Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

PERNYATAAN PROFESIONAL. HARAPAN UNTUK PRAKTIKUM FASA 2 MINGGU SEBELUM PRAKTIKUM (9-15 JULAI 2013)

Minggu ini merupakan minggu terakhir saya untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi praktikum pada minggu hadapan iaitu bermula daripada 15 JULAI hingga 21 SEPTEMBER 2013. Minggu ini juga merupakan minggu cuti penggal pertama. Ini merupakan satu peluang pada saya untuk mempersiapkan dokumen-dokumen, fail-fail dan bahan bantu mengajar yang akan digunakan sewaktu praktikum nanti. Kuliah amali dan teori yang saya perolehi sepanjang di kelas akan saya gunakan dalam menyiapkan diri untuk menjalani praktikum ini. Memandangkan ini merupakan pengalaman pertama saya untuk menjalani praktikum maka kegentaran dan pelbagai soalan dan pemikiran negatif yang menerjah minda. Namun saya cuba untuk berfikiran positif dan menerima segala cabaran yang mendatang. Saya dan rakan saya, Azizi akan menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Taman Melawati (2) Selangor. Saya berasa seronok kerana kami sudah sering bekerjasama dalam membuat tugasan dan pelbagai aktiviti sebelum ini. Oleh yang demikian, persefahaman yang telah wujud antara kami bisa melicinkan lagi perjalanan praktikum pada kali ini. Saya berharap dapat berkongsi idea, maklumat serta pendapat dengan beliau. Semoga kerjasama kami ini akan berterusan menghasilkan sesuatu yang baik. Harapan saya untuk praktikum fasa 2 ini ialah semoga saya dapat mengumpul pengalaman dan input-input berguna untuk menjadi seorang guru kelak dan juga menambahbaik lagi prestasi dan kekurangan sepanjang praktikum fasa 1 yang lalu. Penyediaan rancangan mengajar, perancangan aktiviti yang menarik, kawalan kelas, sikap profesionalisme dan lain-lain lagi akan saya pelajari dengan bersungguh-sungguh sepanjang menjalani praktikum ini. Saya berharap saya dapat menggunakan ilmu yang telah diperolehi sebelum ini untuk mengajar. Saya sedar banyak kelemahan yang akan timbul, namun sedari sekarang saya akan mengganggap ia sebagai pembakar semangat kepada saya untuk lebih berusaha mempertigkatkan kebolehan diri dan mengatasi kelemahan yang ada. Saya juga berazam untuk lebih mendekati lagi murid-murid Pendidikan Khas di sekolah saya agar tidak

wujud sebarang jurang pemisah antara murid dengan guru. Lebih-lebih lagi murid-murid seperti mereka memerlukan lebih bimbingan dan perhatian. Harapan saya juga agar semua warga sekolah dapat memberikan kerjasama dan wujudnya hubungan baik antara saya dan warga sekolah. Saya akan cuba menjalankan tanggungjawab dengan baik dan mewujudkan persekitaran yang selesa dengan semua pihak. Semoga segala harapan saya ini dapat saya realisasikan dengan baik kelak. InsyaAllah.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Anda mungkin juga menyukai