Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Sebagai seorang guru, saya dapati ramai di kalangan murid, ibu bapa dan juga segelintir guru tidak mementingkan mata pelajaran pendidikan seni visual. Pada hakikatnya pendidikan seni berupaya melahirkan perubahan individu kepada nilai murni dengan memupuk diri dalam pengamatan estetik dan membentuk emosi yang seimbang. Melalui aktiviti seni seperti melukis, kraf tangan dan apa jua kegiatan seni, kesan diri akan merasa kepuasan, lega, lapang dan ketengaan dari tekanan perasaan. Pancaindera yang ada pada manusia seperti rasa, sentuhan, bau, penglihatan, pendengaran adalah fitrah yang Allah berikan kepada manusia. Panceindera ini perlu disuburkan melalui sentuhan yang murni. Pengalaman seni memerlukan kepekaan terhadap pengamatan semasa pencitaan sesebuah karya seni. Maka jelaslah di sini bahawa seni dapat menajamkan kepekaan dan pengamatan seseorang. Selain itu, seni juga merupakan cerminan budaya dalam sesebuah masyarakat. Tanpa budaya mesyarakat itu tidak kukuh dan tidak mengandungi nilai tamadun. Matlamat mata pelajaran Seni Visual Sekolah Rendah adalah melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagai pendidik, adalah menjadi tanggungjawab kita mendidik kanakkanak dalam usaha merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah pendidikan bertaraf dunia.
* Menurut Herbert Read, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik.
* Menurut Syed Ahmad Jamal, estetik berkaitan dengan deria pengamatan terhadap sesuatu perkara atau suasana yang menekankan aspek kesenian, keindahan,bukan menekan aspek kegunaannya.
* Menurut June McFee, seni adalah sebahagian dari kebudayaan sesuatu masyarakat kerana ianya adalah jelmaan daripada beberapa bahagian nilai, sikap dan kepercayaan dalam sesuatu masyarakat.
1.
Peranan Ekspresi
Memberi peluang kepada murid untuk membina keyakinan menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai estetik.
2.
Peranan Emosi
Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan geli. Emosi akan mempengaruhi ingatan seseorang.
3.
Peranan Imaginasi
Proses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan a) b) c) Perasaan dalam kanak-kanak. Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil. Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.
1.
Menggambar
2.
3.
4.
PENDAHULUAN
Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri. Pendidikan seni visual sekolah rendah Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya,
berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna. MATLAMAT Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. OBJEKTIF Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid boleh: 1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan, 2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan, 3. menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera, 4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya, 5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual. 6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat, 7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab, 8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air, 9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual, dan 10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah. ORGANISASI KURIKULUM Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan
rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu: a. pemerhatian secara aktif b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan c. apresiasi seni visual secara mudah d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan a. Pemerhatian secara aktif Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan
alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang. Apresiasi seni visual secara mudah Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pendidikan seni visual sekolah rendah. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.
BIDANG PSV KBSR Kandungan Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu: 1. 2. 3. 4. Membuat Membentuk Mengenal Corak dan Kraf dan Membuat Menggambar Rekaan Binaan Tradisional
Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu. 1. Menggambar
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 1.10 1.11 1.12 1.13 Poster Antara kegiatan dalam bidang ini ialah: Lukisan Catan Kolaj Montaj Cetakan Resis Gosokan Stensilan Percikan Gurisan Capan Mozek
1.1 Teknik Lukisan Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang paling sedikit yang dihasilkan di atas permukaan rata dengan aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna dan jalinan. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Setiap proses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan dan diaplikasikan melalui garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu
hasil kerja dengan pelbagai teknik yang boleh dihasilkan bergantung kepada kesan jalinan sesuatu permukaan dari aras mudah ke aras sukar.
1.2 Teknik Catan Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata yang mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Ianya merupakan satu ciptaan gambar yang berwarna yang diaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D dengan teknik menyapu warna basah .Ianya banyak menggunakan warna sebagai bahan pewarna untuk menghasilkan gambar seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan cat akrilik dengan pelbagai . jenis warna dan cara-cara mewarna dengan betul.
1.3 Teknik Kolaj Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan seperti cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D yang mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih untuk menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media. Ia juga dapat menghasilkan satu komposisi artis daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berbeza dan daripada berbagai warna dan corak berjalinan dihasilkan secara superimpose di antara satu sama lain dengan menggam berbagai elemen supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.
1.4 Teknik Montaj Montaj itu adalah satu teknik menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan. Alam sekitar. Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana-mana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Ia mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj yang disusun menjadi satu hasil kerja seni.
1.5 Teknik Cetakan Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan . Seseorang pelukis biasanya akan menetukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu
edisi. Merupakan satu proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain. Proses dimana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti . Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat yang dilakukan pada permukaan rata. Proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan yang lain. Ianya menggunakan acuan cetakan untk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan. Perpindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain seperti kertas atau kain atau bahan lain.
1.6 Teknik Resis Resis atau dalam perkataan inggeris resis ialah satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Ianya satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Ini menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. Resis juga boleh dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap. Teknik ini membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar.
1.7 Teknik Gosokan Gosokan adalah satu proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan. Ia adalah satu psoses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Gosokan adalah satu cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu
permukaan. Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalin. Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat supaya dapat
1.8 Teknik stensilan Bagi teknik ini, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.
1.9 Teknik percikan Percikan adalah salah satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckled granite style finish yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain. Percikan-percikan halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antik. Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. Alatan penting yang digunakan ialah berus dari pelbagai jenis, warna-warna basah dan kertas. Ianya boleh dihasilkan dengan menggunakan berbagai jenis warna dengan kaedah yang berlainan.
1.10 Teknik Gurisan. Gurisan ini merupakan satu karya yang dihasilkan dengan teknik gurisan dengan menggunakan sesuatu objek atau alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal melekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.
1.11 Teknik Capan Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan dibawah kategori cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau poster) dan dicatkan ke atas sesuatu permukaan. Capan boleh dihasilkan dengan berbagai rupa bentuk dengan
menggunakan berbagai jenis bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan bahan alam semulajadi ( sayuran, cengkerang). Jalinan berbagai bahan itu akan memberi berbagai kesan jalinan pada hasil capan.
1.12 Teknik Mozek Mengikut rujukan daripada kamus Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar. Mengikut sejarah lama, mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek. Pada asalnya, mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai. Kini teknik mozek luas digunakan dalam pembinaan bangunan dan aktiviti seni di sekolah. Di peringkat sekolah rendah, aktiviti mozek diperkenalkan dalam subjek Pendidikan Seni. Aktiviti mozek ini sesuai dijalankan secara berkumpulan di dalam kelas di mana kumpulan berlainan menghasilkan tema yang sama tetapi menggunakan teknik berlainan.
Poster merupakan satu bentuk seni komunikasi perhubungan dan pengiklanan di mana ia berfungsi sebagai pengumuman, pemberitahuan dan pengiklanan. Maka, poster harus dapat menarik perhatian orang ramai serta dapat menyampaikan mesej dengan jelas, cepat dan berkesan.
Poster
boleh
dipersembahkan
melalui
cara:
i.
Menggunakan
muka
taip
(huruf)
sahaja.
Mukataip dijadikan subjek utama untuk menyampaikan maksud poster. Ada yang bersifat ringkas dan jelas dan ada juga jenis yang lebih simbolik. Jenis mukataip yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan tema poster tersebut.
ii. Menggunakan muka taip bersama ilustrasi dalam bentuk lukisan, gambar atau foto.
Poster jenis ini lebih menarik dan berkesan. Sekiranya maklumat yang disampaikan melalui mukataip tidak dapat disampai dengan jelas mungkin atas faktor bahasa (yang kurang difahami kerana berlainan bangsa) atau usia (yang belum mampu boleh membaca atau terlalu tua untuk membaca) dan sebagainya. Dengan itu, penggunaan ilustrasi adalah yang paling sesuai untuk menyampaikan mesej poster. Ilustrasi hendaklah bersesuaian dan memenuhi sekurang-kurangnya 70% daripada saiz poster, berbanding mukataip bagi poster jenis ini.
Teknik
penghasilan
Poster
1.
Teknik
Lukisan
2.
Teknik
catan
dengan menggunakan cat air, cat poster, cat akrilik, dan sebagainya
3.
Teknik
kolaj
Poster jenis ini menggunakan teknik potong dan tampal. Dengan menampal kertas berwarna, potongan dari majalah atau akhbar, tampalan dari bahan tekstil, benda bercorak dan berjalinan.
4.
Teknik
cetakan
Cara mencetak dari jenis cetakan timbulan, benaman, planograf, serigraf, capan dan juga cara cetakan komputer.
Aplikasi dari pelbagai teknik seperti catan, kolaj, lukisan, capan dan sebagainya.
Proses
Penghasilan
Poster
1.
Penentuan
tema
dan
tajuk
2. Mendapatkan maklumat berkaitan tema melalui kajian bagi mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam
3.
Memahami
tujuan
dan
mesej
yang
hendak
disampaikan.
4.
Membuat
beberapa
lakaran
kasar
dan
kemudian
pilih
hasil
terbaik.
5. Menentukan jenis iustrasi dan jenis muka taip yang berkesan dan bersesuaian.
6. Merancang skima warna dan memilih kombinasi warna yang dapat menarik perhatian.
7.
Menentukan
teknik
yang
sesuai
untuk
membuat
poster
tersebut.
8.
Penyediaan
alat
dan
bahan.
Ciri-ciri
poster
Yang
Bermutu
1.
Daya
penarik
yang
dinamik.
2.
Warna
yang
berkesan.
3.
Mesej
yang
jelas
dan
mengandungi
satu
tema
sahaja.
4.
Kesesuaiaan
ilustrasi
dengan
tema.
5.
Pilihan
muka
taip
yang
berkesan.
6.
Gubahan
asli
dan
unik.
7.
Cogankata
yang
dapat
mempengaruhi
pembaca.
8.
Penggunaan
asas
seni
reka
yang
bersesuaian.
9.
Memberi
mesej
yang
mempunyai
nilai-nilai
murni.
Contoh-contoh
poster
Bidang menggambar ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
2.
Membuat
Corak
dan
Rekaan
Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.
Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:
2.1 Corak
tidak
terancang
secara:
2.1.1 Pualaman
2.1.2 Tiupan
2.1.3 Titisan
2.1.5
Renjisan
dan
percikan
2.2 Corak
terancang
secara:
2.2.1 Lukisan
2.2.2 Catan
2.2.3 Cetakan
2.2.4 Capan
2.2.6 Resis
2.2.7 Kolaj
2.2.8 Kaligrafi
Bidang membuat corak dan rekaan ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.
3.
Membentuk
dan
Membuat
Binaan
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan.
Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:
Arca
3.8 Topeng Topeng adalah salah satu daripada kegiatan membentuk dan membuat binaan. Cara penghasilan topeng adalah dalam pelbagai teknik mengikut media yang digunakan iaitu teknik luakan dan ukiran,tampalan dan teknik tebuk. Berikut merupakan proses penghasilan membuat topeng hingga ke peringkat kemasan menggunakan Papier Mashe.
Langkah
Koyak kertas surat khabar lama kemudian rendam dalam air sehingga lembut agar mudah untuk dikisar.
Langkah
Kemudian kertas papier mache (surat khabar lama) dikisar hingga lumat agar mudah dibentuk dan kukuh.
Langkah
Kemudian perah airnya,letakkan kertas yang telah diperah ke dalam bekas kemudian digaul dengan gam cair sehingga sekata agar mudah dibentuk.
4 topeng.
Langkah
Tiup belon ikut saiz dan ikat agar dalam keadaan menjadi bulat. Tampalkan kertas tadi diluar belon separuh sahaja.
Langkah
Simpan belon ditempat yang sesuai agar tidak kempis dan biarkan kertas tampalan kering untuk beberapa hari.
Langkah
Tanggalkan kertas tampalan kemudian jemur di bawah cahaya matahari hingga kering dan keras dan warnakan topeng mengikut watak yang dikehendaki.
3.9
Origami
Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
4.
Mengenal
Kraf
Tradisional
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:
4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 Alat Perhiasan
domestik permainan diri (ornamen) Batik Tekat Ukiran Tenunan Anyaman Tembikar
4. 10 Tembikar
Tembikar adalah hasil barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat, dibentuk dan dibakar. Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu
berdasarkan penemuan barang tembikar lama seperti di Gua Cha, Kelantan dan di Sungai Perak.
Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di Malaysia. Hampir semua tembikar yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kegunaan harian. Beberapa buah negeri di Malaysia menghasilkan tembikar. Barangan tembikar yang dihasilkan adalah berbeza dari segi bentuk, corak, dan teknik pembuatan kerana dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat.
Bentuk
tembikar
tersebut
hanya
mempunyai
persamaan
dari
segi
susunan
motif, ketebalan dan teknik pembakaran bersuhu rendah, dengan permukaan berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap. Tembikar tradisi Melayu menjadi lambang kesenian negara dan kini menjadi koleksi yang membanggakan.
Teknik Pembuatan Tembikar: (a) Teknik picitan (b) Teknik lengkaran (c) Teknik kepingan (d) Teknik Lempar Alin
Proses: Mari kita teliti proses untuk menghasilkan tembikar. 1. Tanah liat dijemur dan dikeringkan sebelum ditumbuk menjadi debu. Ayak debu tanah liat untuk mengasingkan batu-batu kecil dan sampah sarap yang terdapat di dalam tanah. 2. Campur debu tanah dengan air dan kacau. Simpan di dalam pasu selama tiga hari. 3. Tanah liat akan mendap. Uli menjadi liut dan lembut. 4. Tembikar boleh dibentuk mengikut kehendak sendiri. Pinggan digunakan untuk proses penyambungan tanah liat yang digelungkan. 5. Bentuk tembikar dari bawah ke atas, tahap demi tahap. 6. Semasa membentuk permukaan, tanah liat ditekan dengan kayu di sebelah dalamnya ditahan dengan tangan. Ini bertujuan untuk menguatkan tembikar. 7. Pisau buluh pula digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar. Tekan dan gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas. 8. Tapak atau kaki tembikar dibuat secara berasingan. Cantuman bahagian badan dan kepala tembikar siap dibuat semasa tanah liat masih dalam keadaan separuh siap (leather hard). 9. Ragam hias dibuat dengan menggunakan penepek berukir. 10. Tembikar yang siap dibuat akan dijemur sebelum dibakar.
11. Tembikar dikeras secara tanur dedah iaitu dilakukan secara salai 12. Tembikar yang telah siap disalai dimasukkan ke dalam timbunan sekam. 13. Damar disapu di bahagian bawah tembikar bagi mengelakkan tiris.
1) Labu Gondol atau Labu Air 2) Labu Kepayang atau Labu Pucung 3) Labu Gelugur 4) Labu Tanah 5) Labu Panai 6) Labu Kepap 7) Labu Tela 8) Labu Leper atau Labu Bocong
Reka Bentuk Tembikar Tradisional: Reka bentuk tembikar dari luar tidak mempengaruhi teknik pembentukan
dan penciptaan tembikar orang Melayu. Teknik pembentukan dan penciptaan orang Melayu tetap pada tahap teknologi primitif. Dengan teknik yang serba sederhana, tembikar dibakar dalam suhu biasa tanpa ukuran tertentu. Tukang Melayu dapat melahirkan ciptaan yang unik terutama dari segi rupa bentuk labu dan ragam hias yang mempunyai nilai dan ciri-ciri tersendiri.
Dari segi bentuk, tembikar yang dikumpul di muzium khususnya di Muzium Negara dan Muzium Taiping telah dapat dikesan tentang kepandaian orang Melayu membentuk dan mencipta, iaitu perkembangan daya Ukiran serta tingkatkebudayaan. Walaupun rupa bentuk tembikar yang dicipta itu sederhana tetapi ianya penuh dengan nilai-nilai estetika.
Kawasan Perusahaan Tembikar: 1. Kampung Sayong, Kuala Kangsar Perak. 2. Lenggong, Grik Perak. 3. Bukit Gantang, Taiping Perak. 4. Pulau Tiga, Parit, Perak. 5. Kampung Alur Merah Kedah. 6. Sungai Dua, Seberang Prai Pulau Pinang. 7. Sungai Puyu, Seberang Prai Pulau Pinang. 8. Kampung Periuk, Tumpat Kelantan. 9. Kampung Mambong, Kuala Krai Kelantan. 10. Kampung Pasir Durian, Hulu Tembeling Pahang. 11. Kuching Sarawak
Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Dipos oleh Wan Dinnie pada 08:43 ENGKEL - BILIK - STUDIO DAN GALERI SENI VISUAL
Saya tertarik dengan Nota FB Ahmad Fauzi Hassan bertajuk STUDIO-GALERI SENI VISUAL SEKOLAH (http://www.facebook.com/note.php?note_id=192514860786790). Sebenarnya saya telah lama terniat untuk berkongsi maklumat mengenai Bilik Seni Visual. Telah lama jua saya menyatakan bahawa kekuatan Pendidikan Seni Visual disekolah terletak kepada guru dantempat operasi iaitu Bilik/Studio Pendidikan Seni Visual. Kebetulan sejak 1992 lagi saya telah memegang jawatan pensyarah, dan berkesempatan melawat banyak sekolah untuk menyelia praktikum. Dari situlah saya dapat melihat sendiri bilik-bilik seni sekolah-sekolah yang saya menyelia. Masih saya ingat pad tahun 2001 saya bersama Balai Seni Lukis Negara menganjurkan pertandingan Studio Seni Visual di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan. Tujuan pertandingan itu tidak lain sabagai pengalak dan memberi motivasi kepada pihak pentadbir sekolah agar mendapat perhatian sewajarnya blik seni di sekolah. Malangnya pertandingan tersebuat tdak dapat diteruskan lagi. Daripada pengamatan saya, mana-mana guru PSV yang 'bagus' kebiasaannya bilik/studio Seni Visualnya juga menarik (Belum ada kajian). Titik tolak kepada pengajaran yang sempurna dalam bidang Pendidikan Seni Visual ialah lokasi tempat belajar, Nah... mana lagi kalau tidak dibilik Khas iaitu Bilik/Studio PSV. Kepada Guru-guru PSV, terutama guru panatia/kanan perlu bersiap untuk mewujudkan bilik seni yang standard. Maksud saya standard ialah mempunyai fasiliti yang lengkap dan menarik. Ahmad Fauzi telahpun menyenaraikan aspek-aspek bilik/studio seni yang baik. Di sini biarlah saya memberi kategori yang perlu ada dalam Bilik/Studio PSV yang menarik untuk P&P PSV: 1. Trapuitik - yakni bilik/studio yang menarik apabila masuk, mempunyai ciri keindahan, mesra pengguna dan terasa selesa. Bilik/studio seni perlu menampilkan suasana yang menyeronokkan apabila masuk. 2. Perabot yang sesuai - perabot perlu sesuai dengan P&P PSV. Antara ciri-cirinya ialah ada bahagian P&P teori, Bengkel kasar dan bengkel halus. Kalau boleh jangan guna kerusi plastik, yang baik guna kerusi katu yang tidak bersandar. DI
3. Bahan P&P - teredapat bahan P&P yang sesuai di letakkan ditempat-tempat yang sesuai, seperti carta, buku-buku dan lain=lain, 4. Alat P&P - Alat P&P seperti LCD projektor, Komputer, Printer dan lain-lain 5. Peralatan PSV - Alat-alat yang digunakan untuk Penghasilan Produk. Misalnya mesin-mesin yang digunakan untuk membina tembikar, klin, gergaji elektrik dan sebagainya. 6. Bahagian Pameran - bahagaian pameran terbahagi kepada dua iaitu satu yang kekal dan satulagi semasa hasil dari kerja-kerja pelajar. Sebaiknya semua bidang perlu ada dipamerkan: Bidang Seni Halus, komunikasi Visual, Kraf dan reka bentuk. 7. Singki Air - Sebaiknya ada beberapa singki air untuk membantu proses P&P. 8. Stor - Stor adalah tempat terkawal menyimpan bahan dan alat untuk kegunaan P&P. (Pengurusan stor perlu dibincangkan stu topik khas) 9. Poster keselamatan perlu ada agar guru dan pelajar sentiasa berhati-hati semasa menggunakan peralatan dan bahan PSV. 10. Papan Maklumat - iaiatu Notis Board dan maklum,at notis semasa 11. Sebaiknya di bilik/studio PSV juga terletaknya pejabat guru PSV. kerana memudahkan segala pengurusan PSV samada darisegi Pengurusan Fail dan pengurusan P&P. Banyak lagi perkara-perkara yang perlu dibincangkan di sini. Apapun bergantung kepada guru PSV untuk mencorakkan suasana P&P PSV di sekolahnya. Bersama ini saya berkongsi gambar-gambar disebuah sekolah yang telah berjaya mewujudkan Bilik Seni dan Galeri seni Visual tersendiri. Tahniah kepad guru-guru berkenaan yang berjaya meyakinkan pihak pengurusan sekolah hingga PSV menjadi keutamaan di sekolah berkenaan. Sekolah tersebut ialah SMK Tinggi Perempuan Melaka STUDIO-GALERI SENI VISUAL DI SEKOLAH March 24, 2011 at 10:52pm 1. Sekolah-sekolah di Malaysia menamakan bilik untuk pengajaran & pembelajaran mata pelajaran Seni Visual (Pra-U/ Tingkatan 6) / Pendidikan Seni Visual dengan pelbagai nama.
2. Nama yang paling popular ialah Studio Seni. 3. Oleh kerana bilik ini 'multi-functional' (pelbagai kegunaan) maka saya cadangkan ia berfungsi 3 dalam 1 ~ STUDIO-GALERI SENI VISUAL di mana ia berperanan sebagai ruang galeri, ruang studio, dan ruang P&P PSV @ bilik darjah. 4. Apabila ia berperanan sebagai studio, maka segala peralatan di dalamnya perlulah bertaraf studio; contohnya dilengkapi dengan drafting table & drafting chair, studioeasel, table-easel, portable-easel, foldable table, studio-stool, sinki & pili air, display board, dan lain-lain peralatan studio. 5. Dalam masa yang sama ia juga perlu berperanan sebagai galeri di mana bahan dan alatan hendaklah berpaksikan DISIPLIN dan tatacara peragaan hasil-hasil karya yang sebenarnya. Perlu diingat ada perbezaan di antara peragaan berpaksikan kepada disiplin cabang ilmu ini dengan peragaan berasaskan citarasa (taste) guru SV/PSV sekolah. 6. Apabila dalam masa yang sama juga ia berperanan sebagai bilik darjah P&P, maka alatan seperti OHP, LCD, komputer dengan capaian rangkaian internetnya, whiteboard, perabot yang sesuai, dll yang berkaitan. 7. Meja atau foldablel table untuk pelajar sama sekali tidak sesuai dihiasi dengan 'skirting' yang sejak mutakhir ini menjadi amalan kononnya untuk keceriaan yang mana melanggar etika 'functional aesthetic' yang sepatutnya tidak diabaikan oleh guru-guru SV atau PSV sekolah.(Meja pengurusan guru tiada masalah jika mahu 'diskirtingkan') 8. Setiap sekolah juga perlu memperuntukkan 'open-studio' yang berperanan sebagai ruang aktiviti seperti kegiatan kraf tradisional/kontemporari (ukiran, batik,), arca dsbnya. 9. Stor khas merupakan suatu yang kritikal bagi melengkapkan keperluan bidang ini. 10. Sebagai bonus bagi memartabatkan Seni Visual di sekolah-sekolah, pihak pengurusan sekolah perlu mengadakan 'muzium galeri' di mana bahan-bahan sejarah sekolah serta hasil-hasil tangan & karya pelajar/warga sekolah itu 'bisa diabadikan untuk tatapan generasi sekolah' yang akan datang........... 11. Sebagai pegawai kerajaan, guru-guru SV/PSV juga memerlukan ruang pejabat pengurusan panitia seni visualnya yang dilengkapi dengan komputer-printer, perabotperabot, bilik air pegawai, dan keperluan kebajikan keselesaan bertugas sebagai seorang kakitangan kerajaan!
Panel pameran aktiviti menggambar PENDAHULUAN Bilik Seni merupakan satu unit penting dalam organisasi sekolah. Ini adalah kerana unit ini memainkan peranan penting dalam menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Pendidikan Seni Visualdan program yang berkaitan dengan seni. Oleh itu, Bilik Seni sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada seluruh warga Sekolah Jerantut Jaya. Bagi meralisasikan dan melicinkan perkhidmatan Bilik Seni telah membentuk satu organisasi bagi sesi 2010. ia terdiri daripada Ketua Panatia seni, setiausaha dan guru-guru yang mengajar matapelajaran Pendidikan Seni Visual. RASIONAL Pengurusan Bilik Seni yang terancang dan bersistematik dapat menanam nilai-nilai murni dan estetika dalam penghasilan sesebuah karya seni kepada murid dan semua warga sekolah. Pengurusan dan aktiviti yang dijalankan dapat memupuk minat murid dan warga sekolah untuk sama-sama melibatkan diri dalam program yang dirancang. Ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid dan warga sekolah tentang kepentingan dan ilmu pengetahuan di dalam bidang seni visual. OBJEKTIF Objektif Bilik Seni ialah : Dapat meningkatkan bakat, minat dan kemahiran murid dalam menghasilkan karya. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan meyeronokkan, menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera, mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni
visual, STRATEGI Strategi untuk pengurusan UPP sekolah yang cemerlang ialah: a. Pengurusan yang cekap b. Kerjasama diantara AJK unit dengan guru-guru Pendidikan Seni Visual d. Mewujudkan sistem fail yang kemas dan teratur f. Membimbing murid dalam proses menghasilkan karya.
MATLAMAT Untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.. PIAGAM PELANGGAN ( 5M ) Menyediakan jadual pelaksanaan dan perancangan Pendidikan Seni Visual mengikut perancangan sekolah. Memastikan setiap aktiviti dan program seni serta kursus yang dirancang dilaksanakan dengan berkesan. Memperkembangkan amalan terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui usaha kolaboratif dengan pihak sekolah serta menyediakan program yang memberi manfaat. Memastikan aktiviti pendidikan seni visual dilaksanakan dengan berkesan. Memberi pendedahan kepada murid tentang kerja-kerja seni yang dapat menarik minat murid dan guru untuk berkarya.
PENGURUSAN STUDIO/BILIK SENI DI SEKOLAH (a) Warna Dinding - Warna-warna yang disarankan adalah warnawarna terang nampak besar selain daripada sesuai untuk dijadikan latar
(b) Papan Buletin - untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat
(d) Bahan Pameran Khas - mempamerkan objek semula jadi yang boleh membangkitkan rasa ingin tahu. (e) Zon Kerja- lokasi murid menghasilkan karya dan menyiapkan kerja mereka meja kerja , bahan seni , warna , jarak yang sesuai antara pelajar.
(f) Stor Penyimpanan - Rak simpanan boleh digunakan untuk menyimpan bahan dan hasil karya pelajar seperti folio dan buku latihan.
(a) Membaca Label Bahan - mengandungi kandungan yang merbahaya dan boleh membahayakan kesihatan murid. (b) Pilih Bahan Sesuai Mengikut Peringkat Umur - mengenalpasti bahan dan alatan yang sesuai dengan tingkatan umur murid. (c) Mewujudkan Panduan Keselamatan - Dokumen keselamatan disediakan sebagai peraturan yang digunakan oleh semua murid untuk mengelakkan kemalangan. (d) Menggunakan Bahan Alternatif - mencari bahan dan alat alternatif bagi menggantikan alatan dan bahan yang tidak selamat. Cth Cat minyak - Cat air/Pewarna berasaskan , Varnish - Cat tempera Thinner- Acrylic
Pemilihan Karya
Kriteria pemilihan karya murid perlu melihat kepada dua perkara iaitu dari sudut pedagogi (keberkesanan dan penyampaian proses dan kaedah menghasilkan karya ) dan juga nilai estetik (pencapaian objektif penghasilan karya untuk cantik atau
sebaliknya ).
Susun Atur Karya 1. Karya 2 Dimensi - bahan dan karya 2 dimensi sebuah panel pameran
diperlukan 4 x 8 - setiap karya yang ingin dipamerkan perlu dibingkaikan supaya nampak kemas dan menarik. 2. Karya 3 Dimensi Meja yang dilapik dengan kain berwarna boleh
digunakan sebagai tempat untuk meletakkan objek dan hasil karya. - disusun mengikut jenis dan ketinggian - hasil karya seramik, sejenis kotak yang dikenali sebagai pedestal boleh digunakan. Anda mungkin juga meminati:
CONTINUE 4 CHAPTER 6,7,9 BAHAN BANTU MENGAJAR SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM KBSR PENDIDIKAN SENI VISUAL