Anda di halaman 1dari 9

NAMA

UNIT M/P TARIKH

: MARDHIYYAH MOD DESA : WAN SHAHADATUL AMIRAH MOHD ZOBER : NURUL SHAMIRA ABDUL HAMID : NOR BAIAH MAT NOR : PISMP JANUARI 2010, PEMULIHAN 2 : PKP 3118 : 3 JULAI 2012

Bincangkan bagaimana seseorang guru pemulihan dapat menjelaskan konsep nilai tempat dengan menggunakan kalkulator.

Pengenalan
Kalkulator merupakan sebuah mesin yang membantu memudahkan seseorang individu untuk mengira. Cockcroff pada awal tahun 1982, telah melaporkan bahawa penggunaan kalkulator di sekolah rendah tidak akan menjejaskan kemampuan murid untuk membuat pengiraan secara congak atau bertulis.

Nilai tempat bermaksud kedudukan sesuatu nombor dalam susunan tertentu. Contohnya : nombor 19 mempunyai nilai tempat yang berbeza. Digit kiri merupakan nilai tempat puluh manakala digit kanan pula merupakan nilai tempat sa. 1 9
puluh sa

Murid-murid harus memahami nilai tempat, kerana nilai tempat sangat penting untuk menyelesaikan sebarang masalah yang melibatkan nombor. Kalkulator dapat membantu guru untuk mengajarkan nilai tempat kepada murid dengan mudah. Pelbagai aktiviti dan soalan yang boleh digunakan oleh guru untuk menunjukkan konsep nilai tempat dengan meenggunakan kalkulator.

Terdapat banyak kelebihan menggunakan kalkulator antaranya : Murid dapat mengira dengan cepat. Dapat menjimatkan masa murid untuk mengira. Murid akan berasa lebih seronok dan teruja untuk belajar menggunakan kalkulator. Murid akan membuat pengiraan dan mendapat jawapan yang betul dan tepat andai murid menggunakan kaedah yang betul. Murid dapat mengenal nilai tempat dan dapat menyelesaikan sifir dengan pantas.

Aktiviti

Arahan: dengan bantuan kalkulator, cari nombor yang harus ditambah atau ditolak pada setiap tanda soal.
? 124 245 124 275 ? 114 275

Kesimpulan
Pengajaran matematik menggunakan kalkulator dapat menjadikan sesuatu proses pengajaran lebih bermakna kepada murid-murid pemulihan selain mengurangkan beban mereka dalam proses pengiraan. Malah, pengajaran guru yang kreatif dapat membantu pembelajaran murid dengan lebih efektif untuk cemerlang dalam Matematik.

Beri Nilai