Anda di halaman 1dari 4

1/2 kg ikan kembung * 4 biji bawang merah * 3 ulas bawang putih * 1/2 inci halia * 1/2 inci kunyit

5 sb lada boh 3 sb air asam jawa 2 sb santan pekat sedikit garam, gula n perasa daun pisang n lidi utk bungkus Cara-cara 1. Bersihkan ikan, toskan airnya dan ketepikan. Tumbuk bahan bertanda * 2. Satukan bahan tumbuk dan semua bahan lain, gaul sebati. 3. Ambil daun pisang selebar 30 cm, letak pes lada diatas daun. Letak ikan atas pes lada tadi. Kemudian lapiskan lg dgn pes lada. Balutkan ikan dgn daun pisang . 4. Lipatkan sedikit dihujng daun kiri n kanan dan cucuk dgn lidi supaya pes lada tak terkeluar masa bakar nanti. Siap utuk dibakar. 5. Bakar lebih kurang 25-35 min bergantung pada saiz ikan yg digunakan. Sedap mkn panas2 ngan nasi putih.

3 potong ikan tenggiri. 5 tangkai cili kering. 5 ulas bawang merah. 1 ulas bawang putih. 1 helai daun kunyit. 1 inci kunyit hidup . Sedikit belacan. garam dan gula secukup rasa. Beberapa biji limau kasturi. 2 batang serai. 1/2 biji kelapa parut-putih Daun pisang secukupnya. Lidi untuk penyemat.

Cara-caranya: Ikan dicuci bersih dan di potong kiub.Sepatutnya biarkan sekeping tapi daun pisang yang ada tak cukup besar untuk bungkus sekeping ikan.Perap ikan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Daun kunyit dimayang halus. Kisar bawang putih,bawang merah,kunyit,belacan dan serai hingga hancur.Gaul bahan-bahan kisar dengan kelapa parut ,garam,daun kunyit dan gula hingga sebati. Masukkan potongan ikan. Ambil ikan dan bumbunya.balut dengan daun pisang.Semat dengan lidi dan kukus hingga masak. Hidang bersama dengan perahan asam limau kasturi.Siap untuk di gandingkan dengan nasi panas..yum..yum..

Resepi Pais Ikan Kembung Dan Seafood 3 ekor ikan kembung ( apa-apa ikan pun boleh ) 10 ekor udang sederhana ( dibersihkan dan dibuang kulit ) 3 ekor sotong ( di bersihkan dan dipotong2) 3 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 1/2 inci halia 1/4 inci kunyit 8-10 biji cili padi 1 sudu makan asam jawa ( buang bijinya) 1 sudu makan penuh gula 1 sudu kecil garam sedikit serbuk perasa Daun pisang secukupnya Cara penyediaannya 1. Tumbuk halia, kunyit, cili padi, bawang merah, bawang putih, gula dan garam hingga lumat. 2. Gaulkan bahan tumbuk tadi dengan asam jawa dan perasa. 3. Kemudian satukan semua bahan tadi dengan seafood dalam 1 mangkuk. 4. Bungkus seafood dalam daun pisang yang telah dilayur atas api. Klip tepinya dengan lidi atau stepler. 5. Kemudian letakkan dalam tray pembakar atau caserol tahan panas. Bakar dalam oven selama 1/2 jam, 180 darjah celsius. 6. Kalau tak ada oven boleh bakar atas kuali non stick dengan dapur gas.

BAHAN-BAHAN : 6 ekor ikan kembung atau apa-apa jenis ikan 1 helai daun kunyit Air asam jawa secukup rasa Garam dan gula secukup rasa BAHAN-BAHAN DIBLEND : 4-5 biji cili kering - rendam dalam air panas dahulu 4 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 3 cm halia 2 cm kunyit hidup 2 batang serai CARA MEMASAK : - Kisar semua bahan sampai lumat . Potong daun kunyit halus-halus. - Bersihkan ikan dan tos sekejap kemudian gaulkan ikan dengan garam , air asam jawa , gula dan bahan kisar serta daun kunyit . Susun semua ikan diatas aliminium foil dan tuang semua saki-baki rempah yang diblend tadi kemudian bungkus atau tutup ikan ini dengan setu lagi aliminium foil dan lipat semua tepi aliminium foil ni . - Pre-heat oven selama 10 minit dan bakar ikan ni pada suhu 180 darjah selsius selama 20 minit atau sampai ikan masak atau boleh juga di panggang diatas bara api atau grill di atas kuali leper atau grill pan .

* Kalau ada daun pisang boleh juga dilapik di dalam aliminium foil atau boleh juga diguna daun kunyit .

Pais Ikan Kembung Sesapa nak cuba resepi Johor, ni ada yg mudah dan sedap. Mmg sebulan sekali mesti buat. Sbb rinduuuu dgn masakan Johor. Ubahsuai selera ikan bakar anda dengan Pais Ikan. Pais Ikan Kembung - boleh gantikan dengan apa juga ikan yg sesuai utk dibakar. Cth: Ikan Sanma, Ikan Pari atau juga Ikan yg mcm ikan kembung tu lupa la pulak nama dia.. Bahan Asas: 5 ekor ikan kembung atau apa2 juga jenis yg lain, dibersihkan 20 biji lada kering, direndam dengan air panas dan dibuang biji } 5 ulas bawang merah } di kisar dengan 1/2 cawan air hingga lumat 4 ulas bawang putih } 2.5 cm halia } 1 cm kunyit } 2 batang serai } 4 helai daun kunyit, dihiris halus-halus 1 sudu teh garam daun pisang, dipotong 18 x 22 cm bergtg pd saiz ikan lidi kelapa spjg 3 cm, ditajamkan hujungnya. Cara memasak : 1. Campurkan bahan-bahan yg telah dikisar tadi dengan garam dan daun kunyit. Bahagikan kepada 5 bahagian (mengikut bilangan ikan) 2. Ambil 1 ekor ikan dan gaul bersama i bahagian bahan yg telah dikisar tadi. Bungkus dengan daun pisang dan sematkan dengan lidi kelapa. 3. Ulang langkah 2 hingga habis. 4. bakar ikan sehingga masak ( 15-20 min) * Nota - Kalau tak de daun pisang, balut dgn daun kunyit pun boleh.. kalau dah tak de jugak bakar guna non stick pan.. dengan api yg perlahan. Sebabnya kalau bakar atas pembakar ikan yg biasa tu karang berjujuranlah bahan2 kisar tu. Pais Ikan Orang Bawen tak sebut pais ikan, kami sebut pais-pais. Kita mengkukus ikan menggunakan rempah ringkas untuk menyedapkan. Boleh makan dengan nasi kosong ataupun makan saja. Feeling diet kan? U olls boleh guna pelbagai jenis ikan, kembung, merah, sardin, biji nangka dan semua ikan. Tapi paling best mak i kata, ikan pari. And paling meletops, sapa yang memang otai macam bapak i, dia suka kalau buat pais - pais ni menggunakan taik ikan. YES!!! Tahi ikan. Maknanya dengan menggunakan semua isi perut ikan yang kita selalu buang bila kita pesiang ikan tu. Bahan-bahan untuk dikisar :

10 ekor ikan size sederhana 2 labu bawang besar 2 batang cili hidup (Lebih pun takpa)

1 inci halia 1/2 inci lengkuas (jangan bayak nanti pahit) 1 batang serai 5 biji buah keras 5 camca cili boh 1 inchi kunyit hidup / kalau serbuk 1 camca 5 camca jus asam jawa / 2 camca kalau gunakan paste asam jawa Garam dan gula secukup rasa Daun pisang dan lidi untuk membungkus ikan ataupun Daun pisang dan foil timah Bahan tambahan kalau nak lagi best : Asam belimbing dan daun kunyit

Halia, lengkuas, serai dan kunyit.

Cara-caranya : Blend semua bahan bahan seperti tersebut di atas. Kalau boleh jangan letak terlalu banyak air dalam blender, nanti cair tak sedap. Tapi kalau nak lagi meletops, Kak Edeh kata lagi best kalau digiling atau ditumbuk. Why not..... Bawang :) Blender ni kotor sebab tadi kami guna untuk blend bahan buat kuah celok. Takpa, tak payah cuci pun takpa. Baru meletops rasa. Hasil bahan kisaran untuk membuat pais ikan. Pastu bila dah blend elok semua ni, masukkan air asam jawa dan juga garam serta gula untuk menstabilkan rasa. Bila dah jadi paste, amik ikan kita yang telah dicuci elok dan perapkan ke dalam rempah untuk seketika. Selepas itu, kita dah boleh membungkus dengan daun pisang. Gunakan lidi untuk menguatkan lipatan kita itu. Tapi kalau u olls guna foil, just letakkan daun pisang, then letakkan ikan bersama rempah, and then balut dengan foil. Comfirm tak akan terbuka. Masukkan ikan dan rempah ke dalam daun pisang. Lipat bahagian tepi. Cucukkan dengan lidi. Nenjia nanti jadi macam ni la :) Kalau nak lebih sedap, u olls boleh tambah asam belimbing dan hirisan daun kunyit ke dalam bungkusan ikan sebelum membalus dan mengukusnya. Kukus selama 10-15 minit. Ikan tak perlu masak lama-lama. Baki rempah, boleh disimpan dalam peti ais. Boleh dibuat sambal u olls. Just tumis rempah tu, pastu bubuh la sotong ka, ayam ka, ikan ka...apa-apa u olls suka. Sedap u olls!

Anda mungkin juga menyukai