Anda di halaman 1dari 3

10 GOLONGAN YANG SOLATNYA TIDAK DITERIMA ALLAH S.W.T | Rasulullah S.A.W.

bersabda yang bermaksud : 10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT iaitu : 1. Orang lelaki yang bersolat sendirian tanpa membaca sesuatu. 2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat. 3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (bertaubat). 4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya. 5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya. 6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak. 7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya. 8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat. 9. Orang yang suka makan riba. 10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.

Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.

Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat -Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.

Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Sesungguhnya Al lah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.

Kalangan malaikat mengucapkan amin ketika seorang imam selesai membaca al Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: Jika seorang imam membaca(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu aamiin kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.

Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.

Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?Mereka menjawab: Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.

Orang

yang

mendoakan

saudaranya

tanpa

pengetahuan

orang

yang

didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.

Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak

Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.

Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh. Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Anda mungkin juga menyukai