Anda di halaman 1dari 6

Siaran Media

Honda Wave Dash Kembali Dengan Keseronokan Baru Tunggangan lebih mantap dengan aerodinamik sport, gaya moden dan prestasi unggul
Pulau Pinang, 5 September 2013: Boon Siew Honda (M) Sdn Bhd hari ini melancarkan dua siri motosikal terbaru, Honda Wave Dash Type R dan S.

Dua siri berkenaan, yang mengambil inspirasi utama daripada semangat litar dan sukan lumba menampilkan ciri aerodinamik sporti, gaya unggul serta yang paling utama, prestasi keseluruhan yang tiada bandingan. Ia dijangka akan menjadi penanda aras baru bagi segmen pasaran motosikal cub saiz sederhana bagi pasaran tempatan. Wave Dash Type R dan S direka berdasarkan warisan panjang pasukan dan jentera Honda Racing di dalam sukan perlumbaan. Disasarkan kepada pelanggan yang ingin memiliki sebuah motosikal yang menonjol dan menawan. Wave Dash Type R didatangkan dalam warna Repsol Jingga Berkilau dengan penampilan sinonim Honda Repsol, jelas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Satoshi Okada.

Beliau juga menegaskan bahawa siri Wave Dash terbaru ini dibangunkan bersandarkan empat tunjang utama; tampan, gaya terkini, sporti dan berprestasi. Ia menawarkan tunggangan yang mengujakan, tetapi dalam masa yang sama turut memberikan penjimatan petrol, ketahanan dan ketangkasan serta nilai yang amat berpatutan.

Lebih penting, kedua-dua siri Wave Dash Type R dan S dilengkapi dengan tayar tanpa tiub yang pertama kali seumpamanya ditawarkan dalam kategori kap Honda, bertujuan untuk meningkatkan ciri keselamatan tunggangan. Satu lagi ciri baru yang diperkenalkan ialah penggunaan brek dwi cakera bagi Wave Dash Type R, yang pertama bagi segmen motosikal 110cc., tambah Okada.

Prestasi Juara Kedua-dua siri Wave Dash Tyre R dan S dikuasakan oleh enjin 110cc empat lejang yang menjana kuasa maksimum sehingga 6.18kW (8.39PS) pada 7,5000rpm serta tork maksimum sehingga 8.15Nm (0.83kgf.m) pada 5,500rpm dan tetap memberikan penjimatan bahan api.

Tambahan pula, nisbah gear siri terbaru ini turut diperkemas untuk memberikan tunggangan yang lebih lancar serta pengendalian yang mantap. Enjinnya juga menepati standard EURO 2 bagi aspek pembebasan CO2.

Standard keselamatan tertinggi Aspek keselamatan tidak diabaikan pada siri motosikal terbaru ini. Kedua-duanya dilengkapi dengan tayar 17 inci tanpa tiub, yang mengelak daripada berlakunya kekurangan tekanan tayar secara mendadak dalam keadaan kecemasan. Ciri ini boleh membantu mengelakkan kemalangan yang disebabkan oleh faktor tayar. Sebagai tambahan, model terbaru ini juga dilengkapi brek dwi cakera yang menawarkan prestasi brek yang unggul bagi Wave Dash Type R. Bagi model siri S pula, ia bagaimanapun hanya dilengkapi dengan cakera brek tunggal. Gaya perlumbaan Kedua-dua siri Wave Dash Type R dan S sarat dengan sentuhan astetik yang terinspirasi daripada jentera perlumbaan. Ia mencerminkan kemampuan tunggangan yang dinamik dan menyeronokkan. Siri terbaru ini juga dilengkapi dengan ciri lampu halogen hadapan bercahaya putih yang anggun. Selain itu, reka bentuk lampu belakang yang canggih dengan multi-pemantul cahaya meningkatkan tahap ketampakan Wave Dash oleh pengguna jalan raya yang lain, di samping menyerlahkan lagi penampilan yang lebih ranggi.

Reka bentuk sporti ini turut terpapar pada bahagian rekaan meter kelajuan yang luas dan jelas dilihat dalam sekilas pandang. Begitu juga dengan penghadang kaki 3D yang membantu memperbaiki aerodinamik dan melindung penunggang daripad terkena serpihan objek dari jalan raya, peredam ekzos sporti dengan penebat haba serta rim sporti lima tunjang.

Siri Wave Dash R dan S didatangkan dalam warna Merah Lincah, Hitam Magelanik Mutiara, Jingga Berkilau dan Perak Agresif Metalik di mana warna Jingga Berkilau ilham Repsol Honda disediakan khas untuk Wave Dash R sahaja. Wave Dash S dijual pada harga bilik pameran RM5,029.00 sementara Wave Dash R pula dijual pada harga RM5,289.00 manakala Wave Dash penampilan Repsol dijual pada harga RM5,419.00. Kesemuanya lengkap dengan jaminan kilang untuk dua tahun atau 20,000km jarak perjalanan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi Boon Siew Honda di 1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat, 9pg - 5ptg, kecuali cuti umum).

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi talian (Isnin-Jumaat, 9 pagi 5 petang, kecuali cuti umum).

1800-88-3993

# # #

Boon Siew Honda Sdn. Bhd.


(676896-A)

721, Persiaran Cassia Selatan 1, Kawasan Perindustrian Batu Kawan, 14100 Simpang Ampat, Pulau Pinang, Malaysia Tel: 604-506 3333 Faks: 604-506 3300

SPESIFIKASI
ENJIN Jenis Enjin Gerek & Lejang Sesaran Enjin Nisbah Mampatan Muatan Minyak Pelincir TRANSMISI KUASA Klac Transmisi Gear 1 Gear 2 Gear 3 Gear 4 Nisbah Penurunan Utama Nisbah Penurunan Akhir SISTEM ELEKTRIK Sistem Pencucuhan Bateri DIMENSI Panjang x Lebar x Tinggi Jarak Roda Berat Bersih CASIS Bentuk Kerangka Suspensi Tulang Belakang Depan - Teleskopik 81mm Belakang - Kembar 82mm Muatan Tangki Petrol Ukuran Tayar Tekanan Tayar Sudut Caster Jejak Trail PRESTASI Kuasa Kuda Maksimum Tork Maksimum Depan Belakang 1 Orang 2 Orang 3.7 Liter 70/90-17M/C 38P 80/90-17M/C 50P Depan 200kPa Belakang 225kPa Tanpa Tiub Depan 200kPa Belakang 280kPa Tanpa Tiub 26 30' 68mm 6.18kW (8.39PS) / 7500rpm 8.15N.m(0.83kgf.m)/5500rpm 1898mm x 709mm x 1080mm 1227mm 99kg DC-CDI 12V / 3.0 A-h (Penghidup Tendang & Elektrik) Automatik empar plat jenis basah Jejaring Tetap 4 Kelajuan 2.615 (34/13) 1.555 (28/18) 1.136 (25/22) 0.916 (22/24) 4.059 (69/17) 2.642 (37/14) Penyejuk Udara, OHC Enjin 4 Kitaran 50 X 55.598 mm 109.16cc 9.0 : 1 1.0 liter (Selepas Ditanggalkan) 0.8 liter (Selepas Pembuangan)

*Nota: Spesifikasi boleh ditukar bila-bila masa tanpa notis. Boon Siew Honda Sdn. Bhd. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: John Woo at cywoo@bswhonda.com.my Nor Azam at nor_azam@bswhonda.com.my
(676896-A)

721, Persiaran Cassia Selatan 1, Kawasan Perindustrian Batu Kawan, 14100 Simpang Ampat, Pulau Pinang, Malaysia Tel: 604-506 3333 Faks: 604-506 3300

UCAPAN SATOSHI OKADA UNTUK PELANCARAN HONDA WAVE DASH TERBARU

Selamat tengahari dan selamat datang ke majlis pelancaran siri Honda Wave Dash R dan S terbaru. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para hadirin kerana sudi meluangkan masa untuk berturut serta bersama kami dalam acara hari ini, yang merupakan satu lagi acara bersejarah bagi Boon Siew Honda. Dibangunkan berdasarkan empat prinsip utama Tampan, Gaya Terkini, Sporti dan Prestasi Tinggi, Honda Wave Dash menerima maklum balas dan permintaan baik bagi segmen motosikal kap saiz sederhana sejak diperkenalkan pada 2011. Hari ini, kami akan memperkenalkan pula Honda Wave terbaru yang berilhamkan warisan panjang Honda Racing di arena perlumbaan. Disasarkan kepada pengguna yang inginkan sebuah motosikal yang menonjol, Wave Dash R disediakan dalam warna Repsol Jingga Berkilau dengan gaya ikonik Repsol Honda. Penampilan sporti Wave Dash diperlengkap oleh rekabentuk lampu halogen bergaya, speedometer multi-fungsi, corong ekzos sporty dan rim sport. Sebagai tambahan nilai, Wave Dash terbaru ini dilengkapi dengan tayar tanpa tiub 17 inci, yang menghalang daripada pengempisan tekanan udara secara mendadak sekiranya berlaku kebocoran, maka membolehkan penunggang untuk menghentikan motosikal dengan selamat. Ciri ini, dengan bangga saya nyatakan, adalah yang pertama kali diperkenalkan bagi mana-mana model kap Honda. Selain itu, penggunaan brek dwi-cakera bagi Wave Dash R membolehkan penunggang menikmati prestasi brek yang berkesan dan cekap. Ini amat berguna ketika berada dalam keadaan cemas dan situasi merbahaya. Ciri ini, tuan-tuan dan puan-puan, adalah yang pertama seumpamanya bagi segmen motosikal 110cc. Ini diikuti dengan penawaran enjin 4-lejang termaju yang menawarkan prestasi unggul dan pada masa yang sama menjamin kecekapan penggunaan bahan api.

Tuan-tuan dan puan-puan, Wave Dash S dijual pada harga bilik pameran sebanyak RM5029.00, Wave Dash R pula ditawarkan pada harga RM5289.00 manakala varian Wave Dash Repsol pula disediakan pada harga RM5419.00. Kedua-duanya boleh ditunggang uji selepas makan tengahari dan kunjungan ke kilang pemasangan kami selepas ini.

Saya berharap setiap seorang daripada anda akan mengalami sendiri apa yang menjadikan Wave Dash begitu menonjol. Dan lebih penting, ciri keselamatan yang ada padanya sebagai satu daripada faktor utama yang menjadikannya begitu berbaloi. Keselamatan anda adalah keutamaan kami.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berlumba kepada Azlan Shah Kamaruzaman, iaitu duta Wave Dash baru kami, agar berjaya mengungguli segalanya dalam pusingan ke-13 World Motorcycle Grand Prix pada 11hb Sept. Azlan akan menwakili Honda Team Asia dalam Moto2 di San Marino dan perlumbaan seterusnya. Boon Siew Honda telah membuat pelaburan yang tinggi dalam kareer Azlan, justeru kami amat bangga dengan pencapaian beliau, dan kami akan terus menyokong beliau dalam perlumbaan yang akan datang. Selaras dengan itu, kami juga amat berbangga untuk memaklumkan bahawa Azlan merupakan pelumba Malaysia pertama yang dipilih untuk menyertai pasukan GP berdasarkan markah. Sekian, terima kasih dan salam sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai