Anda di halaman 1dari 8

Nama No. Kad Pengenalan Kursus No.

Angka Giliran

: ALFREAD ANAK MAGGIE : 800709-13-5187 : Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia : 2009052050044

BAHAGIAN B. TUGASAN KUMPULAN SOALAN 3A

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Kinabalu, Sabah telah dianugerahkan sebagai Guru Besar Cemerlang. Kejayaan beliau memimpin sekolah bergantung kepada corak kepimpinan yang diamalkan..

a) Huraikan corak kepimpinan yang diamalkan oleh Guru Besar berkenaan.

Pengenalan.

Pemimpin dikenali sebagai pentadbir, penguasa, pengatur dan pemakmur yang bertanggungjawab melaksanakan amanah yang diberi kepadanya.

Kepimpinan pula merupakan kuasa yang menggabungkan pemimpin dengan pengikut untuk mencapai sesuatu objektif. Setiap organisasi haruslah mempunyai seorang pemimpin kerana pemimpin adalah orang yang dapat menentukan matlamat dan objektif dapat dicapai. Pemimpin juga akan bertanggungjawab mengawal

perjalanan dan hala tuju organisasi. Untuk mencapai matlamat yang betul maka pemimpin akan mengamalkan corak dan gaya kepimpinan yang sesuai.

Kuasa. Untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya dan cemerlang seseorang pemimpin tersebut haruslah mempunyai kuasa untuk mentadbir dan memerintah ruang lingkup yang berada di bawah kekuasaannya. Kuasa tersebut juga

merupakan satu pengaruh yang boleh membuatkan orang bawahannya ikut kepadanya. Berikut merupakan antara kuasa-kuasa yang perlu ada pada seorang pemimpin:

i.

Kuasa paksaan Kuasa paksaan ini adalah satu kuasa yang boleh menyebabkan seseorang pegawai wajib melakukan tugasnya. Namun begitu pegawai tersebut

bukanlah bermaksud beliau dipaksa untuk melakukan suatu kerja yang bukan berada di dalam skop tugasnya. Kuasa paksaan ini haruslah berlandas atau menggunakan undang-undang yang telah ditetapkan seperti mana yang telah termaktub dalam bidang tugas seorang pegawai.

ii.

Kuasa hubungan. Kuasa hubungan pula bermaksud satu kuasa yang ada pada seorang ketua untuk membuat perhubungan atau kontak dengan orang lain. Dalam kontek ini kuasa hubungan boleh dirujuk kepada kuasa seorang untuk membuat kontak dengan orang atasannya. Kuasa hubungan ini penting supaya

matlamat organisasi sentiasa diperhatikan dan dapat mengelak dari terpesong keluar dari matlamat utama. Kuasa hubungan juga akan membuatkan

kepentingan organisasi sentiasa terpelihara.

iii.

Kuasa rujukan. Kuasa rujukan pula bermaksud, pemimpin tersebut merupakan seorang yang mempunyai nilai moral yang tinggi, berperibadi mulai dan sentiasa menjadi sumber idea kepada yang lain. Sekiranya terdapat kemyuskiran tentang suatu perkara maka pemimpin tersebut akan dirujuk agar mereka mendapat pentunjuk yang betul. Dari segi perwatakan, pemimpin tersebut akan sentiasa menjadi role model kepada orang bawahan kerana ketinggian keperibadinya

iv.

Kuasa kepakaran. Kuasa kepakaran boleh dilihat melalui pengetahuan, kemahiran, latihan serta pengalaman pemimpin. Dengan ada perkara ini maka beliau mampu untuk mempengaruhi orang lain. Untuk menjadi seorang ketua, pemimpin haruslah lebih pakar dalam berbanding dengan orang lain. Dengan adanya kepakaran yang tinggi maka orang di bawahnya akan lebih menghormati pemimpinnya. Kuasa kepakaran ini boleh diperolehi melalui latihan, kursus yang dihadiri, penambahan kemahiran serta pengalaman yang banyak dan pelbagai.

v.

Kuasa maklumat. Untuk menjadi pemimpin, kuasa maklumat perlu juga wujud. Ini kerana

seseorang yang mempunyai maklumat penting dianggap sebagai seorang yang berkuasa. Dengan maklumat yang dimiliki maka pemimpin dapat

mangawal organisasi dengan baik dan stabil. Maklumat yang terkini menjadi senjata kepada kejayaan organisasi. Dengan maklumat yang banyak,

pemimpin mampu untuk memanipulasi keadaan mengikut kehendaknya agar mencapai matlamat organisasi yang diketuainya.

vi.

Kuasa ganjaran. Kuasa ganjaran ialah, anak buah bekerja dengan gigih kerana mereka menganggap dengan bekerja mereka akan mendapat ganjaran. Selain itu ia merupakan salah satu kuasa yang membolehkan pemimpin mengganjarkan anak buahnya. Ganjaran ini penting kerana ia merupakan salah satu motivasi untuk berbuat sesuatu yang lebih baik dan untuk berusaha dengan lebih gigih lagi. Sekiranya ahli di dalam organisasi mempunyai nilai motivasi yang tinggi maka produktiviti juga akan meningkat.

Nilai murni kepimpinan. Selain dari mempunyai kuasa untuk mengarah, seorang pemimpin juga memerlukan nilai moral yang baik untuk ditunjukkan kepada bawahannya agar beliau dihormati dan disegani oleh orang bawahannya. Seseorang pemimpin juga haruslah seorang yang berakhlak mulia. Ini kerana beliau adalah role model ataupun contoh kepada bawahannya. Berikut merupakan antara nilai murni kepimpinan yang perlu ada pada Guru Besar tersebut sehinggakan beliau terpilih sebagai Guru Besar Cemerlang:

i. Bersih, cekap dan amanah. Nilai bersih, cekap dan amanah adalah di antara nilai yang perlu ada. Antara maksud bersih di sini adalah bersih dari amalan negatif seperti rasuah dan pecah amanah. Cekap pula merujuk kepada cara sesuatu pekerjaan

dilakukan. Ia haruslah dilakukan dengan cekap dan teratur agar menepati spesifikasi kerja yang telah ditetapkan. Amanah pula merujuk kepada sikap bertanggungjawab terhadap kepercayaan yang telah diberikan untuk tugastugas tertentu.

ii. Kerelaan berkongsi kuasa dengan pekerja. Dalam keadaan tertentu seorang pemimpin perlulah menurunkan kuasa kepada orang di bawahnya. Antara contoh yang mana kuasa boleh

diturunkankan kepada bawahannya ialah semasa pemimpin tersebut berada di luar kawasan untuk bertugas ataupun semasa beliau bercuti. Beliau

mestilah mamberikan kuasa mentadbir kepada penolongnya mentadbir agar kerja-kerja yang ditinggal pada masa tersebut tidak tertangguh.

iii. Mempunyai emosi seimbang dan pandai berjenaka. Dari segi emosi pula, seorang pemimpin haruslah mempunyai emosi yang stabil dan seimbang. Pemimpin haruslah stabil agar setiap tindakan dan

keputusan yang diambil adalah berlunaskan tatacara yang betul dan tidak berat kepada kepentingan peribadi. Pemimpin yang pandai berjenaka pula

akan mendekatkan lagi dirinya dengan orang bawahannya.

iv. Memberi teladan yang baik kepada pekerja-pekerja. Teladan yang baik kepada pekerja-pekerja adalah amat penting dalam sesebuah organisasi. Ini kerana organisasi akan menjadi lemah sekiranya ketua menunjukkan teladan yang tidak baik. Pekerja-pekerja akan lebih

cenderung meniru perkara yang kurang baik berbanding perkara yang baik. Pemimpin adalah role model yang penting, maka teladan yang baik adalah perlu ditunjukkan.

v. Tidak mengawal pekerja sehingga menimbulkan ketegangan. Mengawal pekerja adalah penting untuk memastikan objektif dan matlamat organisasi tercapai. Namun begitu pemimpin haruslah juga memberi ruang kepada pekerjanya. Sikap toleransi perlu ada dalam setiap tindakan yang diambil. Pekerja akan menjadi stress sekiranya setiap pergerakan dan

tindakan mereka dikawal. Ini akan menyebabkan keadaan di tempat kerja menjadi tegang. Ketegangan ini pula akan menyebabkan masalah disiplin timbul.

vi. Sentiasa terbuka kepada kritikan yang membina. Seorang pemimpin yang baik akan sentiasa terbuka kepada kritikan yang membina. Setiap kritikan mesti dicerna dengan baik. Kritikan terjadi kerana terdapat perkara yang orang lain tidak berpuas hati. Kritikan ini harus diambil perhatian dan dijadikan sebagai rujukan untuk memperbaiki corak kepimpinan yang sedia ada. Ada kalanya pemimpin juga silap dalam tindakannya kerana pemimpin juga adalah seperti orang lain yang tidak lari dari kesilapan.

Gaya kepimpinan demokratik dan eksekutif.

Selain itu juga seorang pemimpin harus mengamalkan corak dan gaya kepimpinan yang demokratik dan eksekutif. Dengan mengamalkan corak

kepimpinan yang sedemikian maka pemimpin tersebut akan sentiasa berunding dan mengambil kira pendapat dan penyertaan orang bawahan dalam pengurusan organisasi. Maka dengan ini orang bawahan akan dapat

mengutarakan buah fikiran. Mungkin orang bawahan akan dapat memberikan buah fikiran yang lebih baik, yang tidak terfikir oleh pemimpin itu sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan sesuatu masalah ataupun situasi. Besar kemungkinan

pendapat yang diutarakan merupakan satu jalan penyelesaian yang paling baik untuk sesuatu masalah. Setiap pendapat yang lain mesti dipertimbangkan.

Dalam mengamalkan gaya kepimpinan yang demokratik dan eksekutif, seseorang pemimpin yang cemerlang juga akan sentiasa menetapkan objektif yang tinggi dan berkemampuan untuk membimbing dan menasihati stafnya . Objektif organisasi yang tinggi akan memandu pekerja di dalam organisasi tersebut berusaha dengan lebih keras lagi demi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Dalam usaha mencapai objektif tersebut maka, pemimpin yang mengetuainya mestilah mampu untuk memberi bimbingan serta menasihati stafnya agar sentiasa menuju ke arah sasaran yang telah ditentukan. Sekiranya pemimpin yang

mengetuai pasukan itu gagal untuk member dorongan dan bimbingan maka adalah mustahil kepada organisasi tersebut untuk mencapai matlamat mereka.

Penutup.

Dengan mengamalkan corak kepimpinan seperti yang dinyatakan seperti di atas maka, adalah patut Guru Besar tersebut dianugerahkan sebagai Guru Besar cemerlang. Corak kepimpinan yang sebegini akan membawa kejayaan yang lebih besar kepada sekolah pada masa akan datang. Sekiranya semua Guru Besar di Malaysia mengamalkan corak kepimpinan yang sama adalah tidak mustahil segala matlamat dan dasar kerajaan dapat dicapai pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai