Anda di halaman 1dari 8

6.

Panduan Membina Soalan Subjektif

Item subjektif ialah item yang membenarkan subjektiviti dalam respons yang diberikan. Item ini digunakan supaya pelajar boleh mempamerkan kedalaman pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki. Pelajar boleh memberi respons dengan mengemukakan pelbagai jawapan yang bersifat polikotomus. Oleh itu item ini mampu disesuaikan untuk menguji tahap kognitif yang lebih tinggi seperti mentaksir kemahiran menganalisis, mensintesis atau membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara yang mana memerlukan pelajar mengaplikasikan kemahiran berfikir. Item subjektif juga memberi kebebasan yang agak luas kepada pelajar bukan sahaja dari segi mempersembahkan respons, tetapi juga panjang atau pendek respons itu.

6.2.1 Prinsip Am Penyediaan Item Subjektif

(a)

Item subjektif ini biasa berbentuk esei, sama ada berjawapan pendek, sederhana atau panjang. Justeru, prinsip penyediaan item jenis esei ini adalah sama bagi ketigatiga kategori soalan tersebut. Berikut adalah tujuh prinsip am untuk menyediakan soalan berbentuk esei.

(b)

Penulis perlu menyemak sukatan pelajaran dan objektif pengajaran, supaya soalan yang dihasilkan menepati sukatan pelajaran dan objektif pengajaran tersebut.

(c)

Arahan hendaklah jelas tentang panjang jawapan dan sama ada pelajar perlu menjawab dalam kertas soalan (mengisi ruang kosong) atau dalam kertas jawapan.

(d)

Soalan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga,supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.

(e)

Aras kesukaran setiap soalan perlu setara supaya setiap soalan yang diberi markah yang sama, mempunyai aras kesukaran yang sama juga.

(f)

Soalan perlu ditulis supaya pelajar dapat membayangkan satu kerangka struktur yang akan memandu pelajar untuk menjawab soalan tersebut.

(g)

Tentukan terlebih dahulu perkara yang ingin diberi markah dan markahnya untuk memudahkan penyediaan skema jawapan.

(h)

Gunakan lebih banyak soalan berjawapan pendek (1/2 muka surat) daripada soalan berjawapan panjang (2-3 muka surat), supaya lebih banyak soalan boleh diberikan.

Kata tugas adalah suatu kata kerja yang terdapat pada sesuatu item yang fungsinya ialah untuk menyatakan tugas yang perlu dibuat oleh pelajar semasa menjawab sesuatu item/soalan.

6.2.2 Kata Tugas Item Subjektif

Sebelum kita membina item subjektif, kita perlu memahami jenis kata tugas yang sesuai digunakan untuk membina item tersebut. Kata tugas ini akan mengarahkan pelajar untuk memberikan jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan. Oleh itu, pemilihan kata tugas yang sesuai untuk sesuatu item adalah sangat penting. Kegagalan menggunakan kata tugas yang tepat dengan hasrat penulis item akan menyebabkan pelajar gagal memberikan jawapan seperti yang ditentukan dalam peraturan memberi markah. Kata tugas mempunyai kaitan yang rapat dengan tujuan ujian yang menggunakan item berkenaan. Bagaimanapun, sesuatu kata tugas itu tidaklah unik bagi satu tujuan ujian sahaja, kerana kata tugas yang sama boleh menghasilkan jawapan yang berlainan. Terdapat kata tugas yang boleh berdiri dengan sendiri untuk menyatakan kehendak soalan. Bagaimanapun, terdapat kata tugas yang memerlukan sokongan daripada beberapa perkataan lain untuk menjadikan kehendak soalan itu lebih jelas. Senarai berikut menunjukkan beberapa kata tugas dan jawapan yang diharapkan. Analisiskan - Membuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek atau perkara yang dikomunikasikan. Anggarkan - Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan keadaan yang ditetapkn dengan menggunakan satu pengetahuan tertentu. Apakah - Memberi maklumat yang khusus atau spesifik. Bagaimanakah - Memperihalkan, memberi penerangan tentang keadaan langkah atau kejadian. Bandingkan - Menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara. Berapakah - Memberi kuantiti. Bezakan - Menyatakan kelainan, ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara.

Bilakah - Menyatakan masa atau waktu. Binakan - Membuat sesuatu dengan menggunakan kaedah atau alat tertentu. Bincangkan - Memberi penerangan daripada pelbagai aspek.

6.2.3 Pembinaan Item Esei Berjawapan Pendek

Item jenis ini memerlukan pelajar memberi jawapan pendek (biasanya satu perenggan) yang memberi peluang kepada mereka menyampaikan pendapat, hujah atau idea sendiri. Item bentuk ini amat sesuai untuk mengukur pengetahuan, kefahaman dan aplikasi/penyelesaian masalah mudah, yang turut melibatkan kemahiran berfikir. Soalan esei berjawapan pendek ini boleh dibina supaya jawapannya menjadi lebih objektif daripada soalan esei berjawapan terbuka. Dengan jawapan yang terbatas ini, pemeriksaannya dapat diselaraskan dengan mudah, dan ini dapat meningkatkan kebolehpercayaan soalan tersebut. Di sini, walaupun jawapannya lebih objektif daripada jawapan esei terbuka, jawapan esei pendek masih lagi agak subjektif/pelbagai. Oleh kerana jawapan esei pendek ini masih pelbagai, maka pembina soalan perlu menyediakan skema jawapan yang merangkumi semua jawapan yang mungkin.

6.2.4 Pembinaan Item Esei Berjawapan Terbuka

Item bentuk ini membenarkan pelajar merancang dan memberi jawapan secara bebas, justeru, mengundang pelbagai kemungkinan jawapan daripada mereka. Misalnya, pelajar bebas mengemukakan idea, pendapat dan tanggapan, mengorganisasikan idea, membina hujah yang logis, memberikan penilaian terhadap sesuatu pemikiran atau mengaitkan pemikiran dengan perasaan. Oleh itu, jenis item ini amat sesuai untuk mengukur konstruk, yang memerlukan pelajar menggunakan beberapa kemahiran seperti menginterpretasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Item jenis ini juga membolehkan pelajar mempamerkan proses pemikiran kritis dan kreatif. Pelajar juga akan menghadapi masalah semasa menjawab soalan berjawapan terbuka ini, sebab mereka perlu mengutip dan memilih isi-isi dan idea-idea daripada pengetahuan sendiri, menyusun isi-isi dan idea-idea ini, dan

seterusnya, menulis dengan cara yang logik supaya isi-isi dan idea-idea ini dapat dikomunikasikan dengan baik. Oleh sebab jawapannya yang amat terbuka, yang mengandungi isi-isi, idea-idea dan kreativiti tertentu, maka pembina item bentuk ini perlu menyediakan skema/ peraturan pemarkahan yang jelas, terperinci dan menyeluruh, agar penilaian pencapaian pelajar dapat dibuat sewajarnya.

6.2.5 Panduan Membina Soalan Subjektif

Terdapat empat jenis soalan subjektif antaranya:

(I) Item subjektif respon terbuka

Item ini bersifat polikotumus iaitu penghasilan kemungkinan jawapan bertulis. Jawapan yang diberikan tidak tetap kepada satu-satu jawapan seperti item objektif. Item respons terbuka memberi ruang kepada pelajar untuk memilih cara menjawab dengan lebih bebas, pelajar sendiri yang menentukan panjang atau pendek jawapannya serta gaya penulisan atau pendekatan yang pelajar fikirkan sesuai asalkan tidak terkeluar dari konteks jawapan yang dikehendaki. Item jenis ini amat sesuai untuk menguji pemikiran tahap tinggi seperti analisis, sintesis dan penilaian. Kebaikan item respons terbuka ialah kemampuannya mentaksir kebolehan pelajar seperti mengenal pasti, memilih, menyusun dan mempersembahahkan sesuatu idea atau perkara. Pelajar berpeluang untuk mengaitkan beberapa idea, maklumat dan lain-lain perkara untuk membentuk suatu set komunikasi. Persembahan jawapan adalah lebih asli kerana pelajar dapat menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan dengan gaya bahasa yang tersendiri. Keupayaan pelajar dalam penggunaan bahasa akan lebih terserlah. Namun, masa yang diperuntukkan untuk menyemak soalan berbentuk esei juga panjang. Pemeriksa yang terlatih diperlukan untuk menyemak item seperti ini melalui penyediaan set peraturan pemarkahan yang jelas dan komprehasif. Dalam menjawab soalan berbentuk seperti ini, tulisan perlulah mudah dibaca dan jelas. Pemarkahan diberikan secara subjektif dan ini akan mewujudkan kesan

halo. Kesan halo ini ialah adalah penilaian seseorang berdasarkan pendapat peribadi yang dilakukan secara sepintas/singkat dimana dipengaruhi oleh penampilan pertama atau kesan pertama yang melekat pada orang yang dinilai. Kesan halo ini dapat mempengaruhi evaluasi dan estimasi penilaian seseorang kepada orang yang dinilai. Antara contoh item respon terbuka adalah seperti huraikan kejadian air pasang surut, bincangkan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada masa kini. Terdapat beberapa panduan dalam pembinaan item respon terbuka iaitu; pastikan perkara yang hendak ditaksir, peringkat mana perkara yang hendak ditaksir, aras kesukaran ditetapkan, aspek penting dalam kurikulum diberikan perhatian. Untuk memastikan kesahan soalan hendaklah meliputi tajuk yang luas dan meliputi pelbagai aras kemahiran. Antara kata tugas yang digunakan dalam item respon bebas seperti huraikan, terangkan, bincangkan, bezakan, bandingkan, nilaikan, rancangkan dan tunjukkan. Untuk keobjektifan dan keupayaan item, peraturan pemarkahan hendaklah disediakan supaya tidak berlaku kesan halo kepada jawapan yang diberikan. Tugasan dalam soalan hendaklah jelas dan masa perlu ditetapkan dan markah akan disediakan untuk setiap soalan. Untuk mengelakkan salah faham dan kekeliruan, istilah dan bahasa yang digunakan hendaklah spesifik. Selain itu, pemeriksa hendaklah memeriksa kualiti soalan dengan memcuba dahulu menulis jawapan.Ini dapat mengenal pasti kerumitan yang dihadapi oleh pelajar.

(II) Item subjektif respon terhad Item jenis ini berkecenderungan menghadkan bentuk respons pelajar. Bentuk respons biasanya dihadkan melalui skop yang disoal dan markah diperuntukkan. Biasanya pelajar hanya perlu memberi respons dalam satu frasa, atau satu perenggan sahaja bergantung kepada ruang jawapan yang disediakan. Kebolehpercayaan item respons terhad lebih tinggi dari item respons terbuka kerana subjektiviti respons telah dihadkan. Pelajar akan memberi tumpuan kepada arahan item berkenaan. Item jenis ini kurang sesuai untuk kemahairan berfikir tahap tinggi.

Antara contoh item respon terhad adalah seperti; terangkan dengan ringkas empat sebab utama mengapa Melaka menjadi perlabuhan terpenting pada kurun ke15? dan bezakan antara kolonialisasi dan emperialisasi. Item jenis respon terhad boleh dibina dengan dua bentuk iaitu soalan dan lengkapan, contohnya senaraikan dua kepentingan kursus dalam perkhidmatan dijalankan. Item jenis ini juga mempunyai panduan dalam pembinaannya seperti soalan bentuk lengkapan haruslah ada tempat kosong pada bahagian akhir penyataannya. Contoh lengkapan seperti; Kelemahan pelajar dalam perlaksanaan P&P dalam kelas semasa latihan mengajar ada kaitannya dengan kelemahan mengurus dan mengawal kelas. ini kerana

(III) Item subjektif berpandu Pelajar memberikan respon berdasarkan ransangan yang diberikan seperti gambar rajah, gambar foto, peta dan lain-lain. Soalan jenis ini akan memberikan ransangan memandu pelajar memberikan respon.

(IV) Item subjektif bersruktur. Item berstruktur mempunyai satu siri soalan yang dikemukakan secara berperingkat dan terdapat perkaitan antara satu sama lain. Item berstruktur adalah sebenarnya item respons terhad. Perbezaan antara kedua-duanya terletak kepada wujudnya satu situasi atau keadaan dimana pelajar dikehendaki menjawab beberapa siri soalan yang berkaitan dengan situasi berkenaan. Jenis item ini mengandungi stimulus, stem soalan dan set soalan. Contoh item subjektif bersruktur seperti : Corak kepimpinan guru yang demokratik akan mendorong murid untuk belajar

(a) (b)

Jelaskan corak kepimpinan demokrasi Berikan beberapa contoh aktiviti dalam kelas yang mengambarkan corak kepimpinan guru yang demokrasi.

(2m)

(3m)

(c)

Apakah aplikasi pengajaran guru sekiranya tidak menggunakan corak kepimpinan demokrasi? (2m)

RUJUKAN Pembinaan Item subjektif, Nordin Tahir, IPIP 2006 slide share prinsip pembinaan item