Anda di halaman 1dari 39

SMK SULTAN ABDUL SAMAD, TELOK DATOK 42700 BANTING, SELANGOR PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN BIDANG PENGURUSAN DAN

PENTADBIRAN NAMA PENYELIDIK SHAMSUDDIN BIN SAID (KETUA) PUAN HJH UMRAH BINTI DALIMUN (PENOLONG) SEMUA GURU SESI PETANG TAJUK KAJIAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH SESI KETIGA SEBAGAI PENDEKATAN PENYELESAIAN MASALAH PENGURUSAN DISIPLIN DAN AKTIVITI PELAJAR SESI PETANG BAGI TEMPOH MASA DI ANTARA WAKTU KEHADIRAN KE SEKOLAH DENGAN WAKTU SEBELUM SESI PETANG BERMULA . DISEDIAKAN OLEH: SHAMSUDDIN BIN SAID PENGETUA, SMK SULTAN ABDUL SAMAD, TELOK DATOK, 42700 BANTING, SELANGOR
1

ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan Laporan Kajian Tindakan Penghargaan Tajuk Kajian Abstrak Pengenalan Latar Belakang Refleksi Pengurusan Yang Lalu Isu Keprihatinan Objektif Kajian Kumpulan Sasaran Dan Pelaksanaan Tindakan Jadual dan Kos Refleksi Tindakan Cadangan Kajian Seterusnya Bibliografi Lampiran

2 3 4 5 6 7 8 9 - 10 11 - 12 13 14 - 20 21 22 - 24 25 26 27 - 39

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

MENYEDIAKAN PERSEKITARAN YANG KONDUSIF SESUAI UNTUK KEGUNAAN SEMUA MURID SESI PETANG SEMASA INTERVAL TIME ANTARA JAM 11.30 TENGAHARI HINGGA JAM 1.30 AGAR MEREKA DAPAT MENJALANKAN AKTIVITI KERJA RUMAH DAN MENTELAAH DALAM KEADAAN YANG TENANG, SELESA DAN TERKAWAL.

JK SEKOLAH SESI KETIGA

EN SHAMSUDDIN BIN SAID PN HJH UMRAH BINTI DALIMUN EN ABD KARIM BIN ABU BAKAR PN RUBY NORMALA BINTI ABD RASOL EN NOOHBI BIN INSA EN MOHREE BIN HUSSEIN EN RAMLAN BIN SARMIRAN EN NGASIMAN BIN ABD AZIZ SEMUA GURU SESI PETANG SMK SULTAN ABDUL SAMAD TELOK DATOK BANTING 2011.
3

PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya jua penulisan Pelaksanaan Program Kajian Tindakan Sekolah Sesi Ketiga SMKSAS 2011 dapat disempurnakan dengan jayanya. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua pihak yang telah sudi memberikan kerjasama untuk menyempurnakan amanah ini: Jabatan Pelajaran Negeri Selangor Tuan Hj. Abdul Talib bin Hamid Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat, Selangor. Jawatan Kuasa Pelaksanaan Program Sesi Tiga SMKSAS Semua Guru Sesi Petang SMKSAS Semua Pelajar Sesi Petang SMKSAS Semua Pihak Yang Terlibat Secara Langsung dan Tidak Langsung.

TAJUK KAJIAN

SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH SESI KETIGA SEBAGAI PENDEKATAN PENYELESAIAN MASALAH PENGURUSAN DISIPLIN DAN AKTIVITI PELAJAR SESI PETANG BAGI TEMPOH MASA DI ANTARA WAKTU KEHADIRAN KE SEKOLAH DENGAN WAKTU SEBELUM SESI PETANG BERMULA .

NAMA PENYELIDIK

SHAMSUDDIN BIN SAID (KETUA) PUAN HJH UMRAH BINTI DALIMUN (PENOLONG) SEMUA GURU SESI PETANG

NAMA SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ABDUL SAMAD, TELOK DATOK 42700 BANTING, SELANGOR

ABSTRAK
Disiplin dan ketenteraman persekitaran adalah perlu bagi menghasilkan keadaan yang kondusif, selesa dan terkawal di sebuah sekolah semasa waktu pertukaran sesi pagi dan sesi petang, setiap waktu sesi persekolahan. Di masa ini biasanya murid sesi petang yang hadir awal akan membuang masa tanpa mengisinya dengan melakukan aktiviti yang berfaedah dan merayau ke semua persekitaran sekolah tanpa kawalan sehingga mengganggu murid sesi pagi menjalankan P&P mereka. Melihat kepada situasi ini satu kajian tindakan telah dijalankan bagi mencari penyelesaian bagi masalah tersebut. Berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman lalu maka satu sistem pengurusan telah dikemukakan oleh pengetua dan dipersetujui oleh semua guru sesi petang untuk mengawal pelajar sesi petang dengan menentukan tempat duduk atau lokasi mereka di kantin, pondok-pondok, koridor bangunan dan tempat-tempat yang redup sekitarnya mulai pukul 11.30 pagi sehingga loceng masuk sesi persekolahan sesi petang bermula. Sistem ini yang dibentuk untuk mengurus dan mengatur aktiviti khas untuk keperluan pelajar sesi petang dalam jangka masa tersebut dikenali sebagai sekolah sesi ketiga. Dari situasi ini, satu jawatankuasa sekolah sesi ketiga telah ditubuhkan yang dianggotai oleh semua guru sesi petang dan di ketuai oleh En. Abd Karim bin Abu Bakar dan diselaraskan oleh Penolong Kanan Petang. Guru-guru telah dibahagikan kepada tiga kawasan mengikut jadual giliran bertugas mingguan. Mereka diminta mengawal murid dan memastikan murid berada dikantin, pondok dan sekitarnya dalam keadaan tenang senyap. Murid-murid diminta untuk membuat kerja rumah atau mentelaah pelajaran dalam keadaan senyap dan bersopan. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar telah menunjukkan perubahan yang positif dari segi sikap dan nilai, budaya disiplin dan belajar, penggunaan masa yang efektif dan pergerakan. Setelah mereka faham tentang sistem dan konsep sekolah sesi ketiga, mereka didapati memberi kerjasama padu mengikuti peraturan yang ditetapkan. Sebaik sahaja memasuki kawasan sekolah, mereka menuju ke tempat yang dikhaskan dengan teratur, bersedia dengan bahan bacaan atau membuat kerja rumah atau latihan kendiri dan mengawal percakapan atau suara masa perbincangan. Malah jarang sekali dapat dilihat pelajar yang membuang masa dan tidak ada lagi pelajar yang merayau sekitar kawasan sekolah atau melakukan aktiviti pelanggaran disiplin. Pada masa ini dapat dilihat dengan jelas wujud dua sesi persekolahan yang berjalan serentak, iaitu sekolah sesi pertama (pagi) dan sekolah sesi ketiga. Kesimpulannya, sistem sekolah sesi ketiga didapati berjaya memberi impak besar ke arah menyelesaikan masalah disiplin pelajar dan gangguan terhadap proses p & p sekolah sesi pagi serta telah menjadikan persekitaran sekolah lebih tenteram, kondusif serta konstruktif untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah secara keseluruhannya. Pada masa yang sama ia telah menjadi sistem melatih pelajar untuk mengamalkan budaya disiplin dan budaya belajar serta nilai-nilai murni pada sepanjang masa khususnya semasa proses p & P di kelas biasa.

1.0

PENGENALAN

SMK Sultan Abdul Samad telah memasuki era baru dengan beberapa pembaharuan yang dinamik selaras dengan misi dan visi sekolah dengan dokongan bersama oleh pasukan pentadbir serta guru yang berkaliber, berwawasan dan berdedikasi. Berbagai program telah disusun dan dilaksanakan bertujuan menjadikan warga SMK Sultan Abdul Samad bukan sahaja cemerlang, malah terbaik di Kuala Langat dalam segala aspek.

Program Pemulihan atau Kelas Intevensi, Program Kelas Tambahan atau Kelas Pecutan, Program Persekolahan Sesi Ketiga, Budaya Belajar, Budaya Bilik Darjah, Budaya Bye- bye adalah program-program yang dicetuskan oleh pengetua untuk menjana tranformasi pendidikan di SMK Sultan Abdul Samad.

Program Sesi Ketiga Persekolahan adalah salah satu program yang menuntut seluruh warga SMK Sultan Abdul Samad menjalani satu proses Transformasi pemikiran atau anjakan paradigma terutama sekali guru-guru di sesi petang. Ini kerana program ini memerlukan kerjasama dan komitmen sepenuhnya guru-guru sesi petang bagi menjayakannya. Program ini bertujuan mengurus pelajar-pelajar sesi petang yang datang lebih awal ke sekolah agar suasana persekolahan sesi pagi tetap kondusif dan tenteram tanpa gangguan pelajar yang datang awal ini. Disamping itu pelajar-pelajar yang datang awal ini pula tidak membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah atau lebih tepat lagi mereka dapat mengisi masa tersebut dengan membaca buku ataupun membuat kerja-kerja sekolah.

2.0

LATAR BELAKANG KAJIAN

Keadaan kondusif, tenang dan terkawal merupakan keadaan yang dituntut oleh semua sekolah apalagi jika sekolah tersebut mempunyai dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan petang.

Sejajar dengan kehendak ini pihak pentadbiran SMKSAS telah membentuk JK Sekolah sesi Ketiga yang terdiri dari semua guru sesi petang untuk menjalankan tugas tersebut. Berdasarkan pemerhatian dan laporan-laporan yang dibuat oleh guru bertugas, pelajar-pelajar sesi petang yang datang awal ke sekolah di dapati telah menimbulkan masalah disiplin dan gangguan dengan tindakan mereka yang suka merayau sekitar sekolah, terjebak dengan aktiviti vandalism, suka meninjau ke kelas-kelas pagi, suka membuat bising, suka berlari-lari dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan wujudnya suasana yang tidak tenteram dan kondusif untuk pembelajaran khususnya bagi pelajar sesi pagi.

Beberapa langkah kawalan telah dilaksanakan untuk mengawal keadaan ini, tetapi ianya tidak dapat mengatasi keseluruhan permasalahan yang wujud menyebabkan pada akhir tahun 2010, satu cadangan dibuat untuk menjalankan kajian tindakan berasaskan konsep sistem pengurusan sekolah sesi ketiga diputuskan. Konsep ini dilihat mampu membangunkan satu budaya disiplin dan penerapan nilai-nilai murni di kalangan pelajar kerana ia bersifat holistik dan melibatkan satu proses yang berterusan.

3.0

REFLEKSI SISTEM PENGURUSAN YANG LALU

Pada setiap hari, saya dan guru-guru mendapati bahawa pelajar-pelajar sesi petang yang datang awal atau sebelum bermulanya persekolahan sesi petang atau sesi kedua, mereka didapati tidak dapat untuk mendisiplinkan diri serta menggunakan masa yang ada dengan berfaedah. Mereka yang datang lebih awal ini biasa akan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menimbulkan gangguan terhadap pembelajaran pelajar sesi pagi atau pelajar sesi pertama seperti bermain di koridor kelas, bermain di kawasan gelanggang permainan yang terletak berhampiran dengan bilik darjah, berlari di antara satu blok bangunan dengan blok bangunan yang lain, membuat bising, bergaduh dan sebagainya. Sangat jarang pelajar yang menggunakan tempattempat duduk yang ada, pondok atau kawasan kantin sekolah untuk membuat aktiviti pembelajaran seperti ulangkaji, menyiapkan latihan dan sebagainya. Akibatnya keadaan persekitaran disiplin sekolah pada waktu tersebut, iaitu lebih kurang bermula dari pukul 11.30 pagi hingga 1.20 tengah hari menjadi tidak kondusif khususnya untuk pembelajaran pelajar sesi pagi. Keadaan ini memberi gambaran bahawa pihak sekolah khususnya pengetua tidak berupaya menangani masalah pengurusan pelajar sesi petang yang berada dalam kawasan sekolah sebelum bermulanya sekolah sesi petang.

Ini berlaku hampir setiap hari walaupun mereka telah diberitahu dan diberi nasihat untuk menggunakan masa luang dengan berfaedah serta dilarang untuk menimbulkan gangguan disiplin terhadap kelas-kelas pembelajaran pelajar sesi pagi atau pelajar sesi pertama bagi tempoh masa di antara waktu kehadiran mereka dengan waktu sebelum sesi petang bermula. Ada kalangan pelajar pula langsung tidak memberi kerjasama kepada pengetua atau penolong kanan petang atau guru-

guru disiplin walaupun mereka dipanggil atau dikenakan tindakan atas kesalahan mereka membuat kesalahan disiplin. Malah ada antara mereka yang sudah berada di hadapan pintu kelas sesi pagi atau kadangkala mereka masuk ke kelas mereka walaupun kelas sesi pagi belum tamat. Alasan yang diberikan mereka apabila ditanya oleh guru sesi pagi ialah kerusi tak cukup dan takut tak dapat kerusi.

Perlukah satu sistem pengurusan yang komprehensif dicari untuk menangani situasi ini ? atau bolehkan situasi ini di atasi ? Dalam satu perbincangan yang dibuat dengan Penolong Kanan Petang dan guru-guru petang, kebanyakan mereka mengatakan ini berlaku di semua sekolah yang pernah mereka bertugas. Setakat yang mereka tahu, tidak ada pendekatan yang berkesan pernah dilaksanakan oleh sekolah-sekolah tersebut untuk mengatasi masalah ini.

Walaupun saya tidak mendapat cadangan yang konkrit daripada guru-guru saya, tetapi saya percaya bahawa ada sesuatu sistem pengurusan yang boleh mengatasi masalah ini. Sekiranya saya tidak dapat mencari satu idea dan tindakan yang berkesan, saya cukup pasti matlamat untuk membawa transformasi sekolah ini ke arah sekolah yang berwatak dan cemerlang tidak akan tercapai. Malah, saya melihat bahawa mencari satu sistem pengurusan pelajar yang berkesan akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pelajar baik dari segi sahsiah, nilai-nilai positif, akademik, kepimpinan dan pembangunan sikap, pemikiran dan tingkahlaku pelajar secara holistik. Pada masa ini saya telah membawa satu pendekatan yang menggunakan konsep Sistem Pengurusan Sekolah Sesi Ketiga sebagai cara penyelesaian.

10

4.0

ISU KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN

Isu mengenai pengurusan pelajar bagi sekolah yang mempunyai dua sesi sangat banyak seperti masalah pentadbiran, perkongsian kelas, keselamatan kemudahan pembelajaran, pelaksanaan program akademik, kawalan pergerakan, disiplin dan aktiviti (penggunaan masa) pelajar khususnya bagi pelajar sesi petang yang datang awal. Di sekolah saya, pelajar-pelajar sesi petang, sebahagian besar daripada mereka telah datang ke sekolah lebih awal disebabkan oleh mereka menggunakan kenderaan awam, bas sekolah atau dihantar oleh ibu bapa. Bermula seawal 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, hampir 80 peratus daripada jumlah pelajar sesi petang telah berada dalam kawasan sekolah. Manakala menjelang 1.00 tengah hari, hampir 100 peratus pelajar sesi petang telah sampai dan berada dalam kawasan sekolah, sedangkan waktu persekolahan sesi petang bermula 1.35 petang. Oleh itu, terdapat satu situasi, di mana bermula pukul 11.30 pagi hingga 1.35 petang, wujudnya sekumpulan pelajar sesi petang yang telah berada dalam kawasan sekolah tetapi tanpa sistem kawalan, tanpa mempunyai tempat-tempat duduk yang khusus, tanpa membuat apa-apa aktiviti yang berfaedah dan tanpa pengawasan yang khusus. Keadaan ini menyebabkan persekitaran sosial, disiplin dan pembelajaran menjadi sangat tidak kondusif dan menyebabkan berlaku banyak perkara-perkara yang negatif.

Oleh itu, kajian ini akan memberi fokus kepada isu menangani masalah pengurusan pelajar sesi petang dalam tempoh masa di antara pukul 11.30 pagi hingga 1.25 petang. Di antara masalah-masalah pengurusan yang timbul dalam tempoh masa itu ialah:

11

4.1 4.2 4.3 4.4 4.5

Pergerakan pelajar yang tidak tersusun dan terurus Tahap keselamatan dan kawalan disiplin yang rendah Amalan aktiviti pelajar dan penggunaan masa yang kurang bermanfaat Gangguan terhadap pembelajaran dan pengajaran pelajar sesi pagi Mewujudkan persekitaran sosial dan emosi yang kurang kondusif

Saya dan kumpulan guru sesi petang berpendapat bahawa satu sistem pengurusan pelajar perlu dibangunkan bagi menangani isu-isu utama tersebut dengan cara yang lebih sistematik dan terancang. Sistem ini mesti mesti mempunyai satu konsep pendekatan dan pengurusan yang jelas. Oleh itu, satu konsep pendekatan dan pengurusan yang dinamakan sebagai sistem pengurusan sekolah sesi ketiga telah di cadangkan. Konsep sistem pengurusan sekolah sesi ketiga bermaksud satu sistem khas diwujudkan bagi menguruskan dan mengendalikan pelajar-pelajar sesi petang yang telah hadir ke sekolah awal hingga kepada waktu persekolahan sesi petang bermula, iaitu bagi satu tempoh masa di antara pukul 11.30 pagi hingga 1.35 petang.Melalui konsep ini, saya percaya isu-isu utama tersebut dapat di tangani dan di atasi dengan berkesan, di mana ianya akan memberi manfaat dan impak yang baik kepada pihak sekolah, guru, pelajar dan sistem pendidikan secara keseluruhannya. Pada masa yang sama ia akan memberi kesan langsung kepada pembangunan disiplin, akademik dan budaya sekolah.

12

5.0

OBJEKTIF KAJIAN

5.1 Objektif Umum

Mewujudkan nilai-nilai budaya pengurusan disiplin kendiri yang konstruktif di kalangan pelajar sesi petang dalam tempoh masa mereka sampai ke sekolah hingga bermulanya waktu pembelajaran sebenar, iaitu dari pukul 11.30 pagi hingga 1.35 petang.

5.2 Objektif Khusus:

5.2.1 Mengamalkan sistem/ peraturan pergerakan pelajar sekolah sesi ketiga yang teratur. 5.2.2 Meningkatkan budaya disiplin pelajar sekolah sesi ketiga. 5.2.3 Meningkatkan keberkesanan penggunaan masa dengan aktivitiaktivi berfaedah di kalangan pelajar sekolah sesi ketiga. 5.2.4 Menghapuskan gangguan terhadap proses pembelajaran pelajar sesi pagi oleh pelajar sesi petang.

13

6.0

KUMPULAN SASARAN

Sasaran kajian saya adalah terdiri daripada semua pelajar sesi petang yang berjumlah 625 orang tahun 2011, meliputi pelajar kelas peralihan, tingkatan satu dan tingkatan dua. Dari jumlah tersebut, 60 peratus pelajar Cina, 30 pelajar India dan 10 peratus pelajar Melayu.

7.0

PELAKSANAAN TINDAKAN

7.1

Peringkat Pra-Tindakan 1. Tinjauan Masalah.

Pemerhatian telah dibuat untuk mengenalpasti isu-isu utama yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sesi petang apabila mereka berada dalam kawasan sekolah. Ia meliputi masa kehadiran mereka, bagaimana mereka bergerak dalam kawasan sekolah, di mana mereka duduk, apa yang mereka lakukan, apa masalah disiplin yang telah dilakukan dan sebagainya. Hasil dari pemerhatian yang dijalankan, didapati: a. Pelajar-pelajar sesi petang mulai datang ke sekolah seawal pukul 11.30 pagi lagi. Pada pukul 12.30 tengahari, hampir 100 peratus pelajar telah berada dalam kawasan sekolah. b. Pelajar-pelajar yang datang awal ini tidak mempunyai keupayaan untuk mengawal disiplin kendiri. Mereka kebanyakannya akan merayau-rayau sekitar kawasan

14

sekolah dan tidak berada secara tetap di satu-satu tempat. c. Pelajar-pelajar didapati tidak menggunakan masa yang ada untuk membaca buku atau membuat kerja sekolah atau latihan. Sekiranya mereka duduk di satu-satu tempat tertentu, mereka dilihat hanya berborak atau membuat bising. d. Terdapat sebilangan pelajar yang berada di blok-blok bangunan dan berhampiran dengan kelas sesi pagi. Mereka ini mengganggu p & p kelas sesi pagi dan kadangkala masuk ke kelas sesi pagi sebelum guru menamatkan pengajaran. e. Terdapat kes-kes vandalism dan pergaduhan yang melibatkan pelajar sesi petang semasa mereka menunggu untuk memulakan pembelajaran kelas sesi petang.

Dapatan di atas juga diperolehi melalui laporan guru bertugas mingguan.

2.

Menyediakan proposal kajian/kertas cadangan

Satu kertas kajian/cadangan disediakan untuk tujuan taklimat kepada semua guru. 3. Penubuhan Jawatankusa Kajian Tindakan/Program

Satu jawatankuasa serta senarai tugas jawatankuasa telah dibentuk. Jawatankuasa ini mengandungi pelantikan Guru Penolong Kanan sekolah sesi ketiga, penolongnya dan guru bertugas harian.

15

4.

Mengenalpastikan Kemudahan Asas/Fizikal Penempatan Pelajar

Menentukan dan mengenalpasti lokasi atau tempat-tempat/ruangruang/bilik-bilik untuk kegunaan penempatan pelajar. Ia perlu boleh menampung keseluruhan pelajar yang ada atau sebahagian besar. Tempat yang sesuai seperti kantin sekolah, pusat sumber sekolah, pondok-pondok, ruang koridor, dewan, bilik-bilik khas atau ruang-ruang terbuka yang teduh dan bersih. 5. Menetapkan peraturan, label dan nama-nama tempat

Satu peraturan umum mengenai beberapa perkara perlu disedaikan untuk diberikan atau disampaikan kepada pelajar dan guru. Ia meliputi peraturan tentang masa hadir, laluan untuk pergerakan pelajar, peraturan penggunaan tempat-tempat yang dikhaskan, peraturan tentang aktiviti, peraturan untuk keluar/masuk bilik, pengagihan lokasi, nama lokasi dan sebagainya.

8.2

Peringkat Tindakan 8.2.1 Surat pelantikan jawatankuasa dan taklimat Setiap jawatankuasa diberi surat pelantikan dan taklimat 8.2.2 Taklimat dan Penerangan Kepada Pelajar Taklimat dan penerangan di buat kepada semua pelajar pada setiap hari tentang peraturan kehadiran, peraturan penggunaan tempat-tempat duduk, aktiviti-aktiviti yang perlu dibuat, peraturan pergerakan semasa datang dan pergerakan dalam kawasan sekolah, perkara-perkara yang dilarang, budaya sekolah, budaya belajar, sikap terhadap rakan dan guru serta beberapa perkara berkaitan dengan keselamatan.

16

8.2.3 Sistem Laluan Pelajar. Pelajar menggunakan laluan khas apabila mereka sampai ke sekolah untuk bergerak ke lokasi/tempat/pondok/bilik yang telah ditepatkan. Pemerhatian di buat oleh guru bertugas atau pengawas untuk memastikan pelajar menggunakan laluan yang dikhaskan untuk mengelakkan pelajar bergerak secara bebas dan pergi ke blok-blok sekolah atau mengganggu pembelajaran kelas sesi pagi. 8.2.4 Penempatan Pelajar Di Lokasi/Tempat/Pondok Yang Dikhaskan. Pelajar telah diberitahu dan ditetapkan tempat duduk atau menunggu mereka sepanjang masa program sekolah sesi ketiga berjalan. Tempattempat ini telah di namakan dengan nama kelas atau tingkatan masingmasing. Ini bagi mengelakkan mereka daripada berpindah tempat duduk atau tidak mempunyai tempat duduk. Guru bertugas dan pengawas memantau agar pelajar tidak menukar tempat atau berpindah secara sewenang-wenangnya. 8.2.5 Penggunaan masa dan Aktiviti Sekolah Sesi Ketiga. Semua pelajar perlu mengeluarkan bahan bacaan/latihan/ulangkaji apabila telah berada ditempat duduk masing-masing atau dilokasi yang ditetapkan. Bahan-bahan ini perlu diletakkan di atas meja dan mereka dikehendaki membuat aktiviti masing atau mereka dibenarkan berbincang tentang aktiviti pembelajaran dengan rakan atau kumpulan masing-masing. 8.2.6 Penerapan Budaya Belajar/Disiplin Bilik Darjah. Semua pelajar ditegaskan untuk mengamalkan konsep budaya bilik darjah semasa menjalani sekolah sesi ketiga, iaitu mesti duduk ditempat sendiri, mesti ada bahan pembelajaran di atas meja, mesti

17

membuat aktiviti pembelajaran, bercakap dengan kadar perlahan, perlu mendapatkan kebenaran guru atau pengawas untuk bergerak ke tempat kawan atau ke tandas. 8.2.7 Pemantauan Rakan Pengawas. Pengawas sekolah diminta untuk memerhati dan menasihat rakan pelajar lain supaya mematuhi peraturan dan budaya disiplin yang telah ditetapkan. Pengawas perlu menulis nama mana-mana pelajar yang tidak berkerjasama dan membuat gangguan kepada pelajar lain dalam buku rekod disiplin pengawas atau melaporkan kepada guru bertugas. 8.2.8 Kerjasama dan Penglibatan Pentadbir/ Guru Sesi Petang. Semua pentadbir khususnya Pengetua dan Penolong Kanan Petang perlu sentiasa membuat pemerhatian seberapa kerap yang boleh tentang pergerakan dan disiplin pelajar seawal kehadiran mereka lagi. Ini bagi menentukan pelajar-pelajar patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan. Semua guru-guru petang diminta membuat pemerhatian dan pemantauan ke tempat-tempat duduk pelajar sekolah sesi ketiga sebaik sahaja mereka mula sampai ke sekolah. Satu tempat atau ruang duduk khas guru yang selesa disediakan di kawasan kantin sekolah bagi membolehkan pentadbir atau guru bertugas membuat pemantauan atau pemerhatian aktiviti pelajar sekolah sesi ketiga. Tempat tersebut berhampiran dengan lokasi kebanyakan pelajar duduk. 8.2.9 Kemudahan bahan bacaan/rujukan dan NILAM Di pondok tertentu telah disediakan dengan kemudahan bahan rujukan umum/majalah/buku rujukan untuk keguanaan pelajar-pelajar sekolah sesi ketiga. Pelajar-pelajar digalakkan untuk menjalankan program

18

NILAM sebagai pilihan untuk membuat aktiviti yang berbentuk ulangkaji/latihan sekolah. 8.2.10 Program Kaunseling dan Pemantauan Disiplin/Guru Bertugas Guru kaunseling memberi khidmat nasihat kepada pelajar-pelajar yang dikesan menimbulkan masalah disiplin atau tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam sekolah sesi ketiga. Manakala guruguru disiplin atau bertugas harian membuat pemantauan kepada semua pelajar dan di semua tempat yang digunakan oleh pelajar. Jika dikesan ada pelajar yang tidak memberi kerjasama atau melakukan kesalahan disiplin, amaran atau tindakan disiplin dikenakan mengikut peraturan yang sedia ada. Guru bertugas akan merekodkan dan membuat laporan dalam buku laporan sekolah sesi ketiga.

8.2.11 Proses Penambahbaikan Secara Berterusan Pengetua atau Penolong Kanan Petang atau guru bertugas harian perlu membuat pemerhatian terhadap perjalanan sekolah sesi ketiga dan memberi maklumbalas serta teguran semerta mengenai sesuatu perkara yang kurang memuaskan kepada pelajar-pelajar. Guru bertugas perlu merekodkan sebarang dapatan utama dalam buku laporan yang di sediakan.

8.3

Pos-Tindakan 8.3.1 Mesyuarat/Perbincangan Penilaian Jawatankuasa Pelaksana/Pasukan. Perbincangan telah diadakan untuk mengetahui permasalahan dan pencapaian. Ia diadakan pada akhir tahun

19

8.3.2 Pelaporan dan Dokumentasi Satu laporan dan dokumentasi dibuat pada akhir tahun oleh Penolong Kanan Petang dan Penolong Kanan Sekolah Sesi Ketiga.

9.

KEMUDAHAN/BAHAN YANG DIPERLUKAN 9.1 Tempat/dewan/kantin/ruang/bilik/pondok untuk tempat duduk pelajar Gunakan apa jua kemudahan asas yang sedia ada termasuk tempattempat teduh. 9.2 Meja/kerusi/bangku/alas tempat duduk Gunakan peralatan dan kemudahan yang sedia ada. 9.3 Bahan bacaan/buku rujukan/buku teks/bahan latihan/alat tulis dan sebagainya Pelajar boleh menggunakan bahan bacaan/buku mereka sendiri. 9.4 Buku rekod. Dua buah buku rekod atau catatan digunakan, iaitu satu laporan oleh guru bertugas harian dan satu oleh ketua pengawas bertugas

20

10. Bil 1.

JADUAL PELAKSANAAN Aktiviti Peringkat Pra-Tindakan Tinjauan Masalah Proposal Kajian Tubuh Jawatankuasa/Pasukan Taklimat Kemudahan Asas (telah ada/ubahsuai) Bulan Januari Tarikh/Tempoh Masa

2.

Peringkat Tindakan Surat Pelantikan Taklimat Awal/Pelancaran Sistem laluan pelajar Penempatan pelajar Penggunaan masa dan aktiviti pelajar Penerapan budaya belajar Pemantauan rakan pengawas Penglibatan pentadbir/semua guru Penggunaan bahan bacaan/NILAM Kaunseling dan pemantauan disiplin Program penambahbaikan Sepanjang tahun Bulan Jan

3.

Peringkat Pos-Tindakan Mesyuarat Penilaian Kajian Pelaporan dan dokumentasi November

11. Bil 1. 2.

KOS KAJIAN Jenis Bahan/Peralatan/Kemudahan Buku Rekod/Lapoaran Bertugas (2 buah) Bahan bacaan/rujukan/latihan Kos(RM) 10.00 Pelajar sendiri/PSS/soalan latihan

3.

Bilik/dewan/tempat duduk/pondok

Bilik darjah/kantin sekolah/meja/kerusi/ruang yang sedia ada.

4. 5.

Laporan dan dokumentasi akhir tahun Label nama tempat/kelas


21

50.00 20.00 atau guna kertas biasa

12.0 REFLEKSI KAJIAN TINDAKAN

Berdasarkan kepada pemerhatian dan pandangan yang diberikan oleh pelbagai pihak khususnya oleh guru, ibu bapa dan pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Kuala Langat serta komen dari guru-guru luar yang telah membuat lawatan, kajian tindakan ini telah meninggalkan beberapa impak yang besar dalam menyelesaikan isu-isu yang difokuskan.

12.1 Impak Pelaksanaan Tindakan dan Penyelesaian Isu-Isu Utama Melalui Sistem Sekolah Sesi Ketiga. Bil. Isu Keprihatinan/ Fokus Kajian

Isu Utama

Petunjuk pencapaian Teratur gunakan laluan yang ditetapkan Terkawal dan berdisiplin berada di tempat/ lokasi yang ditetapkan mengikut kelas Mengurus masa dengan baik Pelajar membuat kerja rumah, latihan dan membaca buku. P & P berjalan lancar Mereka terikat dengan peraturan sekolah sesi ketiga. Sekolah selamat dan tenteram Pelajar lebih memberi fokus kepada aktiviti berfaedah dan berbudaya disiplin Cepat dan tersusun Tempoh masa 10 minit selepas loceng dibunyikan pelajar telah sampai ke kelas masing-masing. Konsep 1Malaysia mereka boleh duduk dan berbincang bersama antara kaum. Keadaan tenteram dan mesra guru Mereka duduk dengan tenang, sopan ditempat khas dan menghormati guru bertugas

1.

Pelajar masuk dan bergerak ke tempat ditujui dengan Permasalahan bebas/pelbagai hala Pelajar Pelajar merayau-rayau sekitar kawasan sekolah dan tidak berada di satu-satu tempat dengan tetap Pelajar menggunakan masa dengan membuat perkara yang tidak berfaedah seperti bermain, berbual dan sebagainya Proses P & P sesi pagi ( 3 waktu akhir) terganggu oleh pelajar sesi petang. Pelajar banyak melakukan vandalism dan kes-kes disiplin pada waktu sebelum sesi petang bermula Mengambil masa dan lambat masuk kelas waktu pertama kerana pelajar berkeliaran di banyak tempat Pelajar lebih cenderung berkumpul mengikut kaum dan minat Pelajar sering menunjukkan kelakuan agresif dan kurang berinteraksi dengan guru

22

Isu Keprihatinan/ Fokus Kajian

Isu Utama Pelajar tidak mengamalkan budaya belajar walaupun telah berada dalam kawasan sekolah Pelajar kelihatan tidak berwawasan dan suka mengganggu ketenteraman

Petunjuk pencapaian Terbentuk Budaya Pembelajaran Kendiri nilai dan sikap membuat kerja-kerja sekolah telah terbentuk. Berminat Belajar dan Berdisiplin Kebanyakan pelajar menyiapkan kerja-kerja rumah yang diberi dan berupaya mengawal diri sendiri.

12.2

Impak Tidak Langsung Kesan Pelaksanaan Kajian Tindakan Sekolah

Sesi Ketiga.

Bil

Bidang/Skop

Isu/Masalah

Petunjuk Pencapaian Konsep sekolah sesi ketiga Semua guru menerima baik konsep ini setelah melihat keberkesanannya dan mula memberi kerjasama Kerja secara berpasukan Kebanyakan guru mula membuat pemantauan terhadap pelajar-pelajar yang sampai awal Pembentukan Budaya Mesra Kebanyakan guru yang datang awal suka untuk melihat aktiviti pelajar di tempat/lokasi pelajar duduk. Ada kalangan guru membantu pelajar membuat kerja sekolah. Budaya Kerja Guru Meningkat guru sering bercakap tentang perubahan sikap dan disiplin pelajar dan mula memberi penekanan kepada kecemerlangan akademik pelajar. Budaya Sopan dan Hormat Guru Sikap biadab dan melawan guru hampir tidak berlaku lagi. Malah wujud konsep kekeluargaan.

1.

Guru

Guru kurang jelas tentang peranan dan pendekatan pembangunan disiplin pelajar petang Guru tidak memberi perhatian tentang pengurusan pelajar yang datang awal Hubungan guru pelajar dan pelajar guru kurang berlaku di luar kelas atau dalam bentuk tidak formal

Motivasi guru terjejas disebabkan oleh sikap pelajar yang suka melanggar disiplin dan kurang menghormati guru

Guru selalu tertekan dengan tindakan pelajar yang biadab dan suka melawan

23

2.

Ibu Bapa

Ibu bapa menganggap sekolah ini bermasalah disiplin dan berusaha menukarkan anak mereka ke sekolah lain

Menjadi sekolah pilihan Mulai tahun 2011, PPD Kuala Langat telah mengawal permintaan kemasukan ke sekolah ini. Persepsi ibu bapa telah berubah dengan adanya peningkatan disiplin. Harmoni dan Mesra wujud sikap baik sangka antara pelajar pagi dan petang kerana isu-isu gangguan telah tidak berlaku lagi.

3.

Hubungan Sering berlaku buli dan antara pelajar masalah salah faham antara pelajar pagi dan petang

13.0 REFLEKSI KESELURUHAN TERHADAP KAJIAN TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah berjaya membuat transformasi terhadap sikap dan pemikiran pelajar, budaya disiplin, amalan budaya belajar dan penggunaan waktu senggang oleh pelajar dan telah membentuk satu persekitaran baru yang lebih kondusif dan tenteram untuk dinikmat oleh warga sekolah. Hasilnya hampir semua sekolah menengah yang mempunyai dua sesi di daerah Klang telah membuat lawatan penanda aras ke sekolah ini bagi melihat amalan sekolah sesi ketiga.

24

14.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA.

Saya akan mengekalkan pelaksanaan sistem pengurusan sekolah sesi ketiga ini kerana ia telah menyelesaikan banyak masalah disiplin pelajar sesi petang yang datang awal ke sekolah malah sistem ini telah dapat menyediakan persekitaran yang kondusif untuk melatih disiplin serta budaya belajar pelajar.

25

Bibliografi

Abdullah Sani Yahaya. (2009) Mengurus Sekolah. PTS Profesional, Kuala Lumpur.

Buku Manual Kajian Tindakan. (2008) Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malysia.

Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999) Penyelidikan Pendidikan. Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia.

26

LAMPIRAN

Gambar 1 : Ketibaan Penolong Kanan Petang (SM) Klang Untuk Melihat Pelaksanaan Sekolah Sesi Ketiga

27

Gambar 2 : Penolong Kanan Petang Daerah Klang Meninjau Situasi dan Aktiviti Pelajar Sekolah Sesi Ketiga Di Kantin Sekolah.

28

Gambar 3: Ketibaan Tuan Haji Abdul Talib bin Hamid, PPD Kuala Langat Untuk Meraikan Lawatan Penanda Aras Penolong Kanan Petang Daerah Klang

29

Gambar 4: Sesi Taklimat Program Lawatan Penolong Kanan Petang Daerah Klang Bersama Pihak Sekolah Dan PPD Kuala Langat.

30

Gambar 5: Suasana Pembelajaran Kendiri Pelajar Sekolah Sesi Ketiga Semasa Tinjauan Oleh Penolong Kanan Petang Daerah Klang.

31

Gambar 6: Lawatan Penanda Aras Untuk Melihat Pelaksanaan Sekolah Sesi Ketiga Oleh Pentadbir dan Guru SMK Telok Gadong, Klang.

32

Rakaman Gambar Tempat-Tempat Pembelajaran Sekolah Sesi Ketiga dan Aktiviti Pelajar Kawasan Kantin : Masa antara pukul 11.30 hingg 1.30 tengahari

Pembelajaran Kendiri: Gambar 1: Pelajar Tekun Membuat Kerja Sekolah/Latihan

33

Gambar 2:

Gambar 3:

34

Gambar 4: Lokasi Pondok

Gambar 5: Lokasi Koridor Bangunan

35

Gambar 6: Lokasi Pondok

Gambar 7: Guru Membuat Pemantauan

36

Gambar 8: Budaya Disiplin dan Belajar Kendiri

37

Gambar 9: Berhimpun Mengikut Kelas Sebelum Sesi Petang Bermula

Gambar 10: Bergerak Dalam Barisan Masuk Kelas Sesi Petang.

38

Suasana Kerja dan Tempat Bertugas Guru Sesi Ketiga Gambar 1: Guru Sedang Menulis Laporan

Gambar 2: Penolong Kanan Petang dan Guru Sesi Ketiga Sedang Berbincang

39

Anda mungkin juga menyukai