Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS MULTAQA GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH KULAI TAHUN 2009 DI DEWAN ASRAMA, SMK BANDAR

PUTRA, KULAI 10 OKTOBER 2009 Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia Tn. Hj. Ustaz Muhd Hairozi bin Muhammad, Penolong Pengarah Kawalan Akidah dan Ajaran Sesat, Unit Operasi Dakwah dan Kepimpinan, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Dari Raub pergi ke Pontian Terus pula ke Kuala Perlis Harap semua berikan perhatian Mohon saya mulakan Majlis. Min Raub ila Pontian Satuwaasilu fi Kuala Perlis Arju lakum taqdimul ikhtimam Istadzinu an abdaul Majlis. Yang Berbahagia Tn. Hj. Ustaz Muhd Hairozi bin Muhammad Penolong Pengarah Kawalan Akidah dan Ajaran Sesat Unit Operasi Dakwah dan Kepimpinan Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Johor selaku tuan penceramah kita pada hari ini Yang Berusaha Ustaz Ziman bin Mohammad Penyelia Kanan Pendidikan Islam Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Kulai Yang Dihormati En. Azman bin Adnan Pengetua

SMK Bandar Putra selaku tuan rumah Ahli Jawatankuasa Kerja Multaqa Guru-Guru Pendidikan Islam Daerah Kulai Tahun 2009 Guru-Guru Pendidikan Islam Daerah Kulai hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian. Selamat datang ke : Multaqa Guru-Guru Pendidikan Islam Daerah Kulai Tahun 2009. Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri. Hadirin dan hadirat sekalian, Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izinNya jua, dapat kita dipertemukan dalam Multaqa Guru-Guru Pendidikan Islam Daerah Kulai Tahun 2009 di dalam Bulan Syawal yang mulia ini. Mudah-mudahan ianya dapat mengeratkan ukhuwwah di antara Guru-Guru Pendidikan Islam di Daerah Kulai ini. Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Bagi memohon keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Asri bin Hussin daripada SK Kulai 1. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Asri bin Hussin atas bacaan doa itu tadi. Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian, Bagi menambah kemeriahan Majlis kita pada hari yang penuh dengan kemuliaan ini, marilah sama-sama kita dengarkan bacaan berzanji, dan

sama-sama kita berselawat ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Untuk itu, dipersilakan kepada Ustaz Mohd Nazli bin Abdul Samad daripada SK Kangkar Pulai 2 dan Ustaz Syam bin Hamzan daripada SK Polis Kem untuk membaca rawi dan memimpin bacaan selawat. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Nazli bin Abdul Samad dan Ustaz Syam bin Hamzan atas bacaan rawi dan memimpin bacaan selawat sebentar tadi. Hadirin dan hadirat sekalian, Tak Tak Tak Tak molek jika ada alu tiada lesungnya berguna jika ada dayung tiada perahunya berkat ilmu tanpa amalnya lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Untuk itu, Majlis dengan ini ingin mempersilakan kepada Yang Berusaha Ustaz Ziman bin Mohammad, Penyelia Kanan Pendidikan Islam, Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai untuk menyampaikan ucapan aluan. Dipersilakan dengan segala hormatnya. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Ustaz Ziman bin Mohammad di atas ucapan yang telah disampaikan. Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Kini, tibalah masanya untuk sama-sama kita dengarkan ceramah yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Tn. Hj. Ustaz Muhd Hairozi bin Muhammad, Penolong Pengarah Kawalan Akidah dan Ajaran Sesat, Unit Operasi Dakwah dan Kepimpinan, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Syukran jazilan diucapkan kepada Tn. Hj. Ustaz Muhd Hairozi Muhammad di atas ceramah yang telah disampaikan sebentar tadi. bin

Mudah-mudahan kita semua akan dapat mengambil istinbath dan istifadah daripada ceramah yang telah disampaikan itu. Hadirin dan hadirat sekalian,

Bunga mawar cantik berseri Dipetik juragan dibawa ke pekan Persembahan nasyid nama diberi Marilah bersama kita saksikan. Sebagai hidangan untuk telinga yang fitrahnya mendengar, marilah samasama kita berhibur dengan beberapa buah lagu yang akan didendangkan oleh kumpulan daripada SK Polis Kem. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada atas persembahan nasyid sebentar tadi. Untuk pengetahuan semua, kumpulan nasyid ini telah mewakili Daerah Kulai ke Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Negeri Johor Tahun 2009. Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Tuan puteri tersenyum-senyum Melihat mempelai direnjis dipilis Senyum-senyum jangan tak senyum Sudah kita di penghujung Majlis. Saya mewakili Majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya. Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini. Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali. Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al-`Asr. Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi Taala wa ilal liqa, maas salamah.

Dijemput kepada Yang Berusaha Ustaz Ziman bin Mohammad untuk mengiringi Yang Berbahagia Ustaz Mohd Hairozi bin Mohammad disertai para tetamu untuk menikmati sedikit hidangan jamuan yang telah disediakan. Juga dipersilakan kepada semua untuk sama-sama menikmati jamuan yang telah disediakan.