Anda di halaman 1dari 3

Contoh Bateri ujian : 1) Berasaskan Kesihatan : Bangkit Tubi 2) Berasaskan Kesihatan : Jangkauan Melunjur 3) Berasaskan Lakuan Motor : Lari

Pecut 30m 4) Berasaskan Lakuan Motor : Lompat Jauh Berdiri 5) Berasaskan Kemahiran : Permainan Badminton BATERI UJIAN 1 (LARI PECUT 30M) Nama ujian : Lari pecut 30 meter Pendahuluan : i. ii. Larian pecut adalah satu pergerakan dari satu titik ke satu titik. Larian pecut ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak,kelajuan angin, permukaan balapan. iii. Masa larian juga dicatatkan iv. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. v. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai koordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari. vi. Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang. Objektif Ujian : Mengukur kepantasan murid memecut sejauh 30 meter dari kedudukan berdiri Kesahan dan Kebolehpercayaan : Larian ini adalah sah kerana berkaitan dengan jumlah pengambilan oksigen yang maksimum. Prosedur ujian : 1) 2) 3) 4) Murid bersedia dalam kedudukan berdiri di belakang garisan permulaan. Penguji memberi isyarat sedia dan lari di samping meniup wisel. Catatan masa dimulakan oleh seorang penguji yang berada di garisan penamat dan berhenti apabila murid melepasi garisan penamat. Dua percubaan diberikan dengan catatan masa terpantas diambil.

Alatan yang digunakan : i. ii. iii. iv. Pita ukur Jam randik Wisel Skitel

BATERI UJIAN 2 (Jangkaun Melunjur) Nama ujian : Jangkaun melunjur Objektif ujian : Menguji kelenturan bahagian belakang badan dan hamstring Kesahan : Kesahan logikal digunakan Jarak koefisien adalah di antara 0.80 dan 0.90

Kebolehpercayaan : 70 atau lebih. Prosedur ujian : 1. 2. 3. 4. Murid dikehendaki melakukan regangan untuk memanaskan badan. Murid perlu menanggalkan kasut. Lekatkan kotak dan pembaris rapat ke dinding. Murid duduk berlunjur menghadap dinding dengan kedua-dua belah kaki rapat dan menyentuh kotak dan pembaris dengan kedudukan tangan lurus kehadapan. Tapak tangan bertindih dengan jari kanan bersentuhan dengan jari kiri. Kedua belah jari tangan hendaklah lurus semasa menolak tolok dan bacaan diambil apabila tolok bacaan tidak lagi bergerak. Jangkauan perlu bertahan selama dua saat (no bouncing). Ujian dilakukan sebanyak 3 kali secara berturut-turut dan bacaan terbaik direkodkan dalam unit cm.

5. 6.

Alatan ujian : i. Kotak pengukur dan pembaris BATERI UJIAN 3(Lompat Jauh Berdiri) Nama ujian : Lompat Jauh Berdiri Objektif Ujian : Menguji kuasa eksplosif kaki secara mendatar Alatan Ujian : i. ii. iii. iv. v. Pita Pengukur(2 meter), Penanda Jarak Masking Tape Pembaris Kapur

Kesahan : Paras kesahan adalah diterima untuk ujian ini. Kebolehpercayaan : Koefisien di antara .83 hingga .99 telah dilaporkan. Prosedur : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Murid hendaklah berdiri di belakang garisan lompatan. Kedudukan kedua-dua kaki hendaklah selari dan dibuka seluas bahu. Murid membengkokkan lutut hampir kepada 90 darjah. Kemudian muridperlu mengayunkan tangan dengan kuat agar jarak lompatan lebih jauh. Murid membuat lompatan sebaik sahaja bersedia tanpa perlu diberi arahan. Lompatan hendaklah dilakukan sebanyak dua (3) kali dan di selang seli dengan masa rehat dan dilakukan di atas permukaan rata. Sekiranya bacaan tidak dapat diambil, murid dikehendaki mengulangi ujian sehingga bacaan yang tepat dapat diambil. Penggunaan padang rumput sebagai kawasan ujian tidak dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan data yang diperoleh tidak tepat. Ukuran diambil dari garisan lompatan hingga bahagian belakang kasut iaitu kaki yang paling hampir dengan garisan permulaan.

9.

3 percubaan akan dicatat dan jarak lompatan yang terbaik akan diambil kira.

BATERI UJIAN 4 (Bangkit Tubi) Nama ujian: Bangkit tubi Objektif ujian: Mengukur kekuatan terhadap otot abdomen. Alatan: Pita pengukur, tilam Kesahan: Paras kesahan adalah diterima untuk ujian ini. Kebolehpercayaan: A Person r merekodkan .94 untuk ujian ini (Johnson & Nelson, 1986) melaporkan hubung kait .71 di antara masa bangun tubi dan tiada had untuk ujian bangun tubi. Prosedur : 1. 2. 3. 4. 5. Peserta berbaring di atas tilam latihan dengan lutut dibengkokkan pada 12-18 inci daripada punggung. Tangan peserta disilang pada dada dan tapak tangan mendakap bahu yang bertentangan.Pembantu akan memegang pergelangan kaki peserta semasa ujian dijalankan. Apabila isyarat mula diberikan, peserta bangkit dari kedudukan baring hingga siku mencecah paha dan kembali ke posisi asal. Peserta mestilah kembali ke kedudukan baring dengan skapula menyentuh lantai sebelum bangkit semula. Pengiraan satu ulangan lengkap ialah dari kedudukan baring, naik dan kembali semula ke kedudukan asal.

BATERI UJIAN 5 (Permainan Badminton) Nama ujian :Kemahiran Permainan Badminton (Ujian French short-serve) Tujuan: Untuk mengukur kemahiran untuk membuat servis secara tepat Alatan: Raket badminton,bulu tangkis,tali yang direntang di atas net dan ukuran yang dibuat di atas lantai gelanggang Prosedur ujian : 1. 2. 3. Tali direntang 20 inci di atas dan selari dengan jaring/net. Ukuran dibuat di tengah-tengah garisan gelanggang dan garisan servis pendek. Markah akan diberi sekiranya bulu tangkis melintasi di antara tali dan net dan mendarat di kawasan yang ditandakan. 5 percubaan diberi dan jumlah skor yang terkumpul akan direkodkan. Jika servis terkena tali,murid boleh membuat servis semula tanpa dikira.