Anda di halaman 1dari 2

2.

Definisi dan Konsep Kata Tugas Untuk menerangkan definisi dan konsep kata tugas ini, semuanya kita ambil daripada

pandangan ahli bahasa dan akademik. Di bawah merupakan definisi serta konsep yang diberi oleh beberapa ahli bahasa dan akademik. Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1997), menjelaskan kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai peghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri atau tugas-tugas lain. Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat. Menurut Dr Ali Mahmod dan rakannya dalam modul HBML2103 Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu memberi definisi kata tugas sebagaisejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat, berfungsi sebagai kata praklausa, prafrasa atau sebagai kata pascakata. Prof. Dr. Asmah Haji Omar dalam bukunya Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus Kepada Perancangan Bahasa Malaysia mendefinisikan kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama am, kata kerja dan kata adjektif yang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa mahupun frasa. Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai inti dalam sebarang frasa utama sebaliknya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu. Mohd Azemi Zawawi dalam bukunya bertajuk Kata Tugas memberi maksud kata tugas ialah kata yang tidak mempunyai makna leksikal, melainkan makna gramatikal atau mendukung sesuatu tugas sintaksis. Dengan kata lain, sebelum bergabung dengan kata-kata lain, kata-kata tersebut dianggap tidak bermakna. Norsinah Saidin dalam bukunya bertajuk Bahasa Melayu Tingkatan 6, mendefinisikan kata tugas sebagai golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen iaitu yang

terkandung dalamnya golongan kecil yang berbeza-beza tetapi satu sifat yang sama iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik iaitu frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.

3.0

Jenis-jenis Kata Tugas