dan berlapis. II. Garisan melengkung dan bengkang-bengkok a) Melengkung dari atas ke bawah. b) Melengkung dari bawah ke atas. c) Garisan bengkang-bengkok. d) Corak melengkung tunggal

5. Latihan Mewarna secara bersepadu (a) Mewarna berpandukan huruf besar A Z Murid akan diberi gambar yang menarik perhatian mereka. Dalam gambar tersebut perlu mencerakinkan gambar tersebut dengan beberapa bahagian. Setiap bahagian perlu menulis huruf besar dan setiap huruf dalam gambar tersebut melambangkan satu warna. Contohnya, petak yang mempunyai huruf besar A diwarnakan merah, huruf besarB diwarna kuning, huruf besar

C diwarnakan biru. Dengan cara ini, murid akan mengenali huruf tersebut sebelum mula menulis. Mengenali huruf sangat penting kepada murid-murid kerana ini akan meningkatkan kepekaan murid dengan huruf. Selain itu, murid juga akan mendapatkan kepuasan apabila menyiapkan lukisan.

Sebelum dibuat

Selepas di buat (b) Mewarna berpandukan huruf kecil a z Cara untuk menwarna adalah sama dengan huruf besar. Perbezaan pada bahagian ini adalah huruf besar dan huruf kecil. Apabila murid-murid sedang mewarna, guru harus memastikan cara murid pegang pensel dan cara

mewarna adalah penting. Contohnya, menulis perka taan o adalah berlawan jam, jadi guru harus memupuk murid untuk mewarna dari kiri ke kanan supaya dapat membantu murid-murid apabila belajar menulis. Melalui cara ini untuk merangsangkan minat murid untuk mengenali huruf adalah salah satu cara yang berkesan. Murid pada awalnya contengan bebas sehingga ke contengan terkawal ini adalah untuk memudahkan murid untuk menulis abjad yang betul.

Manual Penggunaan BBM Aktiviti Pratulisan (Melaksanakan Aktiviti Mencari Jalan


Keluar, Memadankan Huruf/Bentuk/Gambar, Gambar Menyambungkan titik dan membuat corak)

A. Cara penggunaan 1. Setiap kepingan A3 mempunyai imej di hadapn dan belakang. 2. Setiap bahagian mempunyai imej yang berbeza dan tahap kesukaran berbeza antara depan dan belakang bagi setiap keping A3. 3. Murid yang sudah boleh melaksanakan bahagian yang mudah boleh mencuba bahagian yang lebih sukar. 4. Setiap bahagian boleh dibuat berulang kali menggunakan pen marker. l B. Kelebihan

10

1. Aktiviti hands-on yang membolehkan murid dilatih akan pergerakan tangan dan jari. 2. Melatih pergerakan mata. 3. Menyemai minat murid untuk datang ke sekolah tanpa rasa bosan untuk belajar. C. Alatan dan Bahan yang digunakan. 1. Mounting board 2. Kertas berwarna dan putih 3. Gam,gunting,pisau,pad pemotong,plastik lut sinar 4. Double tape 5. Ring penyangkut

Proses Penghasilan BBM Pratulisan

Cetak dan tampal aktiviti pratulisan

Lekatkan set latihan pada kad bod

Balutkan dengan pembalut plastik

Kemaskan dengan mencantumkan plastik dan bod menggunakan double tape.

Sediakan sebuah bentuk 3 segi menggunakan 2 kad 11 bod yang sama saiz.

Tebuk lubang pada bahagian atas setiap kad bod

Pasangkan gegelung besi untuk mencantumkan semua kad bod

Hasil BBM Pratulisan

12

13