Anda di halaman 1dari 9

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERTAS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KEMAHIRAN MENGIRA (ProTiM) TAHUN 4, TAHUN 5 DAN TAHUN 6 SEKOLAH RENDAH 2013

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.0

PENDAHULUAN Program Kemahiran Mengira (ProTiM) merupakan satu program yang dilaksanakan kepada murid yang belum menguasai kemahiran mengira. Ia dilaksanakan mulai September 2006 sebagai program pemulihan selepas UPSR. ProTiM diperluaskan kepada murid Tahun 4 dan Tahun 5 pada 2008 di semua sekolah rendah Kementerian Pelajaran Malaysia. Selepas dua bulan murid berada di Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6, guru akan mengenal pasti murid yang belum menguasai asas mengira akan menduduki Ujian Diagnostik yang dipanggil Ujian PraProTiM. Bagi murid yang tidak melepasi skema yang ditetapkan murid tersebut mesti mengikuti kelas ProTiM yang akan dilaksanakan selepas pelaksanaan praujian dianalisis. Bagi yang melepasi skema yang ditetapkan murid tersebut akan mengikut kelas seperti biasa. Program ProTiM ditambah baik lanjutan pelaksanaan Program LINUS 2010. Proses penambahbaikan program ini perlu dilakukan bagi membantu murid yang telah mengikuti program LINUS 2010 hingga 2012. Penambahbaikan ini tertumpu kepada murid Tahun 4 (2013).

2.0

MATLAMAT DAN OBJEKTIF 2.1 Matlamat program ini secara umumnya adalah untuk memastikan murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 menguasai kemahiran asas mengira. Tumpuan diberikan bagi membantu dan membimbing murid LINUS yang masih belum melepasi saringan terakhir Tahun 3. Tumpuan juga diberikan kepada murid LINUS yang baru melepasi saringan terakhir pada Tahun 3 tetapi kebolehan mereka masih lemah dan sukar untuk bersaing dengan murid sedia ada.

2.2

Objektif program: pada akhir program pemulihan kemahiran mengira, murid dapat: 2.2.1 Mengenal nombor bulat hingga 10 000; 2.2.2 Menguasai operasi tambah dalam lingkungan 10 000; 2.2.3 Menguasai Operasi tolak dalam lingkungan 10 000; 2.2.4 Menguasai fakta asas darab; dan 2.2.5 Menguasai fakta asas bahagi.

3.0

KANDUNGAN PROGRAM 3.1 Pengenalan 3.1.1 Pengajaran dan pembelajaran dalam program ini menggunakan modul. BPK menyediakan modul sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran asas untuk diikuti oleh murid. 3.1.2 Penilaian dijalankan di akhir setiap unit pembelajaran untuk menilai pencapaian murid. 3.1.3 Aktiviti mengira yang dijalinkan dalam modul bertujuan meningkatkan minat murid terhadap matematik. Sekolah digalakkan mengadakan perkhemahan pemulihan M 3 untuk meningkatkan motivasi murid yang terlibat. Nota: Modul yang diguna pakai ialah modul ProTiM. 3.2 Kandungan Modul ProTiM Unit 1: Nombor bulat hingga 10 000 o Membilang o Nilai tempat o Pembundaran Tambah dalam lingkungan 10 000 o Tambah dalam lingkungan fakta asas o Tambah dua nombor hingga 4 digit Tolak dalam lingkungan 10 000 o Tolak dalam lingkungan fakta asas o Tolak dalam lingkungan 10 000

Unit 2:

Unit 3:

Unit 4:

Pendaraban o Darab dalam lingkungan fakta asas o Darab 2 digit dan 1 digit o Darab 3 digit dan 1 digit o Darab 2 digit dan 2 digit o Darab melibatkan 10, 100 dan 1000. Pembahagian o Bahagi dalam lingkungan fakta asas o Bahagi hingga 4 digit dengan 1 digit o Bahagi hingga 4 digit dengan 2 digit o Bahagi melibatkan 10, 100 dan 1000.

Unit 5:

4.0

STRATEGI PELAKSANAAN 4.1 Sekolah Program ini akan dilaksanakan di sekolah rendah seluruh negara. 4.2 Pengurusan ProTiM 4.2.1 Jawatankuasa pelaksanaan ProTiM perlu ditubuhkan di peringkat sekolah. Penasihat: Pengerusi: Setiausaha: Ahli: Guru Besar Penolong Kanan Kurikulum/Penyelia Petang Ketua Panatia Matematik Semua guru matematik Guru pemulihan

4.2.2 Fail yang berkaitan perlu diwujudkan dan dikemaskini. 4.3 Penentuan Murid 4.3.1 Pengenalpastian murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 yang terlibat dalam program ini berdasarkan: a. Murid yang belum menguasai kemahiran Numerasi walaupun telah mengikuti program LINUS selama 3 Tahun. b. Murid yang baru melepasi ujian saringan terakhir Tahun 3 dan memasuki kelas aliran perdana. c. Cadangan guru. Guru diminta menyenaraikan murid yang dikenal pasti belum menguasai kemahiran mengira berdasarkan pemerhatian di dalam kelas, laporan guru mata pelajaran matematik sebelumnya serta pencapaian murid berkenaan dalam ujian dan peperiksaan penggal.

4.3.2 Murid yang dikenal pasti akan menduduki Ujian PraProTiM. Praujian ini diadakan untuk mengesahkan tahap penguasaan mengira murid berkenaan. 4.3.3 Murid yang mendapat kurang daripada 8 markah pada manamana bahagian praujian perlu mengikuti PROTIM. 4.4. Guru Guru yang menjalankan program ini ialah guru Matematik yang terpilih dan dibantu oleh guru pemulihan. 4.5 Pelaksanaan 4.5.1 Jangka masa program adalah mulai bulan April hingga Ogos 2013 (Rujuk cadangan carta aliran ProTiM). 4.5.2 Secara prinsip, ProTiM dijalankan pada waktu Matematik. Walau bagaimanapun, sekolah digalakkan untuk menjalankan program ini dalam waktu pembelajaran di sekolah. Pentadbir sekolah boleh membuat pengubahsuaian dalam menyediakan jadual waktu yang sesuai untuk melaksanakan program ini bagi memastikan pelaksanaannya mencapai matlamat. 4.5.3 Pembentukan kelas dan pengajaran dimulakan sebaik sahaja dapatan Ujian PraProTiM diperolehi. 4.5.4 Pascaujian ProTiM akan dijalankan selepas murid mengikuti kelas ProTiM bagi mengenal pasti tahap baru penguasaan kemahiran asas mengira. 4.6 Panduan dan Pelaksanaan Ujian Pra/Pasca ProTiM 4.6.1 Ada empat bahagian iaitu Tambah, Tolak, Darab dan Bahagi. Setiap bahagian mengandungi 10 soalan. 4.6.2 Jumlah keseluruhan markah kemahiran mengira ialah 40. 4.6.3 Ujian perlu dijalankan dengan adil dan tegas. 4.6.4 Guru tidak dibenarkan membimbing murid untuk mendapatkan jawapan. 4.6.5 Setiap soalan mewakili satu markah.

4.6.6 Skor markah ialah: Setiap bahagian: 8 - 10 markah murid menguasai kemahiran mengira bagi bahagian tersebut. Keseluruhan: 32 - 40 markah murid menguasai keseluruhan kemahiran mengira. 4.6.7 Guru diminta memasukkan analisis pencapaian murid secara individu bagi ujian pra/pascaProTiM dalam Borang 1 bagi Tahun 4, Borang 3 bagi Tahun 5 dan Borang 5 bagi Tahun 6 (Borang 1, Borang 3 dan Borang 5 untuk simpanan dan rujukan sekolah). 4.6.8 Guru diminta memasukkan skor pencapaian murid di sekolah dalam Borang 2 bagi Tahun 4, Borang 4 bagi Tahun 5 dan Borang 6 bagi Tahun 6 (Borang 2, Borang 4 dan Borang 6 untuk diserahkan kepada PPD dan seterusnya ke JPN). 4.6.9 Segala maklumat pencapaian murid hendaklah dihantar ke PPD mengikut tarikh yang ditetapkan. 4.7 Pihak yang terlibat Program ini diterajui oleh BPK dan dibantu oleh JPN, PPD dan Guru Besar sekolah-sekolah berkenaan. 4.8 Pemantauan Pemantauan pelaksanaan dijalankan oleh Pegawai BPK, JPN, PPD dan pentadbir sekolah. 5.0 KAEDAH PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA 5.1 Serahan Data ujian Pra/PascaProTiM Data ujian Para/Pasca ProBiM adalah berdasarkan format yang disediakan oleh BPK. Pengumpulan data dan laporan perlu diserahkan kepada pihak JPN masing-masing melalui PPD mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Salinan data dan laporan ( softcopy dan hardcopy) perlu diserahkan bersama. Seterusnya pihak JPN akan menyerahkan data dan laporan kepada BPK. Nota: Sebarang pertanyaan, sila hubungi: Unit Matematik Rendah, BPK 1. En. Mazlan bin Awi 03-88842032/013-3633835 mazawi238@yahoo.co.uk 3. En. Hoi Sim Min 03-88842354/016-3781492 smkl9092@yahoo.com

2.

En. Mohd Ali Henipah bin Ali 03-88842355/019-6472217 mahba22@hotmail.com

4. En. Kumaresan a/l Subramaniam 03-88842393/017-6186032 kuma4551@yahoo.com

6.0

PELAN TINDAKAN PROTIM TAHUN 4, TAHUN 5 DAN TAHUN 6

Tarikh
7 12 Apr. 14 19 Apr 21 26 Apr 28 Apr 3 Mei 14 Apr 19 Jul 14 Apr 12 Jul 21 26 Jul 28 Jul 2 Ogos 4 16 Ogos 18 - 23 Ogos Ujian Pra PROTIM:

Aktiviti

Tindakan
Sekolah Sekolah/PPD PPD/JPN JPN/BPK Sekolah PPD/JPN/BPK Sekolah Sekolah/PPD PPD/JPN JPN/BPK

Maklumat Ujian Pra PROTIM: Sekolah ke PPD Maklumat Ujian Pra PROTIM: PPD ke JPN Maklumat Ujian Pra PROTIM: JPN ke BPK Kelas PROTIM dilaksanakan Pemantauan Pelaksanaan Program Ujian Pasca PROTIM Maklumat Ujian Pasca PROTIM: Sekolah ke PPD Maklumat Ujian Pasca PROTIM: PPD ke JPN Maklumat Ujian Pasca PROTIM: JPN ke BPK

Anda mungkin juga menyukai