Anda di halaman 1dari 2

Refleksi. Tugasan BMM 3117 Keadah Pengajaran Bahasa Melayu KSSR amat mencabar dan membuka minda saya.

Ini kerana saya ditugaskan untuk menyediakan portfolio kursus yang lengkap dan rancangan pengajaran harian ( RPH ).Saya amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana kursus seperti ini didedahkan awal oleh guru pelatih. Tugasan seperti ini akan membantu guru Pelatih apabila menjalani praktikum pada semesta 5, 6 dan 7. Pada semesta 3 PISMP saya telah berpeluang mendalami sukatan pelajaran Bahasa Melayu KSSR, berbekalkan ilmu yang telah saya perolehi pada semesta lepas , ianya banyak membantu dalam menyiapkan tugasan BMM 3117. Bukan itu sahaja ,apabila pertama kali saya didedahkan dengan tugasan ini, saya rasakan tugasan ini akan membebankan saya. Ternyata tanggapan awal saya salah, daripada tugasan ini, saya dapat mengembangkan idea dan kreativiti saya. Ini terbukti apabila saya terpaksa memikirkan aktiviit-aktiviti menarik dan selari dengan standart kandungan dan standart pembelajaran untuk dimasukkan kedalam RPH saya. Semasa saya melaksanakan tugasan ini , banyak masalah yang mendatang, antaranya semasa memikirkan objektif yang hendak dicapai dalam pengajaran saya. Secara jujurnya ,Ini adalah pertama kali saya merancang sendiri RPH, walaubagaimanapun penyarah kami Puan Idawati Binti Moin banyak membimbing saya semasa menetapkan objektif pengajaran, serta merancang aktiviti yang sesuai. Merancang aktiviti bukanlah semudah yang disangka, ini kerana setiap aktiviti perlu selari dengan standart kandungan dan standart pembelajaran. Bagi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang selari dengan dua element ini, saya terpaksa meminta Puan Idawati menyemak beberapa kali aktiviti yang dirancang. Walaupun terpaksa mengemaskini RPH beberapa kali setelah disemak oleh Puan Idawati , saya amat berpuas hati kerana RPH saya menepati piawai yang ditetapkan. Setelah memperbaiki RPH saya sebayak 3 kali akhirnya saya Berjaya menyiapkan satu rancangan pengajaran harian bagi tahun 2 . selama 1 bulan saya mencari maklumat dan berbincang dengan rakan sekelas, banyak ilmu dan pengalaman yang saya perolehi . Antaranya saya belajar bagaimana merancang aktiviti yang boleh menghiburkan murid disamping mereka dapat belajar, selain itu juga kerja

kursus pada kali ini juga menekankan konsep 5P dan kemahiran bernilai tambah yang mesti dimasukkan ke dalam rancangan pengajaran harian. Kesemua aspek yang ingin ditekakan saya percaya akan berguna kepada bakal-bakal guru apabila bergelas seorang pendidik pada masa hadapan. Setelah menyiapkan tugasan ini saya dapati tanggapan saya pada mata pelajaran bahasa melayu telah berubah. Mata pelajaran yang dianggap susah untuk diajarkan ini bukanlah seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetangah pihak. Jika aktiviti yang dirancang mencapai objektif dan menghiburkan murid pasti mata Pelajaran Bahasa Malaysia antara mata pelajaran yang menarik dan menghiburkan .selain itu mata pelajaran bahasa melayu amat istimewa pada tanggapan saya, ini kerana mata pelajaran ini dapat digabung jalinkan dengan pelbagai mata pelajaran yang lain. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai