Anda di halaman 1dari 31

PEMAHAMAN 1

Baca petikan surat di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Persatuan Sejarah, Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Samad, 71000 Port Dickson. Ketua Pengarah, Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 KUALA LUMPUR. Tuan, Memohon Kebenaran Melawat ke Arkib Negara Merujuk kepada perkara di atas, saya bagi pihak ahli Persatuan Sejarah Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Samad, ingin memohon kebenaran untuk melawat ke Arkib Negara. 2. Butir-butir lawatan tersebut adalah seperti yang berikut: Masa : 2.00 petang Tarikh : 21 November 2009 Ahli rombongan : 42 orang murid dan 2 orang guru 3. Tujuan lawatan kami adalah seperti yang berikut: (a) Meluaskan pengetahuan pelajar (b) Melihat sendiri cara bahan-bahan sejarah disimpan dan direkodkan (c) Mengetahui kepentingan bahan sejarah dan peranan Arkib Negara (d) Memahami perkhidmatan yang dapat diperoleh orang ramai daripada Arkib Negara 4. Kami berharap agar pihak tuan dapat memberikan taklimat menyeluruh tentang fungsi Arkib Negara dan kerja-kerja yang dilakukan di jabatan tersebut. Mudah-mudahan permohonan kami diberikan pertimbangan yang sewajarnya. Kerjasama dan jasa baik pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Yang menjalankan tugas,

6 OKTOBER 2009.

Hayati
(HAYATI KARIM) Setiausaha Persatuan Sejarah, Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Samad.

1 Siapakah pengirim surat itu? A Ketua Pengarah Arkib Negara B Setiausaha Persatuan sejarah C Guru Besar Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Samad D Guru Penasihat Persatuan Sejarah 2 Apakah yang dimintanya daripada Ketua Pengarah Arkib Negara? A Kebenaran mendapatkan bahan sejarah B Kebenaran menggunakan kemudahan di Arkib Negara C Kebenaran meminjam rekod-rekod di Arkib Negara D Kebenaran melawat Arkib Negara 3 Rombongan yang akan melawat ke Arkib Negara terdiri daripada A 21 orang. B 40 orang.

C 42 orang D 44 orang. 4 Apakah peranan yang dimainkan oleh Arkib Negara? A Menulis buku tentang sejarah Malaysia B Memberikan perkhidmatan mencari bahan sejarah C Menyimpan dan merekod bahanbahan sejarah D Menerangkan kepentingan sejarah kepada orang ramai 5 Yang berikut ialah tujuan lawatan tersebut, kecuali A melihat cara bahan-bahan sejarah disimpan. B mengetahui peranan Arkib Negara. C meluaskan pengetahuan pelajar. D mendapatkan perkhidmatan Arkib Negara.

Jawaban: 1 B 2 D 3 D 4 C 5 D

PEMAHAMAN 2
Baca ucapan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berbahagia Tuan Pengetua, Encik Syed Mazlan Muhamad, Cikgu Norlia Othman, guru-guru, dan rakan-rakan yang dikasihi. Selamat sejahtera dan selamat petang. Lebih dahulu saya mengucapakan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana mengadakan majlis yang meriah dan sungguh bererti buat saya ini. Sebenarnya saya juga tidak menduga akan meraih kejayaan yang sangat cemerlang ini. Terpilih sebagai Pelajar Terbaik bagi seluruh negeri Perak, akan abadi sebagai kenangan paling manis sepanjang persekolahan saya di sini. Sesungguhnya kejayaan ini ialah hasil dorongan, tunjuk ajar, dan kerjasama Pengetua, guru-guru, keluarga, dan rakan-rakan. Tanpa kalian, kejayaan ini tentunya sukar menjadi kenyataan. Hadirin yang dihormati, Sebagai anak yatim yang sentiasa dalam kesempitan hidup, saya amat sedar akan perlunya usaha yang bersungguh-sungguh, cekal, rajin, dan tabah untuk mengubah corak hidup saya ke arah masa depan yang lebih cerah. Kepada ibu yang dikasihi, inilah juga tanda terima kasih saya terhadap pengorbananmu yang suci. Kepada adik-adik saya, susulilah jejak ini. Saya juga yakin rakan-rakan di dewan ini mampu berjaya seperti saya, malahan lebih lagi. Yakinlah bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada 14 orang lagi rakan saya yang berjaya mendapat 8A dalam peperiksaan SPM yang lalu. Syabas juga kepada Pengetua dan guru-guru yang bertungkus-lumus membimbing kami sehingga memecah rekod sekolah, iaitu seratus peratus lulus. Hadirin yang dihormati, Jika tiada aral melintang, pada bulan hadapan, daya akan berangkat ke United Kingdom untuk melanjutkan pelajaran. Saya berjanji akan pulang dengan kejayaan yang lebih besar lagi. Insya-Allah! Akhir kata, sebelum saya mengundurkan diri, terima kasih sekali lagi kepada semua yang membuahkan kejayaan ini. Kejayaan saya ialah kejayaan kita bersama. Istimewa buat pelajarpelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini, saya membekalkan semangat ini di sini. Semoga kalian mencatatkan prestasi yang lebih cemerlang. Sekian, terima kasih.

1 Di manakah ucapan tersebut disampaikan? A Di padang sekolah B Di rumah pengetua C Di kantin sekolah D Di dewan sekolah 2 Majlis itu diadakan untuk A meraikan pelajar-pelajar yang lulus dalam peperiksaan SPM. B meraikan kejayaan saya yang terpilih sebagai Pelajar Terbaik negeri Perak.

C meraikan Hari Guru. D meraikan kejayaan sekolah mendapat keputusan SPM terbaik. 3 Berapa orangkah pelajar sekolah saya yang mendapat 8A dalam peperiksaan SPM? A 10 orang B 14 orang C 15 orang D 20 orang

Apakah kenangan paling manis saya selama bersekolah di situ? A Terpilih sebagai pelajar terbaik di seluruh negeri Perak B Dapat memberikan ucapan dalam majlis yang meraikan kejayaannya C Berjaya melanjutkan pelajaran ke United Kingdom D Berjaya memecahkan rekod sekolah sebagai pelajar terbaik

5 Dalam ucapannya, saya mengatakan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Apakah maksud saya apabila berkata demikian? A Kita mesti mengikut jalan yang betul untuk mencapai kejayaan B Kita hendaklah berusaha memenuhi kemahuan kita C Ada banyak cara untuk mencapai kejayaan dalam hidup D Cita-cita kita akan tercapai kalau kita sanggup berusaha

Jawaban: 1 D 2 B

3 C

4 A

5 D

PEMAHAMAN 3
Baca dialog di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Ketua Pustakawan: Selamat pagi dan selamat datang ke perpustakaan Universiti Sains Malaysia (USM). Aman : Terima kasih kerana pihak tuan membenarkan kami melawat menara gading yang indah dan masyhur di Pulau Mutiara ini. Kami amat gembira kerana dapat menjejakkan kaki di sini walaupun sekadar lawatan sahaja. Ketua Pustakawan: Di kampus induk ini kami mempunyai dua perpustakaan Perpustakaan Utama I dan Perpustakaan Utama II. Para pelajar bebas menggunakan keduadua perpustakaan ini antara jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari kecuali pada hari cuti umum. Setiap pelajar diberi satu kad perpustakaan. Mereka boleh meminjam empat buah buku. Tempoh pinjaman ialah selama dua minggu. Walau bagaimanapun, tempoh ini boleh dibaharui jika buku yang dipinjam itu tidak ditempah oleh pelajar lain. Meghala : Bagaimana pula cara mencari bahan-bahan rujukan di perpustakaan yang padat dengan buku ini? Ketua Pustakawan: Cara mencari buku di perpustakaan ini ialah melalui Krisalis. Setiap pelajar perlu mengetahui cara menggunakan system ini. Sebelum menggunakannya, pelajar perlu mengetahui sama ada judul buku, nama pengarang, atau nombor panggilan buku yang hendak dicari. Pelajar juga perlu memasukkan kod yang dikehendaki oleh krisalis dan menekan enter. Krisalis akan memaparkan maklumat seperti judul buku, nombor panggilan, dan kedudukan buku di raknya. Setelah pelajar mendapat buku yang dikehendakinya, mereka perlu kaunter pinjaman untuk meminjam buku. Selain meminjam buku di universiti ini, pelajar juga boleh membuat pinjaman antara perpustakaan dari universiti tempatan yang lain jika buku yang mereka ingini tidak terdapat di perpustakaan ini. Nani : Apakah perkhidmatan lain yang terdapat di perpustakaan ini? Ketua Pustakawan: Sebenarnya banyak lagi perkhidmatan yang disediakan di sini seperti perkhidmatan media, CD Rom, dan lain-lain. Sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut, saya ingin menunjukkan kepada para pelajar cara menggunakan krisalis seperti yang saya terangkan tadi. Pelajar : Silakan!

1 Di manakah para pelajar tersebut membuat lawatan? A Kampus USM Pulau Pinang B Kampus USM Kubang Krian, Kelantan C Kampus USM Seberang Prai D Pulau Langkawi

2 Para pelajar tidak dapat menggunakan perpustakaan pada A hari Sabtu. B hari Ahad. C hari kelepasan am. D hari peperiksaan.

3 Krisalis memberikan maklumat yang berikut kepada pelajar, kecuali A nombor rujukan buku. B perkhidmatan meminjam buku. C memaparkan tajuk buku. D menyatakan kedudukan buku di rak. 4 Pada pendapat kamu, mengapakah tempoh pinjaman dihadkan selama dua minggu sahaja? A Supaya pelajar tidak menyimpan buku terlalu lama B Untuk memberikan peluang kepada pelajar lain meminjam buku C Kerana pelajar memerlukan masa yang lama untuk membuat rujukan Jawaban: 1 A 2 C

D Kerana perpustakaan mempunyai judul-judul buku yang terhad 5 Antara yang berikut, pernyataan yang manakah yang BENAR? A Perpustakaan Utama II hanya untuk kakitangan universiti B Setiap pelajar dibenarkan memiliki lebih daripada satu kad perpustakaan C Pelajar boleh membuat tempahan jika buku yang mereka kehendaki telah dipinjam oleh pelajar lain D Pelajar tidak boleh meminjam buku dari perpustakaan universiti lain melalui perpustakaan USM

3 B

4 B

5 C

PEMAHAMAN 4
Baca petikan perbahasan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Pegawai Pendidikan Daerah, Guru Besar-Guru Besar, guru-guru, dan para hakim yang arif, serta tuan-tuan dan puan-puan. Berdirinya saya di sini adalah untuk mempertahankan tajuk perbahasan pada hari ini, iaitu Iklan Lebih Banyak Mendatangkan Kebaikan daripada Keburukan kepada Pengguna. Hadirin yang dihormati, Maksud iklan ialah cara memberitahu maklumat tentang sesuatu barangan atau perkhidmatan kepada pengguna. Oleh itu, iklan tidak boleh dianggap sebagai tidak memberikan sebarang faedah kepada pengguna. Malah, iklan lebih banyak membantu pengguna dari segi maklumat tentang barang-barang atau perkhidmatan tertentu dan tempat untuk mendapatkannya. Tuan-tuan dan puan-puan, Iklan bukan sahaja merupakan saluran yang menyampaikan pengetahuan kepada pengguna, malah iklan membantu pengguna merancang perbelanjaan mereka. Apabila pengguna mempunyai pengetahuan yang cukup tentang sesuatu barang, maka mudahlah bagi mereka membuat pilihan terhadap barang-barang yang ingin dibeli. Hal ini bukan sahaja menjimatkan perbelanjaan tetapi juga dapat menjimatkan masa ketika berbelanja. Hadirin yang dihormati, Sama ada sedar atau tidak, iklan telah membantu kita membeli majalah atau surat khabar pada harga yang rendah daripada harga sepatutnya. Pihak pengiklan telah membayar kepada pihak penerbitan majalah atau akhbar yang menyiarkan iklan mereka. Secara tidak langsung, syarikat iklan telah membantu menanggung perbelanjaan sesuatu penerbitan majalah atau akhbar tersebut. Dengan ini, harga jualan majalah dan akhbar turut dikurangkan. Langkah sedemikian menguntungkan pengguna kerana mereka tidak perlu berbelanja lebih untuk bahan bacaan tersebut. Tuan-tuan dan puan-puan, Berdasarkan hujah-hujah yang disebutkan tadi, ternyatalah kebenaran tajuk perbahasan ini berpihak kepada kami. Saya akhiri hujah saya dengankata-kata, Jangan cuba menegakkan benang yang basah kerana kebenaran yang mutlak itu tidak akan dapat dipertikaikan lagi milik kami! Terima kasih. 1 Apakah kebaikan iklan kepada pengguna? A Iklan membantu melariskan barangbarang jualan B Iklan membantu pengguna membeli barangan dan perkhidmatan C Iklan menyalurkan maklumat barangan dan perkhidmatan D Iklan menyediakan barang-barang keperluan 2 Bagaimanakah iklan dapat membantu pengguna berjimat cermat? A Pengguna dapat membuat pilihan barangan yang terbaik apabila berbelanja B Iklan memberitahu pengguna tempat jualan barang-barang keperluan C Pengguna akan berbelanja sesuka hati apabila jualan murah diiklankan D Pengguna tidak dikenakan bayaran bagi maklumat daripada iklan

3 Pernyataan yang berikut adalah BENAR tentang iklan, kecuali A iklan membantu pengguna mengetahui sesuatu barangan dan perkhidmatan. B iklan membantu syarikat pengeluaran memperkenalkan barang-barang jualan. C iklan membantu pengguna membuat aduan tentang sesuatu barangan yang dibeli. D iklan membantu pengguna mengetahui mutu sesuatu barangan. 4 Jika kamu seorang Pegawai Pengiklanan, apakah maklumat utama yang akan kamu sebarkan kepada pengguna? A Harga sesuatu barang

B Mutu barangan C Tempat sesuatu barang itu dikeluarkan D Kegunaan barang-barang yang dikeluarkan 5 Pada pendapat kamu, mengapakah majalah dan surat khabar banyak menyiarkan iklan? A Pengguna suka membaca iklan B Ruangan iklan akan membantu menebalkan majalah dan surat khabar C Ruangan iklan menjadikan sesuatu majalah itu lebih menarik D Iklan menjadi sumber pendapatan yang lumayan kepada syarikat penerbitan

Jawaban: 1 C 2 A 3 C 4 B 5 D

PEMAHAMAN 5
Teliti jadual di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. JADUAL WAKTU BELAJAR MURID TAHUN ENAM
MASA HARI ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT 3.00 4.00 Kerja rumah Kerja rumah Kerja rumah Kerja rumah Kerja rumah SIANG 4.00 6.00 Sains/ Kajian Tempatan Kokurikulum Riadah Kokurikulum Bahasa Malaysia/ Penulisan MALAM 7.30 8.30 Bahasa Malaysia/ Pemahaman Sains/ Kajian Tempatan Matematik Bahasa Malaysia/ Sistem Bahasa B. Inggeris 9.00 10.00 Matematik B.Inggeris Sains/ Kajian Tempatan Matematik Matematik

MASA HARI SABTU AHAD 9.00 1.00 pagi Matematik (perbincangan) BM/ Penulisan (Perbincangan ) 11.00 2.00 pagi-petang Bebas/ Rehat Bebas/ Rehat 3.00 4.00 petang Sains/ Kajian Tempatan BM/ Pemahaman 4.00 5.00 petang B. Inggeris Matematik 5.00 6.00 petang Riadah Riadah 8.00 10.00 malam Menonton Menonton

1 Apakah mata pelajaran yang kurang diberi perhatian? A Matematik B Bahasa Malaysia C Bahasa Inggeris D Sains/ Kajian Tempatan 2 Bilakah waktu untuk menyiapkan kerja rumah? A Pada hari Isnin B Pada setiap hujung minggu C Setiap hari dari pukul 3 hingga 4 petang D Mulai 3 petang pada hari-pari persekolahan 3 Berapakah mata pelajaran yang diberi masa belajar yang sama? A Satu mata pelajaran B Dua mata pelajaran C Tiga mata pelajaran D Empat mata pelajaran Jawaban:

4 Antara yang berikut, yang manakah tidak benar tentang jadual di atas? A Jadual tersebut menyediakan masa tidur yang terbatas B Jadual tersebut menekankan aktiviti kokurikulum C Jadual tersebut disusun untuk pelajar di sekolah rendah D Jadual tersebut memberi peluang kepada pelajar merehatkan fikiran 5 Tujuan jadual tersebut disediakan adalah untuk A merancang aktiviti pelajar. B memastikan pembelajaran yang seimbang. C mengenal pasti mata pelajaran yang lemah. D mengagihkan masa yang sama untuk setiap mata pelajaran.

1 B

2 C

3 B

4 B

5B

PEMAHAMAN 6
Baca petikan dialog di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Aliah : Selamat pagi, Kak Wan. Saya Aliah dari Sekolah Kebangsaan Temerloh. Saya ingin menemu ramah Kak Wan untuk mengetahui rahsia kejayaan kedai jahit yang diusahakan oleh Kak Wan ini. Temu ramah ini akan disiarkan dalam majalah sekolah saya. Kak Wan : Boleh, apa salahnya. Aliah : Bolehkah Kak Wan menceritakan bagaimana mulanya Kak Wan berkecimpung dalam perniagaan ini? Kak Wan : Sebenarnya, Kak Wan memang berminat dalam bidang jahitan sejak di bangku sekolah lagi. Selepas tamat SPM, Kak Wan mengambil kursus jahitan sepenuh masa selama dua tahun. Kak Wan mempelajari cara-cara menjahit pakaian Melayu tradisional, pakaian Barat, dan pakaian pengantin, serta cara-cara menjahit pakaian wanita secara kecil-kecilan. Perniagaan Kak Wan ini mendapat sambutan, lantas Kak Wan pun membesarkan perniagaan Kak Wan dengan bergabung dengan beberapa penjahit sulam yang mahir untuk memenuhi permintaan pakaian bersulam. Aliah : Adakah perniagaan ini memerlukan modal yang besar? Kak Wan : Perniagaan jahitan tidak banyak memerlukan modal kerana perniagaan ini berbentuk perkhidmatan. Yang diperlukan ialah beberapa buah mesin jahit, beberapa orang tukang jahit yang mahir, ruang kedai yang selesa dan strategi dari segi lokasinya. Selain itu, kita perlu menepati tarikh yang dijanjikan kepada pelanggan dan jahitan hendaklah sentiasa kemas. Aliah : Terima kasih atas penerangan Kak Wan yang panjang lebar ini. Saya berdoa agar Kak Wan akan terus berjaya. Kak Wan : Sama-sama. Sebagai kenangan dan tanda ingatan Aliah pernah berkunjung ke sini, terimalah sapu tangan ini. Aliah : Terima kasih.

1 Apakah yang dilakukan oleh Kak Wan apabila perniagaannya mendapat sambutan? A Kak Wan membuka lebih banyak kedai B Kak Wan membesarkan perniagaannya dengan bergabung dengan penjahit sulaman C Kak Wan mengambil tempahan lebih banyak D Kak Wan bercuti dengan lebih banyak

2 Mengapakah perniagaan Kak Wan tidak banyak memerlukan modal? A Kerana dia tidak perlu membeli barang-barang B Kerana dia seorang hartawan C Kerana modalnya ialah kemahiran D Kerana pakaian-pakaian itu dijahit sendiri

3 Apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan perkhidmatan A Perniagaan secara sukarela B Perniagaan sulam-menyulam C Perniagaan mengambil upah D Perniagaan secara suka-suka 4 Apakah yang mendorong kejayaan Kak Wan? A Minat dan kecekapan B Pendapatan yang lumayan Jawaban: 1 B 2 C 3 C 4 A 5 C

C Sambutan daripada pelanggan D Perniagaan yang tidak banyak memerlukan modal 5 Apakah yang diberikan oleh Kak Wan kepada Aliah pada akhir pertemuan mereka? A Sehelai kain B Sehelai buah tangan C Sehelai sapu tangan D Sehelai cenderahati

PEMAHAMAN 7
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Kita memerlukan makanan untuk memperoleh tenaga, membesar, bergerak, dan melakukan kerja-kerja harian. Makanan yang dimakan pula mestilah seimbang. Makanan yang seimbang mengandungi bahan-bahan seperti karbohidrat, protein, minyak, lemak, vitamin, dan garam galian. Karbohidrat membekalkan tenaga untuk membantu kita bekerja, bermain, dan memanaskan badan. Karbohidrat banyak terkandung dalam gula dan kanji. Tebu dan buah-buahan segar ialah pembekal gula yang terpenting. Kanji pula dapat diperoleh daripada makanan yang berasaskan beras dan gandum. Walau bagaimanapun, pengambilan karbohidrat yang berlebihan dapat menyebabkan kegemukan. Protein ialah bahan makanan yang membina tubuh. Antara makanan yang mengandungi protein termasuklah daging, ikan, dan telur. Lemak dan minyak membekalkan tenaga dan haba kepada kita. Lemak dan minyak tidak boleh diambil secara berlebihan kerana bahan ini juga boleh menggemukkan. Lemak dan minyak akan tersimpan di bawah kulit. Garam galian ialah suatu zat yang berguna untuk mencegah penyakit. Garam galian yang diperlukan oleh tubuh ialah kalsium, fosforus, besi, dan iodin. Kalsium menjadikan tulang dan gigi kita kuat. Zat besi pula diperlukan untuk membina darah. Kekurangan zat besi dapat menyebabkan seseorang berasa letih dan kelihatan pucat. Kekurangan iodin pula dapat mendatangkan penyakit beguk. Air pula membantu proses penghadaman manusia di samping mengawal suhu badan. Lebihan haba badan keluar melalui peluh. Semasa berpeluh, badan kita terasa sejuk kerana air tersejat di permukaan kulit. Selain air, bahan pelawas termasuklah sayur-sayuran, buah-buahan, dan bijirin. Kesihatan anda terjamin seandainya anda mengambil makanan yang seimbang, meminum air yang mencukupi, dan bersenam. Jangan sekali-kali menagih dadah dan merokok atau minum minuman keras. Gaya hidup yang sihat sangat baik diamalkan sejak remaja lagi. 1 Kita memerlukan makanan untuk A bekerja, bergerak, dan membesar. B membesar dan melawan penyakit. C bekerja, bergerak, dan menjaga tubuh. D bekerja, bergerak, dan hidup. 2 Mengapakah lemak tidak boleh diambil secara berlebihan? A Kerana lemak akan menjejaskan kesihatan kita B Kerana lemak akan menambahkan berat badan kita C Kerana lemak berbahaya kepada kesihatan D Kerana lemak menguruskan badan 3 Pilih pernyataan yang tidak benar. A Kalsium menguatkan tulang dan gigi. B Pelawas mengelakkan sembelit. C Makanan yang seimbang mengandugi karbohidrat, protein, lemak, vitamin, dan garam galian. D Zat besi diperlukan untuk membina tubuh. 4 Perkataan tersejat dalam petikan bermaksud A kering. C hapus. B beku. D hilang. 5 Apakah tugas air dalam tubuh kita? A Untuk mengeluarkan peluh B Untuk memanaskan badan C Untuk mengawal suhu badan D Untuk menyejukkan tubuh Jawaban: 1 A 2 B 3 D 4 A 5 C

PEMAHAMAN 8
Baca puisi di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Ketika Kubuka Jendela Semalam ketika kubuka jendela yang kelihatan indah sawah padi terhampar permai bersama sungai tenang mengalir anak-anak berlari di perbatasan dan bayu berpuput mesra membisikkan khabar penuh kejujuran. Hari ini ketika kubuka jendela yang terpamer ialah hutan batu mula bercambah bersama amarah sang suria bersama bisikan bayu ternoda anak muda kehilangan arah sungai kuning tidak beriak yang ada sarap kaku dimuara. Dan esok mungkinkah bisa kubuka jendela ini lagi untuk menatap sinar mentari yang akan menumpahkan cahaya kasihnya. 1 Apakah jenis puisi tersebut? A Pantun C Gurindam B Syair D Sajak 2 Apakah perkara yang digambarkan dalam puisi tersebut? A Kenangan silam B Pencemaran alam semula jadi C Kesan-kesan buruk pembangunan D Kehidupan waktu remaja 3 Bagaimanakah keadaan anak muda pada hari ini? A Kehilangan arah B Tidak mencintai keindahan alam semula jadi Jawaban: 1 D 2 C 3 A 4 B 5 B C Gemar bersantai di sungai D Hanya mementingkan kemajuan mereka semata-mata 4 Pada pendapat kamu, mengapakah sarap kaku di muara? A Muara terlalu cetek B Sarap terlalu banyak C Air sungai mengalir perlahan D Air sungai mengalir deras 5 Penulis membuat perbandingan dan penilaian dalam tempoh A tiga jam. C tiga jangka masa. B sehari. D tiga tahun.

PEMAHAMAN 9
Baca catatan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. 15 November 2009 - Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 9.00 pagi - Guru Penasihat memberi taklimat perjalanan - 11.00 pagi, berlepas ke Kuching, Sarawak - 12.45 tengah hari sampai ke Kuching - 2.30 petang berlepas ke Miri dengan pesawat MAS - 4.00 petang selesai minum petang di Lapangan Terbang Miri - Sejam kemudian sampai di tempat penginapan - Bermalam di Miri 16 November 2009 - 6.00 pagi solat dan riadah - 7.30 pagi memulakan perjalanan ke Gua Niah menggunakan pengangkutan awam - 9.00 pagi menaiki bot ke Gua Niah - 11.00 pagi selepas makan tengah hari, memulakan pengembaraan ke Gua Niah. Berjalan berbaris diketuai oleh pemandu pelancong. Guru Penasihat di belakang, kami berlima di tengah-tengah - Di dalam gua sangat gelap. Kami menggunakan lampu suluh. Keadaan di dalam gua berbukitbukit, berlembah, ada anak sungai. Banyak sarang burung laying-layang. Keadaan di dalam gua juga agak sejuk, di tempat-tempat tertentu jalannya licin. Perjalanan meletihkan. Pada dinding gua ada lukisan-lukisan purba. Keindahan semula jadi di dalam gua sungguh menakjubkan. - 6.00 petang keluar dari gua dan berkhemah di tepi gua - 9.00 malam, tidur kerana keletihan - 3.00 pagi terjaga kerana terdengar bunyi yang menggerunkan. Bersama-sama dua orang rakan, menyalakan api tidak jauh dari khemah 17 November 2009 - 7.30 pagi sudah siap bersarapan - 8.00 pagi menaiki bot ke pekan seterusnya ke Miri - Berangkat dari Miri pada pukul 10.00 pagi - Transit di Kuching selama tiga jam - Meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur pada pukul 2.15 petang

1 Catatan di atas adalah tentang A lawatan ke Kuching, Sarawak. B lawatan ke Miri, Sarawak. C lawatan ke Niah, Sarawak. D pengembaraan di Gua Niah.

2 Berapa banyak pelajar yang menyertai rombongan itu? A Empat orang B Lima orang C Enam orang D Tujuh orang

3 Berdasarkan catatan, berapa lamakah perjalanan terus dari Kuala Lumpur ke Miri? A 1 jam 45 minit B Hampir tiga jam C 2 jam 30 minit D Hampir lima jam 4 Pernyataan yang berikut adalah BENAR tentang Gua Niah, kecuali A keadaan di dalam dua gelap dan sejuk. Jawapan: 1 D 2 B 3 D 4 C 5 C

B banyak sarang burung layang-layang di dalam gua. C lukisan purba pada dinding gua telah dicemari. D keindahan semula jadi di dalam gua sangat menarik. 5 Pada pukul berapakah rombongan itu sampai di Kuala Lumpur? A 3.00 petang B 4.00 petang C 5.00 petang D 6.00 petang

PEMAHAMAN 10
Baca syair di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Semenanjung Emas gelaran diberi, Negara indah lagi berseri, Raja berdaulat di seluruh negeri, Rakyat taat memajukan negeri. Hutan rimba sawah dan bendang, Lautan dalam biru terbentang, Gua dan taman tempat bertandang, Warisan alam indah dipandang. Penduduk ramai berbilang bangsa, Beramah mesra amalan semua, Hormat-menghormati secara rela, Budi bahasa pengukuh budaya. Adat resam amalan berzaman, Budaya bangsa terus berkekalan, Hidup muafakat menjadi amalan, Itulah teras negara aman. 1 Syair di atas menerangkan tentang A kekayaan negara. B keindahan negara. C keamanan negara. D kehormatan negara. 2 Mengapakah negara ini digelar Semenanjung Emas? A Kerana penduduknya kaya B Kerana banyak hutan dan gua C Kerana kaya dengan sumber alam semula jadi D Kerana penduduknya pelbagai bangsa 3 Bagaimanakah sikap rakyat terhadap negaranya? A Setia C Belot B Menderhaka D Bangga Jawaban: 1 A 2 C 3 A 4 D 5 C 4 Apakah yang menjamin kemakmuran negara ini? A Banyak tempat menarik B Budaya bangsanya terpelihara C Sumber alamnya percuma D Rakyatnya saling memahami 5 Rangkap keempat dalam syair tersebut bermaksud A adat resam menjadi penghalang kepada kemajuan. B rakyat terkongkong oleh peraturan adat lama. C pegangan hidup rakyat adalah diwarisi. D rakyat mengamalkan adat resam dalam kehidupan.

PEMAHAMAN 11
Baca petikan rencana di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Cameron Highlands, yang letaknya di Banjaran Titiwangsa, memang tidak asing terutama di kalangan pelancong yang cinta akan keindahan alam semula jadi, flora, dan fauna. Malah, Cameron Highlands yang dikelilingi kawasan hutan simpan tertua dengan ketinggian kira-kira 1, 829 meter dari paras laut, menjadi pusat peranginan tanah tinggi yang terbesar di Malaysia. Suhunya pada purata 10 C hingga 21 C turut menarik pelancong tempatan serta asing ke kawasan itu, yang juga dikenali sebagai pusat bekalan sayur-sayuran, bunga-bungaan, dan teh. Pusat peranginan ini pertama kali ditemui oleh seorang juruukur Inggeris, William Cameron, ketika beliau membuat ke ekspedisi ke Banjaran Titiwangsa pada tahun 1885. Pada tahun 1931 pula, kerajaan Inggeris membina sebuah stesen peranginan di Tanah Rata dan sejak itulah pusat peranginan terbabit bertambah popular, terutama di kalangan Inggeris dan pegawai atasan. Kini, kawasan itu semakin maju dan turut disenaraikan dalam promosi destinasi pelancongan Malaysia. Cameron Highlands mempunyai tiga buah pekan utama, iaitu Ringlet, Brinchang, dan Tanah Rata yang juga pusat pentadbirannya. Selain tiga kawasan berkenaan, Gunung Brinchang yang setinggi kira-kira 2 000 meter dari paras laut, juga sering dikunjungi pelancong. Gunung Beremban dan Gunung Jassar pula sesuai untuk kegiatan lasak seperti merentas hutan. Di kawasan itu juga terdapat Air Terjun Robinson dan Air Terjun Parit di pinggir Tanah Rata. Keindahan panorama senja merah pula dapat dinikmati dari Brinchang dan Ringlet. Berkunjung ke Cameron Highlands dikatakan tidak lengkap tanpa meninjau ladang teh serta melihat cara pemprosesan teh yang terdapat di Ladang Teh Boh di Sungai Palas, Firlie, dan Bukit Cheeding. Malah, pengunjung juga dapat melihat secara dekat proses pemilihan pucuk teh yang diasingkan dan dijual pada harga RM 150.00 sekilogram. Di Kea Farm, Brinchang, dan Institut Penyelidikan Pertanian (MARDI) Tanah Rata, terdapat kawasan penanaman sayur seperti tomato, kubis, dan cili serta buah-buahan seperti markisah, limau, dan pisang kaki. Bagi peminat bunga ros, Rose Centre di Brinchang menawarkan bunga ros yang pelbagai warna manakala Taman Rama-rama pula menempatkan ratusan spesies rama-rama yang beraneka warna. 1 Di negeri manakah letaknya Cameron Highlands? A Perak C Kelantan B Pahang D Terengganu 2 Antara berikut, yang manakah pusat pentadbiran Cameron Highlands? A Tanah Rata C Brinchang B Ringlet D Bukit Cheeding 3 Cameron Highlands mula menjadi popular apabila A teh ditanam di Sungai Palas. B dijadikan kawasan hutan simpan. C kerajaan Inggeris membina sebuah pusat peranginan di Tanah Rata. D Institut Penyelidikan Pertanian dibina di Tanah Rata. 4 Lawatan ke Cameron Highlands dianggap tidak lengkap sekiranya A pelawat tidak melawat ke Air Terjun Robinson. B pelawat tidak mendaki Gunung Beremban. C pelawat tidak menangkap rama-rama. D pelawat tidak melawat ke ladang teh. 5 Yang berikut ialah daya tarikan pelancong ke Cameron Highlands, kecuali A keindahan flora dan fauna. B dikelilingi hutan simpan yang tertua. C suhunya antara 10 C dengan 21 C. D pelbagai sayur dapat dibeli di sini. Jawaban: 1 B 2 A 3 C 4 D 5 D

PEMAHAMAN 12
Baca surat kiriman di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Rumah Insaf, Jalan Perlindungan, 15200 Kelantan Darul Naim. 1 Mac 2009. Menemui bondaku yang berada di Kemaman, Terengganu, semoga bonda sihat dan bahagia senantiasa. Semasa anakanda menulis surat ini, anakanda berada dalam keadaan sihat. Anakanda baru selesai menunaikan solat Isyak dengan berimankan tuan guru yang menjaga anakanda. Bonda, Selama anakanda berada di sini, anakanda berasa cukup insaf dan menyesal atas kelakuan anakanda yang lepas. Anakanda berasa sungguh bahagia malah berasa seperti baru dilahirkan semula apabila menjalani hidup bebas tanpa dadah. Program pemulihan dan pendidikan di sini sangat sesuai dengan jiwa anakanda dan anakanda berazam akan memulakan hidup baru dan tidak mengecewakan bonda lagi. Anakanda rindu akan sekolah yang telah anakanda tinggalkan. Masih tergambar akan kenangan waktu anakanda diumumkan sebagai pelajar cemerlang. Anakanda sungguh menyesal bercampur dengan rakan-rakan yang lebih cenderung menagih dadah dan mencuri. Usahlah bonda bimbang, Isya-Allah anakanda akan kembali ke pangkal jalan dan menjadi pemuda harapan bangsa seperti yang bonda harapkan. Anakanda bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang sungguh mengambil berat tentang diri anaknya. Tindakan bonda memasukkan anakanda ke Rumah Insaf sangat tepat. Anakanda telah sedar akan kesilapan anakanda dan akan mencuba sedaya upaya untuk meninggalkan dunia dadah itu. Anakanda sangat berharap agar bonda turut berdoa supaya anakanda selamat dan tahan terhadap segala dugaan dan cabaran yang terpaksa anakanda harungi selama berada di sini. Sesungguhnya anakanda berasa tidak sabar untuk bersama bonda dan keluarga kita. Sekian saja untuk kali ini. Sampaikan salam anakanda untuk ayahanda dan Kak Long. Semoga mereka turut mendoakan kesejahteraan anakanda. Sekian, salam sayang daripada anakanda untuk semua. Anakanda yang jauh,

Nabil

1 Di manakah penulis berada semasa menulis surat ini? A Di pusat pemulihan cacat penglihatan B Di pusat pemulihan akhlak C Di pusat pemulihan penagih dadah D Di pusat pemulihan budak-budak nakal 2 Mengapakah penulis berasa seperti dilahirkan semula? A Kerana sudah mula bebas daripada dadah B Kerana bebas daripada tuduhan C Kerana bebas daripada hukuman D Kerana mempunyai seorang ibu yang mengasihinya 3 Yang berikut ialah pernyataan yang BENAR tentang penulis, kecuali A dia pernah menjadi pelajar cemerlang. B dia mahu kembali ke pangkal jalan. C dia tidak pernah menyesali kelakuannya yang lalu. D dia telah insaf. Jawaban: 1 C 2 A 3 C 4 C 5 D

4 Mengapakah dikatakan ibu penulis seorang ibu yang bertanggungjawab? A Dia sanggup berkorban untuk anaknya B Dia sanggup menolong anaknya yang berada dalam kesusahan C Dia sanggup menyerahkan anaknya ke pusat pemulihan D Dia sanggup berhadapan dengan masalah anaknya 5 Bagaimanakah program pendidikan dan pemulihan dadah akan berjaya sepenuhnya? A Apabila bekas penagih dadah kembali kepada tabiat lama B Apabila bekas penagih dadah kembali mendengar nasihat rakan-rakan C Apabila bekas penagih dadah mengambil berat tentang diri mereka D Apabila bekas penagih dadah benarbenar insaf dan berubah

PEMAHAMAN 13
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Keputusan UPSR telah diumumkan. Suasana di sekolah riuh-rendah dengan pelajar-pelajar dan ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan. Guru-guru turut membantu. Aku, Ram, dan Lan sama-sama menyemak keputusan. Kami bertiga dijangka mendapat keputusan yang baik oleh guru-guru dan rakan-rakan sekelas. Hatiku berdebar-debar apabila Cikgu Yaakub menyemak nama dan angka giliranku. Rozaiman, Rozaiman, R.O.Z., katanya sambil menyemak nama dengan pembaris lutsinar. Hah, ini dia! 4B 1C. Eh, betulkah? sahutku. Rozaiman bin Abdul Manaf, angka giliran? Betul. Keputusan, betul, 4B 1C, katanya sekali lagi. Aku tergamam. Musnah segala harapanku. Aku bercita-cita hendak ke sekolah berasrama penuh. Namun aku tidak berputus asa. Aku bertekad untuk berusaha lebih gigih apabila menghadapi sesuatu peperiksaan. Perasaanku semakin cemburu apabila Ram dan Lan mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh. Ah, itu kisah lima tahun yang sudah! Kini, aku gembira dengan pencapaianku walaupun aku hanya bersekolah di kampung. Hai, Man! Aku tersentak oleh suara dan tepukan dari belakang. Lan, Ram, bila kamu sampai? Kami sampai malam tadi. Tahniah, Man! Kami bangga kerana engkau mendapat gred 1 dalam SPM. Terima kasih. Bagaimana dengan kamu berdua? Kami mendapat keputusan yang baik juga! 1 Dalam peperiksaan UPSR, Rozaiman mendapat keputusan yang A amat baik. B sama dengan rakan karibnya. C sangat lemah. D tidak seperti yang dijangkakan. 2 Apakah sikap yang ada pada diri Rozaiman yang dapat kamu teladani? A Mencemburui rakannya B Suka merendah diri C Mempunyai keyakinan diri D Mudah menyerah kalah 3 Pernyataan yang berikut menunjukkan Rozaiman berasakan dirinya tidak setanding dengan rakan karibnya, kecuali A dia mendapat keputusan 4B 1C. B dia mendapat gred 1 dalam peperiksan SPM. C dia hanya bersekolah di kampung. D dia gagal mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh. 4 Apakah pengajaran yang kamu peroleh daripada cerita di atas? A Pelajar seharusnya tidak mudah berputus asa B Kekecewaan dalam peperiksaan akan membawa padah C Bersaing dalam pelajaran amalan yang tidak sihat D Keputusan peperiksaan adalah muktamad 5 Apakah tajuk yang sesuai untuk cerita di atas? A Usaha Tangga Kejayaan B Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih C Menang Jadi Arang, Kalah Jadi Abu D Sudah Jatuh Ditimpa Tangga Jawaban: 1 D 2 C 3 B 4 A 5 A

PEMAHAMAN 14
Baca surat di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. 14, Kilometer 15, Jalan Pandan, 89000 Kota Tinggi. 20 Mei 2009. Menemui kembali sahabatku Hisyam, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Hisyam, Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri majlis Penganugerahan Pelajar Cemerlang pada hari minggu yang lalu. Saya mengucapkan terima kasih atas jemputan itu dan saya juga mengucapkan tahniah atas kejayaanmu menjadi orang yang diraikan pada malam bersejarah itu. Sebenarnya Syam, saya bersama-sama keluarga pergi menziarah kakak yang dimasukkan ke hospital di Alor Setar. Menurut ayah, hampir separuh penghuni asrama perempuan di sekolahnya keracunan makanan. Kami bergegas ke sana sebaik sahaja mendapat panggilan telefon. Kini, keadaan kakak saya sudah pulih seperti biasa. Saya berharap Syam tidak berkecil hati atas ketidakhadiran saya tempoh hari. Walaupun kita berjauhan kini, namun, kenangan manis sewaktu kita bersama-sama sekelas dan sepermainan tetap dalam ingatan. Kejayaanmu tetap menjadi pendorong kepada saya untuk mencapai kejayaan. Walaupun saya telah berpindah sekolah, namun hubungan mesra antara kita tetap utuh. Sampai di sini sahaja warkah saya buat kali ini. Sebelum saya mengundur diri, sambutlah salam mesra daripada saya untuk Syam dan rakan sekelas yang lain. Sekian, terima kasih. Sahabatmu,

Adam
1 Apakah tujuan utama Adam menulis surat itu? A Mengucapkan tahniah kepada Hisyam B Menceritakan keadaan kakaknya yang sakit C Mengimbas kenangan lalu bersama Hisyam D Menyatakan sebab dia tidak dapat memenuhi hajat rakannya 2 Bagaimanakah sikap Adam terhadap rakannya? A Cemburu C Menghormati B Menghargai D Menyayangi 3 Apakah yang membanggakan Adam? A Rakan karibnya menjadi pelajar terbaik B Kakaknya telah sembuh C Rakan karibnya menghadiri majlis Anugerah Pelajar Cemerlang D Dia dapat mengikut bapanya ke Alor Setar 4 Maksud bergegas dalam petikan ialah A segera. C kelam-kabut. B cepat-cepat. D terburu-buru. 5 Bagaimanakah Adam dan Hisyam mengekalkan persahabatan mereka? A Sering bertandang ke rumah B Sering membuat panggilan telefon C Sering mengutus surat D Menziarah antara satu sama lain Jawaban: 1 D 2 B 3 A 4 A 5 C

PEMAHAMAN 15
Baca petikan laporan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Laporan Aktiviti Minggu Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kerteh Bagi merancang supaya aktiviti kokurikulum dapat dijalankan secara menyeluruh dan teratur, satu jawatankuasa minggu kokurikulum telah ditubuhkan. Ahli Jawatankuasa itu terdiri daripada: Pengerusi : Guru Besar Naib Pengerusi : Penolong Kanan I Setiausaha : Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid AJK : Semua Guru Penasihat bagi Persatuan/Kelab/Pasukan Beberapa pertandingan di peringkat sekolah telah diadakan bagi mencungkil bakat baru untuk mewakili sekolah ke pertandingan peringkat daerah. Antara aktiviti yang dipertandingkan: (a) Perbahasan dan syarahan (i) Bahasa Malaysia (ii) Bahasa Inggeris (b) Deklamasi sajak (c) Pantun (d) Kuiz Perdana (e) Silat (f) Catur (g) Kawat antara pasukan pakaian seragam Sekolah ini telah menyertai semua jenis pertandingan di peringkat daerah. Antara kejayaan yang dicapai: (a) Pertandingan pantun Johan (mengekalkan kejuaraan) (b) Perbahasan Bahasa Malaysia Naib Johan (c) Perbahasan Bahasa Inggeris Johan (mengekalkan kejuaraan) (d) Syarahan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris tempat ketiga (e) Kuiz Perdana Johan (mengekalkan kejuaraan) (f) Pertandingan silat sagu hati (g) Catur Johan (h) Kawat Naib Johan Disediakan oleh, 20 MEI 2009.

Suzana
(SUZANA HAMID) Setiausaha Minggu Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Kerteh.

1 Apakah tujuan utama minggu kokurikulum diadakan? A Untuk melatih pelajar menyertai pertandingan B Untuk memilih wakil sekolah C Untuk memeriahkan minggu kokurikulum D Untuk menarik minat pelajar menyertai kokurikulum 2 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada peringkat sekolah melibatkan persatuanpersatuan yang berikut, kecuali A Kelab Olahraga. B Persatuan Bulan Sabit Merah. C Kelab Bahasa Malaysia. D Kelab permainan dalam. 3 Siapakah yang bertanggungjawab memastikan Minggu Kokurikulum berjalan dengan lancar dan teratur? A Setiausaha B Guru Besar

C Guru Penasihat D Ahli Jawatankuasa Minggu Kokurikulum 4 Berdasarkan laporan tersebut, sekolah ini menjadi juara baru dalam pertandingan A pantun. B perbahasan bahasa Inggeris. C catur. D Kuiz Perdana. 5 Pada pendapat kamu, apakah sebab utama sekolah ini banyak meraih kemenangan pada peringkat daerah? A Wakil sekolah dipilih daripada mereka yang sering mengambil bahagian B Pihak sekolah memilih pelajar tahap dua menyertai pertandingan C Pihak sekolah memilih pelajar yang terbaik bagi sesuatu acara D Pemilihan wakil sekolah berdasarkan keahlian yang terbaik dalam persatuan

Jawaban: 1 D 2 D 3 C 4 C 5 C

PEMAHAMAN 16
Baca pantun di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Berkokok ayam di dalam reban, Anak teruna turun ke denai; Tolong-menolong sesama jiran, Nescaya hidup aman dan damai. Pokok pegaga tumbuh melata, Diambil orang makan bersama; Jangan mudah mencari sengketa, Teman hilang hidup merana. Sirih junjung diikat-ikat, Petik setangkai buat kenangan; Jiran muafakat membawa berkat, Segala yang berat menjadi ringan. Pergi mengail di hujung jeti, Bakar arang dibuat bara; Jauhi rasa cemburu di hati, Kelak kita hidup gembira. Penat sungguh membuat kota, Rehat sebentar di pohon jejawi; Hidup berjaya sesama kita, Menumpah bakti ibu pertiwi. Lazat sungguh buah nangka, Cili ditumbuk dibuat sambal; Ingat selalu janganlah leka, Tuah badan tidaklah kekal. 1 Pantun di atas menerangkan tentang semangat A kejiranan. C keamanan. B kekeluargaan. D gotong-royong. 2 Sebarang masalah yang dihadapi sesama jiran dapat diselesaikan secara A tolong-menolong C muafakat. B perbincangan. D aman. 3 Apakah perkara yang dapat menghalang perpaduan dalam masyarakat? A Leka C Sengketa B Cemburu D Gembira 4 Rangkap akhir pantun ini membawa maksud A tiada sesuatu yang kekal di dunia ini. B kekayaan yang dinikmati hanya sementara. C musuh datang tanpa diduga. D berwaspada selalu. 5 Apakah akibatnya jika jiran menjadi seteru? A Hidup tidak berkat B Negara menjadi mundur C Masyarakat menjadi kucar-kacir D Tiada lagi tempat bertandang Jawaban: 1 A 2 C 3 B 4 A 5 C

PEMAHAMAN 17
Baca iklan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KUIZ USAHAWAN MUDA


SYARAT PENYERTAAN

Tajaan bersama: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Maybank dengan kerjasama MINDA PELAJAR

1 Kuiz Usahawan Muda (KUM) diadakan selama setahun bermula dari 11 September 2009 hingga 28 September 2008 secara bersiri dan berselang seminggu. 2 Terdapat tiga peringkat penyertaan: (a) Terbuka kepada semua pembaca akhbar Minda Pelajar dan halaman ADD Berita Harian yang berumur antara 13 hingga 17 tahun. (b) Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi hendaklah menggunakan borang jawapan dan penyertaan asal yang disiarkan dalam Minda Pelajar. Satu borang untuk satu jawapan. 3 Penyertaan sekolah (a) Semua jawapan peserta dari sesebuah sekolah hendaklah dihantar sekali gus melalui satu kiriman oleh pihak sekolah. (b) Tiga sekolah yang menghantar penyertaan yang banyak untuk setiap dua siri akan diumumkan sebagai pemenang. (c) Semua jawapan yang dikirim itu juga akan dihakimi untuk kategori individu. 4 Soalan terkumpul (a) Soalan terkumpul mula disiarkan dalam siri ke-11. (b) Peserta dikehendaki mengumpulkan satu soalan tambahan yang disediakan pada setiap siri. (c) Hanya peserta yang berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya 10 soalan terkumpul layak menyertai kategori ini. (d) Soalan terkumpul hendaklah dihantar bersama-sama jawapan siri akhir iaitu siri ke-26. 6 Alamatkan penyertaan kepada PKUM Siri 8, Unit Pendidikan Berita Harian Sdn. Bhd., Peti Surat 13690, Pejabat Pos Besar, 50700 Kuala Lumpur. 7 Keputusan akan disiarkan pada 23 Januari 2009.
HADIAH

1 Hadiah siri (setiap dua minggu) (a) Pertama RM 100 (b) Kedua RM 80 (c) Ketiga RM 60 (d) 10 hadiah sagu hati RM 40 setiap satu 2 Hadiah penyertaan Sekolah (setiap bulan) (a) Pertama RM 500 (b) Kedua RM 400 (c) Ketiga RM 300

3 Hadiah soalan terkumpul (a) Pertama RM 600 (b) Kedua RM 400 (c) Ketiga RM 300 (d) 5 hadiah sagu hati RM 100 setiap satu

PENGHAKIMAN

1 Panel hakim yang dilantik oleh penganjur akan menghakimi semua kategori kuiz. 2 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

1 Mengapakah kuiz itu diadakan? A Untuk menggalakkan para pelajar menyertai pertandingan B Untuk menguji kecekapan minda pelajar C Untuk mendedahkan hal-hal yang berkaitan dengan perniagaan kepada pelajar D Untuk menggalakkan pelajar menceburi bidang perniagaan 2 Pelajar yang ingin menyertai kuiz perlu A menjadi ahli Kelab Minda Pelajar. B memiliki naskhah akhbar Minda Pelajar lebih dahulu. C membaca akhbar Minda Pelajar pada setiap minggu. D mendapatkan borang penyertaan lebih dahulu. 3 Syarat utama untuk menyertai setiap peringkat kuiz ini adalah seperti yang Jawaban: 1 B 2 D 3 B 4 A 5 B

berikut, kecuali A berusia dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun. B menghantar jawapan peserta sekali gus melalui satu kiriman. C mengumpul 10 soalan atau lebih soalan terkumpul. D menghantar borang penyertaan melalui pos. 4 Peringkat penyertaan yang manakah memberikan kelebihan kepada peserta? A Pada peringkat individu B Pada peringkat sekolah C Pada peringkat soalan terkumpul D Pada peringkat individu dan sekolah 5 Berapakah jumlah soalan terkumpul yang akan disiarkan? A 10 soalan C 16 soalan B 11 soalan D 26 soalan

PEMAHAMAN 18
Baca catatan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Lawatan Persatuan Bulan Sabit Merah ke Pusat Orang-orang Cacat Petaling Jaya Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah ini telah mengadakan lawatan ke Pusat Orang-orang Cacat di Seksyen 12, Petaling Jaya. Lawatan diadakan pada hari Sabtu bersamaan 12 September 2009. Selain menambah pengetahuan, lawatan ini bertujuan memupuk perasaan kasih sayang dan prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik. Pelajar juga diharap mendapat kesedaran untuk membantu orang cacat dan tidak sekali-kali menyisihkan mereka. Lawatan disertai oleh 44 orang ahli persatuan, seorang guru penasihat, iaitu Cikgu Ahmad Hawari bin Abdul Rahim, dan dua orang guru pengiring, iaitu Cikgu Chok Lai Poon dan Cikgu Poniah a/l Punusamy. Rombongan ini bertolak dari sekolah pada pukul 8.30 pagi. Kami tiba di sana pada pukul 11.00 pagi. Pengelola pusat itu menyambut kedatangan kami dan memberikan taklimat ringkas tentang latar belakang pusat itu. Kemudian, beliau membawa kami melawat sekitar asrama, bengkel pertukangan, bengkel kraf tangan, bengkel jahitan, dan bengkel membaiki radio dan televisyen. Penghuni pusat ini dilatih dengan pelbagai kemahiran agar mereka dapat berdikari dan menjalani kehidupan yang lebih baik apabila keluar daripada pusat ini. Hasil kerja tangan mereka juga dijual untuk memperoleh wang saku. Ahli rombongan kami amat kagum melihat kebolehan penghuni pusat ini setanding dengan orang ramai. Kami juga membeli beberapa hasil kraf tangan mereka untuk dibawa pulang sebagai kenangan. Cikgu Ahmad Hawari mewakili ahli rombongan dan semua pelajar serta guru Sekolah Kebangsaan Bentong menyampaikan sumbangan derma RM500 kepada pusat ini. Lawatan ini banyak memberikan pengajaran dan kesedaran kepada para pelajar. Kami berharap dan dapat melakukan lawatan yang berfaedah yang mampu membuka minda kami seperti ini pada masa akan datang. Benarlah kata pepatah, Jauh perjalanan, luas pemandangan.

Laporan disediakan oleh,

22 SEPTEMBER 2009.

Mohd Hafiz
(MOHD. HAFIZ BIN IBRAHIM) Setiausaha Persatuan Bulan Sabit Merah, Sekolah Kebangsaan Bentong.

1 Berapa orangkah yang menyertai lawatan itu? A 44 orang B 48 orang C 47 orang D 40 orang 2 Berapa lamakah perjalanan dari sekolah ke pusat orang-orang cacat? A 3 jam B 11 jam C 2 jan setengah D 8 jam setengah 3 Siapakah guru penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah Kebangsaan Bentong? A Cikgu Ahmad Hawari bin Abdul Rahim B Cikgu Chok Lai Poon C Cikgu Poniah a/l Punusamy D Cikgu Mohd. Hafiz bin Ibrahim Jawaban: 1 C 2 C 3 A 4 C 5 C

4 Siapakah yang menyumbangkan wang RM500 kepada Pusat Orang-orang Cacat itu? A Cikgu Ahmad Hawari B Kesemua ahli rombongan C Semua pelajar dan guru Sekolah Kebangsaan Bentong D Pelajar dan ahli rombongan Sekolah Kebangsaan Bentong 5 Penghuni Pusat Orang-orang Cacat yang telah meninggalkan pusat itu dapat berdikari kerana A mereka diberkan bantuan kewangan. B mereka akan tinggal dengan keluarga angkat yang kaya. C mereka mempunyai kemahiran yang membolehkan mereka mencari pekerjaan. D mereka akan diberikan pekerjaan di jabatan-jabatan.

PEMAHAMAN 19
Baca surat di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. 27, Jalan Harimau, Taman Cempaka, 31200 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Pegawai Perhubungan Awam, Dewan Bandar Raya, 30000 Ipoh, PERAK DARUL RIDZUAN. Tuan, Kerosakan Harta Awam Berhubung dengan perkara di atas, saya mewakili penduduk di Taman Cempaka ingin membuat aduan. 2. Tandas awam yang dibina berhampiran dengan Pusat Jualan Makanan di kawasan kami telah rosak. Paip di dalam tandas tidak dapat digunakan lagi. Ketiadaan air di tandas tersebut menimbulkan masalah kepada pengguna. Bau busuk dari tandas itu mengganggu pengunjung yang menjamu selera di pusat makanan yang berhampiran. Di samping itu, dinding tandas diconteng dengan kata-kata lucah dan lukisan-lukisan yang mengaibkan. 3. Alat-alat permainan di taman permainan yang berhampiran juga telah banyak yang rosak. Papan jongkang-jongket telah patah. Dua buah buaian putus talinya. Hal ini terjadi kerana golongan bukan kanak-kanak menggunakan kemudahan tersebut. Selain itu, tempat duduk di tempat menunggu bas di kawasan kami juga telah rosak. 4. Kerosakan pada harta awam tersebut telah dilakukan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Mereka sengaja menyemburkan cat pada dinding tandas dan dinding tempat menunggu bas. 5. Saya sebagai wakil kepada semua penduduk mencadangkan agar pihak tuan mengawasi gejala buruk ini. Jika perbuatan seumpama ini tidak dibendung, amalan buruk itu akan terus berleluasa. Sekian, terima kasih. Yang benar,

5 OGOS 2009.

Salleh Rahmat
(SALLEH RAHMAT BIN AYUB)

1 Apakah tujuan Salleh menulis surat itu? A Melaporkan keadaan kemudahan di tempatnya B Membantah tindakan golongan yang tidak bertanggungjawab C Membuat aduan tentang kerosakan harta awam D Membantu pihak berkuasa membuat siasatan 2 Semua yang berikut ialah harta awam yang mengalami kerosakan seperti yang dilaporkan oleh penulis, kecuali A tandas awam. B perhentian bas. C taman permainan D telefon awam. 3 Apakah punca kerosakan harta awam menurut penulis? A Bahan binaan harta awam tersebut telah reput B Dirosakkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab C Dirosakkan oleh penduduk di kawasan itu Jawaban: 1 C 2 D 3 B 4 A 5 B

D Harta awam tersebut telah terlalu usang 4 Pada pendapat kamu, mengapakah kita perlu menjaga harta awam? A Kerana harta awam milik bersama untuk kegunaan bersama B Kerana harta awam dapat mengindahkan sesuatu tempat C Kerana harta awam dibina dengan perbelanjaan yang tinggi D Kerana harta awam merupakan anugerah kerajaan 5 Jika kamu Pengawai Perhubungan Awam, apakah cara yang paling sesuai untuk mengatasi masalah ini? A Membaiki kerosakan B Membuat rondaan di kawasan itu C Meningkatkan kawalan keselamatan di tempat itu D Memujuk golongan yang bertanggungjawab merosakkan harta benda awam itu.

SOALAN PEMAHAMAN 20
Baca pengumuman di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. PENGUMUMAN Suatu lawatan ke Rantau Abang akan diadakan pada 21 Ogos 2009, jam 12.00 malam untuk melihat penyu bertelur. Hanya 50 orang pelawat dari hotel ini yang berpeluang menyertai lawatan ini. Sesiapa yang berminat, sila mendaftar di kaunter menyambut tetamu. Oleh sebab lawatan diadakan pada awal pagi, pelawat-pelawat diingatkan bahawa cuaca di pantai pada ketika itu adalah sejuk. Mereka yang menghidapi penyakit lelah atau alah terhadap cuaca sejuk tidak digalakkan menyertai lawatan ini. Pelawat juga tidak dibenarkan membuat bising atau mengambil gambar. Hal ini demikian kerana perbuatan tersebut akan mengganggu penyu yang hendak bertelur. Setiap peserta yang berminat akan dikenakan bayaran sebanyak RM20.00 seorang. Sekian, terima kasih,

Johan Steven
(JOHAN STEVEN ABDULLAH) Pegawai Perhubungan Awam, Hotel Seri Terengganu. 1 Apakah program yang dianjurkan oleh hotel tersebut? A Melihat pantai Rantau Abang B Mengutip telur penyu di Rantau Abang C Melihat penyu bertelur di Rantau Abang D Melihat penyu mendarat di Rantau Abang 2 Pelawat yang tidak sihat tidak digalakkan untuk menyertai program itu kerana A ditakuti akan mengalami masalah kesihatan B ditakuti tidak tahan terhadap cuaca sejuk C ditakuti menjadi lebih sakit D ditakuti tidak dapat berehat di situ 3 Siapakah penganjur lawatan itu? A Hotel-hotel di Terengganu B Hotel Seri Terengganu C Hotel-hotel di Rantau Abang Jawaban : 1 C 2 A 3 D 4 B 5 D D Pegawai Perhubungan Awam Hotel Seri Terengganu 4 Apakah cara yang paling sesuai pelancong dapat mengabadikan pengalaman mereka melihat penyu bertelur? A Dengan mengambil gambar menggunakan kamera B Dengan mengambil gambar menggunakan kamera video C Dengan membeli gambar-gambar penyu bertelur D Dengan menghampiri penyu yang sedang bertelur 5 Yang berikut ialah sebab-sebab berlakunya kepupusan penyu, kecuali A telurnya sering diambil oleh manusia. B nelayan kerap membunuh penyu kerana merosakkan pukat mereka. C habitatnya telah diganggu. D haiwan ini telah berpindah ke negara yang lain.

Anda mungkin juga menyukai