Anda di halaman 1dari 5

LOMPAT JAUH1.

0 PENGENALAN Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang atlet mencuba mendarat sejauh yang boleh daritempat yang dituju. Acara ini adalah salah satu acra yang diminati walaupun tidak ramai orang yangmempunyai kebolehan membuat lompatan yang jauh. Dalam masa yang singkat, atlet mestilah membuatpelarasan bagi membetulkan kedudukan pusat gravitinya, kelajuan dan kedudukan kaki.Untuk mendapatkan pendaratan yang jauh dri tempat lonjakkan pelompat jauh perlu menjalani latihan yangsistematik di bawah bimbingan jurulatih.Matlamat utama bagi pelompat jauh adalah brelari pada kelajuan maksimum dan berkebolehan meletakkankaki di papan lonjak dengan betul dan tepat tanpa gangguan terhadap kelajuan awal. Perlu diingat, masalahutama pelompat jauh adalah mengekalkan langkahan larian pada tiga ke empat langkah sebelum melonjak. Disampinh itu pelompat jauh harus meningkatkan komponen kelajuan, kekuatan otot dan kuasa eksposif.

1.1 SEJARAH ACARA LOMPATAN LOMPAT JAUH Sejarah permulaan acara lompat jauh dapar dikesan seawal tahun 708 sebelum masihi iaitu dalam SukanOlimpik Kuno di Greece. Menurut catatan tersebut, lompatan sejauh 7.05 meter telah dibuat oleh Chionis,peserta Sparta. Bagaimanapun, teknik dan cara lompatan yang dibuat amat berlainan daripada lompatan yangdibuat kini. Berdasarkan bukti-bukti lukisan yang terdapat pada tembikar dan corak-corak lukisan yang dibuatpada zaman itu, lompatan dibuat secara berkali-kali oleh peserta Sparta, sama ada lompatan dalam bentukmultiple, double-triple atau quin-triple.Selain itu, terdapat juga fakta menyatakan bahawa lompat jauh berasal dari sukan zaman purba di Greecedalam bentuk lompat jauh berdiri. Pada masa itu pelompat melompat dengan memegang beban yangdinamakan halteres pada kedua-belah tangan. Berat tersebut adalah di antara 0.9 kg hingga 4.5 kg, dan iadipercayai dapat membantu untuk memberi kesan lompatan yang lebih jauh. Ini terbukti dalam tahun 1854,J.Howard yang melompat sejauh 9.02 m sebenarnya mendapat 2.4 m hasil daripada beban yang digunakan.Pelompat melompat dari threshold (tempat lonjakan) dan mendarat di

skamma (tempat mendarat). Padamasa ini acara lompat jauh ialah lompat jauh berlari.Apabila Sukan Olimpik Moden dihidupkan pada tahun 1896, lompat jauh termasuk sebagai salah satu acaraolahraga. Sejak itu ia terus diterima sebagai salah satu acara olahraga dalam kebanyakan kejohanan yangdiadakan di pelbagai peringkat di dunia. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasasehinggalah kepada bentuk lompatan yang ada seperti sekarang.Walaupun lompat jauh merupakan acara yang paling mudah dipelajari berbanding acara-acara lompatan yanglain, tidak bermakna semua orang mampu melakukannya dengan baik. Teknik lompatan dan peraturannyaperlu dipelajari dengan penuh minat. Ini kerana, sebagai satu acara sukan, ia juga tidak lari daripada risikokecederaan. Teknik-teknik lompatan baru

adalah diperkenalkan daripada kajian-kajian saintifik yang dilakukanke atasnya. Rekod lompatan terjauh yang pada suatu masa dahulu diramalkan menjadi rekod paling lama, kinisudah pun diperbaiki.Pelompat dari Amerika Syarikat merupakan kuasa dominan dalam acara ini dan pelompat yang terkenal adalahseperti Jesse Owens, Bob Beamon dan Carl Lewis. Jesse Owens telah mencatatkan rekod dunia sejauh 8.13 mdalam tahun 1935 dan rekod ini kekal selama 25 tahun.Dalam tahun 1968, Bob Beamon melompat melepasi jarak 8.90 meter dalam Sukan Olimpik di Mexico telahdipecahkan oleh seorang lagi peserta Amerika Syarikat, iaitu Mike Powell dengan lompatan sejauh 8.95 meter.Ini menunjukkan bahawa, sebagai rekod tidak mungkin ia tidak dapat diperbaiki oleh peserta kemudiannya.Semua ini disebabkanadanya latihan, pembaharuan teknik dan keazaman yang tinggi daripada peserta itusendiri.Di Kejohanan Olahraga Dunia 1999, Ivan Pedroso (Cuba) hanya berjaya melompat sejauh 8.56 m (28 Ogos 1999).Dalam kategori wanita pula, Vilma Bardauskiene (USSR) berjaya melepasi halangan 7 m buat kali pertamakalinya dalam tahun 1978 dalam Kejohanan Eropah di Prague, Czechoslovakia
http://www.scribd.com/doc/46540366/sejarah-lompat-jauh

SEJARAH LOMPAT TINGGI Dimulakan seawal Olimpik pada zaman Greece, rekod pertama acara Lompat Tinggi ketika di Scotland pada abad ke-19, dengan pencapaian atas 1.68 m oleh peserta pada masa itu. Pelompat pada masa dahulu menggunakan gaya Gunting. Gaya ini sudah tidak dikenali oleh dunia lain sungguh pun masih ada peserta-peserta tanah air yang menggunakan gaya ini. Gaya ini dilakukan dengan lunjakan kaki yang jauh dari palang. Kaki bersilang diatas palang dan badan menyeberang palang dalam lakuan duduk berlunjur. Gaya ini tidak digalakkan sekali-kali.

Sekitar abad ke-20, teknik ini telah dimodenkan oleh warga Irish-American M.F. Sweeneys Eastern cut-off seperti gaya Gunting, tetapi bahagian belakang mendatar semasa melompat melepasi palang. Sweeney telah berjaya mencipta teknik yang bekersan dan mencipta rekod 6 5 5/8 (1.97m) pada 1895.

Gaya Timur ini tidak ada kena mengena dengan orang Timur atau Asia. Sebenarnya, inilah gaya yang mula-mula diguna oleh Sweeny dan selepasnya maka habislah orangorang Pantai Timur Amerika menggunakannya. Ini sebenarnya yang membolehkan gaya lompatan ini mendapat namanya hingga kini.

Seorang lagi warga Amerika, M.F. Horine, memajukan dan mencipta teknik yang lebih efisyen iaitu Gaya Guling Barat. Ia berjaya melompat setinggi 6 kaki 7 inci dalam tahun 1912 dan gayanya pula ditiru oleh semua peserta-peserta Amerika Barat. Dengan ini terdapatlah namanya Guling Barat itu. Gaya ini adalah lebih baik dan berkesan dari gaya timur atau gaya gunting. Gaya ini boleh digalakkan supaya peserta-peserta tanah air memahirinya.

Pelompat Amerika dan Rusia telah menggunakan satu gaya yang menjadi ikutan pelompat-pelompat yang lain. Ini merupakan satu gaya lompat tinggi yang cukup popular dan dari segi mekanik pergerakan gaya ini sungguh beruntung dan berkesan dari gaya-gaya lompatan yang lain. Dalam pertandingan Olimpik di Rome dalam tahun 1960, 17 orang peserta memasuki pertandingan akhir dan dari 17 orang peserta itu 14 orang menggunakan gaya kelana. Hal ini membuktikan kepopularan gaya ini.

Diantara semua gaya-gaya lompat tinggi yang telah digunakan oleh peserta-peserta maka gaya guling barat dan gaya kelana sahajalah yang agak saintifik dan lebih berkesan bagi seseorang peserta.
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI SKTDH2 http://panitiapjksktdh2.blogspot.com/2011/01/sejarah-lompat-tinggi.html http://www.blogger.com/profile/16266941610304682329

Anda mungkin juga menyukai