Anda di halaman 1dari 24

RASUAH

Definisi Rasuah
Perilaku di jabatan atau pejabat awam yang secara tidak wajar dan tidak menurut undang-undang, mengayakan diri atau kerabat dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam.

Jenis Rasuah
Meminta/ Menerima Rasuah

Menawar/Memberi Rasuah Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Punca-punca
Apakah faktor-faktor yang mengundang kepada berlakunya rasuah?

Punca 1
Kurangnya penyeliaan oleh pegawai atasan. Individu yang didorong oleh unsur-unsur yang tidak sihat akan mengambil kesempatan untuk melakukan penyelewengan.

Punca 2
Kurangnya penghayatan nilai murni: Mereka yang kerendahan moral tidak dapat membezakan antara baik dan buruk.

Punca 3
Sikap pekerja
Mereka ingin hidup mewah dan cepat kaya Mereka bersikap suka bermegah-megah dan sentiasa mengejar kebendaan

Punca 4
Kelemahan Peraturan atau Sistem Pelaksanaan Kerja.

Peraturan kerja longgar atau sistem pelaksanaan kerja lemah boleh menyebabkan sesebuah Agensi itu terdedah dengan perlakuan seperti jenayah rasuah.

Kesan
Apakah yang didatangkan oleh rasuah?

Kesan 1
Terhadap diri
Dipenjara atau didenda Diisytiharkan muflis Kehilangan pekerjaan Kehilangan kepercayaan masyarakat Dipandang serong oleh masyarakat Menghadapi tekanan emosi dan mental.

Kesan 2
Terhadap keluarga
Hukuman penjara mengaibkan keluarga. Trauma emosi dan psikologi yang tinggi. Dipandang serong ke mana saja pergi. Segala hak milik akan dikaitkan sebagai hasil haram.

Kesan 3
Terhadap negara
Segala kepincangan akan terbongkar. Rakyat hilang kepercayaan terhadap pemimpin. Rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati. Sikap prasangka dan benci-membenci menular. Merosakkan keharmonian masyarakat. Menjejaskan integriti nasional. Menjejaskan perkembangan ekonomi negara.

Langkah-Langkah
Apakah langkah-langkah yang boleh menangani rasuah?

Badan / Unit
Badan Pencegah rasuah (BPR) ditubuhkan pada tahun 1967. Penubuhan Unit Jenayah Khas dalam Jabatan Polis 1959 Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Akta
Akta Pencegahan Rasuah 1997 dilancarkan untuk membuat tangkapan atas maklumat yang diterima.

Pelan Integriti Nasional


Pelan Integriti Nasional (PIN) dilancarkan pada 23 April 2004 oleh Tun Dr. Mahathir di Putrajaya. PIN merupakan satu rancangan negara untuk meningkatkan integriti dan etika rakyat.

Salah satu sasaran PIN adalah untuk mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara berkesan.

Kempen
Kempen slogan Bersih, Cekap, dan Amanah dilancarkan supaya amalan amanah dapat diterapkan dalam pentadbiran negara dan mengelakkan rasuah.

Penerapan Nilai Murni


Usaha menerapkan konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat awal kehidupan seseorang itu supaya mudah untuk mengawalnya. Semua konsep yang baik dijelaskan kepada pelajar supaya mereka memahami keperluan untuk membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini.

Tindakan Masyarakat
Laporkan rasuah kepada pihak berkuasa.

Frasa Menarik
Allah swt telah berfirman: "dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu ( memberi rasuah ) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan ( atau mengambil ) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah: ayat 188)

Frasa Menarik
Seterusnya, pendidikan kepada golongan muda berupaya menyekat penularan wabak sosial.
Kita haruslah mengheret mereka yang disyaki ke muka keadilan untuk menangani kemelut ini.

Mereka memperhambakan diri kepada nafsu haloba.


Kempen yang dilancarkan itu mestilah menggunakan media massa secara holistik

Artikel Utusan (Amaran kepada Perasuah)

Artikel tentang Usaha Membanteras Rasuah

Artikel tentang Usaha SPRM

Anda mungkin juga menyukai