Anda di halaman 1dari 19

PROGRAM BIG 2013/SEMESTER 5

KERTAS PROGRAM KERJA PROGRAM AMAL DI RUMAH ORANG TUA.


IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL 21030 KUALA TERENGGANU DISEDIAKAN OLEH:NOR AINI BINTI MUHAMAD NOR ROHAIZAN BINTI ABU NORHAMIZAH BINTI AZMAN.
ANJURAN: UNIT PRA B (PPG) AMBILAN JUN 2011 TARIKH: 21 SEPTEMBER 2013 TEMPAT: KEDIAMAN PN ESAH BINTI ENDUT. MASA: 8:30 PAGI5:00 PETANG

PROGRAM BIG 2013/SEMESTER 5

PENDAHULUAN.

Matlamat aktiviti ini adalah untuk melahirkan sikap prihatin dan membudayakan budaya penyayang golongan pendidik kepada warga emas yang semakin terpinggir oleh arus kemodenan yang berlaku di negara kita.

TAJUK PROGRAM KERJA AMAL DI RUMAH ORANG WARGA EMAS PUAN ESAH BINTI ENDUT.

MATLAMAT PROGRAM

Memastikan golongan pendidik yang dilahirkan oleh IPG KDRI mampu mengamalkan budaya penyayang dikalangan golongan warga emas. Menanam rasa tanggungjawab di kalangan guru pelatih PPJ dengan individu yang memerlukan bantuan dan pertolongan. Mewujudkan rasa cinta golongan pendidik kepada warga emas yang sering dipinggirkan oleh keluarga hari ini.

PROGRAM BIG 2013/SEMESTER 5

OBJEKTIF PROGRAM KERJA AMAL DI RUMAH ORANG TUA. 1. Menanam rasa cinta warga pendidik kepada warga emas yang memerlukan bantuan dari segi tenaga.

2. Tujuan kerja amal ini ialah untuk melahirkan rasa tanggungjawab gologan muda kepada golongan warga emas.

3. Mewujudkan interaksi sosial yang baik dengan komuniti di sekeliling warga pendidik.

4. Melengkapkan Kerja Kursus Bina Insan Guru untuk semester lima bagi pelajar PPG IPG KDRI.

5. Memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk menjalankan kerja secara berkumpuln dalam menjayakan sesuatu projek .

PROGRAM BIG 2013/SEMESTER 5

AHLI JAWATANKUASA KERJA AMAL RUMAH ORANG TUA 2013

PENASIHAT PN NORASAMAH BINT MOHD NOOR ( PENSYARAH PRA B )

PENGERUSI EN SALIM BIN MUSA EN ZAKI BIN TANHERA

NAIB PENGERUSI PUAN NORLIDA BINTI WAHAB.

SETIAUSAHA ZARIAH BINTI JAAFAR

BENDAHARI. NOORAZIAN BINTI SAID@NAWANG

PROGRAM BIG 2013/SEMESTER 5

AHLI JAWATANKUASA

J/K KEWANGAN ROZITA BINTI CHIK SITI MAHAYU NORASHIKIN BINTI AYOP

J/K BUKU PROGRAM NOR AINI BINTI MUHAMMAD NOR. ZURINA BINTI ABDULLAH MAZIAH BINTI ABDUL RAZAK

J/K KESELAMATAN CHE KU ROHANA BINTI CHE KU JUSOH NOR ZAIMAH BINTI M. NOR

J/K PERALATAN. NORUL HAYAT BINTI ABD AZIZ ROSNANI BINTI ZAINORDIN NOTRAH BINTI JUSOH J/K MAKANAN DAN MINUMAN NOR HAMIZAH BINTI AZMAN. AZLINA BINTI AWANG@SETAPA J/K DOKUMENTASI. ROHAIZAN BINTI ABU KAMARIDAH BINTI MOHD ALI. ZALEHA BINTI MOHD NONG KAMARIDAH BINTI MOHD ALI.

PROGRAM BIG 2013/SEMESTER 5

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM KERJA AMAL 2013

BIL

PERBELANJAAN

JUMLAH

CATATAN.

Makanan peserta program kerja amal di rumah orang tua.

RM3.00 X 30 orang murid. RM 90.00

Cenderahati kepada Pn Esah Binti Endut

RM50.00

Peralatan pembersihan Ajax Fabuloso Pewangi Plastik sampah Sabun Penyapu

RM50.00

JUMLAH

RM190.00

PROGRAM BIG 2013/SEMESTER 5

TENTATIF PROGRAM

TENTATIF PROGRAM
8:30 pg ~ Berkumpul di IPG KDRI 9:00 pg ~ Bertolak ke rumah warga emas. 10:00 pg ~ Taklimat ringkas. 10:15 pg ~ Aktiviti bermula. ~ Membersih kawasan. ~ Mengecat rumah. ~ Menanam pokok bunga & herba. 1:15 tgh ~ Persegaran ~ Rehat. ~ Solat zuhur. 2:30 ptg ~ Aktiviti diteruskan. 5:00 ptg ~ Bersurai.

PROGRAM BIG 2013/SEMESTER 5

HARAPAN DAN PENUTUP Melalui aktiviti yang dijalankan adalah menjadi harapan kepada pelatih-pelatih dari Pengkhususan Pendidikan Awal Kanak-Kanak IPG Kampus Dato Razali Ismail Kuala Terengganu untuk melahirkan golongan pendidik yang prihatin kepada warga emas yang semakin terpinggir dikalangan masyarakat yang bertambah maju. Program ini juga menjadi titik tolak kepada penyempurnaan Kerja Kursus Program Bina Insan Guru ( BIG ) untuk pelajar-pelajar IPG KDRI. Moga a adalah satu program yang berterusan dalam merealisasikan budaya penyayang di kalangan masyarakat kita. DIsediakan oleh; Disemak oleh;

. ( PN ROHAIZAN BINTI ABU) AJK DOKUMENTASI PRA B PROGRAM PPJ IPG KDRI Kuala Terengganu.

. (PN NOR ASMAH BINTI MOHD NOOR) Penyelaras Program Kerja Amal BIG, SK Seri Gelugor 24300 Kerteh Kemaman Terengganu

PROGRAM BIG 2013/SEMESTER 5

PELAPORAN KERTAS KERJA PROGRAM KERJA AMAL DI RUMAH WARGA EMAS. RUMAH PUAN ESAH BINTI ENDUT( 66 TAHUN ) Pada hari Ahad yang laju pelajar-pelajar PPG KDRI Kampus cawangan Dato Razali Ismail yang disertai oleh 22 orang pelajar PPG dari pengkhususan Pendidikan Awal Kanak-kanak telah mengadakan aktiviti kerja amal di rumah Puan Esah BInti Endut yang beralamat di No 223 Kg Seberang Takir Kuala Terengganu. Program kerja amal yang bermula pada jam 8.30 pagi telah diketuai oleh saudara Zaki Tenreha dan dibantu oleh saudari Norlida BInti Wahab.. Bertempat di kedai makan Wak Dol berhampiran dengan Hok Keng Seng Gong Badak bermulanya program kerja amal ini. Bermula dengan pembahagian tugasan di rumah Puan Esah hinggalah kepada kerjakerja mengecat dan pembersihan ia akan dilakukan secara gerak kerja kumpulan. Setiap dari kami mempunyai tugas masing-masing. Pembahagian ini bertujuan untuk memastikan tugasan yang dirancang boleh dilaksanakan dengan cara yang sistematik dan boleh selesai dalam masa telah dirancang. Setelah menepuh perjalanan lebih kurang 10 minit perjalanan secara berkonvoi rombongan kelas kami telah tiba di rumah Puan Esah Binti Endut. Kedatangan kami disambat dengan senyuman oleh beliau. Rumah yang agak usang yang telahd

didiami oleh beliau selama lebih kurang 40 tahun adalah rumah peninggalan arwah suaminya Encik Razak Bin Deraman. Puan Wok yang telah diberitahu lebih awal tentang kedatangan kami menyambut ketibaan kami dengan senang hati. Kami dibawa berjalan-jalan disekitar kawasan

rumah terbabit dan beliau sempat menceritakan serba sedikit latar belakangnya kepada rombongan kami. Setelah hamper 10 minit berbual dengan beliau kami mula beransuransur bergerak dalam kumpulan yang telah dipersetujui dalam

PROGRAM BIG 2013/SEMESTER 5 Sebelum bergerak ke lokasi dan tempat tugasan masing masing kami terlebih dahulu mendapat taklimat ringkas dari En Zaki yang merupakan ketua kami pada hari itu. Bermula dengan kawasan di dalam rumah ia dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti di bilik tidur, ruang tamu, dapur , tandas dan sekitar rumah. Manakala di kalawasan luar rumah pula ia terdiri dari kawasan sekitar rumah berkenaan. Aktiviti kami diruang tamu diterajui oleh saudari Norlida, Rohaya dan Norazian. Aktiviti amal bermula dengan kerja mengemas barang-barang yang terdapat di ruang tamu seperti surat khabar, perabut lama yang tidak digunakan lagi. Surat khabar yang tidak digunakan lagi diletakkan di dalam satu beg besar untuk dibawa ke tempat pembuangan sampah. Selesai kerja mengemas Manakala kumpulan dua pula melakukan kerja mengemas diruang dapur yang mempunyai dua bahagian iaitu dapur basah dan dapur kering. Kerja diruangan ini agak banyak kerana keuzuran Puan Esah telah menghalang beliau dari melakukan kerjakerja berat. Disinilah tanggungjawab kami hulurkan untuk golongan yang memerlukan seperti ini. Dengan tanggungjawab yang tergalas di bahu kami pelajar IPG KDRI kami melakukannya dengan seikhlas yang mungkin. Dan moga ini bukan yang terakhir untuk kami semua. Senyuman yang dilemparkan oleh wanita tua ini menyuntikkan lagi semangat kami untuk terus melakukan program kerja amal seperti ini. Dari tugas pengumpulan

peralatan yang tidak digunakan lagi seperti tin biskut, plastik terpakai, baju buruk yang bertaburan di dalam almari yang agak usang kumpulan ini mula menyusun dan mengemas apa yang perlu untuk memastikan kawasan dapur warga emas ini berada dalam keadaan yang kemas dan selesa. Kerja amal juga tertumpu pada ruangan atas dan tingkap yang dipenuhi dengan sarang labah-labah dan habuk. Setelah hampir 2 jam kerja berkumpulan ini dilakukan

ruangan di bahagian dapur basah dan kering hampir selesai. Kerja-kerja dibahagian ini tertumpu pula kepada kerja mengemop lantai.

PROGRAM BIG 2013/SEMESTER 5 Setelah selesai mengelop lantai ruangan yang pada mulanya agak berselerek kelihatan agak bersih dan kumpulan kami amat berpuas hati dengan ruangan ini yang kelihatan bersih dan kemas. Di sini satu pengajaran yang diperolehi ialah kerja muafakat itu tiada berat dan segala yang nampak berat itu sebenarnya amat mudah diselesaikan

andainya pemuafakatan disemai dalam setiap aktiviit. Diluar rumah pula 2 pelatih lelaki melakukan kerja membersihkan lokong yang kelihatan cukup tidak terjaga. Dengan kudrat yang dicurahkan oleh saudara Salim dan saudara Zaki setelah hampr 3 jam mengembeleng tulang empat kerat akhrinya lokong yang tadi kelihatan agak kotar berubah wajah. Setelah jam menghampiri jam 4.00 saya dan kumpulan akhirnnya berjaya mencapai objetif yang telah kami rancang secara kerja kumpulan. Program kerja amal ini

dimeriahkan lagi dengan jamuan makan yang disedaikan sendiri olah saya dan pelatih dari pra B dan pensyarah pembimbing kami iaitu Puan Nor Asmah Binti Mohd Noor. Dengan berakhirnya jamuan itu maka berakhirlah program Bina Insan Guru untuk kali kedua ini. Program ini bukan sahaja merapatkan hubunan antara ahli kuliah tetapi ia adalah

usaha awal yang membantu kami menyemai rasa kasih sayang kepada warga emas ini. Semoga program ini dipermudahkan lagi oleh Allah SWT untuk kami sempurnakan dilain masa dan ketika Insyaallah

PROGRAM BIG 2013/SEMESTER 5

GAMBAR PROGRAM KERJA AMAL PELAJAR PPJ IPG KDRI

Baner yang telah ditempah khas untuk program BIG PRA B yang disertai oleh 23 orang pelatih dari kelas pengkhususan Pra B Institut Pendidikan Guru Kampus Cawangan Dato Razali Ismail.

PROGRAM BIG 2013/SEMESTER 5

Kerja-kerja di bahagian dapur dimulai dengan mengemas bahan-bahan yang telah tidak digunakan lagi oleh Puan Esah BInti Endut.

PROGRAM BIG 2013/SEMESTER 5

Aktiviti diluar rumah termasuklah aktiviti mengecat pagar yang telah agak lusuh.

PROGRAM BIG 2013/SEMESTER 5

PROGRAM BIG 2013/SEMESTER 5

Sekian program kerja amal di rumah Pn Esah Binti Endut untuk program Bina INsan Guru semester 5 pelajar-pelajar PJJ IPG KAMPUS CAWANGAN DATO

RAZALI ISMAIL. KUALA TERENGGANU.

Terima kasih
Muafakat itu tiada berat

PROGRAM BIG 2013/SEMESTER 5 REFLEKSI BIG. Alhamdulillah program kerja amal yang dilaksanakan pada 21 oktober 2013 adalah satu program yang bukan sahaja boleh memupuk budaya kerja berpasukan di kalangan warga Pra B pengkhususan Pendidikan Awal Kanak-Kanak tetapi ia juga adalah satu titik tolak pembudayaan program penyayang kepada saya khasnya dan rakan-rakan amnya. Pada mulanya program ini nampak sukar dan terpaksa beberapa kali terpaksa bertukar lokasi program kerja amal tersebut tetapi Alhamdulillah berkat kerja berpasukan yang telah ditunjukkan oleh warga pra B akhirnya program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program ini bukan sahaja lain dari yang dilaksanakan oleh kelas pra yang lain tetapi ia juga satu kerja berpasukan kepada komuniti setempat yang memerlukan bantuan dan sokongan dalam apa jua bentuk. Progam yang berlangsung dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang amat bermakna untuk saya kerana ia bukan sahaja merapatkan hubungan dalam satu kuliah tetapi ia juga merapatkan jurang antara warga pendidik dengan golongan warga emas yang sering diperkatakan dewasa ini. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi juga memberi saya pengajaran yang cukup bermakna tentang betapa hebatnya impak yang dijanjikan oleh kerja kumpulan berbanding dengan kerja individu. Segala tugasan yang pada mulanya nampak agak berat dan sukar , sebenarnya bukanlah sesuatu yang membebankan jika ia dilahirkan hasil kerja berpasukan. Bertempat di rumah Puan Esah BInti Endut bermulalah kerja saya dan rakan-rakan dari Pra B melaksanakan Program Kerja Amal untuk melengkapkan program BIna Insan Guru bagi semester 5 ini. Dalam kerja berpasukan ia banyak melatih saya budaya toleransi, budaya berhemah, bertanggungjawab yang berjaya dipupuk secara tidak langsung sepanjang

berlangsungnya aktiviti ini. Ia menjadikan saya dan rakan-rakan berada seolah-olah

PROGRAM BIG 2013/SEMESTER 5 dalam satu keluarga yang cukup besar dan amat meriah. Disini juga ia melatih saya untuk saling bantu membantu dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Segala ilmu dan pengajaran yang amat positif yang telah berjaya disemai dalam

program kerja berpasukan ini menyuntik semangat saya untuk melaksanakan program seperti ini untuk anak didik saya bertepatan dengan bidalan melentur buluh biarlah dari rebungnya kepada anak-anak prasekolah saya suatu masa nanti. Ini amatlah penting dalam membudayakan budaya penyayang yang seolah-olah semakin terpinggir di kalangan generasi muda kita hari ini. Program ini juga mendedahkan kepada saya tentang betapa pentingnya perancangan yang teliti dalam menjayakan sesuatu projek yang dirancang. Tanpa perancangan yang teliti segala yang dirancang mungkin akan gagal mencapai sasaran yang telah digariskan oleh kita. Penganjuran ini juga adalah kejayaan saya dan rakan kuliah pra B dalam melaksanakan Program Bina Insan Guru atau ringkasnya dengan cara yang cukup bermakna dan membudayakan gerak kerja secara kumpulan. Kesimpulan yang dapat saya rumuskan dalam perlaksanaan program ini ialah kerja yang dilaksanakan hasil dari pemuafakatan akan menghasilkan sesuatu yang cukup sempurna dan mudah. Segala permasalah yang wujud mampu diselesaikan hasil dari kata muafakat semua komunti kumpulan melatih saya mengaplikasikan budaya berhemah dan toleransi dalam satu pasukan. ROHAIZAN BINTI ABU 740730-115138

PROGRAM BIG 2013/SEMESTER 5

Anda mungkin juga menyukai