Anda di halaman 1dari 12

NOTA PJ- MARZIAH M.

NASIR UJIAN KECERGASAN FIZIKAL


BERLANDASKAN KEMAHIRAN MOTOR

Ketangkasan-lari ulang alik, lari zig zag Keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan tepat. Kuasa Keupayaan untuk memindahkan tenaga kepada daya secara eksplosif. Kuasa dirujuk kepada gabungan kekuatan dan kelajuan pergerakan. BERLANDASKAN KESIHATAN Imbangan Keupayaan untuk mengekalkan kedudukan badan dengan teguh Komposisi Badan Kadar relatif otot, lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang membentuk tubuh. Individu yang cergas mempunyai peratus kandungan lemak yang rendah, berkadar dengan berat badan dan ketinggian. Fleksibiliti Fleksibiliti membenarkan sendi atau sendi-sendi bergerak dengan licin dengan rintangan yang minimum. Fleksibiliti dirujuk kepada julat pergerakan sendi. Daya Tahan Kardiovaskular ( berlari 24 km ) Keupayaan sistem kardiorespiratori untuk melakukan kerja bagi satu jangka masa yang lama dan berterusan dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana. Kekuatan Otot-lompat jauh berdiri, lompat sarjan, lontar peluru Keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja). Daya Tahan Otot tekan tubi Keupayaan otot untuk melakukan aktiviti fizikal yang berulangulang atau berterusan bagi satu jangka masa yang lama dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana. sama ada semasa melakukan pergerakan (dinamik) atau semasa pegun (statik). Masa Reaksi Masa yang diambil oleh seseorang untuk bertindak setelah menerima rangsangan untuk berbuat demikian. Kelajuan Keupayaan untuk melakukan pergerakan dalam masa yang singkat. Kelajuan dirujuk kepada jarak pergerakan yang dicapai dalam satu jangka masa yang diberi. Koordinasi- nyatakan deria utk lakukan tindakan yg paling tepat Cth mata / tangan Kebolehan menyelaras dan menyeragamkan pergerakan anggota badan untuk menghasilkan sesuatu tindakan tertentu.

SEGAK STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN APAKAH SEGAK? # PROGRAM PENILAIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK) # DIRANCANG SELARI DENGAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. MATLAMAT # MURID SENTIASA PEKA, BERPENGETAHUAN DAN MENGAMALKAN AKTIVITI KECERGASAN UNTUK MENINGKAT DAN MENGEKALKAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL YANG OPTIMUM. UJIAN-UJIAN SEGAK 1. NAIK TURUN BANGKU ( 3 MINIT ) 2. TEKAN TUBI ( 1 MINIT ) 3. RINGKUK TUBI SEPARA 4. JANGKAUAN MELUNJUR UJIAN MESTI DI SELESAIKAN DALAM HARI YANG SAMA! UJIAN 1 - NAIK TURUN BANGKU (3 MINIT)

- Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome - 96 detik/minit selama 3 minit - Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta - Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan - kiraan dilakukan oleh guru atau menggunakan Polar Heart Rate Monitor - Kadar nadi diambil dlm jangkamasa 1 minit - Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid ini dibatalkan# UJIAN 2 - TEKAN TUBI (1 MINIT)

TUJUAN : MENGUKUR KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT TANGAN SERTA OTOT BAHU PROSEDUR - Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan dan jari-jari kaki. Badan diluruskan - Turunkan badan dengan membengkokkan

TUJUAN : MENGUKUR DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR PROSEDUR - Murid memakai kasut sukan yang sesuai - Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (ikut keselesaan) di letakkan di atas bangku. - Penguji akan memberi isyarat mula - Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik di ikuti kaki kanan kemudian kaki kiri turun di ikuti kaki kanan)

siku sehingga dada menyentuh span - Luruskan tangan seperti dlm kedudukan sedia - Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya - Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3 - Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A

UJIAN 2 - TEKAN TUBI SUAIAN (1 MINIT)

- Murid A berbaring dgn lutut bengkok 90 darjah dan tumit dan kaki sentiasa menyentuh lantai - Buka kaki seluas bahu - Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat pertama

TUJUAN : MENGUKUR KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT TANGAN SERTA OTOT BAHU PROSEDUR - Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki bersilang. Badan diluruskan - Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span - Luruskan tangan seperti dlm kedudukan sedia - Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya - Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3 - Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A

- Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua -Bahagian bawah belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal (ulang prosedur 4) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya - Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 50 detik/minit selama 1 minit - Murid B mengira ulangan perlakuan Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A - Berasa tidak selesa - Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua - Tumit terangkat UJIAN 4 - JANGKAUAN MELUNJUR

UJIAN 3 - RINGKUK TUBI SEPARA (1 MINIT)

TUJUAN : MENGUKUR FLEKSIBILITI TUJUAN : MENGUKUR DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT ABDOMEN PROSEDUR - Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai PROSEDUR - Murid duduk melunjur tanpa kasut. - Tumit kaki di letak di belakang penanda 23 sentimeter. - Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian.

Rakan memegang lutut. - Tapak tangan kanana ditindih di atas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah hendaklah sama. - Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur. - Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap. - Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. - Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan. - Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menganggu pelaku.

topik penting yang berkaitan. Pelajar harus mencari sumber lain untuk menambah pengetahuan dalam topik berkenaan. Objektif pembelajaran Di akhir tajuk ini pelajar dapat 1. mengenalpasti pendekatan, kaedah, teknik dan strategi dalam pendidikan jasmani. 2. merancang strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani BAHAN PEMBELAJARAN 2.0 Sejarah Pembangunan Tingkah Laku Pengajaran. Pengajaran Pendidikan Jasmani menitikberatkan komponen kecergasan dan telah berubah mengikut perkembangan masyarakat yang berkembang maju maka kaedah pengajaran terpaksa berubah. Oleh itu wujudlah gaya arahan yang mementingkan rangsangan tindakbalas iaitu Pendekatan Tradisional. Pendekatan arahan ini masih wujud dan diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di

Pertumbuhan fizikal Berat Tinggi Pertumbuhan gigi Pertumbuhan rambut

Malaysia. Pada masa kini suatu pendekatan baru mula muncul menyahut cabaran masyarakat moden yang progresif. Pendekatan Humanistik meresap masuk dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan menjadi popular. Di Malaysia pendekatan Humanistik dan Tradisional digabungkan. Selain itu Pendekatan Tingkahlaku danPendekatan Sistem ada dijalankan di Malaysia. Pendekatan Humanistik menekankan perasaan seseorang itu terhadap pengalaman pembelajaran. Fokus ditumpukan kepada seseorang pelajar dan memberi peluang untuk penglibatan individu secara mendalam. .Pembelajaran adalah melalui pengalaman.di mana pelajar digalak untuk bertindak sendiri untuk menemui sesuatu. Pendekatan ini mementingkan pelajar sebagai individu yang berpotensi dan menitikberatkan pembangunan sosial dan emosi individu. Mengikut Hellison (1973) dalam bukunya Humanistic Physical Education terdapat empat matlamat yang boleh menolong seseorang guru untuk membentuk cara pengajaran Pendidikan Jasmani ke arah kemanusiaan iaitu penghargaan diri(self esteem), merealisasikan diri(self-actualization), kefahaman diri(self-understanding) dan pertimbangan sosial(social

Perkara yang perlu diberi perhatian semasa ujian segak Periksa kesihatan Jangan paksa Faktor keselamatan Alat digunakan selamat Kawasan selamat Baju sesuai Makan 2 / 3 jam sebelum aktiviti Kasut sesuai

PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI Pengenalan Tajuk ini akan membincangkan berkaitan pendekatan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran Pendidikan Jasmani yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Terdapat banyak pendekatan, kaedah, teknik dan strategi dalam pengajaran namun dalam tajuk ini kita akan membincangkan

consideration). Pendekatan Tingkahlaku menumpukan perhatian kepada pemilikan kandungan mata pelajaran. Ia muncul dari aplikasi psikologi operan(operant psychology) yang dipelopori oleh Skinner(1974). Pendekatan ini menggunakan penguasaan isi kandungan mata pelajaran sebagai pengukur kejayaan pengajaran. Skinner(1974) mencadangkan tiga perkara untuk interaksi antara tingkahlaku dan persekitaran iaitu ketika bila tingkahlaku berlaku, tingkahlaku itu sendiri dan aktiviti pengukuhan. Matlamat pendekatan ini ialah untuk membentuk tingkahlaku terakhir yang boleh diperhati dan dinilai. Aplikasi prinsip psikologi operan ini mencipta suatu alat untuk Pendidikan Jasmani mencapai matlamat bertanggungjawab. Pendekatan Sistem pula menganggap proses pengajaran pembelajaran melibatkan prosedur langkah demi langkah. Pendekatan ini digunakan oleh guru untuk menunjukkan langkah yang digunakan oleh seseorang guru untuk membawa perubahan kepada tingkahlaku. Ciri penting pendekatan ini ia sangat produktif dan ia menunjukkan pertalian antara komponenkomponen yang merangkumi seluruh sistem. Menurut Straub(1976) menyenaraikan sepuluh proses yang terlibat dalam sistem ini iaitu mengenal pasti matlamat, analisis pengajaran, mengenalpasti kemahiran kemasukan pelajar, pembangunan objektif tingkahlaku, pembangunan alat penilaian, rekabentuk strategi pengajaran, pemilihan media, pembangunan atau pemilihan bahan pengajaran dan penilaian formatif. 2.1 Definisi Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Strategi 2.1.1 Pendekatan : Adalah merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan kepada objektifnya (Edward M. Anthony 1963). Ianya merupakan satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur-unsur aksiomatik (kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan). Model pembelajaran diperlukan sebagai rujukan untuk menentukan pendekatan yang dijalankan sesuai digunakan dan mendatangkan keberkesanan. Pendekatan ini berteraskan kepada prinsip atau teori pembelajaran;

- konkrit ke abstrak - mudah ke kompleks - keseluruhan ke sebahagian - umum ke spesisifik (deduktif) Pendekatan mengajar Semasa pengajaran dan pembelajaran seseorang guru boleh menggunakan kaedah-kaedah yang telah dipelajari. Kaedah yang dipilih haruslah bersesuaian dengan tahap kognitif dan psikomotor pelajar. Bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran dicadangkan guru mengaplikasikan strategi, kaedah, teknik dan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan murid. Pendekatan pengajaran berpusatkan guru, pelajar dan berpusatkan bahan seperti penggunaan ICT. 2.1.2 Kaedah

Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan Merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektf pembelajaran khusus dalam jangka pendek. Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih (Edward M. Anthony 1963). Jenis kaedah Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendididikan Jasmani adalah 1. Kaedah Tradisional Ia meliputi Tugasan membaca buku teks Kuliah Mengucap dengan kuat Tumpuan kepada perbendaharaan Laporan secara lisan oleh murid Mengkaji semula(riview)

Ujian,kuiz dan peperiksaan

2. Kaedah Kaedah Inkuiri (Penemuan) Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu : P1- Kenal pasti masalah P2- Rancang penyelesaian P3- Kumpul maklumat P4- Buat tafsiran P5- Buat kesimpulan 3. Kaedah kumpulan - perbincangan kumpulan - kuliah perbincangan - kerja jawatankuasa - main peranan - Sesi Buzz - Sumbangsaran - Wawancara - Konferen

7. itu. Kelebihan

Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah

1.Menggalakkan interaksi antara pelajar 2.memupuk tahap pemikiran kognitif yang tinggi 3.menggalakkan ingatan tentang apa yang diuji. Kelemahan 1. Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusatkan guru 2. Kadangkala sukar untuk melibatkan setiap pelajar dengan berkesan. Pelajar yang lembab atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya. 5. Kaedah Kolaboratif Kolaboratif bermakna satu situasi di mana terdapat unsur bermuafakat serta tolak ansur di antara beberapa individu atau pihak untuk menghasilkan sesuatu yang berkesan. Maka pembelajaran kolaboratif adalah satu kaedah di mana sekumpulan murid bermuafakat serta berganding bahu untuk melakukan aktiviti pembelajaran dengan bimbingan sebaya demi untuk menuju ke arah satu matlamat. Ahli kumpulan berbincang, merancang dan membuat persediaan untuk menyelesaikan masalah tugasan yang diberikan oleh guru. Pembelajaran kolaboratif memerlukan semangat setiakawan, saling percaya, mempercayai dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Prinsip pembelajaran ini ialah kesebayaan, eksperimen, berinteraksi dan kepimpinan. 6. Kaedah Koperatif Unsur- unsur pembelajaran koperatif ialah 1. murid terlibat dalam memberi penerangan kepada rakan. Ahli berinteraksi diantara satu sama lain untuk mewujudkan persefahaman dan kemajuan 2. murid bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah. Ahli kumpulan bergantung secara positif. 3. murid belajar secara aktif danbukan hanya bergantung kepada guru. Ahli kumpulan bertanggungjawab untuk pencapaian pembelajaran kumpulan. 4. murid tidak terlalu bergantung kepada guru untuk menyelesaikan masalah. Ahli berusaha untuk

4. Kaedah penyelesaian masalah Ia meliputi Projek Tinjauan Penyelidikan atau penjelajahan Tunjukcara atau demonstrasi Kelab kesihatan Lawatan

Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan yang panjang, memahami masalah dan memikir dengan logik dan sistematik. Dalam kelas Pendidikan Jasmani pelajar menyelesaikan masalah mengikut langkah berikut. 1. Menganalisis dan memahami masalah 2. Menyenaraikan syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah. 3. Guna pelbagai strategi untuk mendapatkan maklumat. 4. 5. 6. Membentuk jawapan yang mungkin. Pilih dan uji penyelesaian alternatif. Pilih penyelesaian yang sesuai.

menyumbangkan idea dan pendapat untuk menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberikan. 5. Ahli harus menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial seperti ikut giliran,memberi galakan,mendengar,memberi pertolongan,memberi penjelasan untuk membolehkan kumpulan berfungsi dengan efektif. 6. Ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan dari segi pencapaian matlamat. 2.1.3 Teknik Ialah merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, main peranan, simulasi, sumbang saran dan lain-lain. Untuk menentukan keberkesanan pengajaran di tahap optimum ianya berteraskan kepada kriteria pencapaian objektif berikut ; Umur Kebolehan Kecerdasan Minat

Merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang sehingga mereka menguasai sesuatu kemahiran atau konsep baru dengan lancar.Aktiviti ini boleh dilakukan secara lisan,amali dan bertulis.Latihan seperti ini boleh memperkukuhkan fakta,konsep dan kemahiran pendidikan jasmani yang dipelajari. Teknik demonstrasi Teknik pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam sesi pengajaran. Murid lain memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Dengan cara ini diharapkan murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur, kemas dan berkesan. Guru mesti mengetahui dengan jelas demonstrasi yang hendak ditunjukkan serta segala alat kelengkapan yang diperlukan. Demonstrasi boleh dilakukan dengan menggunakan model hidup, model simbolik dan model persepsi. Contoh guru boleh mendemonstrasikan cara menendang bola mengikut teknik yang betul di padang. Teknik sumbangsaran Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah. Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan. Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan berkesan prinsip asas sumbangsaran harus dipatuhi iaitu 1. topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid. 2. kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan 1. pengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan untuk memastikan perjalanan aktiviti berjalan lancar. 2. setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan. 3. semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secara umum. 4. cadangan yang kurang baik atau salah tidak boleh dikritik.

Teknik simulasi Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa yang benar wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalam keadaan terkawal dan selamat. Simulasi membolehkan seorang guru menyampaikan secara olok-olok mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika sebenarnya dilakukan akan menelan belanja yang besar, memakan masa, merbahaya atau rumit. Salah satu kaedah yang baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan menggunakan komputer. Teknik main peranan Satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan lakonan spontan mengenai sesuatu situasi atau masalah oleh sekumpulan murid yang dipilih. Melalui aktiviti ini murid boleh mendapat gambaran dan pengalaman yang baru. Lakonan ini dilakukan tanpa menggunakan sebarang skrip. Ia boleh dilakukan secara berstruktur atau tidak berstruktur. Teknik latih tubi

Domain afektif merujuk kepada pernyataan nilai, sikap dan Contoh teknik mengajar kemahiran asas Teknik adalah merupakan cara bagaimana melakukan sesuatu kemahiran dengan betul. Lazimnya apabila teknik lakuannya betul maka hasilnya pastilah betul. Contohnya dalam permainan hoki; kemahiran yang dipilih adalah memukul. Bagaimanakah lakuan memukul dilakukan? Ia melibatkan butiran mengajar bagaimana perlakuan memukul itu dilaksanakan berasaskan kepada caracara memegang kayu; iaitu pegangan rapat, kedudukan kaki, kedudukan bola, hayunan, ikut lajak, sentuh bola , dan sebagainya. penghargaan individu Objektif psikomotor ditulis dalam bentuk eksplisit dan sebaiknya ditulis dalam bentuk SMART iaitu menekankan perkara berikut; Kemahiran yang khusus Boleh diukur Boleh dicapai Munasabah Masa mencukupi

Dedahkan hanya satu kemahiran baru sahaja dalam sesuatu kemahiran yang diajar bagi satu sesi pengajaran.

2.1.4 Strategi Ialah merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk mencapai objektif jangka panjang. Konsepnya adalah berteraskan kepada ; Kebijaksanaan memilih pendekatan Kecekapan merancang kaedah dan teknik Berdasarkan objektifnya

Masa yang mencukupi untuk sesuatu gerak kerja yang dijalankan. Masa dihadkan bagi setiap gerak kerja perlu untuk mengawal perjalanan kelas. Beri peluang kepada murid untuk berlatih atau melakukan latih tubi atau mengambil bahagian sepenuhnya dalam satu sesi pengajaran. Latih tubi secara ansur maju dengan mempelbagaikan gerak kerja dan bentuk latihannya perlu ada kesinambungan atau berhubung kait.

Prinsip dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam menangani sesuatu penyampaian maklumat kepada pelajar dapat dicapai melalui pelbagai cara. Kepelbagaian cara dapat mengatasi masalah yang dijangkakan atau tidak terutamanya dalam pengajaran Pendidikan Jasmani yang dijalankan bukan sahaja di bilik darjah tetapi di luar bilik dengan pelbagai situasi rangsangan. Oleh itu strategi pengajaran yang menekankan prinsip-prinsip pengajaran berikut perlu di guna pakai sebagai panduan : Adakan tujuan khas yang biasanya ditulis dalam bentuk objektif pengajaran yang berteraskan kepada domain psikomotor, domain kognitif dan domain afektif. Domain psikomotor merujuk kepada perkembangan kemahiran manipulatif atau motor. Domain kognitif merujuk kepada pengiktirafan pengetahuan dalam perkembangan kebolehan dan kemahiran intelek.

Adakan pertandingan bersyarat atau permainan kecil yang boleh menimbulkan motivasi murid atau perangsang. Langkah mengajar perlu mengandungi aspek 5P ; P1- Penerangan (semasa, maklum balas) P2- Praktik (pengelolaan) P3- Pelakuan (tunjuk cara, tepat dan berulang) P4- Permainan atau pertandingan P5- Penyeliaan atau pembetulan Pengajaran latihan perlu dirancang terlebih dahulu. Guru perlu berada di tempat yang strategik semasa memberikan arahan agar mudah dilihat oleh murid-murid. Elakkan bercakap atau memberi arahan selagi pelajar tidak menumpukan atau memberikan perhatian. Penilaian atau refleksi perlu dijalankan untuk mengesan keberkesanan pengajaran pembelajaran. Liabiliti guru Pendidikan Seni Visual

1. Bersikap positif terhadap peranan Pendidikan Seni Visual di sekolah 2. Mempunyai minat dalam bidang Pendidikan Seni Visual 3. Sentiasa aktif dalam bidang kesenian dan pameran 4. mempunyai kemahiran asas dalam berbagai kegiatan seni lukis 5. murid Seorang yang sabar dan gemar mengajar murid-

3.

Tunjang kesukanan

Terdapat 3 domain pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Jelaskan secara ringkas apakah aspek penting yang tersurat bagi setiap domain tersebut sebagaimana yang diutarakan oleh Bloom B.S(1956) Domain psikomotor merujuk kepada perkembangan kemahiran manipulatif atau motor. Domain kognitif merujuk kepada pengiktirafan pengetahuan dalam perkembangan kebolehan dan kemahiran intelek. Domain afektif merujuk kepada pernyataan nilai, sikap dan penghargaan individu. Apakah nilai-nilai murni yang terkandung dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani? Nlai tersebut ialah baik hati, berdikari, berhemah tinggi, hormat, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat

6. Selalu ingin memajukan diri dalam lapangan kerjaya. Keselamatan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Oleh kerana pendidikan Seni Visual melibatkan amali/kemahiran dan teori maka guru perlu memberi perhatian terhadap faktor keselamatan dari segi aktiviti yang dipilih, peralatan, kawasan atau persekitaran. 1. Adakah ada cara lain untuk menyampaikan pengetahuan? 2. Kurikulum Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di Malaysia mempunyai matlamat khusus. Nyatakan apakah matlamat Pendidikan Seni Visual? Pendidikan Seni Visual ialah membantu murid menjadi cergas dan kreatif melalui pembelajaran pelbagai kemahiran dan pengetahuan seni. 1. tahu? Beri 5 objektif Pendidikan Seni Visual yang anda

contoh RPH
Rancangan Pengajaran Harian Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Tunjang Tahun Tajuk Bil. Murid Sub tajuk Tarikh Masa Objektif Psikomotor Tahap :Kecergasan : 3 Cempaka : Ketangkasan : 20 : Lari tukar arah dan posisi : 27 Okt 2013 : 7.40-8.20 pg. : Diakhir pelajaran murid-murid dapat : : Bergerak dengan pantas sambil menukar :1

a. mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. b. menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan kendiri c. melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian d. mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal e. membentuk sahsiah dan disiplin diri dan membuat keputusan bijak dalam kehidupan. Kurikulum Pendidikan Jasmani dibahagikan kepada 3 tunjang pembelajaran.Namakan ketiga-tiga tunjang pembelajaran tersebut yang dapat membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani. 1. 2. Tunjang Kecergasan Tunjang Kemahiran

arah dan posisi dengan cara yang betul. Kognitif : Menerangkan dengan betul teknik semasa

berlari pantas sambil menukar arah. Efektif : Melakukan aktiviti ini dengan suasana yang

harmoni dan menyeronokkan.

Persediaan murid kehidupan mereka. Persediaan guru pundi kacang. Mata pelajaran bersepadu Matematik Kemahiran berfikir

: Murid pernah berlari dalam

: Skitel, reben, wisel dan

: Bahasa Melayu dan

: Murid boleh membezakan

di antara ketangkasan dan pantas. : Berbincang dengan murid alat yang boleh meningkatkan ketangkasan seseorang.

Fasa/masa

Aktiviti

Fokus Pembelajaran

Organisasi

Catatan

Permulaan (5 minit)

Perkembangan ANSUR MAJU (30 minit) Akt kelas Penutup Refleksi

Permulaan (5 minit)

Falsafah Pendidikan Negara


"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Bagaimana obj/mat pj boleh membantu menjayakan FPN hasrat yg seimbang bagi JERIS Domain psikomotor ( jasmani Domain afektif ( emosi, rohani, social ) Domain kognitif ( intelek )

pendidikanlah pelajardiberi peluang untuk kembangkan bakat, potensi dan kebolehan. 3) Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu. Bakat, potensi, kebolehan mesti dihubungkait bagi mengelak pertentangan antara satu sama lain.Peningkatan ini merangkumi 4 aspek iaitu aspek ,Jasmani ,Rohani ,Emosi dan Intelek. 4) Insan yang seimbang dan harmonis Individu yg mempunyai kesihatan diri yang baik, kerohanian yang kuat iaitu percaya kepada Tuhan dan mempunyai akhlak yang baik , emosi dan sahsiah yg baik serta mempunyai ilmu yg mendalam adalah individu yang seimbang. Ia akan menghasilkan individu yang mampu hidup harmonis dengan diri dan orang lain. 5) Unsur intelek Setiap individu mesti mempunyai asas 3M (membaca, menulis, mengira). mereka perlu berusaha memperoleh dan mengembang ilmu yang benar. Mereka juga perlu berkemahiran untuk berfikir secara, kreatif ,kritikal dan relektif .disamping itu, mereka perlu berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran. 6) Unsur rohani Dalam hal ini ,individu perlu menyedari dan percaya kepada tuhan .ini menunjukkan kita bersyukur dengan pemberian tuhan. Seseorang juga perlu berakhlak mulia dan berpegang dengan nilai-nilai murni. 7) Unsur emosi Setiap individu mesti mempunyai emosi yang matang dan stabil. Selain itu individu juga mesti memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang serta mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan. 8 ) Unsur jasmani Setiap insan harus menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal. Ianya penting bagi mengembangkan bakat dan kemahiran seperti teknikal, manipulatif ,dan sosial. Dan mereka juga harus menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat.

Apabila laksanakn tunjang pj kita memang telah selari dgn FPN Faktor yg mnghalang Kemudahan padang tiada Peralatan tiada ( cth lompat tinggi tiada tilam ) Tiada kerjasama antara murid Masa- sediakan bahan

ELEMEN-ELEMEN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 1) Pendidikan suatu usaha berterusan Pendidikan merupakan suatu proses pemerolehan dan pemindahanilmu, kemahiran dan nilai murni. Proses ini berlangsung secara berterusan(dari kecil-akhir hayat). Ia jua merupakan pendidikan awal kanak- kanak untuk membentuk asas sahsiah (lingkungan 1-6 tahun). ini kerana sahsiah berkembang sepanjang tempoh sekolah. Apabila tamat persekolahan setiap individu tingkatkan ilmu,kemahiran dan akhlak mereka. Proses pendidikan berterusan ini uga membantu individu menyesuaikan dgn perubahan. 2) Perkembangan potensi individu Perkembangkan dan mempertingkatkan bakat, potensi dan kebolehan pelajar amat penting . ia boleh berlaku melalui interaksi sosial (manusia dan alam sekeliling). Daripada

9) Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan Setiap individu wajib mengakui tentang kewujudan Tuhan. Sebagai Pencipta manusia dan alam.Di samping itu, setiap insan harus menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan.Oleh itu, Individu bertanggungjawab ke atas perbuatan dan tindakannya.Serta mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti. 10) Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan Setiap individu perlu menyintai ilmu pengetahuan.Mereka perlu berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca.Serta berfikiran luas dan terbuka. 11) Rakyat Malaysia yang berketrampilan Rakyat yang berketrampilan mestilah mempunyai kecekapan dan kompetensi diri.Oleh itu, mereka mestilah berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna serta berpandangan jauh dan berinisiatif . 12) Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia Setiap individu mestilah mempunyai perwatakan diri yang baik serta berpegang kepada nilai-nilai murni yang baik dan moral prinsip hidup. 13) Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab Individu yang bertanggungjawab boleh dipercayai oleh orang lain .Jesteru, seseorang mesti menyedari bahawa setiap tugas adalah amanah dan mesti dilaksanakan dengan baik.Mereka juga perlu menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap.Di samping itu, mereka harus berusaha meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. 14) Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri Untuk mencapai kesejahteraan diri, seseorang mesti berfikiran waras dan berjiwa tenang. Selain itu, peru juga daya ketahanan yang kuat untuk meghadapi cabaran hidup. 15) Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara

Individu perlu berusaha memupuk perpaduan dengan sifat yang baik.Selain itu juga,kita perlu berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan untuk mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara. Oleh itu, kita mesti mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara. 16) Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri Setiap individu harus mempunyai daya tahan fizikal & mental serta berkebolehan mengharungi cabaran dlm kehidupan. 17) Sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara Dalam hal ini, setiap insan perlu mengamalkan serta menghayati Rukunegara sebagai amalan hidup. Kita juga perlu memupuk persefahaman keluarga mematuhi norma masyarakat semangat cintakan negara.

Insfraktruktur yg perlu ada di sekolah utk PJ STOR Keselamatan Pengurusan- buku stok, buku keluar masuk, rekod Pengudaraan Ruang Grill Kipas PADANG STOR PERALATAN

FAKTOR YG MEMPENGARUHI PEMBINAAN STOR Kawasan- dekat dgn padang Bergantung peralatan yg ada- byk alat perlu besar stor. Alat sikit- stor kecil Berpadanan dgn bilangan murid Jenis sekolah SKM / SK Dimana? Besar mana ? Ikut keperluan sekolah- cth ramai jaguh lompat tinggi- perlu tilam byk, alatn lompat tinggi @ kayak Sejarah permainan sekolah tersebut- cth..ramai pemain hoki- perlu alatan hoki

Anda mungkin juga menyukai