Anda di halaman 1dari 3

SENI BINA INDIA

Bermula sejak zaman Tamadun Lembah Indus. Ianya banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan cuaca. Seni bina India menggunakan jendela berkisi yang bertujuan untuk mengurangkan pancaran matahari dan penggunaan batu marmar putih. Seni bina India asalnya berakar pada sejarah, budaya, agama dan banyak dipamerkan melalui kuil-kuil Hindu. Kebiasaannya berwarna-warni serta mempunyai unsur dewa-dewi kepercayaan agama Hindu. Seni bina adalah secara terperinci dengan menggabungkan ukiran halus, hiasan emas, motif lukisan tangan dan jubin yang cantik. Perbandaran di India Pembinaan rumah menggunakan batu bermutu tinggi Terdiri daripada beberapa buah bilik dan serambi Bilik mandi dan perigi Terdapat ruang antara rumah untuk peredaran udara Struktur asas : menggunakan batu dan kayu Tamadun Lembah Indus susun atur bandar Mohenjodaro dan Harappa yang lengkap Kota dilengkapi dengan pemandian awam, saluran pembuangan air kotor bawah tanah, gedung-gedung, kota-kota pertahanan dan tempat tinggal. Pelan bilik kediaman menghadap halaman tengah Masyarakat Lembah Indus mempunyai pengetahuan tingggi dalam bidang perancangan bandar. Bandar dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas. Sistem perparitan, rangkaian jalan raya, tandas awam, dewan perhimpunan dan lain-lain. Merupakan bandar terancang pertama di dunia

Pengaruh Dari Seni Bina Lain Seni Bina Hindu Seni bina kuil yang berbentuk bulatan dan empat segi. Mempunyai 4 struktur penting : Shikhara bentuk kereta kuda Vimana menara piramid Ratha batu tunggak (binatang) Gopuram pintu masuk Seni Bina Buddha

Terdapat elemen geometri (empat segi) dan bulat pada zaman Asoka. Contohnya Stupa Buddha, Stambas, seni bina gua, Vedika Batu dan Torana Buddha.

Seni Bina Islam Mempunyai pengaruh dari Timur (Parsi). Contohnya dalam seni bina masjid iaitu Masjid Quwat al-Islam yang mempunyai gabungan India-Islam. Halaman tengah dikelilingi oleh tiang-tiang dengan kubah kecil di atas pintu gerbang utama. Selain itu, seni bina agung iaitu Taj Mahal.

Taj Mahal Taj Mahal yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648. Kadang kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibena Parsi, Turki , India dan dan gaya senibena Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri . Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu yaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi . Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.

Tahun 1631 Shah Jahan yang menjadi Maharaja Dinasti Mughal telah kematian isterinya yang tersayang. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan anak mereka yang ke-14 Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada tahun 1631 ketika itu Shah Jahan dalam kempen memperluaskan tanah jajahannya. Shah Jahan memerintahkan Ustaz Ahmad membentuk bangunan ini. Ustaz Ahmad mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia. Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih, serta seni mozek yang indah, Taj Mahal merupakan salah satu daripada Tujuh Benda Ajaib di dunia. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal, topaz dan nilam telah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa selama 22 tahun.

Anda mungkin juga menyukai