Anda di halaman 1dari 14

KONSEP PENTAKSIRAN

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor da menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.

Proses : Langkah / tindakan / operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki. Maklumat : Bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir. Penghakiman : Proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar. Produk : Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.

TUJUAN PENTAKSIRAN
Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran Menilai aktiviti yang dijalankan pengajaran dan pembelajaran semasa

Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran


Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid

Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan Pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar. hasil

KONSEP KENDIRI
Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar merupakan penilai terbaik terhadap pembelajaran mereka.

Guru tidak mungkin akan mengetahui apa yang pelajar benar-benar tahu atau berupaya mengetahui. Namun, kadang-kadang pelajar sendiri juga tidak mengenal keupayaan sendiri tanpa membuat refleksi, pertimbangan dan penilaian.Penilaian kendiri membolehkan pelajar menilai, dan seterusnya mengenal diri sendiri.

Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan persekitarannya.

Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats(1963), berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara, iaitu: 1) tanggapan diri seseorang individu 2) proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku perasaan dan fikiran.

FUNGSI
Dalam pembelajaran, baik di dalam mahupun di luar bilik darjah, penilaian kendiri; membolehkan pelajar secara individu, mengukur dan membuat refleksi terhadap kekuatan dan kelemahan kendiri dalam penguasaan sesuatu kemahiran atau disiplin ilmu; memberi panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus memulakan perancangan bagi pembelajaran seterusnya; memberi keyakinan kepada pelajar tentang peranannya dalam menilai perkembangan diri dan pencapaiannya;

mengurangkan kebergantungan pelajar pada guru dalam kelebihan dan kekurangan/kekuatan dan kelemahannya dalam sesuatu bidang/kemahiran,
membolehkan pelajar sentiasa bersikap kritis terhadap kerjanya.

KAEDAH
Bagi memastikan penilaian kendiri dilaksanakan dengan berkesandan menepati matlamatnya guru hendaklah: - meyakinkan pelajar tentang kepentingan penilaian kendiri dalam proses pembelajaran.

- mengemukakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar membuat penilaian kendiri.


- melatih pelajar menilai setiap langkah atau pembelajaran mereka berpandukan instrumen seperti senarai semak atau alat rubrik. - membimbing pelajar melaporkan dapatan penilaian masing-masing, dan kesannya terhadap proses pembelajaran seterusnya;

Penilaian kendiri boleh juga dibuat dengan pelajar yang berkenaan menstruktur sendiri segala butiran yang hendak dinilai dan kriteria yang hendak dicapai, sama ada dalam bentuk senarai semak atau sebagainya, kemudian meminta kerjasama rakan sebayanya (individu/kumpulan) membuat penilaian terhadap dirinya.
Dapatan itu kemudian dikumpul dan dianalisis sendiri oleh pelajar tersebut.

Proses menganalisis dan membuat refleksi terhadap penilaian mengenai dirinya sendiri itulah menjadi penilaian kendiri.

KONSEP KENDIRI POSITIF


Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat, mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga meliputi sikap terbuka dan memberi pandangan jika wujud keadaan yang tidak baik dan stabil. Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif - Menghargai - Memuji orang lain - Puas hati dengan pencapaian - Mudah berkawan

Ciri-ciri Konsep Kendiri Negatif - Cenderung untuk merasa salah - Takut kepada kegagalan - Sering merasa bimbang - Pencapaian akademik yang rendah - Mudah berputus asa