Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS PENYERAHAN BAUCER BUKU 2013 IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

Semua guru pelatih mengambil tempat Semua pensyarah dan staf pengurusan mengambil tempat

Ketibaan Y.B, Pengarah, Ketua Jabatan dan Ketua unit :

Majlis mengumumkan ketibaan :

Yang Berhormat Haji Muhammad Pehimi bin Yusof, Ahli undangan Dewan Negeri Kota Putera

Di iringi

* Yang berbahagia En. Kamaruddin bin Hashim, Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan

* Yang berusaha Encik Latif bin Hamzah , Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Sultan Mizan

* Ketua-ketua Jabatan

* Ketua-ketua Unit

Masuk ke dewan Bendahara

Nyanyian lagu Negaraku :

Para hadirin diminta untuk berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku. (selesai nyanyian) Para hadirin dipersilakan duduk.

Aluan Pengerusi majlis :

* Yang Berhormat Haji Muhammad Pehimi bin Yusof, Ahli undangan Dewan Negeri Kota Putera

*Yang berbahagia En. Kamaruddin bin Hashim, Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan

* Yang berusaha En Latif bin Hamzah , Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Sultan Mizan,

* Ketua-ketua Jabatan

* Ketua-ketua Unit

* Pensyarah-pensyarah kanan

* Para pensyarah

* Barisan staf pengurusan

* Barisan kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi 2013/2014

* Guru-guru pelatih

seterusnya hadirin hadirat yang dirahmati sekalian.

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmat dan hidayahNya maka pada petang ini kita sama-sama dapat berkumpul di dewan yang serba indah ini untuk menjayakan Majlis Penyampaian Bantuan Baucer buku 1Malaysia bagi tahun 2013.

Bacaan doa :

Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa, Sepuluh jari kami menadah, Memohon berkat Yang Maha Esa.

Bagi memberkati lagi majlis kita pada petang ini, dijemput saudara Ahmad Syakir Bin Makhtaruddin untuk membacakan doa. Dipersilakan.

(bacaan doa)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan Aluan Pengarah IPGKSM :

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Tanpa terus melengahkan masa, dengan ini majlis menjemput Yang berbahagia En. Kamaruddin bin Hashim, Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan untuk menyampaikan ucapan bagi Majlis Penyampaian Bantuan Baucar Buku 1 Malaysia 2013

Dengan sukacitanya, dipersilakan.

(ucapan)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang berbahagia Pengarah atas segala amanat yang disampaikan sebentar tadi.

7 Ucapan perasmian Y.B

Daun semulur di pekan sari, Batang jerami rebah ke bumi; Madah dihulur sembah diberi, Kata perasmi hajatnya kami.

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berhormat Haji Muhammad Pehimi bin Yusof Ahli Undangan Dewan Negeri Kota Putera untuk menyampaikan ucapan dan amanat beliau seterusnya merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Baucar Buku 1Malaysia 2013

Dengan sukacitanya dipersilakan

(ucapan)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Haji Muhammad Pehimi bin Yusof atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Penyampaian baucar buku

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Tanpa melengahkan masa, kita teruskan dengan sesi penyampaian Bantuan Baucar Buku 1 Malaysia 2013. Dengan ini, majlis menjemput Yang Berhormat Haji Muhammad Pehimi bin Yusof , Ahli Undangan Dewan Negeri Kota Putera diiringi Yang berbahagia En. Kamaruddin bin Hashim, Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan untuk menyampaikan Bantuan Baucar Buku 1 Malaysia

Dengan sukacitanya dipersilakan

(senarai nama kelas )

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas penyampaian sebentar tadi

Nyanyian lagu Tanggal 31, 1 Malaysia, IPGM dan Selamat Sultan :

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, Kini marilah sama-sama kita nyanyikan 3 buah lagu iaitu lagu SELAMAT SULTAN, IPGM dan GURU MALAYSIA . Nyanyian akan diketuai oleh Kumpulan Koir IPG KSM dibawah bimbingan En. Khir Anuar bin Jaafar.Para hadirin diminta untuk berdiri.

(nyanyian)

Para hadirin dijemput duduk.

10

Sesi bergambar :

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian 3 buah lagu sebentar tadi.

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian

Majlis menjemput sekali lagi Yang Berhormat Haji Muhammad Pehimi bin Yusof , Ahli Undangan Dewan Negeri Kota Putera untuk sesi bergambar bersama Yang berbahagia En. Kamaruddin bin Hashim, Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan, Yang berusaha Encik Latif bin Hamzah , Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Sultan Mizan, dan ketua-ketua unit sebagai kenang-kenangan. Dipersilakan

Penutup

Dengan berakhirnya sesi bergambar sebentar tadi , maka sempurnalah sudah Majlis Penyampaian Bantuan Baucar Buku 1 Malaysia 2013 pada kali.

Jutaan terima kasih kepada semua hadirin yang sudi melapangkan masa dan menjayakan majlis kita pada petang ini.

Segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada diri saya sendiri yang kurang ilmu, iman dan amal. Sebelum kita akhiri majlis pada petang ini, terimalah dua rangkap pantun daripada saya

Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta.

Dari Kedah ke pekan sari, Beli suasa di Kota Tinggi; Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bersua lagi.

Kita tutup majlis pada petang ini dengan surah Al-Asr dan tasbih kafarah. Sekian, wabillahitaufikwalhidayah, assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Majlis mengumumkan perarakan keluar dewan Yang Berhormat Haji Muhammad Pehimi bin Yusof , Yg. Berbahagia En. Kamaruddin bin Hashim, Yg. berusaha Encik Latif bin Hamzah , dan para pensyarah.

JAMUAN

BERSURAI

PENGUMUMAN : perhatian kepada ketua unit/wakil kelas yang menerima bantuan baucar buku sila tunggu sebentar untuk sesi bergambar