Anda di halaman 1dari 6

MUHAMMAD SAFWAN BIN MAHADI 910124045255

Refleksi Program Bina Insan Guru

Syukur Alhamdulillah program Bina Insan Guru(BIG) yang berjalan selama selama 3 hari 2 malam telah terlaksana dengan jayanya. Program ini didedahkan dengan kepentingan semangat berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab terhadap profesion keguruan, masyarakat dan negara. Selain itu kesedaran tentang kepentingan hubungan komuniti dan perkhidamatan sosial yang ingin diterapkan kepada bakal pendidik supaya berupaya untuk bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu tugas secara bersama. Aktiviti pertama yang dijalankan adalah membentuk ahli jawatankuasa program bagi menjamin kelancaran program yang bakal dilaksanakan.

Jawatankuasa yang dibentuk adalah mengikut persutujuan ramai dan saya diberikan tugas untuk mengendalikan majlis-majlis selaku pengerusi majlis bersama saudari Solehah binti Roslan. Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya adalah mampukah saya menjalankan tanggungjawab tersebut dengan sempurna dan persoalan itu saya cuba hakis sedikit demi sedikit dengan membuat persediaan yang sebgaiknya bersama saudari Solehah. Persediaan pertama kami adalah dari segi penyediaan teks. Tanggungjawab ini berat kami rasakan memandangkan inilah pertama-tama kalinya kami menjadi pengerusi majlis. Oleh itu, kami telah merujuk kepada beberapa individu seperti pensyarah dan rakan yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan mengenai pengacaraan majlis yang baik. Hasilnya kami telah menyediakan teks yang pada saya jauh lebih baik daripada saya jangkakan. Namun begitu terdetik dihati sama ada kami dapat mengacara denga baik atau tidak ketika majlis sebenar berlangsung nanti dan ia telah menimbulkan rasa gementar kepada diri saya yang amatur dalam hal pengacaraan majlis. Aktiviti seterusnya sebelum bergerak ke kampung Sawah Baru adalah melakukan latihan dalam kumpulan(LDK) bersama Tuan Haji Saiful Nizam di Balai Ilmu. Program ini wajib dihadiri bagi memberi persediaan mental kepada para pesertasebelum berdepan dengan masyarakat kampung Sawah Baru. Hal ini penting kerana para pesert mempunyai latar belakang yang pelabagai dan berbezabeza dan LDK yang dijalankan adalah bertujuan untuk memberi gambaran awal kepada peserta mengenai keadaan di kampung dan cara pembawakan diri yang

MUHAMMAD SAFWAN BIN MAHADI 910124045255

terbaik serta mencerminkan diri sebagai seorang bakal guru. Saya selaku peserta yang terlibat melihat perkara ini sangat baik apatah lagi penceramah yang dijemput Berjaya menambat hati kami untuk terus bersama beliau mengikuti setiap aktiviti yang dirancang hingga ke akhirnya. LDK yang dijalankan telah membuka minda saya serta meningkatkan motivasi saya sebagai seorang peserta mahupun bakal guru.

Pada tanggal 30 ogos 2013, kami mula bergerak menuju ke Labis. Setibanya di kampung Sawah Baru, saya mengerjakan solat Jumaat di masjid Kampung Sawah Baru dan pada ketika ini, saya sudah merasakan kemesraan penduduk kampung tersebut apabila semua penduduk kampung tidak kra tua atau muda tidak lokek dengan senyuman dan tiada langsung riak wajah yang menggambarkan kehadiran kami kurang disenangi. Usai solat Jumaat, tentative pertama program iaitu majlis penyerahan anak angkat bermula dan ia menandakan tugasan pertama saya mengacarakan majlis bermula. Pada awalnya saya terasa sedikit gugup kerana bimbang akan melakukan kesilapan. Namun seiring denga masa berjalan, saya mula dapat membiasakan diri dan teman gandingan saya sangat membantu. Akhirnya tiba giliran saya diserahkan kepada keluarga angkat dan perasaan sedikit teruja untuk mengetahui gerangan bakal bapa angkat yang akan saya dan rakan iaitu, Syafiq dan Ifran tumpang berteduh dan menjalinkan ikatan persudaraan. Kami diserahkan kepada Tuan Haji Haron bin Mohd Arip, seorang insan yang sudah menjangkau usia 70-an namun masih gagah berdiri. Kami menyerahkan bekalan asas makanan sebagai tanda penghargaan di atas kesudian beliau menerima kami. Majlis berakhir dengan baik dan kami bergerak mengikut ahli keluarga masingmasing. Keseronokan mendapat keluarga angkat sukar saya gambarkan dan setibanya dirumah bapa angkat, kami di sambut oleh mak angkat yang sedia menunggu di pintu rumah dengan senyuman. Saya merasakan suasana ketika itu sangat mengujakan memandangkan kami tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Perjalanan jauh yang ditempuhi untuk sampai ke kampung Sawah Baru sedikit memenatkan dan keadaan itu seolah-olah difahami ayah angkat kami yang menyuruh kami berehat dibilik yang disediakan selepas menjamu kami dengan makanan dan minuman.

MUHAMMAD SAFWAN BIN MAHADI 910124045255

Tentatif program diteruskan lagi dengan program ceramah yang disampaikan oleh Encik Roslan bin Aruf, pegawai kaunseling daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn. Ceramah yang berlangsung selama hampir 2 jam itu berkisarkan hal kekeluargaan dan mensasarkan penduduk kampung secara keseluruhannya. Pada pendapat saya, program seumpama ini sangat bagus

dilaksana memandangkan masyarakat setempat begitu teliti dan bersemangat mendengar ceramah yang disampaikan dan setia hingga ke akhirnya. Saya merasakan ceramah seperti ini dapat membentuk sedikit sebanyak keharmonian keluarga masyarakat di luar bandar. Agenda seterusnya pada malam tersebut ialah ucapan kemerdekaan oleh Tuan Haji Rusdin, Guru Besar Sekolah Kebangsaaan Sawah Baru yang juga pemimpin masyarakat setempat. Saya melihat kepada gaya ucapan beiau yang begitu lancer dan fasih tanpa ada sebarang keraguan dan saya tertarik dengan gaya bahasa yang digunakan. Ucapan yang begitu bersemangat oleh seorang guru yang berpengalaman sehinggakan dapat menghidup dan menyegarkan mata-mata yang kian layu menjelang ambang kemerdekaan. Sebagai seorang bakal guru, saya melihat betapa pentingnya percakapan dan tutur kata yang bukan sahaja baik tetapi perlu kena gayanya dan mampu memberi keyakinan kepada orang lain. Kemudian kami pulang ke rumah masing-masing dan bapa angkat saya setia menunggu kami dan setiba di rumah, kami berbual-bual, menyambung perbualan yang tergantung petang tadi. Mendengar kisah hidup ayah angkat yang melalui kesusahan hidup di zaman penjajahan Jepun membuatkan saya berasa begitu beruntung dan semakin menghargai kemerdakaan yang telah dikecapi. Pada tanggal 31 Ogos, program diteruskan dengan majlis sambutan kemerdekaan dan perarakan. Dari kaca mata sebagai seorang bakal pendidik anak bangsa, saya melihat aktivti yang dijalankan seperti perarakan keliling kampung boleh saya adaptasi seandainya saya ditempatkan di sekolah kelak. Perarakan yang turut disertai masyarakat kampung begitu menyeronokkan kerana secara tidak langsung, kami jug dapat melihat suasana kampung Sawah Baru secara lebih dekat lagi. Kebanyakan rumah tersergam indah dan kesunyian suasana yang jauh dari hingar binger seperti di kota sangat menenangkan. Fikiran saya tenang dan dapat melupakan masalah yang dihadapi di kampus. Kedewasaan ini membuatkan saya begitu menghargai ketenangan yang diberikan.

MUHAMMAD SAFWAN BIN MAHADI 910124045255

Program yang seterusnya adalah perlawanan persahabatan futsal dan bola jaring di antara masyarakat kampung dan pelajar IPG. Di sini bukan keputusan yang kami kejar tetapi hubungan sosial yang kami jalinkan dengan masyarakat kampung lebih berharga. Masyarakat kampung begitu teruja dan bersorak untuk pasukan mereka dan juga peserta IPG. Saya melihat kepada potensi jaringan sosial yang boleh dibina dan saya adaptasi sebagai seorang guru kelak. Peranan guru tidak terhad hanya di sekolah sahaja tetapi juga dengan masyarakat setempat dan program seperti ini boleh saya laksana kelak bagi merapatkan hubungan di antara sekolah dan masyarakat setempat melalui sukan. Di malam harinya, kami membuat malam kebudayaan yang menampilkan persembahan daripada para peserta program yang juga bakal guru. Saya menjalankan tugas seperti yang ditetapkan dan majlis berjalan dengan lancar walaupun terdapat kesilapan yang tidak dapat dielakkan. Majlis sambutan hari raya juga dijalankan serentak dan beberapa juadah yang kami siapkan bersama masyarakat kampung dihidangkan untuk santapan bersama. Begitu meriah majlis yang direncanakan. Namun begitu, saya merasakan sedikit masalah timbul dalam melaksanakan tugas pengacaraan memandang terdapat beberapa perubahan yang dilakukan terhadap perjalanan program pada saat-saat akhir. Hal ini sedikit

mengganggu persediaan awal yang telah dibuat. Apa yang saya belajar di sini adalah kesediaan seorang guru untuk menjadi lebih fleksibel dalam menjayakan sesuatu perkara. Kita tidak boleh cepat melatah dan sebaliknya mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menjamin kejayaan sesuatu program. Sedikit

mengharukan apabila ayah angkat saya terus kekal bersama kami hingga ke tengah malam walaupun saya dapat melihat raut wajah keletihan yang jelas terpancar. Sebelum pulang ke rumah, saya telah membeli pizza buatan sendiri daripada seorang penduduk kampung dan membawa ia pulang ke rumah dan menjamu bersama ayah angkat dan berbual panjang sebelum tidur. Tanggal 1 September, saya bersama beberapa orang pelajat daripada opsyen Reka Bentuk dan Teknologi 2 diberi kepercayaan untuk melaksanakan program 1 murid 1 sukan. Kami mengajar para pelajar Sk Sawah Baru mengenai bola baling dan di sini saya secara tidak langsung dapat melatih dan mengasah kemampuan saya menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Kesempatan ini kami gunakan sebaiknya sambil dipantau oleh guru Sk Sawah Baru. Pengalaman

MUHAMMAD SAFWAN BIN MAHADI 910124045255

mengajar sukan ini sedikit sebanyak telah memberi pendedahan kepada saya dan rakan-rakan mengenai keadaan proses pengajaran dan pembelajaran yang bakal kami laksanakan kelak. Sepanjang aktiviti, para pelajar begitu seronok dan hal ini membuatkan saya dan rakan-rakan berasa begitu puas. Mungkin beginilah perasaan sebagai seorang pendidik. Kami teruskan bergerak menyertai aktiviti gotong-royong yang dijalankan oleh pelajar RBT2. Tidak banyak yang dapat kami lakukan memandangkan kawasan sekolah dan kampung sangat bersih cuma daun-daun kering yang bertebaran menjadi sasaran kami. Mungkin tidak terlalu klise jika saya mengatakan bahawa aktiviti gotong-royong telah memberi ruang kepada para peserta merapatkan hubungan yang sudah sedia terjalin. Program seterusya adalah aktiviti sukaneka yang melibatkan bukan sahaja para pelajar tetapi juga masyarakat kampung. Keseronokan yang jelas terpancar membuatkan saya rasa sedikit sayu memikirkan program kami yang kian hampir ke penghujung. Kemuncak program, majlis penyerahan semula para peserta oleh keluarga angkat kepada pihak IPG dilakukan secara simbolik namun pada hakikatnya, saya melihat semua peserta program masih belum puas lagi berada di kampung Sawah Baru dan saya juga tidak terkecuali. Tambahan pula layanan baik yang diberikan oleh keluarga angkat membuatkan saya merasa semakin berat hati untuk pulang ke kampus. Sebelum pulang, keluarga angkat saya telah memberi sedikit bekalan dan juga duit raya. Terasa begitu disayangi, tidak ubah seperti keluarga kandung walaupun baru beberapa hari jalinan hubungan dibina. Hujan lebat mengiringi kepulangan kami seolah-olah tidak mahu melepaskan kami pulang. Dengan berat hati kami melangkah pergi dan saya berjanji kepada diri sendiri untuk datang lagi ke kampung Sawah Baru dan menjenguk kedua orang tua angkat saya di masa hadapan. Program yang diadakan di Kampung Sawah Baru ini telah memberikan

impak yang mendalam kepada diri saya. Suasana kampung bukanlah asing buat saya kerana pernah menetap di kawasan kampung suatu ketika dulu. Namun suasana di kampung Sawah Baru ternyata berbeza sekali dan memberikan saya satu pengalaman baru dalam bersosial. Masyarakat kampung Sawah Baru sangat mesra dan ramah. Saya rasa bersyukur di beri peluang untuk tinggal bersama

MUHAMMAD SAFWAN BIN MAHADI 910124045255

keluarga angkat yang mana suatu pengalaman berharga yang tidak mungkin saya dapat lupakan. Setiap pengalaman yang saya timba akan saya jadikan iktibar dan panduan sebagai seorang bakal pendidik di masa hadapan. Secara keseluruhannya program ini saya rasakan telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ingin kami capai. Akhir kata, semoga saya dapat mengikuti lagi program seumpama ini di masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai