Anda di halaman 1dari 3

AYAT SAMA MAKSUD Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.

1 Masalah mangsa-mangsa banjir itu dapat diatasi oleh Pegawai Daerah dengan adanya bantuan segera daripada kerajaan. A Pegawai Daerah dapat menyelesaikan masalah mangsa-mangsa bantuan segera daripada banjir. B Pegawai Daerah dapat menyelesaikan masalah mangsa-mangsa banjir dengan adanya bantuan segera daripada kerajaan. C Pegawai Daerah dapat menyelesaikan bantuan segera daripada kerajaan terhadap mangsa-mangsa banjir. D Pegawai Daerah dapat menyelesaikan dengan segera masalah mangsa-mangsa banjir itu. Jangan abaikan pelajaran anda, kata penceramah itu kepada para hadirin. A Penceramah itu memarahi anda kerana mengabaikan pelajaran para hadirin. B Penceramah itu menegah para hadirin mengabaikan pelajaran anda. C Penceramah itu menasihati hadirin supaya tidak mengabaikan pelajaran. D Anda diingatkan oleh penceramah agar tidak mengabaikan pelajaran hadirin. Orang ramai terus membanjiri ekspo itu walaupun hujan turun dengan lebat. A Ekspo itu diteruskan walaupun hujan lebat turun dan dibanjiri oleh orang ramai. B Hujan yang turun dengan lebat telah menyebabkan ekspo itu dibanjiri orang ramai. C Hujan lebat tidak menghalang orang ramai daripada mengunjungi ekspo itu. D Hujan lebat telah menyebabkan ekspo yang diminati ramai itu mengalami banjir. 4 Pakar motivasi itu menegaskan bahawa kemalasan tidak dapat diatasi tanpa kesungguhan. A Kata pakar motivasi itu, Ketegasan dapat membantu kita mengatasi rasa malas. B Kata pakar motivasi itu, Kemalasan dapat diatasi walaupun tanpa kesungguhan. C Kata pakar motivasi itu, Kemalasan diatasi dengan bersungguh-sungguh dan tegas. D Kata pakar motivasi itu, Tanpa kesungguhan kita tidak dapat mengatasi rasa malas. Lamin dilarang menghadiri perjumpaan kelab itu kerana keahliannya telah digantung. A Lamin enggan menghadiri perjumpaan kelab itu setelah keahliannya digantung. B Lamin ditegah menghadiri perjumpaan kelab itu kerana keahliannya masih tergantung. C Ekoran penggantungan keahliannya, Lamin tidak dibenarkan menghadiri perjumpaan kelab itu. D Keengganan Lamin menghadiri perjumpaan kelab itu telah menyebabkan keahliannya digantung. Emma menangisi kematian Pak Seman yang telah lama menderitai sakit usus itu. A Kematian Pak Seman telah ditangisi oleh Emma yang sudah lama mengalami sakit usus itu. B Kematian Pak Seman yang telah lama menghidap sakit usus itu ditangisi oleh Emma. C Kematian Pak Seman menghidap sakit usus itu telah lama ditangisi oleh Emma.

5 2

D Penyakit usus yang menyebabkan kematian Pak Seman telah ditangisi oleh Emma. 7 Kadar pengangguran di negara ini semakin menurun setelah kerajaan bertindak melarang kemasukan pendatang asing. A Larangan kemasukan pendatang asing oleh kerajaan telah berjaya menurunkan kadar pengangguran di negara ini. B Kerajaan telah menghalang kemasukan pendatang asing untuk menurunkan kadar pengangguran di negara ini. C Kerajaan telah menurunkan kadar pengangguran di negara ini untuk menghalang kemasukan pendatang asing. D Untuk menurunkan kadar pengangguran, kerajaan telah melarang pendatang asing memasuki negara ini. Kamu hendaklah mencuci kedua-dua belah tangan kamu sebelum makan nasi, kata Puan Lo kepada anaknya. A Puan Lo dan anaknya berpesan agar mencuci kedua-dua belah tangan sebelum makan nasi. B Puan Lo dan anaknya berpesan mencuci kedua-dua belah tangan anaknya sebelum makan nasi. C Puan Lo berpesan kepada anaknya supaya mencuci kedua-dua belah tangan sebelum makan nasi. D Puan Lo berpesan kepada anaknya supaya makan nasi dan mencuci kedua-dua belah tangannya. Sally tidak datang ke sekolah pada hari ini , kata Kam Choon kepada Cikgu Nasliza. A Kam Choon menerangkan bahawa Sally dan Cikgu Nasliza tidak datang ke sekolah pada hari itu. B Kam Choon dan Sally menerangkan kepada Cikgu Nasliza bahawa mereka tidak datang ke sekolah pada hari itu.

C Kam Choon memberitahu Cikgu Nasliza bahawa Sally tidak datang ke sekolah pada hari itu. D Kam Choon memberitahu Cikgu Nasliza bahawa Sally tidak akan datang ke sekolah pada hari itu. 10 Mari makan bersama-sama Sharon, kata Puan Rosy kepada Haizan. A Puan Rosy mengajak Haizan dan Sharon makan bersama-samanya. B Puan Rosy mengajak Haizan makan bersama-sama Sharon. C Sharon diajak oleh Puan Rosy makan bersama-samanya. D Saharon meminta Puan Rosy mengajak Haizan makan bersama-samanya. 11 Gerakan mencari kedua-dua murid yang lemas itu telah dilakukan sejak semalam lagi. A Sejak semalam telah dilakukan lagi gerakan mencari kedua-dua murid yang lemas itu. B Kedua-dua murid yang lemas itu sejak semalam lagi telah dilkukan gerakan mencari. C Sejak semalam lagi gerakan mencari kedua-dua murid yang lemas itu telah dilakukan. D Gerakan mencari kedua-dua murid itu sejak lemas telah dilakukan lagi. 12 Semua penduduk menyambut baik program menanam sayur-sayuran secara hidroponik. A Semua penduduk yang menanam sayursayuran menyambut baik program hidroponik. B Sambutan menanam sayur-sayuran secara hidroponik disambut baik oleh semua penduduk. C Program menanam sayur-sayuran secara hidroponik disambut baik oleh semua penduduk.

D Program menanam secara hidroponik semua penduduk menyambut baik sayursayuran. 13 Majlis perbandaran telah mengarahkan supaya pekedai-pekedai menjaga kebersihan kedai mereka untuk mengelakkan penyakit daripada merebak. A Pekedai-pekedai telah diarahkan majlis perbandaran supaya menjaga kebersihan kedai mereka untuk mengelakkan penyakit daripada merebak. B Majlis perbandaran yang menjaga kebersihan telah mengarahkan pekedaipekedai supaya mengelakkan mereka daripada penyakit untuk merebak. C Majlis perbandaran telah mengarahkan pekedai-pekedai supaya menjaga kedai mereka untuk mengelakkan penyakit daripada kebersihan kedai mereka merebak. D Kedai majlis perbandaran telah mengarahkan pekedai-pekedai supaya menjaga kebersihan mereka untuk mengelakkan penyakit merebak.

14 Suhana mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan rakan-rakan sebelum meninggalkan tanah air. A Sebelum meninggalkan tanah air, cikgu berkata, Terima kasih, Suhana dan kawan sekalian. B Sebelum meninggalkan tanah air, kawan-kawan Suhana berkata, Terima kasih, cikgu dan kawan sekalian. C Sebelum meninggalkan tanah air, guru Suhana berkata, Terima kasih, Suhana dan kawan sekalian. D Sebelum meninggalkan tanah air Suhana berkata, Terima kasih, cikgu dan kawan sekalian. 15 Sejak belakangan ini banyak kes kecurian yang berlaku di kampung-kampung. A Belakangan ini banyak berlaku kes di kampung-kampung sejak kecurian. B Banyak kes kecurian yang berlaku di kampung-kampung sejak belakangan ini. C Sejak di kampung-kampung kecurian kes yang berlaku belakangan ini. D Sejak kecurian yang berlaku di kampung-kampung belakangan ini banyak kes.

Jawaban 1B 11 C 2C 12 B 3C 13 A 4D 14 D 5C 15 B 6B 7A 8C 9C 10 B

Anda mungkin juga menyukai