Anda di halaman 1dari 2

Bahan-bahan 50g tepung gandum 20g gula 1 biji telur 150ml susu segar 10g butter - cairkan setitik

esen vanilla

Cara-cara Dalam mangkuk, masukkan susu dan gula. Kacau hingga gula larut. Kocok2an telur dan masukkan. Kacau. Kemudian masukkan tepung. Akhir skali masukkan butter cair dan esen. Sebatikan adunan kemudian tapis. Tutup mangkuk dengan plastik wrap. Perap dalam peti ais lebih kurang sejam. (hana perap 20min jaaa.. heee) Panaskan kuali non-stick. Lengserkan butter. Ambil sesenduk adunan. Tuang ke dalam kuali kemudian lenggang2kan ketepi sama rata. Biarkan sebentar sehingga bhgn tepi keperangan. Kemudian terbalikkan. Permukaan akan kelihatan bertompok2 putih. Masak lagi sebentar kemudian angkat. Letak di atas pinggan dan buat sehingga habis. Crepe yang sudah siap dimasak, tidak mengapa disatukan kerana ia tidak akan melekat.

Resipi Kek Tiramisu Simple


1 biji sponge kek/apa2 kek/biskut merry 250ml whipping cream 200ml cream cheese 1/2 cawan gula halus (gula biasa pun takpe) 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe) 1 sudu makan serbuk nescafe serbuk koko untuk hiasan 1 titik esen vanilla dan 1 sudu gula

1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi + esen vanilla dan1 sudu gula

2. Dalam bekas lain, satukan gula cawan, cheese dan cream 3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu 4. Potong kek pada 2 bahagian 5. Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek 6. then sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek 7. Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td. 8. kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar 9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya *kalau guna biskut merry, celupkan dalam bancuhan Nescafe sekejap (biar air diserap dlm biskut sekejap) and susun cantik2 dalam bekas mcm mangkuk or Loyang. Susun dalam beberapa layer (3-4 layer) supaya biskut yang nipis kelihatan tebal seperti kek yang dipotong di resepi atas. Petua tambah sedap...

1. Chemek masukkan sesudu esen vanila dalam bancuhan kopi/nescafe 2. Chemek masukkan kek gulung perisa kopi yang dihiris nipis-nipis di layer teratas sebelum menutup keseluruhan tiramisu ini dengan keseluruhan cream. Aha! pecah rahsia. InsyaAllah Chemek tak sayang berkongsi cara di atas dengan anda. Semoga kita sama-sama dapat pahala.

Anda mungkin juga menyukai