Anda di halaman 1dari 9

IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 43657 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR, DARUL EHSAN KERTAS CADANGAN PROJEK, PROGRAM

LAWATAN ILMIAH, SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN ENAM, BANDAR BARU BANGI.

TARIKH 4 OKTOBER 2013.

ANJURAN PISMP 6.12 MAJOR PENDIDIKAN JASMANI, IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, BANGI.

1.0

TUJUAN

Lawatan ini disediakan bertujuan untuk memenuhi tuntutan PJM 3114 iaitu subjek Pendidikan Jasmani Suaian. Untuk matapelajaran ini, kami perlu melaksanakan satu projek luar yang melibatkan lawatan ke salah sebuah sekolah Pendidikan Khas. Oleh yang demikian, kertas kerja ini dihasilkan untuk memohon kelulusan daripada pihak Tuan Pengarah serta Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk program Program Lawatan Ilmiah ke Sekolah Kebangsaan Jalan Enam, Bandar Baru Bangi sekaligus memenuhi tuntutan silibus PJM 3114. Penganjuran program seumpama ini juga mampu membina keyakinan guru pelatih yang mantap daripada segi persediaan diri untuk menjalankan aktiviti yang memerlukan interaksi dengan pihak luar terutamanya interaksi dan kolaborasi berkaitan bidang pendidikan dan perguruan. 2.0 PENGENALAN Kursus Pendidikan Jasmani Suaian ini meliputi sejarah dan perkembangan kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia yang menjelaskan hubungkait falsafah dan teori pembelajaran dengan hala tuju pendidikan kebangsaan. Justeru itu kepentingan dan konsep kurikulum pendidikan jasmani, sukatan dan tafsirannya serta kriteria pemilihan aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian, aspek pedagogi untuk murid kurang upaya akan dilaksanakan melalui aktiviti dan penilaian pengajaran mikro. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Mengintegrasikan kemahiran mengajar dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna serta menyeronokkan. 3.2 Memupuk nilai-nilai positif di dalam diri guru pelatih seperti berdisiplin, berkerjasama, bertanggungjawab dan sebagainya. 3.4 3.5 Meningkatkan kemahiran, pengalaman dan pengetahuan dalam diri guru pelatih. Mewujudkan hubungan yang baik antara guru pelatih dengan masyarakat luar.

3.6

Berganding bahu dan berinteraksi dengan golongan istimewa dalam pelbagai situasi dan keadaan.

4.0

NAMA PROGRAM Program Lawatan Ilmiah ke SK Jalan Enam, Bandar Baru Bangi.

5.0

TARIKH 4 Oktober 2013 (Jumaat).

6.0

ANJURAN Pelajar PISMP 6.12 Pendidikan Jasmani, IPG Kampus Pendidikan Islam.

7.0

TEMPAT Sekolah Kebangsaan Jalan Enam, Bandar Baru Bangi.

8.0

BILANGAN PESERTA Anggaran peserta adalah 22 orang termasuk pensyarah penasihat.

9.0

PENGANGKUTAN Bas IPG Kampus Pendidikan Islam.

10.0

AHLI JAWATANKUASA DAN PELAKSANA Rujuk lampiran A.

11.0

TENTATIF PROGRAM Rujuk lampiran B.

13.0

ANGGARAN PERBELANJAAN Rujuk lampiran C

Lampiran A

AHLI JAWATANKUASA DAN PELAKSANA PROGRAM LAWATAN ILMIAH KE SK JALAN ENAM, BANDAR BARU BANGI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM.

JAWATANKUASA INDUK Penaung Ketua Penyelaras Pengerusi Projek Naib Pengerusi Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa: Alatan : Muhammad Helmi Bin Zakaria, : Fatin Afifa Bt Fadzil Perhubungan : Izrin Shah Bin Mohd Fadzlillah : Nor Sal Sabila Bt Mansor Ahmad Khan Jamuan : Emy Syazwany Binti Mohd Akib : Akmal Bin Asahari Aktiviti & Publisiti : Dhabitah Binti Muhammad Nor : Asmirul Bin Ahmad Wahab Cenderamata : Noor Najiah Bt Ahmad : : : : : : : Tn. Hj. Osman b. Hussain (Tuan Pengarah) En. Kamaruddin Bin Daud Muhammad Amirul Iqmal Bin Mohammad Fadil Ezah Fatini Bt Zakaria Nurwahidah Binti Hassan Muhammad Azri Bin Marsoha Muhammad Faizal Bin Salehon

: Mohd Zulfadhli Bin Hashim Dokumentasi : Muhammad Faris Bin Zulkifli : Siti Nur Idayu Binti Abdullah Disiplin : Muhammad Safuan Bin Senawi : Siti Amirah Binti Muhammad Noor Pengangkutan : Muhammad Hafizan Bin Zainuddin : Ahmad abdin Shakirin Bin Bahari

Lampiran B TENTATIF PROGRAM Masa 7.00 pagi 7.30 pagi 7.30 pagi - 8.00pagi 8.30 pagi - 9.30 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi 10.30- 11.30 tengah hari 11.30 -12.00 tengah hari 12.00 tengahari Aktiviti Guru pelatih berkumpul dan bertolak ke SK Jalan Enam, Bandar Baru Bangi Taklimat bersama guru dan murid. Pengajaran kumpulan dan sukaneka Rehat Seminar Pendidikan Kesihatan Pengurusan Diri Sesi refleksi dan penyampaian cenderahati Bergerak pulang ke IPG

Lampiran C

ANGGARAN PERBELANJAAN , PROGRAM LAWATAN ILMIAH KE SK JALAN ENAM, BANDAR BARU BANGI, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM .

BIL

PERKARA

JUMLAH KOS

JUMLAH

Makan tengahari

RM5 x 21

RM105

2.

Air minuman

Tiada (Sumber :Koperasi IPG Kampus Pendidikan Islam) -

3.

Bahan-bahan yang ingin digunakan: P.A Sistem LCD Projektor

Tiada (Sumber :Jabatan PJPK IPG Kampus Pendidikan Islam)

Cenderamata Plak

Tiada (Sumber :Koperasi IPG Kampus Pendidikan Islam) -

JUMLAH KESELURUHAN

Rm 105

14.0

PENUTUP

Semoga semua objektif yang digariskan dalam kertas kerja program rekreasi ini tercapai di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga IPG KPI. Diharapkan pihak pentadbiran dapat mempertimbangkan dan meluluskan kertas cadangan untuk program Lawatan Ilmiah ini dan seterusnya memberi bantuan kewangan bagi menjayakan program ini. Kami juga berharap program ini akan mencapai sasaran, matlamat dan objektifnya yang utama yakni memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar. Setinggi penghargaan kami rakamkan kepada pihak pentadbiran Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam dan semua pihak yang membantu melicinkan perjalanan program baik sebelum, semasa atau selepas ia berlangsung.

15.0 RUANGAN PENGESAHAN

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

...

...

(ENCIK KAMARUDIN BIN DAUD) Pensyarah, Persatuan Pendidikan Jasmani, IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor.

(CIK AZIZAH BT MD AMIN) Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor.

Disokong oleh :

Keputusan Yang Berbahagia Tuan Pengarah, Diluluskan / Tidak Diluluskan

...

...

(ENCIK SHAHRIZAN BIN SALAMAT) Pegawai Eksekutif Kanan, Unit Khidmat Pengurusan, IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor.

(TUAN HAJI OSMAN B. HUSSAIN) Pengarah, IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor.

Anda mungkin juga menyukai