Anda di halaman 1dari 18

TUTORIAL 3

Disediakan oleh, Aziathul Azreema binti Jaas Fatin Sofia binti Ithnin Ling Kuok Lik Mary Joy binti Kasim @ Mahoi PISMP SEM 3 Unit MT/PJ/MO/BC

TUTORIAL 3
Menggalurkan proses pembentukan masyarakat pluralistik di Alam Melayu.

SUSUR GALUR PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU


PENGHIJRAHAN INTRAWILAYAH SEBELUM ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA Kerajaan Maritim pada era Zaman Perdagangan.

PENGHIJRAHAN SEMASA ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Kedatangan pedagang Arab, Parsi, China, India dan Eropah.


Kegiatan perdagangan dan perkahwinan Penyerapan budaya masyarakat tempatan Pembentukan masyarakat baharu

PROSES ASIMILASI ANTARA GOLONGAN IMIGRAN DENGAN MASYARAKAT TEMPATAN

PENGHIJRAHAN INTRAWILAYAH SEBELUM ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA


1. ZAMAN PERDAGANGAN
Sebelum Kesultanan Melayu Melaka wujud, kerajaan maritim Asia Tenggara menjadi pusat pertemuan pelbagai bangsa. ( Era Zaman Perdagangan sekitar abad ke-12 Masihi dan abad ke-14 Masihi).
Masyarakat yang menetap di Kepulauan Melayu atau Nusantara berpindahrandah untuk mencari rezeki. Selain itu, tujuannya adalah untuk menjalin hubungan etnik yang baik dengan komuniti pedagang dan bukan pedagang.

2. MASYARAKAT BERPINDAHRANDAH

PENGHIJRAHAN INTRAWILAYAH SEBELUM ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA


3. PUSAT PENJANAAN EKONOMI
4. MENARIK MINAT PEDAGANG 5. KEMUDAHAN ASAS
Pergerakan masyarakat plural sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka mewujudkan hubungan etnik yang erat melalui aktiviti perdagangan terutamanya.
Kedudukan kerajaan maritim di persisiran pantai telah menarik minat pedagang dari rantau Alam Melayu untuk menjalankan kegiatan pertukaran barang ( sistem barter ).

Salah satu faktor penting yang turut menyumbang kepada kedudukan Kepulauan Melayu sebagai kerajaan maritim yang penting.

PENGHIJRAHAN SEMASA ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

KEDATANGAN PEDAGANG ARAB DAN PARSI


Melaka jadi pusat persinggahan utama pedagang Arab dan Parsi pada masa itu. Semasa pelayaran, mereka singgah di Melaka untuk mendapatkan bekalan air, makanan dan keperluan lain. Sebahagian pedagang Arab dan Parsi berkahwin dengan penduduk tempatan dan terus menetap di Melaka. Sifat para pedagang ini yang lemah-lembut dan berpengaruh kuat berjaya menarik golongan istana dan rakyat untuk memeluk Islam.

KEDATANGAN PEDAGANG CHINA DAN INDIA


Pedagang China dan India berlabuh di Melaka untuk melaksanakan urusannya dengan penduduk tempatan dan saudagar dari pelbagai negara lain. Melaka mendapat untung besar sebagai pusat perantara urusan perdagangan barang dari pelbagai negara. Perdagangan bijih timah menarik minat pedagang asing terutama dari Arab, India dan China.

KEDATANGAN PEDAGANG EROPAH


Portugal, Belanda, Sepanyol, Perancis , dan Britain merupakan beberapa buah negara Eropah terawal yang terlibat dalam aktiviti penjelajahan dan perdagangan di Alam Melayu. Melaka jadi sasaran utama oleh kuasa Eropah dalam aktiviti penjelajahan dan perdagangan mereka. Tujuan: - Kuasai jalan perdagangan ke Timur. - Menyebarkan agama Kristian. - Mendapatkan teh, rempah dan sutera.

PROSES ASIMILASI ANTARA GOLONGAN IMIGRAN DENGAN MASYA


Perdagangan dan Perkahwinan Para pedagang asing berinteraksi dengan penduduk tempatan.

Interaksi sosial membawa kepada pertembungan budaya yang berlainan. Para pedagang asing berusaha menyesuaikan diri.
Kehadiran imigran dari China mengukuhkan hubungan diplomatik.

PROSES ASIMILASI ANTARA GOLONGAN IMIGRAN DENGAN MASYA


Pedagang India berkahwin dengan penduduk tempatan. Keturunan Tun Ali melahirkan para pembesar. Perkahwinan antara pedagang China dan India dengan penduduk tempatan.

PROSES ASIMILASI ANTARA GOLONGAN IMIGRAN DENGAN MASYA

Pembentukan Pluraliti Baharu


Masyarakat Melayu-Arab Masyarakat Peranakan Cina Masyarakat India-Muslim

Masyarakat Peranakan Jawi

Masyarakat Serani

Masyarakat Melayu-Arab
Masyarakat Arab yang berhijrah ke Melaka pada peringkat awal terdiri daripada masyarakat pedagang (gelaran Syed). Kini, golongan Syed dikenali sebagai masyarakat Melayu-Arab disebabkan perkahwinan campur antara orang Arab dengan orang Melayu.

Masyarakat Peranakan Cina (Baba dan Nyonya)


Selepas kemangkatan Parameswara, perhubungan antara kerajaan Melaka dengan China diteruskan oleh Sultan Mahkota Iskandar Shah. Perhubungan diplomatik menjadi lebih erat apabila Sultan Mansur Shah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po. Kehadiran pedagang China membentuk masyarakat Peranakan Cina (Baba dan Nyonya).

Masyarakat India-Muslim
Interaksi sosial yang berlaku antara masyarakat Melayu di Alam Melayu dengan pedagang India meninggalkan kesan mendalam terhadap budaya Melayu. Perkahwinan campur antara orang India dengan masyarakat tempatan membentuk masyarakat minoriti iaitu masyarakat India-Muslim.

Masyarakat India-Muslim gemar berbahasa Tamil.

Masyarakat Peranakan Jawi


Masyarakat ini terbentuk hasil perkahwinan campur antara lelaki India-Muslim dari selatan India dengan wanita Melayu di Pulau Pinang. Bahasa perhubungan utama ialah bahasa Melayu, sebahagian dapat bertutur bahasa Tamil.

Masyarakat Serani
Salah satu kesan pendudukan kuasa Portugis di Melaka ialah kewujudan masyarakat baharu yang dikenali masyarakat Serani, terhasil daripada perkahwinan campur antara orang Portugis dengan penduduk tempatan. Menganut agama Kristian bermazhab Katolik Roman, ada juga yang menganut agama Islam.

RUJUKAN
PISMP Kajian Sosial, 2012. Proses pembentukan masyarakat pluralistik. http://notapismpks.blogspot.com/2012/02 /he-tutorial-6-masyarakat-pluralistik.html Dilayari pada 13 Februari 2013. Shamsul Amri Baharuddin. (2008). Modul Hubungan Etnik. KL: Maskha Sdn. Bhd. Zaid Ahmad. (2010). Hubungan Etnik di Malaysia. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai