Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan salah satu wahana dalam melahirkan warganegara yang bukan sahaja

kaya dengan nilai-nilai murni tetapi menjadi warga yang mempunyai jati diri tinggi dan dapat membantu diri sendiri, masyarakat dan negara dalam menghadapi cabaran masa depan. Seperti subjek-subjek yang lain, subjek PSK ini juga menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian mengikut tema dan tajuk yang terkandung dalam sukatan ini. Pelbagai kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru-guru PSK untuk mengajar subjek ini. Antaranya ialah kaedah masteri, kontekstual, koperatif, inkuiri penemuan dan berasaskan projek. Dalam tugasan kali ini, saya telah memilih tiga kaedah pengajaran untuk dihuraikan. Kaedah yang saya pilih ialah kaedah masteri, koperatif dan kajian masa depan. Secara ringkasnya, kaedah masteri ialah suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Kaedah Pembelajaran koperatif pula ialah kaedah yang mewujudkan

suasana pembelajaran yang saling bergantungan secara positif di mana murid akan bekerja dan belajar bersama-sama untuk mencapai sesuatu matlamat yang tertentu. Seterusnya, kaedah kajian masa depan pula merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan. Ketiga-tiga kaedah tersebut mempunyai prosedur atau langkah-langkah yang tersendiri dalam mengajar subjek PSK ini. Di samping itu, kaedah-kaedah itu juga mempunyai keunikan dan kepentingannya dalam mengajar subjek PSK. Semua perkara termasuk ciri-ciri kaedah dan aplikasinya dalam PSK dengan lebih lanjut dalam tugasan ini. akan saya huraikan

Anda mungkin juga menyukai