Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MEMBAKUT, PETI SURAT 51, 89728 MEMBAKUT, SABAH.

PROGRAM ELECTRO MEMPERKUKUH PENGUASAAN PELAJAR 3 IXORA/DURANTA/ALLAMANDA DENGAN PENGETAHUAN BIDANG ELEKTRONIK KEMAHIRAN HIDUP (KEMAHIRAN TEKNIKAL)

Pengkaji : EN HAIRUDIN SUBAKIR GURU KEMAHIRAN HIDUP (KEMAHIRAN TEKNIKAL)

KAJIAN TINDAKAN Nama dan Alamat Sekolah SMK MEMBAKUT PS 51 89728 MEMBAKUT SABAH Nama Pengkaji HAIRUDIN SUBAKIR 1.0 Tajuk Kajian PROGRAM ELECTRO MEMPERKUKUH PENGUASAAN PELAJAR 3 IXORA/DURANTA/ALLAMANDA DENGAN PENGETAHUAN BIDANG ELEKTRONIK KEMAHIRAN HIDUP (KEMAHIRAN TEKNIKAL) 2.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Sewaktu saya memeriksa kertas jawapan peperiksaan Excel 1 PMR 2009, bagi kelas 3 Ixora/Duranta dan Allamanda, saya agak terkejut dan hairan kerana saya dapati mereka masih tidak mampu mencapai markah yang baik dalam peperiksaan berkenaan. Dalam semakan jawapan yang telah dilaksanakan bersama mereka, secara purata pelajar menghadapi masalah apabila berhadapan dengan soalan yang berkaitan dengan elektronik. Berbeza dengan topic lain, soalan berkaitan elektronik merupakan soalan yang mencecah angka tertinggi dalam penggubalan soalan berkenaan. Apabila diajukan soalan kepada pelajar berhubung dengan topic berkenaan, rata-rata mengatakan soalan elektronik sukar dan tidak dapat dikuasai sepenuhnya. Masalah ini semakin jelas apabila diajukan soalan berkaitan membaca litar skematik, 75% pelajar mengatakan tidak tahu dan tidak faham. Saya juga dapat mengenalpasti masalah ini terutamanya sewaktu mengendalikan kelas amali elektronik. Sebilangan besar mereka kelihatan terkial-kial dan terpinga-terpinga untuk memasang set komponen elektronik yang dibekalkan kepada mereka. Apakah sebenarnya masalah yang dihadapi oleh pelajar ini? Perlukah saya mengadakan kelas khas berkaitan topic elektronik? Adakah cara saya mengajar selama ini dapat membantu pelajar meningkatkan keupayaan dalam pengetahuan dan kemahiran elektronik? Apakah yang boleh saya lakukan untuk menarik minat pelajar bagi mendalami pengetahuan elektronik? Apabila saya membawa perkara ini untuk perbincangan di peringkat panitia, ada guru yang menyatakan yang pelajar malas membaca dan mencari maklumat, sekadar

bergantung dengan maklumat yang dibekalkan oleh guru sahaja. Persoalan yang timbul di sini ialah, apakah tindakan bagi menangani masalah ini? Saya telah berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran namun masih ramai pelajar yang lemah dalam mengenalpasti komponen elektronik serta kegunaanya. Saya berpendapat, kelemahan pelajar ini disebabkan kurangnya pengetahuan dan maklumat berkaitan komponen elektronik, kegunaannya serta bagaimana ia dapat digunakan dalam penterjemahan litar elektronik. Masalah ini juga mungkin berpunca daripada kecuaian guru mengajar dalam menitikberatkan penguasaan tajuk elektronik di dalam kelas. Sekiranya keadaan ini tidak dibetulkan, saya pasti pelajar kelas ini tidak akan memperoleh markah yang baik di dalam peperiksaan yang akan datang dan akan menyebabkan penurunan GPS sekolah saya. 3.0 Focus Kajian Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar saya, saya hanya akan fokuskan kajian ini terhadap masalah penguasaan komponen elektronik dan kemahiran membaca dan menterjemah litar elektronik sahaja. Pelajar saya memiliki pengetahuan dalam komponen elektronik yang terhad. Mereka hanya mampu mengenali kurang dari 5 komponen sahaja. Antara kelemahan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah: Kesilapan dalam menentukan fungsi atau kegunaan sesuatu komponen elektronik. Pelajar tidak dapat menyusun atur komponen dengan betul bersesuaian dengan litar skematik yang diberi oleh guru. Pelajar tidak dapat menjawab soalan berkaitan elektronik dengan betul. Dengan membantu pelajar dalam menguasai komponen-komponen elektronik, pengetahuan dalam menterjemah litar skematik, saya yakin ia dapat menyelesaikan masalah pelajar dalam menjawab soalan-soalan berkaitan elektronik. Hal ini seterusnya akan dapat membantu mereka lulus dengan cemerlang dalam kertas Kemahiran Hidup PMR.

4.0 Objektif Kajian Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif berikut: i. Objektif Umum Meningkatkan nilai GPS sekolah dengan peningkatan kualiti kelulusan Kemahiran Hidup Kemahiran Teknikal. ii. Objektif Khusus Meningkatkan bilangan komponen elektronik yang boleh dikuasai oleh pelajar. Meningkatkan keupayaan membaca dan menterjemah litar elektronik. Membantu pelajar menguasai kemahiran memasang komponen elektronik di dalam litar sebenar. Meningkatkan peratus pelajar yang cemerlang dalam menjawab soalan Kemahiran Hidup.

5.0 Kumpulan Sasaran Kajian ini melibatkan 28 orang pelajar Tingkatan 3 Ixora/Duranta/Allamanda. 6.0 Tindakan yang dicadangkan i. Tinjauan masalah Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut: Ujian melabel komponen elektronik Latihan melukis litar skematik kepada lukisan bergambar Ujian lisan mengecam komponen elektronik berdasarkan fungsi dan kegunaannya.

ii. Program Electro Cara pelaksanaannya. Guru mengumumkan satu komponen elektronik untuk 1 minggu kelas. Pelajar diminta mencari gambar dan fungsi komponen berkenaan. Guru menampal gambar komponen di papan maklumat Pelajar membentuk jadual komponen berdasarkan komponen yang dikenal pasti. iii. Program Short Circuit Guru memberi satu set lengkap komponen litar elektronik berfungsi. Pelajar melukis sambungan komponen berdasarkan litar skematik diberi. Setelah mahir, pelajar akan mula memasang komponen elektronik di atas papan litar berdasarkan litar diberi.

Aktiviti-aktiviti ini akan diubah suai mengikut keperluan setelah saya melaksanakan tinjauan awal.

7.0 Jadual Pelaksanaan Kajian Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. Aktiviti Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal Menulis proposal kajian Merancang tindakan (Individu/Panitia) Melaksanakan tindakan aktiviti 1 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 Melaksanakan tindakan aktiviti 2 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 Ujian untuk mengesan pencapaian murid Melaksanakan tindakan aktiviti 3 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3 Ujian untuk mengesan pencapaian murid Refleksi kajian Menulis laporan kajian Pembentangan dapatan kajian Tarikh pelaksanaan 15 -3- 2009 20 -3- 2009 26 -3- 2009 1 -4- 2009 30 -4- 2009 4 -5- 2009 15 -5- 2009 26 -5- 2009 15 -6- 2009 30 -6- 2009 7 -7- 2009 28 -7- 2009 3 -8- 2009 Catatan

8.0 Dapatan kajian PENCAPAIAN PRESTASI MATA PELAJARAN KH(KEMAHIRAN TEKNIKAL) TINGKATAN 3 IXORA, DURANTA DAN ALLAMANDA (PRE-TEST DAN POST-TEST)

MARKAH PELAJAR SEMASA UJIAN 1 ( PRE-TEST) dan UJIAN 2 (POST TEST)


BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 NAMA AQILAH BT ASNIH DG NURASYIKIN ALI DK NUR SYAZIRAH AK DARUS MOHD FARID HILMI DALI MOHD FIRDUS RABBA MOHD NAHDAR BIN HJ ABD SITIA NUR AZWA RAJALI DK SITI NOORSYAHERRA AG AMIN MOHD AKMAL SAHRANI ALI CELVESTER WES PETRUS DONA CHRISTIN GERARD JESSECA ROZZEL BINTI JESSON MOHD HAFIZ BIN MOHD ZULKIFLI MOHD SHARUFIZAL BIN MAT PIRIS@LATANG MUZZAFAR BIN TAJAN NORLELA AZWAH BINTI ALFRED VANESSA BINTI ALEXANDREA MOHD AZMI JAFFRYDIN MOHD AZZIM JAINAL MOHD SHAHFFIQ EZZAD JAMAL MOHD ZULKARNAIN YUNUS NICHOLAS DAIM OSMUND PRIMUS SHAHRIL RUDDING FIRHANA MOHD FIRDAUS NURAFZAINIZAM ABD BEE SHAHFIRA AG DAMIT UJIAN 1 62 47 47 32 38 41 56 44 44 38 47 50 59 44 44 50 59 71 29 32 29 29 15 32 32 53 41 50 UJIAN 2 60 60 50 57 55 55 77 35 70 65 68 60 47 60 55 52 55 77 43 40 38 42 37 52 42 53 53 38 BEZA UPAYA -2 +13 +3 +15 +17 +14 +21 -9 +26 +27 +21 +10 -12 +16 +11 +2 -4 +6 +14 +8 +9 +13 +22 +20 +10 ++14 -12

Daripada keputusan yang diperolehi oleh pelajar ini, menunjukkan bahawa kaedah ini iaitu amali hand on berkesan dalam membantu pelajar mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan. Diharapkan kaedah ini akan terus membantu pelajar dalam mencapai keputusan yang lebih cemerlang di dalam peperiksaan PMR kelak.

9)

KESIMPULAN Kesimpulannya. pelaksanaan program amali dengan cara hand on iaitu

pembelajaran cara koperatif telah berjaya meningkat pencapaian pelajar di dalam peperiksaan akademik pelajar dalam subjek ini khususnya bagi tajuk yang melibatkan elektronik. Program yang telah dilaksanakan mampu memberi peningkatan terhadap keupayaan dan kefahaman pelajar dalam bidang elektronik. Program ini akan diteruskan dan dimulakan seawal tingkatan 1 bagi memberi pembiasaan kepada pelajar untuk menjadi amalan pembelajaran secara berterusan

10)

RUJUKAN

Intan Abdul Rashid (2008). Tes Kilat Kemahiran Hidup, Selangor : Sasbadi Komari Hussain (2004). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Tahap Pencapaian Akademik Di Kalangan Pelajar-pelajar Tingkatan Tiga, Empat dan Lima di SMK Seri Muara. Tempawan Jilid XIII. Hajah Zainab Abd Kadir, Khiu Kah Huan, Kamaros Mohd Affendi, Ismail Abdullah (2004) Buku Teks Kemahiran Hidup Bersepadu Ting 2, Kuala Lumpur : Hypersurf Corporation sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai