Anda di halaman 1dari 1

Tarikh : 21hb September 2011-09-21

Bina DarulAman Bhd Aras 9, Menara BDB 88 Lebuhraya Darul Aman 05100 Alor Setar Kedah Darul Aman U.p : Tn. Syed Saiful Yusri (Pengurus Sumber Manusia & Pentadbiran) Tuan, Assalamualaikum wbh; Per: Sesi Taklimat Program Eksekutif Ijazah Pengurusan (General Management) Asia e University. Adalah dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas dengan penuh takzim. Terlebih dahulu kami ingin memohon pertemuan dengan pihak Bina Darulaman Bhd bagi menerangkan cadangan untuk mengadakan sesi taklimat mengenai program Pendidikan Sepanjang Hayat di organisasi tuan. Program ini adalah ditujukan khusus untuk para kakitangan yang berminat untuk mempertingkatkan pengetahuan dan tahap kemahiran dalam kerjaya. Kelas yang bakal diadakan pada bulan November 2011 bertempat di Alor Setar, Kedah. Kelas akan diadakan hanya pada hujung minggu 3 hari dalam sebulan. Jangkamasa program ini hanya 15 bulan sahaja. Kandungan Sesi taklimat ialah : 1. Mengenai Asia e University (AeU) 2. Program Ijazah Eksekutif Aeu 3. Keistimewaan program 4. Syarat kemasukan 5. Penganugerahan Ijazah Kesudian dari pihak tuan untuk menerima kunjungan dari kami sangat dialu-alukan dengan penuh penghargaan. Sebarang pertanyaan atau pindaan sila hubungi En. Zakuan Ahamad di talian 016-5935926 (H/P) atau 05-3115033 (pej). Sekian, Terima Kasih. Yang benar,

......................................................... Mohd Zakuan B. Ahamad Penasihat Program Email : zakuan@angkasatraining.com Email : kedah.aeu@gmail.com